Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Gambar Brian McKnight Cium Pengacara TV3 Atas Pentas
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Memang gembiralah peminat RNB di Malaysia baru-baru ini mengetahui Brian McKnight datang melakukan persembahan.
Tambahan, ada yang tertanya adakah kejutan yang akan diberikan kepada peminat-peminat pada konsertnya nanti. Tapi jawab penyanyi dari Amerika ini, beliau hanya akan menyanyi saja selama dua jam dan tiada apa-apa kejutan untuk penonton- penontonnya.
Ternyata Brian ‘berbohong’ kerana beliau bukan saja berjaya memukau seramai 2000 penonton malah penyanyi berusia 45 tahun ini turut memberikan beberapa kejutan yang membuatkan peminatnya melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Memulakan persembahan pada jam 8.45 malam, Brian mendendangkan lagu ‘Find Myself’, ‘Dont Stop’. Suasana terus hangat apabila beliau muncul di tengah pentas. Yang menarik, beliau sempat menarik dan bergelek seksi bersama gitaris dan pemain bass sebelum memulakan nyanyian sehingga seluruh dewan merdeka gamat dengan sorakan penonton.
Aksi yang paling menggemparkan mata adalah apabila beliau membuat gaya ala-ala melamar personaliti TV3 itu sambil memberikan sejambak bunga. Memang tersipu malunya Anita dibuatnya. Namun, suasana dewan bertukar menjadi lebih gamat apabila Brian bertindak mencium bibir Anita. Anita kelihatan terkejut dan cuba mengelak. Apa agaknya bermain difikiran Brian ya?
Apapun, turut kelihatan pada konsert ini adalah barisan artis popular tempatan seperti Anuar Zain, Noryn Aziz, Shasha (Elite) Lisa Surihani dan suaminya, Yusry.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments