Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
GARA-GARA ditegur oleh seorang murid darjah tiga kerana meludah di tingkap, seorang ustaz bertindak meludah ke dalam mulut murid tersebut.
Kejadian tersebut dikongsikan di akaun Facebook Oh!Media menerusi satu salinan laporan polis yang dibuat oleh penjaga mangsa.
Menurut pengadu, anaknya kemudian balik ke rumah dalam keadaan menangis.
Kejadian itu turut disaksikan oleh murid-murid lain.
Sebelum ini, beberapa kes hukuman yang tidak masuk akal oleh beberapa guru kepada pelajar pernah dilaporkan oleh media tempatan.
Ia termasuklah mengarahkan pelajar makan rumput, menghentak kepala ke meja dan merotan muka pelajar.
Diharap selepas ini, tiada lagi hukuman keterlaluan dikenakan terhadap pelajar oleh segelintir guru kerana secara tidak langsung ia akan merosakkan nama baik golongan pendidik di negara kita. - MYNEWSHUB
Isu Panas
GAMBAR telanjang dan aksi tidak senonoh seorang pensyarah perempuan yang cantik di bandar Jining, semenanjung Shandong telah tersebar meluas di internet.
Foto-foto berkenaan menunjukkan Zheng Yuanyuan beraksi bogel bersama teman lelakinya di hadapan kamera.
Ada juga gambar aksi beliau sedang menjilat kemaluan teman lelaki serta gambar kemaluannya.
Dari gaya yang dipertontonkan dalam gambar tersebut, Yuanyuan kelihatan memang sengaja mahu aksinya dirakamkan.
Hampir dua minggu selepas gambar tersebut tersebar di Internet pada 11 November lepas, seorang lelaki menerusi web Baidu, mengaku beliau adalah teman lelaki Yuanyuan dan namanya adalah Ma Shenke. Beliau juga mengaku bahawa dia adalah individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut.
Tujuan beliau lakukan perkara berkenaan kerana hubungan mereka mempunya masalah. Beliau menambah telah ditahan polis dan dibebaskan pada 24 November lalu setelah 10 hari ditahan.
Teman wanitanya itu telah meninggalkan tempat mengajarnya sekarang dan tidak berada di bandar itu lagi.
Pelbagai
MULA popular menerusi drama Playboy Itu Suami Aku, nama pelakon berusia 24 tahun ini dilihat sudah mula meningkat naik dalam industri.
Membawa watak heroin dalam drama tersebut, Risteena kini telah menarik perhatian beberapa orang pengarah tempatan untuk menjayakan filem dan drama mereka.
Bagaimanapun, menerusi laporan Metro, imej bersih yang dibawa oleh Risteena kini mula tercalar apabila timbul desas-desus bahawa pelakon ini didakwa telah berulang kali menipu orang ramai mengenai kelulusan pendidikannya.
Pelakon genit ini dikatakan sering menjaja cerita bahawa dia merupakan seorang graduan sarjana muda lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang penyiaran.
Namun, penipuan itu mula terbongkar apabila Risteena didakwa tidak menghabiskan pengajian semster akhirnya di institut pengajian tinggi tersebut.
Malah, Risteena dikatakan tidak dapat mengawal perasaan gementarnya apabila ditemubual oleh pihak wartawan mengenai perkara ini lantas cuba menukar topik perbualan.
Setahu penulis, memang ramai di kalangan warga media yang merupakan lepasan daripada program tersebut. Jadi, tidak hairanlah jika rahsia ini akan terdedah juga bukan? Apapun, diharap agar Risteena dapat tampil memberi penjelasan mengenai perkara yang sebenar.
Al-maklumlah, karier baru sahaja nak berkembang, sudah timbul pula cerita yang tidak enak yang sedikit sebanyak dilihat boleh menjejaskan kepercayaan pihak media kepadanya – Oh!Bulan
Hiburan
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan empat rumah di Kampung Pandanan Inanam Laut, di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa rentung dikenali sebagai Mohd Sharan Fais Nizam ditemui rentung di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
Kejadian itu juga, menyebabkan dua cedera melecur di muka dan kaki iaitu Kans Jamalin, 52, dan Noorsamsiah Alimuddin, 6, yang juga seorang kelainan upaya (OKU).
