Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 5 Selebriti Terlibat Mempromosikan Gajet Baharu Samsung
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


PETALING JAYA – Seramai lima selebriti tempatan iaitu Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Siow Hui Mei dan Jason Phang terlibat mempromosikan gajet terbaharu daripada Samsung Malaysia Electronic iaitu Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear di pusat beli belah One Utama di sini pada Sabtu.

Pada acara tersebut, para selebriti ini meluangkan masa mereka bersama peminat menceritakan cara penggunaaan dua gajet berkenaan yang akan menjadi kegilaan ramai nanti.
Farid berkata, selepas dua minggu mencuba Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear, dia sudah mula menyukai gajet tersebut terutamanya bagi Galaxy Gear yang berbentuk jam tangan itu.

“Saya seorang yang sentiasa sibuk dengan kerja serta pelbagai aktiviti sukan. Dengan adanya Galaxy Gear ia sedikit sebanyak memudahkan lagi untuk saya dalam mengendalikan gajet itu,” katanya kepada mStar Online
.
Intan pula berkata, memandangkan dia seorang yang obses berkaitan dengan teknologi gajet terbaharu, peluang mempromosikan dua produk terbaharu itu membuatkan dia cukup teruja.
“Siapa yang tidak sukakan gajet? Ia memberikan kepuasan yang berlainan di zaman serba moden ini. Penyertaan saya mempromosikan Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear kepada peminat adalah perkara yang menyeronokkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yana pula seronok berkongsi ilmu dalam mengendalikan gajet-gajet tersebut kepada pengunjung yang hadir.

Sementara itu,Ketua Bahagian Telefon Bimbit Samsung Malaysia Electronics (SME) Vincent Chong Weng Kai berkata kehadiran para selebriti itu telah memeriahkan lagi suasana pada acara tersebut, malah lebih ramai pengunjung dilihat terdiri daripada peminat selebriti masing-masing.

“Pendekatan membawa selebriti ke tapak promosi sememangnya memeriahkan lagi suasana kerana pengunjungb yang hadir kebanyakannya terdiri daripada para peminat.

“Selain itu, ia juga membuatkan pihak kami lebih mudah mendekati penggemar gajet untuk menceritakan kehebatan Galaxy Note 3 dan Galaxy Gear,” tuturnya. – mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments