Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Ladang petani yang terletak di Pulau Channel Jersey UK, ahli-ahli arkeologi telah menemui harta-karun, berjumlah 30-50 000 Celtic syiling daripada jumlah anggaran 3-10juta pound (4-15juta dolar), yang mungkin menjadi terbesar dalam sejarah Eropah.







CAMPINAS - Seorang model Andressa Urach, atau lebih dikenali sebagai Ms. BumBum, seorang model majalah lelaki dewasa melakukan aksi berani di depan awam. Model berusia 26 tahun ini berseparuh bogel dan menghiasi tubuhnya dengan body painting berbentuk jersi Portugal, seperti yang dilaporkan oleh 101GreatGoals.

Urach juga sudah menyiapkan poster yang bertuliskan selamat datang Ronaldo. Poster ini tak lain untuk menyambut kedatangan bintang Real Madrid itu. Mungkin saja sambutan ini sebagai sebahagian dari nostalgia lantaran dirinya pernah terjebak api asmara bersama Ronaldo tahun lalu hingga menggemparkan dunia. Padahal di tahun yang sama CR7 sudah menjalin hubungan dengan model ternama Rusia, Irina Shayk.

Semoga sambutan ini tidak mengganggu tumpuan Ronaldo dalam menghadapi perlawananan menentang Jerman pada 16 Jun akan datang di Arena Fonte Nova, Salvador. Skuad kendalian Paulo Bento berada dalam Kumpulan G bersama Ghana dan Amerika Syarikat.


BANDAR SRI SENDAYAN - Dua remaja berusia 15 dan 13 tahun ditangkap ketika sedang asyik berdua-duaan dalam sebuah tandas di kawasan kedai makan Medan Nusari, dekat sini, semalam.

Difahamkan, perlakuan sumbang kedua-dua remaja terbabit disedari beberapa pelanggan kedai makan berkenaan kira-kira jam 10 pagi, semasa mahu menggunakan tandas tersebut yang terletak beberapa meter dari kedai dan berkeadaan sunyi.

Salah seorang pelanggan hanya mahu dikenali sebagai Rusydi, 35, berkata, pada mulanya, dia tidak mengesyaki apa-apa ketika melihat remaja lelaki dan perempuan menaiki motosikal bersama menuju ke kawasan tandas itu.

“Bagaimanapun, saya mula tidak sedap hati apabila mendapati motosikal dinaiki kedua-duanya masih berada di situ, sedangkan kelibat mereka langsung tidak kelihatan sejak 20 minit lalu.

“Pemeriksaan saya bersama rakan-rakan dalam tandas lelaki tidak menemui apa-apa. Namun, alangkah terkejutnya saya kerana ternampak dua pasang kaki dalam keadaan cukup rapat ketika menjengah dari bahagian bawah salah satu tandas wanita,” katanya.

Menurutnya, selepas dipaksa membuka pintu, mereka mendapati kedua-dua remaja terbabit sedang berada dalam tandas berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Melalui penjelasan diberikan kedua-duanya, difahamkan remaja perempuan yang sedang menuntut dalam tingkatan satu itu berasal dari taman sekitar kawasan ini, manakala si lelaki pula datang dari Seremban Dua yang terletak lebih kurang 6.3 kilometer dari tempat kejadian.

“Mereka juga merayu agar tidak diserahkan kepada pihak berkuasa dan mengaku tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang,” katanya yang menjelaskan, ibu  remaja perempuan itu sampai di lokasi lebih kurang 45 minit kemudian selepas dihubungi anaknya.

Katanya lagi, si ibu langsung tidak menyangka akan berlaku demikian, memandangkan anaknya ada meminta izin untuk keluar dengan alasan mahu pergi bersiar-siar.

Kekecohan juga hampir berlaku apabila bapa kepada remaja lelaki terlibat yang tiba beberapa minit kemudian, naik angin dan mengugut mahu memukul Sinar Harian yang cuba mendapatkan maklumat.

“Kau siapa? Jangan kurang ajar! Aku belasah kau nanti,” demikian herdik lelaki dalam lingkungan 40-an itu kepada Sinar Harian, semalam yang kemudiannya meminta maaf dan mengaku tertekan dengan perbuatan anaknya.

Tinjauan Sinar Harian, semalam mendapati, kedua-dua remaja itu diserahkan kepada ibu bapa masing-masing dan tidak membabitkan pihak berkuasa.  

