Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



470 penumpang terdiri daripada pelajar sekolah tinggi dan guru menghadapi risiko lemas apabila feri yang mereka naiki untuk rombongan bercuti karam di Korea Selatan dalam kejadian pagi tadi.
Feri yang dinamakan Sewol dalam perjalanan dari Incheon ke Pulau Jeju ketika ia dikesan mengalami kerosakan sebelum mula menyenget dan karam.
Lebih 50 kapal penyelamat dan helikopter segera dikejarkan selain kapal komersial berhampiran turut ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.
Hingga kini hampir 150 penumpang sudah diselamatkan manakala baki yang lain diminta untuk terjun ke air sementara menanti bantuan tiba.
Salah seorang penumpang memberitahu saluran berita YTN menerusi telefon, keadaan menjadi cemas dan semua orang terpaksa berpaut pada apa sahaja ketika feri mulai condong.
Punca sebenar kejadian masih belum diumumkan dan sedang disiasat.
Johor Bahru – Tanpa menghiraukan bau meloyakan dan sisa kotor, dua lelaki nekad terjun ke dalam loji kumbahan demi menyelamatkan enam kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah van yang menggelungsur ke dalam kolam itu di Taman Universiti, semalam.
Usaha mereka berjaya menyelamatkan lima mangsa, namun seorang lagi, Muhammad Azri Aqif Azhar, 4, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti, dipercayai kerana lemas akibat kejadian jam 12.15 tengah hari itu.


Lima mangsa yang terselamat, Nur Aima Abd Razak, Sakinah Roslan, Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, semua berusia lima tahun serta Danial Aiman Hakimi Md Gefri, 6, dan Daniel Asyraf Abdullah, 4, kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Seorang penduduk yang terjun ke dalam kolam berkenaan, Mohd Hanafi Jaafar, 46, berkata kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan semua kanak-kanak terbabit tidak sempat menjerit meminta tolong.
Van mengundur
“Saya sempat melihat kejadian itu lalu bersama rakan, Muhammad Nor Said, 31, bergegas ke kolam dan spontan terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan mereka. Tidak terlintas langsung ketika itu soal bau busuk atau air kumbahan yang kotor,” katanya.
Ketika kejadian, Hanafi berkata, beliau sedang memangku seorang anak jirannya berhampiran van berkenaan yang diletakkan di situ oleh pemandunya
“Tiba-tiba van itu mengundur. Walaupun saya cuba menahannya, ia tetap bergerak dengan laju sebelum merempuh pagar loji dan terus terhumban ke dalam kolam kumbahan. Saya dan seorang jiran kemudian terus berlari ke arah loji itu, nekad terjun bagi menyelamatkan kanak-kanak dalam van berkenaan.
“Mulanya kami berjaya mengeluarkan lima kanak-kanak sebelum seorang pembantu TADIKA menjerit memberitahu ada seorang lagi masih terperangkap dalam van menyebabkan saya menyelam semula. Saya berjaya membawa naik kanak-kanak terakhir dalam van itu dan ketika itu mangsa masih bernyawa.
Bantuan pernafasan
“Pihak bomba yang tiba di lokasi tidak lama kemudian terus memberi bantuan pernafasan kepada semua mangsa sebelum mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Taman Universiti,” katanya.
Hanafi berkata, kolam kumbahan berkenaan dianggarkan sedalam lebih satu meter dan ketika tenggelam, van berkenaan dalam keadaan senget dengan hanya pintu di sebelah pemandu dapat dibuka.
Sementara itu, Muhammad Nor berkata, ada kanak-kanak yang sempat keluar menerusi tingkap van itu sebelum dibawa naik ke tebing kolam terbabit.
“Kami ambil masa lima minit untuk menyelamatkan semua kanak-kanak dalam van itu. Keadaan dasar kolam yang agak licin menyukarkan pergerakan, namun saya nekad menyelamatkan mereka,” katanya. – Berita Harian