Difahamkan, ketika mangsa dipercayai sedang tidur di salah sebuah bilik manakala ahli keluarga mangsa yang lain berada di ruang tamu.
Ketika api marak lima ahli keluarga mangsa keluar menyelamatkan diri manakala mangsa dipercayai terperangkap sebelum ditemui rentung. – MyMetro
Isu Semasa
Kluang: Seorang tukang masak yang sedang menyediakan menu tengahari maut dipercayai dipukul ketika disamun di sebuah restoran di Taman Sri Kluang di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa yang juga seorang wanita warga Indonesia berusia 30 tahun itu disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan luar.
Difahamkan, kejadian itu disedari anak mangsa yang curiga selepas ibunya tidak pulang ke rumah selepas selesai memasak di restoran itu.
Anak mangsa kemudiannya pergi ke restoran terbabit sebelum menemui ibunya terbaring tidak sedarkan diri di bahagian dapur.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di restoran itu seorang diri untuk memasak sebelum kedai itu dibuka.
"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai disamun selepas beberapa barang berharga milik mangsa didapati hilang. "Bagaimanapun suspek berjaya diberkas tiga jam selepas kejadian di bandar Kluang," katanya.
Isu Semasa
FESYEN gaun paras paha yang dikenakan oleh Chacha Maembong ketika hadir ke Majlis Pelancaran H! Live semalam tidak begitu disukai peminat kerana memperlihatkan bentuk badannya yang agak gemuk dan berisi.
Menurut portal obulan, Chacha Maembong sepatutnya memilih busana lengan panjang berwarna sedikit gelap dengan perincian feminin jika mahu kelihatan paling menyerlah dan anggun pada pandangan peminat dan pemerhati luar.
Mungkin seharusnya beliau memula jaga dengan kesihatan dan melangsing badan beliau.
Bukan apa, mempunyai bentuk badan yang ideal menunjukan kita sangat pentingkan penjagaan kesihatan.
Hiburan
MAYAT seorang lelaki yang dipercayai berbangsa melayu ditemui tergantung berhampiran Jambatan Pasar, mengakibatkan trafik sesak teruk dari Proton Shah Alam ke Puchong Barat ekoran ramai pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan melihat insiden terbabit.
Menurut sumber yang tidak rasmi, lelaki itu dipercayai tidak siuman dan mungkin membunuh diri kerana mengalami tekanan hidup yang melampau.
Laporan penuh menyusul..
Isu Panas
Kebelakangan ini, terdapat banyak hebahan dibuat melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial yang memberikan maklumat jenayah terkini menggunakan nama ASP Suman dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (D9).
Berdasarkan semakan yang dibuat, Bahagian D9 tidak mempunyai pegawai bernama ASP Suman Kumar yang berkhidmat di bahagian tersebut.
Polis Diraja Malaysia hanya akan mengeluarkan info-info terkini dan hebahan menggunakan platfrom rasmi sahaja.
Namun kandungan mesej yang disebarkan boleh digunapakai dan adalah menjadi satu tindakan yang wajar diambil untuk menghantar kanak-kanak sesat tersebut ke balai polis berdekatan.
(Sumber: Fan Page PDRM)
Isu Semasa
Memang gembiralah peminat RNB di Malaysia baru-baru ini mengetahui Brian McKnight datang melakukan persembahan.
Tambahan, ada yang tertanya adakah kejutan yang akan diberikan kepada peminat-peminat pada konsertnya nanti. Tapi jawab penyanyi dari Amerika ini, beliau hanya akan menyanyi saja selama dua jam dan tiada apa-apa kejutan untuk penonton- penontonnya.
Ternyata Brian ‘berbohong’ kerana beliau bukan saja berjaya memukau seramai 2000 penonton malah penyanyi berusia 45 tahun ini turut memberikan beberapa kejutan yang membuatkan peminatnya melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Memulakan persembahan pada jam 8.45 malam, Brian mendendangkan lagu ‘Find Myself’, ‘Dont Stop’. Suasana terus hangat apabila beliau muncul di tengah pentas. Yang menarik, beliau sempat menarik dan bergelek seksi bersama gitaris dan pemain bass sebelum memulakan nyanyian sehingga seluruh dewan merdeka gamat dengan sorakan penonton.