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Nusari Aman 2 (Natra), Terence Santhanam Beh, 41, berkata, beliau hanya mengetahui insiden itu selepas dimaklumkan oleh beberapa penduduk.

“Kita kesal dengan kejadian sebegini, lebih-lebih lagi berlaku pada hari Jumaat yang mulia. Kita harap, ibu bapa akan dapat mengawasi anak-anak mereka bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Laman sosial di telefon pintar seperti WeChat, WhatsApp dan sebagainya dilihat telah banyak membawa kepada kerosakan akhlak dikalangan remaja melayu kita. Merek dengan selamba mengongsi gambar intim dengan kekasih yang masih tidak halal bagi mereka.

Jika sekadar gambar biasa tidak penulis ingin kongsikan, tapi gambar-gambar yang dikongsikan mereka pasti membuat ibu bapa mereka merasa malu dengan kelakuan mereka. Mana taknya, aksi-aksi mereka sudah seperti suami isteri yang halal bahkan mereka yang sudah sah bernikah pun tidak mengongsi gambar-gambar panas mereka.


Jom lihat gambar-gambar yang mereka kongsikan:





SUSPEK yang memecah masuk rumah penyanyi antarabangsa Miley Cyrus yang terkenal dengan lagu ‘Wrecking Balls’ dan ‘Adore You’ telah berjaya diberkas oleh pihak polis tempatan.
Menurut Sarjan Balai Polis Hollywood Utara Kyle Kirkman, suspek telah mencuri barangan kemas, pakaian berjenama, tas tangan serta kereta mewah Maserati yang bernilai lebih RM400,000 pada 30 Mei lalu.
“Difahamkan suspek merupakan pasangan kekasih yang dikenali sebagai Taylor Scot 19, dan teman wanitanya Naomi Charles 21 yang merupakan warga LA dan model sambilan.” katanya
Sementara itu, teman lelakinya pula berasal dari Arizona dan berhijrah ke LA untuk mencuba nasib sebagai model.
Kesemua barang yang dicuri telah berjaya ditemui oleh pihak polis. Ketika kejadian, Cyrus tiada di rumah.-Murai


HANYA kerana hutang, sanggup seorang lelaki memaki hamun kawannya dengan kata-kata kesat.
Dikala berdepan dengan kesusahan, bukan main manis lagi mulut berbicara meminta pertolongan dari kawan sendiri. Pelbagai janji manis ditaburkan untuk menyakinkan si kawan.

Namun dalam perbualan mesej di atas, “memang aku tak pernah plan nak bayar”
Betapa sakitnya hati membaca ayat seperti itu. Adalah amat malang sekali memiliki kawan seperti ini. Lebih-lebih lagi kawan yang dikenali sejak dari kecil lagi.

RM1,800 bukanlah satu jumlah yang kecil. Sungguhpun lelaki itu memiliki pekerjaan yang besar pendapatannya, RM1,800 itu masih satu amaun yang diperlukan untuk menyara hidupnya sendiri, keluarga, ataupun ibu bapa di kampung.
Hutang dari perspektif Islam

Perspektif Islam berkenaan hutang dapat difahami dengan jelas jika kita merujuk hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)” (Riwayat Muslim, 6/28)
Nampak di situ betapa besarnya isu hutang ini di mana mereka yang mati syahid yang dijanjikan syurga sekalipun tidak akan terampun dosanya jika mempunyai hutang kepada manusia.

Di dalam satu lagi hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, ALLAH akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamkannya dengan niat ingin merugikannya, ALLAH akan merugikannya” (Riwayat al-Bukhari, 2/83)
Islam juga melihat hutang sebagai sesuatu yang membahayakan individu dan umat Islam. Ini dapat dilihat dari doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa tuan sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” (Riwayat al-Bukhari, 1/214)
Ingatlah, jika berhutang tu bayarlah sedikit demi sedikit lama-lama habis juga. Mohon maaf dengan si pemberi hutang dan bukannya bersikap seperti gambar yang kami paparkan di atas. Sayu hati mengenang ada manusia yang bersikap begini. Soal hutang usah dipandang ringan.


PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya tidak memerlukan kontroversi hanya semata-mata untuk mengecap populariti kerana yakin kerjaya lakonannya tidak akan berkekalan untuk jangka masa panjang jika berbuat sedemikian. 

