Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

PENYANYI terkenal Katy Perry menyerlahkan sisi nakalnya dalam iklan terbaharu jenama pakaian dan aksesori terkemuka dunia, Moschino.
Katy dipilih sebagai muka baru mewakili jenama itu seperti mana diumumkan oleh penyanyi itu sendiri di laman Instagramnya, baru-baru ini.
Salah satu gambar iklan tersebut menampakkan bahagian sisi kanan badan Katy yang terdedah sambil diselimuti dengan jaket dan beg tangan daripada jenama popular itu.
Selain itu, gaya quirky turut diselitkan menerusi gambar di bawah ini yang mana penyanyi yang popular dengan lagu Fireworks ini menggayakan sweatshirt ungu yang dipadankan dengan beg berwarna oren terang. Memang colour blocking habis!







EMPUNYA nama Nabila Huda atau mesra disapa Abil sememangnya cukup sinonim dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan gaya penampilannya yang seksi dan cara hidupnya yang dikatakan agak sosial.
Terbaharu, nama anak kepada penyanyi Rock terkenal Amy Search ini sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna laman sosial apabila peminatnya bergaduh sesama sendiri ekoran sekeping gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram.
Foto tersebut menunjukkan Abil bersama dua lelaki, salah seorangnya pengacara TV dan pelakon popular berdarah kacukan Switzerland dan Cina, Max Loong.

Difahamkan, foto yang dikongsi Abel ini dirakam pada majlis pembukaan resort Max yang diberi nama Hidden Hills Villas di Uluwatu, Bali, Indonesia, baru-baru ini.
Namun, konflik tercetus apabila ada yang mendakwa Abil berkemungkinan meminum arak berikutan dua lelaki yang bersama Abul dilihat memegang segelas minuman keras.
Hal itu membuatkan peminat setia Abil cuba mempertahankan selebriti kesayangan hingga akhirnya mereka bergaduh sesama sendiri.
Pergaduhan yang timbul itu turut mendapat perhatian Abil yang meminta agar pengikutnya bertenang dan berhenti bergaduh.
“Tak suka saya jangan follow. Simple. Dosa dan pahala kan ditentukan oleh Allah SWT. Tak kisah la macam mana jahat dan teruknya saya di mata anda, yang berhak nilai saya adalah dia,” ujarnya.
Pada masa sama, pelakon yang pernah membintangi drama Julia ini menegaskan bukan dia yang memegang gelas arak dalam gambar tersebut tapi tidak keberatan untuk memaafkan insan yang berburuk sangka padanya.
Alahai, sudah lumrah bergelar selebriti, sentiasa mendapat perhatian dan ada sahaja yang tidak kena pada mata masyarakat. 

PUTERA George, anak sulung kepada pasangan diraja England, Putera William dan Kate Middleton sememangnya menjadi perhatian dan tarikan sejak dilahirkan pada tahun 2013.
Kecomelan putera yang baru berusia 1 tahun itu tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi selepas dia tampil bersama ibu bapanya di luar istana untuk menyapa rakyat di luar sana.

Namun, perhatian itu kini telah tertumpu kepada seorang bayi dipercayai seusia dengannya yang memiliki wajah sama dan seiras dengan Putera George.
Dalam masa 13 jam, gambar yang dimuat naik itu telah mendapat lebih 1 juta ‘like’ di Facebook serta dikongsikan semula lebih 50 ribu kali dan menjadi viral semalam.
Gambar yang dimuat naik dengan kapsyen ‘Anak angkat saya fikir dia adalah putera diraja..’ itu sememangnya satu perkara yang menarik dan telah sensasikan laman media sosial.

TERKEDU kami apabila melihatkan ayat perbualan di Facebook antara seorang gadis bertudung dengan seseorang dipercayai teman lelakinya.
Kedua-dua remaja tersebut dilihat tanpa segan silu bersembang  lucah di media sosial.
Melalui status lelaki itu, dia menanyakan hadiah yang diinginkan teman wanitanya bersempena hari lahir nanti.
“Umi nak hadiah pe birthday nnt? Dua jari ke tiga jari empat jari? Hahaha,” tulisnya.
Kemudian, balas wanita yang dipercayai teman wanitanya di ruangan komen “10 boley x nak 10 heee”.
Seterusnya anda bacalah di print screen yang disediakan.
Nak banyak jari nak buat apa? Nak korek apa?
Belum bergelar suami isteri lagi bukan main bersembang lucah dengan galaknya. Siap sembang hendak dimasukkan berapa jari di laman sosial pulak tu, wadapap!
Tidak dinafikan perkara-perkara seperti perbualan lucah ini sudah seakan tidak diambil peduli oleh sesetengah pihak.

MUNGKIN ada yang menganggap kadar bayaran tempat letak kereta yang dikenakan ini tidak masuk akal, akan tetapi itulah realiti di ibu kota.
Antara yang menjadi ‘mangsa’ adalah seorang pengguna Facebook, Khairol Anuar yang nyata terkejut apabila dikenakan kadar bayaran sebanyak RM392 bagi empat hari meletakkan kereta di Stesen Sentral Kuala Lumpur.
Khairol yang berkongsi resit bayaran sebagai “iktibar” buat pemandu lain agar pisang tidak berbuah dua kali menarik perhatian netizen yang turut terkejut dengan kadar yang dikenakan.
“Tidak masuk akal. Sila buat laporan kepada persatuan pengguna,” kata seorang pengguna Facebook, Hasmil Faizal
Difahamkan, Stesen Sentral sememangnya hanya mengenakan kadar mengikut jam dan tiada kadar harian menyebabkan kadar bayaran yang dikenakan kepada Khairol kedengaran agak melampau.
Kesimpulan, kita sebagai pengguna haruslah peka meskipun terhadap perkara-perkara kecil seperti kadar tempat letak kereta yang dikenakan.