Aksi yang paling menggemparkan mata adalah apabila beliau membuat gaya ala-ala melamar personaliti TV3 itu sambil memberikan sejambak bunga. Memang tersipu malunya Anita dibuatnya. Namun, suasana dewan bertukar menjadi lebih gamat apabila Brian bertindak mencium bibir Anita. Anita kelihatan terkejut dan cuba mengelak. Apa agaknya bermain difikiran Brian ya?
Apapun, turut kelihatan pada konsert ini adalah barisan artis popular tempatan seperti Anuar Zain, Noryn Aziz, Shasha (Elite) Lisa Surihani dan suaminya, Yusry.
Hiburan
Setelah sekian lama solo, akhirnya Shila Amzah, 24, kini didakwa hangat bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.
Semuanya gara-gara Shila memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki yang dipercayai Adam. Meskipun wajah lelaki itu ditutup dengan kapsyen kononnya sedang bersahabat, namun hubungan rapat mereka tetap dapat dihidu oleh ramai peminat Shila.
Menurut mereka, Shila dan Adam kini berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu. Antara pertemuan itu ialah ketika perjumpaan ahli kelab peminat Shila ketika penyanyi itu pulang dari China.
Bagi yang tidak tahu, Adam sebelum ini pernah menjadi lima peserta terbaik program The Malaysian AXE-tronaut yang akan mewakili negara ke Akademi Angkasa AXE Apollo yang berpangkalan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, Adam tewas kepada peserta wanita, Roshini Muniam dalam misi pencarian angkasawan tersebut.
Untuk info, Shila sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad termasuk berkawan rapat dengan Johan As'ari.
Hingga kini, Shila dan Adam masih enggan memberi sebarang komen mengenai gosip percintaan mereka yang tersebar itu.
Apa-apapun, ayuh kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.
Hiburan
SEKALI pandang gambar yang dikongsi oleh Qi Razali mungkin tidak ada apa-apa yang perlu digossipkan. Ia hanya sekeping gambar di mana Nelydia Senrose yang merupakan teman wanitanya sedang tidur sambil memeluk seorang budak.
Qi mengongsi gambar tersebut di akaun Instagram miliknya dengan meletakkan caption,
Walaubagaimana pun, jika dilihat dengan penuh teliti gambar tersebut, kelihatan Nelydia sedang berbaring di atas perut seseorang yang dipercayai, Qi! Sebab itulah ada yang mengecam tindakan Qi mengongsi gambar ini.
Hiburan
Seorang wanita yang hanya berbaju dan berseluar dalam telah menceroboh masuk ke padang di stadium Luigi Ferraris, ketika perlawanan antara Sampdoria menentang Napoli.
Perlawanan tersebut dimenangi oleh Napoli dengan keputusan 5-2 sekaligus skuad kendalian Rafa Benitez itu menduduki tangga ke 3 Serie A Itali.
Sakit Mata
PETALING JAYA: Anggota kumpulan Shiro iaitu Ajak kesal apabila dituduh mengambil dadah gara-gara berat badannya susut sebanyak empat kilogram berbanding berat sebelum ini iaitu 65 kilogram.
Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak, 29, berkata, tuduhan pihak tidak bertanggungjawab itu mampu merosakkan reputasinya sebagai artis malah dia juga bimbang ia akan memberi persepsi buruk kepada peminat terutamanya kanak-kanak.
"Saya masih waras dan sedar mana perkara yang betul dan salah tambahan pula saya masih terikat sebagai seorang anggota tentera laut. Takkan saya nak buat begitu.
"Tuduhan itu bukan sahaja saya yang kena malah nama Shahrol juga turut terpalit sama," katanya kepada mStar Online.
Ajak ditemui pada sidang media filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 di Damansara Perdana di sini pada Khamis.
Selain Ajak dan temannya Shahrol, filem arahan Ernie Chen ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Azad Jasmin dan Rahim (Sepahtu). Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 12 Jun depan.
