Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

 
 Japan Tobacco, Inc, mulai menjual rokok jenis baru yang tidak mengeluarkan asap, tetapi terdapat pelbagai reaksi dari syarikat-syarikat penerbangan besar Jepun dan Japan Railways terhadap penggunaan rokok baru itu untuk digunakan pada pengangkutan awam.

Rokok baru tersebut, yang dijual dengan nama " Zero Style Mint", menggunakan pelbagai kelongsong, masing-masing berisi daun tembakau, yang diatur di dalam rokok dan dihisap. Satu pek dengan dua kelongsong dijual dengan harga 300 yen. Ketika ini, rokok tersebut hanya dijual di Tokyo, namun berdasarkan sambutan yang baik, rokok tersebut mungkin akan tersedia di seluruh Jepun.

Meskipun rokok baru itu dapat digunakan di tempat awam, namun ia telah menimbulkan beberapa reaksi terutamanya di kalangan pemain industri pengangkutan.


Seorang juru cakap dari Japan Airlines mengatakan, "  Setakat ini kami belum menerima sebarang keluhan daripada pelanggan yang menggunakan rokok tanpa asap, termasuk pada penerbangan antarabangsa."

All Nippon Airways, pula mengambil sikap yang berlawanan. Jurucakap mereka mengatakan, " Rokok tidak berasap tidak dapat dihisap dalam penerbangan.Walaupun tanpa asap, benda itu masih rokok".

Sikap dari East Japan Railway Co. dinyatakan sebagai, " Pada saat ini, kami tidak memiliki tujuan khas yang melarang rokok tanpa asap".

Central Japan Railway Co. sama-sama menyatakan penerimaan mereka terhadap rokok, dengan juru cakapnya yang mengatakan, " Kami tidak menganggapnya sebagai subjek yang mengganggu penumpang lain. Namun, staf kami akan campur tangan untuk mencegah ketidakselesaan penumpang lain".


rokok tanpa asap

rokok tanpa asap




Pakaian Lut Sinar Paling Stress:-Pelakon ini muncul pada Press Conference untuk filem terbarunyya iaitu The Plum in the Golden Vase dengan dress yang boleh pandang tembus.  



Sering kali kita berfikir bagaimana cara untuk menghilangkan rasa stress dan bosan ketika sedang bekerja, nah anda boleh mengikuti cara para Pramugari Lion Air ini yang mengisi waktu ketika sedang Delay Pesawat dengan berfoto-foto ria bergaya nakal dan narsis.

Ternyata di balik kepandaiannya Gaya Gambar Pramugari Cantik Lion Air ini, memang cukup menghibur dan banyak di cari orang ketika telah diedarkan di internet.

Berikut Foto-Foto Nakal Pramugari Lion Air







Mereka adalah universiti berbeza dan kebanyakkan mereka adalah sensasi di Internet serta laman sosial di China kerana memiliki paras rupa yang menawan



Di Las Vegas, Muzium Jenayah Terancang dibuka semalam selari dengan ulang tahun ke 83 St Valentine Day Massacre. Kepada yang kurang arif, St Valentine Day Massacre ialah hari dimana Al Capone mengarahkan orang bawahannya untuk membunuh 7 orang pesaing beliau. Muzium Gangster ini menelan belanja USD42 juta dan mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan. Ianya menempatkan pelbagai artifak yang bersangkutan dengan kegiatan MAFIA di Amerika Syarikat. Antara yang dipamerkan ialah kerusi dimana Robert Anastasia, seorang ketua MAFIA mati dibunuh.








KULIM -Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian. 

Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari. 

Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi. 

Anggap kawasan puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.

“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.

Masih jadi tanda tanya 
Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas. 

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa. 

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan. 

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku. 

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu. Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas. 


Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beratur 10 Hari Lebih Awal Demi iPhone5S

MEMANG gila, tapi itulah yang terjadi di Tokyo apabila seorang lelaki sanggup beratur 10 hari lebih awal sebelum pelancaran iPhone 5S pada 20 September nanti.

Menurut Tetsuya Tamura, 44, seorang ahli perniagaan, beliau mahu menjadi anta
ra orang yang pertama mendapatkan gajet terbaru itu apabila ia mula dijual nanti.

Bagi merealisasikan hasratnya itu, dia sanggup memasang khemah di luar Ginza Apple Store.
Tamura juga turut berkongsi penantiannya itu melalui akaun Twitternya, @Xxxprius yang menceritakan mengenai kebosanannya menghadapi malam yang sunyi, dan kesejukan cuaca.
Begitulah manusia kalau sudah terlalu obses, apa-apa pun sanggup dilakukan.

iphone (7)_0
iphone (3)_0
Pelakon Wanita China Pakai Skirt Lutsinar

SEORANG pelakon wanita dari China dilaporkan memakai skirt getah lutsinar yang menampakkan bahagian dalamnya.

Walaupun mengakui agak segan dengan rekaan tersebut, namun pelakon itu terpaksa juga untuk memakainya untuk menjaga air muka pereka fesyen serta tidak mahu mengecewakan pereka pakaiannya pada majlis itu.

Untuk mengelakkan ia nampak janggal atau seksi keterlaluan, pelakon itu memasukkan blausnya dalam skirt itu untuk tampil agak sopan buat peminatnya.

Seharusnya pereke fesyen perlu lebih sensitif dalam rekaan mereka dengan tidak mengambil kesempatan mencipta pakaian yang boleh menjatuhkan maruah si pemakai selain berbincang terlebih dahulu dengan pelanggannya agar semua pihak berpuas hati dengan hasilnya kelak.
Pihak NASA mengesahkan terdapat kesan jalur di bahagian keliling permukaan bumi. NASA telah menghantar 3 angkasawannya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu. 







Menurut pihak NASA : “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, ?Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”

Penemuan pertama ditemukan 200 tahun yang lalu dengan sebuah teleskop kecil, ada 3 lekukan (rilles) nampak di permukaan bulan yang berlainan jenis.

Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada .


Abyssinia
Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 2

Austria - Hungary

Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama .

Basutoland
Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966

Bengal
Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India .

Burma
Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma .

Catalonia
Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut .

Ceylon
Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972

Champa
Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832.

Corsica
Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis .

Czechoslovakia
Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic.

Jerman Timur & Jerman Barat
Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman .

Pakistan Timur
Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh.

Gran Colombia
Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan.

Hawaii
Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898.

New Granada

Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang)

Yaman Utara & Yaman Selatan
Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman.

Empayar Uthmaniyyah
Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932.

Persia
Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini .

Prussia
Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu .

Rhodesia
Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe .

Siam
Menjadi Thailand pada tahun 1939.

Sikkim
Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975.

Vietnam Selatan
Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu .

Southwest Afrika
Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia.

Taiwan
Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971.

Tanganyika dan Zanziba
2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania.

Texas
Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845.

Tibet
Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang

Transjordan
Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946

USSR
Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.

Urjanchai Republic
Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia .

Vermont
Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal.

West Florida
Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari.

Western Samoa
Menjadi Samoa pada 1998.

Yugoslavia
Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia.

Zaire
Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997.
Ini ialah laluan pejalan kaki gergasi berbentuk bulat yang terletak di Lujiazui, Shanghai China. Menjadi tarikan pelancong kerana memberikan pemandangan yang cantik serta merupakan satu-satunya laluan pejalan kaki yang berbentuk sebegini rupa.



Laporan asal ArtonFile