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, sebaliknya memberitahu dia mahu dikenali kerana bakat lakonannya dan usaha selama lapan tahun untuk membina nama sebagai pelakon mula menampakkan hasil selepas kejayaan beberapa buah drama lakonannya termasuk I Love You Mr Arrogant yang melonjakkan namanya.

"Kontroversi bukan jalan mudah untuk berjaya dan popular kerana ia tidak akan kekal lama, sebaliknya usaha berterusan dan bakat seseorang artis itu yang akan dinilai oleh peminat, bukannya gosip.

"Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk mula dikenali dan banyak pengorbanan dilakukan sebelum hasil kerja dan bakat mula mendapat perhatian," katanya kepadamStar Online.

Nama pemenang trofi Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) itu baru-baru ini terpalit dengan kontroversi kononnya dia gemar menjaja cerita buruk mengenai aktor Azlee Khairi kepada orang di sekelilingnya.

Dalam pada itu, Zara berkata, dia yakin peminat sudah bijak menilai tentang sesuatu kesahihan cerita yang tersebar mengenai dirinya, tambahan pula medium media sosial seperti Twitter dan Instagram memudahkan mereka untuk mendapat maklumat.

“Peminat bijak menilai dan memberikan komen mereka, terutama dengan teknologi media sosial hari ini membuatkan mereka peka terhadap semua perkara yang mereka baca.

"Paling penting seseorang artis itu kena bijak menjaga diri dan imej tetapi bukan bererti kita perlu berpura-pura sebaliknya menjadi diri sendiri," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zara berkata, dia bersyukur rezekinya dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah dan ia membuatkannya lebih fokus terhadap kerjaya lakonannya buat masa ini.



SEORANG wanita yang pernah menjadi sasaran petisyen kebencian yang ditandatangani oleh 200 kaki buli di sekolahnya yang mahu dia membunuh diri kerana kehodohannya kini bergelar ratu cantik.


Hollie Robinson, 22, ditendang, ditumbuk dan didera secara lisan setiap hari di sekolah tingginya selama hampir dua tahun sejak dia berumur 11 tahun.

Dia menghabiskan masa makan tengaharinya dengan bersembunyi di tandas sekolah, mempunyai masalah sebelum meninggalkan rumah setiap pagi dan sentiasa berasa panik terhadap serangan di sekolah yang tidak dijangka.

Kaki buli di taman permainan mengejeknya sebagai 'hodoh' dan Hollie pernah bercadang untuk membunuh diri setiap hari selepas berasa dirinya 'tidak bernilai'.

Pada satu ketika dia menerima e-mel menakutkan yang merupakan satu petisyen dengan 200 tandatangan menggesanya untuk membunuh diri.

Hollie masih ingat baris pertama petisyen itu yang dibaca: 'Siapa fikir Hollie Robinson harus membunuh dirinya?'.


Tetapi selepas diintai ketika pertunjukan pakaian ketika dia berusia 17 tahun, keyakinan Hollie meningkat dan dia berjaya lari dari mimpi ngeri dengan memenangi siri ratu cantik.
Dia kini menubuhkan sebuah syarikat ratu cantik dalam talian yang dikenali sebagai Miss Anti-Bulliying untuk meningkatkan kesedaran dan melakukan kempen amal terhadap mangsa buli sepertinya.


Hollie berkata: 'Saya tidak boleh menggambarkan bagaimana saya melalui saat-saat seperti berada di neraka ketika saya masih muda. Ketika saya mula masuk sekolah menengah, saya mempunyai kumpulan rakan yang besar tetapi mereka tiba-tiba menentang saya.

Hollie, yang bekerja sebagai perunding ejen hartanah, akhirnya memberitahu ibu bapanya perkara sebenar selepas dua tahun dan dengan segera dibawa keluar dari sekolah selama tiga bulan.

Dia menambah: "Saya berusia 13 tahun ketika saya memberitahu ibu saya apa yang berlaku.

"Sebelum itu, saya terlalu malu untuk memberitahu ibu bapa saya cerita sebenarnya dan guru-guru saya tidak melakukan apa-apa. Mereka berkata ia hanyalah satu fasa dan tidak lama lagi orang lain pula akan menjadi mangsa.

"Tetapi apabila ibu saya dapat tahu perkara ini, dia memberitahu saya supaya tidak pergi semula ke sekolah dan saya meninggalkan sekolah selama tiga bulan. Ia berlaku ketika ibu pergi ke sekolah dan mendapat tahu tentang e-mel kebencian yang meminta saya bunuh diri berserta 200 tandatangan.