Dalam pada itu, menjelaskan mengenai susuk tubuhnya yang kelihatan susut, Ajak memberitahu disebabkan dia mengalami demam denggi baru-baru ini.
Malah kata Ajak, berat badannya itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penurunan tersebut tidak begitu ketara.
"Bukannya saya hilang 10 kilogram cuma empat kilogram sahaja dan saya tidak faham kenapa ada orang yang tidak berpuas hati dengan kami sehingga sanggup membuat cerita buruk seperti itu," katanya.
Sementara itu, Ajak berkata, dia dan Shahrol sudah penat dilemparkan pelbagai tuduhan yang mampu menggangu kerjaya mereka dan isu dadah bukanlah kali pertama.
Jelas Ajak, meskipun sentiasa mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan isu namun pendekatan itu membuatkan pihak-pihak tertentu terus menabur fitnah tentang mereka berdua.
"Saya akui sebelum ini saya bukan jenis yang suka memberi komen tentang-tentang cerita buruk mengenai saya atau Shiro tetapi nampaknya tindakan berdiam diri membuatkan ada pihak tertentu terus menabur fitnah.
"Sudah tiba masanya kami mempertahankan diri kerana nampaknya ia semakin menjadi-jadi," jelasnya.
Tambah Ajak dia tidak mahu mencari gaduh dengan mana-mana pihak tetapi sekadar ingin mempertahankan periuk nasinya dan keluarga daripada terus ditabur pasir.
"Saya tidak pasti apa tujuan apabila ada pihak yang cuba menjatuhkan saya tetapi cukuplah periuk nasi saya diganggu," jelasnya. mStar
Hiburan
NEW YORK - Seorang pakar kunci dan pengembara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bagaimana bagasi baju begitu mudah dibuka tanpa menjejaskan mangga kunci yang dipasang kepada bagasi dengan hanya menggunakan sebatang pen.
“Jika anda berfikir dengan mengunci beg dapat menghalang pencuri membuka bagasi anda dan seterusnya mencuri barangan berharga di dalamnya, maka anda salah," katanya.
Portal berita dailymail.com dalam satu rakaman video yang menggemparkan mendedahkan betapa mudahnya sesebuah bagasi itu dibuka dan mencuri barangan di dalamnya atau memasukkan sesuatu yang mencurigakan ke dalam bagasi itu tanpa diketahui pemilik hanya dengan menggunakan sebatang pen.
Lebih mengejutkan sesebuah bagasi berkunci itu kemudian ditutup kembali dalam keadaan sediakala seperti tidak pernah disentuh oleh sesiapa, tanpa pengetahuan pemiliknya.
Pakar kunci itu yang hanya dikenali sebagai bosnianbill membuat pendedahan itu selepas bagasi seorang rakannya dipecah dan beberapa barangan berharga milik rakannya dicuri ketika dia dalam penerbangan dari Afrika ke Amerika Syarikat.
Teknik terbaharu yang mengejutkan itu menunjukkan bagaimana bagasi seseorang penumpang boleh dibuka tanpa diketahui pemiliknya sehingga penumpang itu meninggalkan lapangan terbang.
Adalah amat sukar bagi seseorang mangsa untuk membuat tuntutan jika berlaku kehilangan sesuatu barangannya di dalam bagasi, sejurus selepas seseorang penumpang itu meninggalkan premis lapangan terbang.
Bagi mengatasi masalah itu, bosnianbill mencadangkan penumpang atau pengembara menggunakan bagasi berkulit keras yang menggunakan mangga kunci demi keselamatan selain membawa bagasi mereka bersama untuk imbasan serta pemeriksaan lanjut jika diminta.
“Jika anda berfikir dengan mengunci beg dapat menghalang pencuri membuka bagasi anda dan seterusnya mencuri barangan berharga di dalamnya, maka anda salah," katanya.
Portal berita dailymail.com dalam satu rakaman video yang menggemparkan mendedahkan betapa mudahnya sesebuah bagasi itu dibuka dan mencuri barangan di dalamnya atau memasukkan sesuatu yang mencurigakan ke dalam bagasi itu tanpa diketahui pemilik hanya dengan menggunakan sebatang pen.