DALAM ramai-ramai artis di Malaysia, Elfira Loy merupakan salah seorang selebriti yang sering menghabiskan masa lapang dengan makan angin di luar negara.
Kalau anda mengikuti perkembangannya, baru sahaja minggu lepas si pelakon genit ini pulang dari India, kali ini Elfira terbang pula ke Bali sejak 11 April lalu.
Jika diperhatikan, Elfira kerap ke luar negara dengan adik-beradiknya atau kru penggambaran, namun nampaknya kakak sulung dalam keluarga Loy ini pandai mencuri masa untuk bercuti berdua bersama sahabat baiknya pula.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan di Instagram, dapat dilihat dua gadis remaja ini benar-benar menikmati percutian mereka dengan melawat tempat-tempat menarik di sana. Malah, mereka sempat juga mengubah gaya rambut ala-ala Bob Marley atau lebih dikenali sebagai Kepang dalam bahasa Indonesia.
Saat pertama kali memuat naik gambar rambut terbarunya, ramai peminat yang memuji dan menyatakan kesesuaian personalitinya dengan gaya tersebut.
Bagaimanapun, tak kurang juga yang mengkritik hingga mengaitkan dengan cara pemakaian Elfira yang dikatakan agak terdedah.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa Elfira sememang mempunyai deria fesyen yang tinggi dan sentiasa bergaya mengikut usianya.

PELAKON terkenal, Fizo Omar akhirnya mendedahkan empat sebab utama kenapa tudung jenama Fareeda dijual mahal berbanding jenama-jenama tudung lain di Malaysia.

Pendedahan ini dibuat selepas terlalu ramai individu mengecam dan mengkritik harga mahal yang dikenakan ke atas tudung jenama Fareeda di laman sosial tanpa mengetahui lebih terperinci kelebihannya.

1. Stok terhad – Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200
“Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi memndapatkan nombor giliran.” – Fizo Omar
2. Kewujudan orang tengah dipanggil Reseller yang cenderung menjual semula tudung jenama Fareda pada harga tinggi mencecah RM300.
“Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi.” – Fizo Omar
3. Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif
“Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong.” – Fizo Omar
4. Tudung jenama Fareeda lebih kepada wanita yang ingin berfesyen
“Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan. Ada yang ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan fesyen ikut kemampuan dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham.” – Fizo Omar


BERPANTANG maut sebelum ajal’, itulah yang dilalui seorang pemandu lori di China selepas badannya tertusuk kayu pine sepanjang 6 meter dalam satu kemalangan.
Dalam kejadian di Bandar Kaifeng, kayu pine itu tertusuk menembusi dada Li Feng, 40, selepas kenderaan berat yang dipandunya merempuh lori membawa ratusan batang pokok pine yang baru ditebang
Feng dianggap bertuah dan berjaya diselamatkan selepas doktor mengesan tusukan itu tidak mengenai organ dalaman mangsa.

Tusukan di kiri dada lelaki itu hanya berjarak beberapa inci dari jantung mangsa yang boleh menyebabkannya maut serta-merta.
Usaha pihak keselamatan untuk menyelamat mangsa juga sukar pada awalnya kerana kayu itu turut menembusi kerusi pemandu kenderaan berat tersebut.
Bagaimanapun hasil usaha doktor pakar dalam pembedahan selama empat jam, Feng berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil.

Seorang jurucakap polis, Li Wu berkata, kemalangan yang dihadapi Feng adalah insiden ngeri kerana mangsa masih hidup walaupun kayu berkenaan menembusi bandannya.
“Polis dan bomba pada awalanya menganggap Feng telah mati tetapi mangsa masih memberikan respon yang baik.
“Oleh sebab itu, kami telah melakukan yang terbaik bagi membawanya ke hospital untuk diselamatkan,” katanya..


IPOH: Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.
Kekecohan itu turut mengakibatkan jurgambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu.
Harian Metro yang turut berada di Stadium Perak difahamkan, dua anggota polis termasuk FRU turut cedera pada mata dan kepala akibat dibaling batu oleh penyokong terbabit.
Kekecohan dikatakan mula tercetus di bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.
Supian yang sedang merakamkan kekecohan itu turut menjadi mangsa apabila secara tiba-tiba dibaling batu oleh penyokong Perak mengakibatkan kecederaan ringan dan terpaksa diberi rawatan pasukan perubatan.
Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal.

Menjelang tengah malam ini, FRU mula menggunakan gas pemedih mata dan jentera menyembur air ke arah kumpulan penyokong Perak yang enggan bersurai manakala empat penyokong turut ditahan.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berada di stadium untuk memantau keadaan mengesahkan tangkapan penyokong Perak terbabit.
Keadaan mula reda apabila penyokong JDT diiring polis keluar dari stadium hingga menaiki bas mereka sebelum kenderaan polis turut mengiring mereka ke plaza tol Lebuhraya Utara Selatan.
Kekecohan malam ini bagaikan mendapat petanda awal apabila dua bas yang membawa pasukan dan penyokong JD disembur dengan cat bertulis ‘This is Ipoh’, pagi semalam.
Kedua-dua kenderaan itu yang diparkir di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel tempat pasukan pelawat menginap di Ipoh.-HM