Dia berkata: "Apabila saya membaca e-mel itu, saya sangat kecewa. Saya bagaimanapun begitu bersyukur kerana ibu saya berada di samping saya pada masa itu kerana jika tidak, saya benar-benar fikir saya mungkin telah melakukan sesuatu yang bodoh. Saya telah lama berfikir untuk membunuh diri dan tidak mustahil ia boleh berlaku.

Hollie kemudian tidak kembali lagi ke sekolah itu dan masuk ke sekolah baru di Year Nine, di mana dia mendapat ramai kawan baru.

Dia berkata: "Ia adalah permulaan yang benar-benar segar di sekolah baru dan saya mempunyai ramai rakan. Ia berbeza dengan apa yang saya telah alami sebelum ini.

"Saya cuba melupakan pengalaman dibuli tetapi ia mengambil masa agak lama untuk memulihkan keyakinan. Apabila anda diberitahu bahawa anda hodoh dan tidak bernilai sepanjang masa, anda mula mempercayainya. Saya merasakan seperti saya tidak bernilai setiap kali saya bernafas.

"Apabila saya imbas kembali, saya fikir mereka hanya cemburukan saya. Sebahagian daripada budak lelaki pernah sukakan saya dan saya fikir dari situ ia bermula.

Hollie sedang melawat satu pertunjukan pakaian bersama ibunya pada usia 17 apabila dia diintai oleh seorang wanita yang sedang mencari Miss Blackpool Town pada tahun 2009.

Dia berkata: "Apabila wanita itu berkata, saya sepatutnya mencuba nasib, reaksi pertama saya adalah saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu. Kerana saya begitu teruk dibuli, saya berusaha untuk bercakap tetapi dia memberitahu saya menyertai pertunjukan itu adalah cara yang baik untuk meningkatkan keyakinan saya.

Dia kemudian dimahkotakan sebagai ratu dan memenangi Miss West Lancashire pada tahun 2011 dan Miss Blackpool pada tahun 2011.

Mungkin sudah lama para peminat tidak mendengar cerita tentang artis yang cantik jelita, Juliana Evans. Dia dikatakan baru sahaja selesai menyambung pelajaran di Amerika Syarikat sekarang ini. Artis dan model ini sememangnya seorang pelakon yang amat berbakat malah mempunyai wajah yang cantik jelita hasil darah kacukkannya.


Sebagai pengubat rindu peminat-peminat semua, jom layan gambar-gambar Juliana Evans ketika belajar di USA.






New Orleans: Seorang wanita dikebumikan baru-baru ini, tetapi hanya selepas parti terakhir diadakan untuknya.
Parti itu menyaksikan dia didudukkan berhampiran meja bersama-sama bir, wiski dan rokok mentol.
Tidak ada parti yang lengkap tanpa lampu disko. Begitu juga dengan majlis pengebumian Miriam Burbank, 53, turut dilengkapi dengan lampu berkenaan.Miriam meninggal dunia pada 1 Jun lalu. Apabila pengurus rumah mayat di Charbonnet bertanya kepada dua anak perempuannya mengenai kegemaran ibu mereka, kedua-duanya memutuskan mereka mahukan upacara pengebumian yang menggambarkan kehidupannya yang sentiasa riang.

Kedua-dua anak Miriam mengilhamkan konsep menarik itu dengan meletakkan mayat ibu mereka seolah-olah seperti berada di satu parti, dengan dia duduk, menghisap rokok dan minum arak sementara lampu disko menerangi bilik itu.

Untuk memberi penghormatan kepada minat Miriam kepada pasukan bola sepak New Orleans, kukunya diwarnakan hitam dan emas - warna jersi pasukan berkenaan.

Menurut media, anak Miriam berkata, anggota keluarga lain turut menggemari idea itu, kerana menganggap ia ucapan perpisahan yang sesuai untuk ibu mereka.
Ini kali kedua tahun ini menyaksikan New Orleans menjadi hos kepada gaya pengebumian unik.