Lebih mengejutkan sesebuah bagasi berkunci itu kemudian ditutup kembali dalam keadaan sediakala seperti tidak pernah disentuh oleh sesiapa, tanpa pengetahuan pemiliknya.
Pakar kunci itu yang hanya dikenali sebagai bosnianbill membuat pendedahan itu selepas bagasi seorang rakannya dipecah dan beberapa barangan berharga milik rakannya dicuri ketika dia dalam penerbangan dari Afrika ke Amerika Syarikat.
Teknik terbaharu yang mengejutkan itu menunjukkan bagaimana bagasi seseorang penumpang boleh dibuka tanpa diketahui pemiliknya sehingga penumpang itu meninggalkan lapangan terbang.
Adalah amat sukar bagi seseorang mangsa untuk membuat tuntutan jika berlaku kehilangan sesuatu barangannya di dalam bagasi, sejurus selepas seseorang penumpang itu meninggalkan premis lapangan terbang.
Bagi mengatasi masalah itu, bosnianbill mencadangkan penumpang atau pengembara menggunakan bagasi berkulit keras yang menggunakan mangga kunci demi keselamatan selain membawa bagasi mereka bersama untuk imbasan serta pemeriksaan lanjut jika diminta.
Global
Kejadian aneh ini menganggu pemilik perniagaan di sekitar Las Vegas. Mereka mengatakan hal tersebut sangat menjijikkan dan mengelirukan.
Bukan hanya itu, kejadian aneh tersebut telah menimbulkan pelbagai macam andaian dari pemilik kedai atau orang yang bekerja dan melalui jalan disekitar Timur Las Vegas.
"Saya fikir ini adalah bentuk amalan vodoo," kata pembersih jalan di Las Vegas Ryan Roskins, seperti dikutip dari NY Daily News, Isnin (12/5/2014).
Sampai saat ini belum ada yang boleh memastikan apa yang terjadi pada burung-burung malang ini. Polis Las Vegas menyatakan akan menyiasat kes aneh tersebut
Pelbagai
Jasin: “Mangsa terkulai dengan dengusan nafas yang perlahan selepas kereta dipandu dirempuh lori lima tan sarat muatan tanah merah. Pada masa sama, darah pekat mengalir dari sebelah kanan kepalanya,” kata Mohd Hisham, 39, saksi kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Selandar - Kesang Pajak, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa Widad Mohd Ismail, 34, yang memandu Proton Iswara dikatakan dari arah pekan Selandar menuju ke Kesang Pajak sebelum terbabit kemalangan itu.
Difahamkan, pensyarah Kolej Komuniti Selandar itu yang memandu sendirian dipercayai membuat pusingan U setibanya di tempat kejadian sebelum dirempuh lori muatan tanah dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun.
Kata Mohd Hisham, dia yang mengikuti orang ramai berlari ke arah mangsa sebaik kemalangan terus mengejutkan wanita itu, sementara menunggu bantuan penyelamat tiba.
“Mulanya saya sangka mangsa nazak, namun dia tersedar sebelum dihantar ke Hospital Jasin menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya, semalam.
Isu Semasa
Kuala Lumpur: Seorang ‘doktor kaki lima’ yang giat menjalankan perniagaan menjual ubat kuat dan pil perangsang seks di beberapa lokasi sekitar ibu negara terkedu apabila ditahan anggota Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) di hadapan sebuah hotel di Brickfields di sini, semalam.
Lelaki tempatan berusia 40-an itu dikesan menjalankan perniagaan ubat kaki lima itu secara bergerak selain memilih lokasi yang menjadi tumpuan ramai seperti restoran dan pusat beli-belah.
Dalam serbuan jam 11.15 pagi itu, sebanyak 15 jenis pil perangsang seks dirampas disyaki diseludup dari China dan Indonesia.
Ketua Seksyen Risikan Operasi CPFKL Azarudin Aziz berkata, lelaki itu dikesan menjalankan perniagaan di beberapa lokasi di Brickfields setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum berpindah ke lokasi lain.
“Waktu malam, lelaki itu akan berniaga di Pasar Pudu, Plaza Kotaraya dan Pasar Seni, malah dia juga mengaku sudah ada pelanggan tetap terdiri daripada kalangan lelaki tempatan dan warga asing,” katanya.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments