Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SEORANG remaja perempuan meninggal dunia selepas menggunakan tampon (gambar kecil di atas) buat pertama kali akibat satu keadaan kejutan toksik yang jarang berlaku.

Natasha Scott-Falber (Gambar)  maut akibat jangkitan sejenis bakteria yang hanya berlaku kepada kira-kira 40 orang setahun di Britain.

Keluarga remaja berusia 14 tahun ini kini telah melancarkan kempen untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya sindrom itu.

Natasha berasal dari Caerwent, Monmountshire meninggal dunia pada 14 Februari lalu selepas jatuh sakit tetapi pada mulanya ia disangka sebagai sejenis jangkitan norvovirus.
Namun hanya baru-baru ini mereka menerima hakikat bahawa Natasha meninggal dunia akibat sindrom berkenaan.

Keluarganya memakumkan di Facebook bahawa Natasha sudah pun mengikuti semua arahan yang disertakan pada bungkusan tampon berkenaan sebelum menggunakannya.

“Sindrom kejutan Toksik yang menyebabkan kematian ketika sistem badannya pertama kali mengenali tampon, ia jarang berlaku tetapi ia boleh membunuh,” katanya.

Kini keluarga Natasha memberi fokus kepada menyemai kesedaran berkenaan sindrom itu dan cuba menghindarkan orang lain turut mengalami keadaan yang sama.
Keluarganya akan bekerjasama dengan sekolah dan perkhidmatan kesihatan tempatan untuk mendidik remaja mengenai sindrom berkenaan dan bahayanya.

Tampon ialah sejenis aksesori wanita untuk menghentikan darah haid atau keputihan cuma ia digunakan dengan memasukkannya ke dalam bahagian intim wanita tidak seperti memakai tuala wanita biasa.

images (2)
images (1)
Mayat separuh bogel depan pagar

KLANG - Seorang lelaki tidak menyangka bunyi salakan anjing yang didengari awal pagi semalam adalah petanda terdapat mayat dibuang berdekatan kediamannya di Jalan Goh Hock Huat.

Lelaki berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, dia yang tinggal di seberang jalan terjaga pada jam 4 pagi, selepas mendengar bunyi salakan anjing di luar rumah.

"Saya pelik kerana salakan terlalu kuat dan bising. Saya segera keluar rumah untuk melihat, tetapi tak nampak apa-apa sebab gelap. Disebabkan tidak ada apa-apa yang mencurigakan, saya masuk semula ke dalam rumah dan terus tidur," katanya.

Bagaimanapun menurutnya, pada jam 8 pagi adiknya yang hendak keluar bekerja memaklumkan seorang lelaki ditemui dalam keadaan berikat di seberang jalan.

"Saya memang terkejut dengan berita itu dan yakin salakan anjing awal pagi tadi (semalam) mungkin ada kaitan dengan penemuan mayat berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan mayat itu oleh orang awam kira-kira jam 8.05 pagi, sebelum sepasukan anggotanya dihantar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan menunjukkan mayat lelaki dipercayai warga Myanmar itu berada dalam keadaan separuh bogel, selain kedua-dua tangan dan kakinya diikat dengan tali.

"Polis percaya lelaki berusia lingkungan 20-an itu dibunuh di tempat lain, sebelum mayatnya dibuang depan pagar sebuah tempat cuci kereta di situ. Kita temui banyak kesan lebam di seluruh badannya dipercayai akibat didera.

"Bagaimanapun semua kesan tersebut adalah kesan lama dan kecederaan lain masih belum dapat dipastikan sehingga bedah siasat dijalankan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Mohd Shukor berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui dan motif kejadian sedang disiasat.

Menurutnya, pihaknya akan meneliti kamera litar tertutup yang dipasang di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dera anak hingga mati

BESUT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai mangsa dera di Kampung Seberang Jertih dekat Bandar Jertih malam kelmarin.

Mangsa, Putri Nur Qristina Balqis Abdullah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas dibawa ke Hospital Besut oleh ibunya dengan ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut jam 8 malam.

Terdahulu, difahamkan ibu mangsa yang berusia 23 tahun berjalan kaki sejauh 500 meter dari rumahnya sambil mendukung mangsa yang sudah tidak bergerak  untuk meminta bantuan di pejabat JPAM.

Ibu mangsa ke JPAM ditemani seorang ibu tunggal yang merupakan keluarga angkatnya, iaitu tempat wanita terbabit dan anaknya itu tinggal.

Menurut sumber lagi, ketika sampai di pejabat JPAM, ibu mangsa tidak bercakap banyak dan mengatakan anaknya terjatuh, sambil meminta bantuan menghantar anaknya ke hospital.

“Mangsa yang sudah tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Besut bersama ibunya dan sebaik tiba di hospital, kanak-kanak malang itu disahkan telah meninggal dunia.

“Saya lihat pada badannya memang ada kesan lebam-lebam, manakala ibunya tidak banyak bercakap,” dakwa sumber itu lagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan menerima laporan daripada Hospital Besut berikutan kematian kanak-kanak perempuan itu.