April lalu, seorang dermawan terkemuka, Mickey Easterling menjalani pengebumian serupa.
Lebih 1,000 orang menghadiri upacara pengebumian dermawan berusia 83 tahun itu dengan mayatnya didudukkan pada bangku besi dengan segelas champagne pada sebelah tangan dan rokok di sebelah lagi. - Agensi

Guangzhou: Seorang wanita warga Guangdong mendedikasikan hidupnya dengan menternak 100,000 lipas dan menganggap serangga itu anaknya.
Pembiakan lipas untuk tujuan perubatan dan kosmetik adalah antara industri yang berkembang pesat di China ketika ini.
Tetapi tiada siapa yang begitu tekun seperti Yuan Meixia, 37, yang menjadi terkenal di Guangdong kerana mempunyai lebih 100,000 lipas.

Dia memelihara lipas itu di sebuah rumah lama berhampiran hutan berhampiran hutan di kampungnya.
“Lipas yang sering anda dilihat ialah Blattella Germanica, tetapi baka yang saya biak ialah Periplaneta Americana.

“Ia penggemar makanan kanji dan manisan,” katanya.

Bahagian siling dan dinding rumah lipas itu ditutup dengan konkrit. Ketika cuaca panas terik, Yuan menyejukkan suhu dengan menyiram air pada dinding rumah berkenaan. Apabila keadaan terlalu sejuk, dia memanaskan bilik itu menggunakan api dapur.
“Lipas paling aktif pada waktu malam. Ia akan mencari makanan dan pasangan,” katanya.

Yuan menyediakan makanan untuk serangga itu dan mengasingkan anak dengan lipas dewasa, kemudian meletakkan mereka ke dalam kotak serta papan kayu pada jam 6 petang setiap hari.
Menurut Yuan, lipas akan mula mengawan selepas makan dan lipas jantan mati sejurus selepas itu.

Selain membiak lipas, Yuan mempunyai kerja tetap sebagai kerani farmasi.

“Tahun lalu, saya menonton program mengenai seorang wanita di wilayah Anhui yang membiak lipas untuk tujuan perubatan. “Saya menghabiskan ribuan yuan selama seminggu di sana untuk belajar memberi lipas makan. Saya juga menghabiskan 10,000 yuan (RM5,200) untuk membeli telurnya. Sekarang saya mempunyai 100,000 lipas dan menternaknya adalah tugas kedua saya,” katanya.

Yuan berkata, setelah lipas dewasa, ia akan melemaskannya di dalam air, mengering dan membungkusnya ke dalam plastik sebelum menjualnya di kilang farmasi di Anhui. - Agensi

Salvador (BRAZIL): Dendam empat tahun Belanda ke atas Sepanyol berbalas apabila skuad Oranje itu mencatatkan kemenangan bergaya 5-1, ke atas juara bertahan itu pada perlawanan pembukaan kedua-dua pasukan di Fonte Nova Arena, awal pagi ini.Belanda yang awal perlawanan hilang penguasaan di tengah bangkit di babak kedua untuk menjaringkan empat gol menerusi Arjen Robben pada minit ke-53, Stefan de Vrij (m-64), Robin van Persie (m-72) dan Robben sekali lagi pada minit ke-80. 
Pesta gol Belanda bermula menerusi gol cantik van Persie pula berpunca daripada Daley Blind melakukan hantaran silang lambung kepada penyerang Manchester United itu sehingga membuatkan Iker Casillas tergamam.

Sepanyol yang jelas menguasai babak pertama perlawanan memperoleh jaringan pendahuluan menerusi Xabi Alonso pada minit ke-27 sebelum mereka tersentak dengan gol penyamaan van Persie di minit ke-44.

Permulaan baik buat Sepanyol itu tercetus apabila Diego Costa dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Stefan de Vrij seminit sebelum itu.
Tonggak Belanda, Wesley Sneijder hampir mengejutkan Sepanyol pada minit kelapan apabila melepasi pertahanan Sepanyol tetapi dapat diselamatkan Iker Casillas.

SEPANYOL: Iker Casillas, Cesar Azpilicueta, Gerard Pique, Sergio Ramos, Jordi Alba, Xavi Hernandez, Sergio Busquets, Xabi Alonso, David Silva, Diego Costa, Andres Iniesta 

BELANDA: Jasper Cillessen, Bruno Martins Indi, Ron Vlaar, Stefan De Vrij, Daley Blind, Daryl Janmaat; Arjen Robben, Nigel De Jong, Jonathan De Guzman, Wesley Sneijder, Robin Van 

PENGADIL: Nicola Rizzoli (ITA)