Menurutnya, pihak hospital telah membuat laporan polis di Balai Polis Jertih selepas pemeriksaan fizikal ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat beberapa kecederaan dan kesan lebam, seperti lebam di dahi dan pipi serta luka di bawah mata sebelah kanan.

“Pemeriksaan doktor juga mendapati ada lebam biru di belakang badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, polis belum boleh mengklasifikasikan kes itu sebagai kes dera sebelum menerima laporan bedah siasat daripada pakar forensik petang semalam.

Kata beliau, jenazah Putri Nur Qristina Balqis dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat oleh pakar forensik dari Kuantan, Pahang bagi mengetahui punca kematian.

Menurutnya, ibu mangsa yang tidak bekerja beralamat di Kluang, Johor telah dipanggil untuk diambil keterangan dan sehingga petang semalam, belum ada sebarang tangkapan dibuat.

“Polis akan menunggu keputusan bedah siasat dan akan bertindak berdasarkan laporan tersebut serta memastikan undang-undang ditegakkan,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa yang merupakan anak tunggal dan ibunya, tinggal bersama keluarga angkat yang juga seorang ibu tunggal lima anak, termasuk seorang anak OKU.

Menurutnya, ibu mangsa dan ibu tunggal tersebut juga tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Ujar beliau, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai sudut dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

Kamaruddin bagaimanapun menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum hasil bedah siasat diketahui.

Sinarharian
Negara Sudan merupakan salah sebuah negara yang miskin di dunia. Jadi cuba anda bayangkan penjara di negara tersebut. Dalam penjara ini, ramai banduan akan meninggal dunia sebelum sempat dilepaskan bukan kerana hukuman mati tetapi kerana mati kerana kebuluran dan penyakit.




Ini berlaku semasa world premiere filem Thor 2. Rasanya dia terlupa untuk memakainya kot atau memang fesyen dress macam ni.. kebiasaannya selebriti terkenal hanya pakai dress yang kena sponsor jer.. betul atau bohong?




PETALING JAYA – Seramai lima selebriti tempatan iaitu Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Siow Hui Mei dan Jason Phang terlibat mempromosikan gajet terbaharu daripada Samsung Malaysia Electronic iaitu Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear di pusat beli belah One Utama di sini pada Sabtu.

Pada acara tersebut, para selebriti ini meluangkan masa mereka bersama peminat menceritakan cara penggunaaan dua gajet berkenaan yang akan menjadi kegilaan ramai nanti.
Farid berkata, selepas dua minggu mencuba Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear, dia sudah mula menyukai gajet tersebut terutamanya bagi Galaxy Gear yang berbentuk jam tangan itu.

“Saya seorang yang sentiasa sibuk dengan kerja serta pelbagai aktiviti sukan. Dengan adanya Galaxy Gear ia sedikit sebanyak memudahkan lagi untuk saya dalam mengendalikan gajet itu,” katanya kepada mStar Online
.
Intan pula berkata, memandangkan dia seorang yang obses berkaitan dengan teknologi gajet terbaharu, peluang mempromosikan dua produk terbaharu itu membuatkan dia cukup teruja.
“Siapa yang tidak sukakan gajet? Ia memberikan kepuasan yang berlainan di zaman serba moden ini. Penyertaan saya mempromosikan Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear kepada peminat adalah perkara yang menyeronokkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yana pula seronok berkongsi ilmu dalam mengendalikan gajet-gajet tersebut kepada pengunjung yang hadir.

Sementara itu,Ketua Bahagian Telefon Bimbit Samsung Malaysia Electronics (SME) Vincent Chong Weng Kai berkata kehadiran para selebriti itu telah memeriahkan lagi suasana pada acara tersebut, malah lebih ramai pengunjung dilihat terdiri daripada peminat selebriti masing-masing.

“Pendekatan membawa selebriti ke tapak promosi sememangnya memeriahkan lagi suasana kerana pengunjungb yang hadir kebanyakannya terdiri daripada para peminat.

“Selain itu, ia juga membuatkan pihak kami lebih mudah mendekati penggemar gajet untuk menceritakan kehebatan Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear,” tuturnya. – mStar Online

Kuala Lumpur – Seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an maut selepas dipercayai dicampak teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari Semalam, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Menurut sumber, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh kerana siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya berusia 30-an.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa dilapor akan pulang ke negaranya hari ini.

“Bagaimanapun, mangsa bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ditemui mati di tingkat bawah kawasan perumahan itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa juga mengemas pakaian miliknya kerana akan mengosongkan rumah berkenaan.

“Mangsa berada di Malaysia sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sehingga kini pihak berkuasa belum mengklasifikasikan kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat.

Katanya, pihak berkuasa memanggil teman lelaki suspek untuk diambil keterangan dan akan menahannya selepas laporan bedah siasat diperoleh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. – myMetro Online


Rumah ini cuma 5 minit dari Lapangan Terbang McCarran tetapi disebabkan kawasan yang begitu luas, ianya mempunyai lapangan terbang sendiri. Rumah ini juga mempunyai Zoo peribadi, Muzium Kereta, Lapangan Equestrian dan juga Jumbo jet dengan terminalnya sendiri. Harga rumah serta segalanya bernilai RM148 juta. 






Cape Town – Hos rancangan bersiri Winchester Deadly Passion , Melissa Bachman mencetuskan kontroversi selepas memuatnaik gambar dia bersama binatang buruannya yang dibunuhnya, dalam media sosial.

Hanya beberapa jam selepas gambar itu dimuat naik dalam Twitter dan Facebook, penduduk di Cape Town melancarkan petisyen meminta kerajaan Afrika Selatan mengharamkan Bachman daripada memasuki negara berkenaan.

Ini kerana, gambar-gambar Bachman bersama binatang buruannya seperti harimau, buaya serta binatang liar lain, telah menyebabkan penduduk tersebut marah.
Mereka menggelarnya sebagai menjijikkan dan keji, kerana ia bertentangan dengan usaha pemuliharaan binatang.

Ini bukan kali pertama Bachman, yang digelar `pembunuh’ itu terlibat dengan aktivis anti-pemburuan binatang.

buaya

Tahun lepas, dia yang sepatutnya muncul dalam rancangan National Geographic Channel’s Ultimate Survivor Alaska, telah digugurkan selepas lebih 13,000 petisyen yang ditandatangani dalam masa 24 jam diterima oleh National Geographic Channel’s .

Bachman, yang juga penulis blog ‘Why every girl should try bowhunting’ dan ‘Stupid hunting regulations I just can’t stand,’ merupakan hos rancangan bersiri di televisyen, Winchester Deadly Passion.

Dalam setiap episod, dia akan mengembara ke kawasan terpencil dan akan membunuh binatang dengan menggunakan panah.


BUENOS AIRES – Peralatan konsert penyanyi terkenal Kanada, Justin Bieber dirampas di Argentina dalam satu pertikaian undang-undang dengan seorang jurugambar, permasalahan terbaru jelajah idola remaja itu di Amerika Selatan.

Hakim Maria Giraudi mengarahkan barangan milik Bieber ditahan selepas jurugambar Diego Pesoa memfailkan saman ganti rugi kerana mendakwa pengawal peribadi Bieber memukulnya menyebabkan peralatannya rosak ketika penyanyi terbabit meninggalkan sebuah kelab malam.

Peguam Pesoa, Matias Morla berkata Bieber memberikan arahan ‘memukul anak guamnya sebelum memasuki van.’
“Kastam merampas semua barangan Bieber selama 30 hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza membabitkan peralatan audio, bunyi, lampu dan pakaian yang digunakan ketika persembahannya,” kata sumber kastam.

“Ini adalah kali pertama kastam Argentina menahan barangan milik seorang artis luar negara,” kata sumber terbabit.

Pemilik sebuah kelab malam di Buenos Aires, Ink juga mendakwa Bieber meninggalkan premis itu tanpa membayar bil.

Bieber meninggalkan Buenos Aires esok untuk meneruskan jelajah ‘Believe Tour’ di negara jiran, Chile, dengan ramai orang tidak berpuas hati terhadapnya.
Pijak bendera Argentina
Bieber turut mencetuskan kejadian memijak bendera Argentina yang dilontarkan ke pentas ketika konsert.

Bieber kemudian memohon maaf membabitkan insiden itu, dengan menegaskan bahawa dia menyangka ia adalah baju seorang peminatnya. – AFP

SAN FRANCISCO – Seorang budak yang sedang menjalani pemulihan akibat penyakit kanser menjadi adi wira cilik selama sehari di sini kelmarin.

Budak tersebut, Miles Scott memakai kostum Batkid menangkap pencuri terkenal dalam filem Batman, Riddler dan menumpaskan Penguin.

Scott yang memakai kostum Batkid dibantu seorang lelaki yang memakai kostum Batman bagi menumpaskan dua penjenayah tersebut.

Ribuan penduduk memberi penghormatan dengan berdiri di tepi jalan bagi menunggu ketibaan Batkid itu yang menaiki sebuah kereta Lamborghini dekat sebuah bangunan yang pernah menempatkan sebuah bank.

Dalam lakonan itu, Batkid dan Batman kemudian berjaya menangkap Riddler di bangunan tersebut kerana dia cuba untuk merompak.

Batkid juga berjaya menumpaskan Penguin yang dilakonkan oleh seorang lelaki ketika dia menjadikan maskot anjing laut sebagai tebusan.
Lakonan itu dianjurkan oleh Yayasan Make-a-Wish yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan.

Pertubuhan itu menunaikan hasrat dan impian golongan yang tidak bernasib baik.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama turut menghantar mesej pendek kepada Batkid itu dengan meminta dia terus melakukan kerja yang membawa kebaikan kepada orang ramai. – Agensi










Dua orang adik-beradik terkejut melihat gmabar yang diambil oleh mereka di salah sebuah tempat letak kereta Bukit Panjang, Singapura yang dikatakan berhantu. Di dalam gambar, salah seorang daripada mereka kelihatan seperti 'berhantu' kerana dipercayai terhalang oleh lembaga putih di hadapannya. Kalau tak percaya cuba tengok sendiri..