Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Sebab itu orang kata, jangan pakai macam tidak cukup kain. Sedangkan kanak-kanak bawah umur pun tahu ambil kesempatan, apatah lagi orang yang sudah dewasa.

Lihat gambar ni, kalau gadis ni perasan budak tu curi-curi tengok punggung dia tu agak-agak dia marah tak? minah salleh ni memang suka memakai pakaian yang 'jimat kain' kan..

Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertaklukkepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akanrenungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggokwanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.
Ketika diri sedang angau bercinta, apa sahaja perkara sanggup dilakukan untuk meraih kasih pasangan masing-masing. Dalam proses bercinta, itu ini sanggup dilakukan. Sanggup berjumpa walaupun duduk berjauhan pun ada rela yang buat. Lepas berkahwin, ramai yang berkata pasangan akan berubah perangai atau tabiat sedikit demi sedikit.

Tetapi tidak bagi seorang lelaki yang tidak dikenali di China. Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China. Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya. 

Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya. Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya. Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah. 

Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut. Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square. Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.

Kepala Polsek Metro Tebet Komisaris Nico Andreano Setiawan memastikan bahwa Della Caroline, model foto majalah Look yang ditemukan tewas di Apartemen Puri Casablanca, Jakarta Selatan, meninggal dunia akibat terkena sakit jantung.
"Kematian karena jantung. Tidak ada hal-hal yang lain, tidak ada tanda kekerasan. Kemungkinan besar kondisi perut lagi kosong," kata Nico kepada wartawan, Senin (5/8/2013).
Nico mengatakan, kondisi itu memicu serangan jantung setelah korban meminum minuman keras jenis vodka yang dicampur dengan soda. Polisi kini tengah melakukan uji laboratorium pada vodka tersebut. "Vodka itu asli atau tidak harus diperiksa dulu," ujarnya.
Della tewas di kamar warga negara India bernama Kumar Bipin (43). Kepolisian Sektor Tebet langsung meminta keterangan dari Kumar, selain melakukan olah tempat kejadian perkara tewasnya Della.
Kabid Humas Polda Metro Jaya Komisaris Besar Rikwanto mengatakan, berdasarkan keterangan Kumar, dia bertemu Della pada Sabtu (3/8/2013) sekitar pukul 21.30 di Tower 2, lantai 2, kamar 206. "Saat berbincang, korban ingin mencuci baju karena tak bawa baju ganti. Korban minta deterjen untuk mencuci," ujar Rikwanto menirukan keterangan Kumar.
Selama bajunya basah setelah dicuci, kata Rikwanto, Della mengenakan handuk putih untuk menutupi badannya. Saat itulah, Della meminta minuman keras dari Kumar. Atas permintaan itu, Kumar memberi Della minuman vodka yang sudah dicampur dengan sejenis minuman soda.
Sambil minum vodka, korban ke dapur dan memasak makanan cepat saji berupa nugget. Sesudahnya, dia kembali masuk ke kamar untuk tidur. Kamar yang dipakai Della terpisah dengan kamar Kumar.
Begitu mengetahui kondisi korban, Kumar mengaku langsung meminta tolong kepada petugas keamanan apartemen untuk memanggilkan dokter dari Rumah Sakit Siloam. Namun, dokter yang datang sekitar pukul 02.10 menyatakan Della telah meninggal. Jenazah Della sudah dimakamkan di TPU Petamburan, Jakarta Barat.
Kompas
Banyaknya suku bangsa yang ada di Indonesia melahirkan berbagai macam kebudayaan yang sangat pelbagai. Di antara budaya-budaya tersebut ada yang kelihatan unik mengasyikkan untuk dilihat namun ada juga budaya yang terkesan seram dan menakutkan. Budaya lebih banyak berasal dari nenek moyang sebuah suku yang masih dijaga kelestariannya hingga sekarang dan biasanya dikaitkan dengan istilah "pamali" bagi sesiapa yang tidak meneruskan nilai-nilai budaya tersebut.

Untuk budaya yang bersifat positif tentu harus dijaga kelestariannya, namun bagi budaya yang bersifat negatif dan cenderung merugikan bahkan membuat celaka tentu harus di lakukan pelurusan agar lebih mengarah kepada kebaikan bagi masyarakat setempat.

Salah satu kebudayaan yang cukup unik bahkan mengerikan menurut sebahagian orang adalah tradisi potong jari yang dilakukan oleh Suku Dani yang berada di Papua. Tradisi potong jari di Papua dilakukan manakala ada seseorang anggota keluarga suku Dani meninggal dunia. Keluarga tersebut boleh suami, isteri, ayah, ibu, anak dan adik, dengan kematian tersebut Suku Dani diwajibkan memotong jari mereka.

Tradisi memotong jari sendiri adalah merupakan bentuk kesedihan dari meninggalnya ahli keluarga mereka, cara melakukannyapun ada berbagai macam cara, ada yang memotongnya dengan senjata tajam, dengan kapak, parang bahkan ada juga yang menggigit jarinya sendiri hingga putus, namun ada juga yang melakukannya dengan cara mengikat kuat-kuat jarinya dengan tali sehingga aliran darah terhenti, stelah jari tersebut mati baru dilakukan pemotongan.

Suku Dani beranggapan ritual pemotongan jari adalah symbol dari sakit dan pedihnya di tinggalkan oleh ahli keluarga. Ritual tersebut juga dilakukan sebagai usaha untuk mencegah hterjadinya kembali yang telah meragut nyawa anggota keluarga mereka.

Seiring dengan masuknya peradaban baru ke tengah masyarakat Papua khususnya suku Dani, ritual ini sudah jarang sekali ditemui, walaupun jika kita masuk ke suku tersebut masih akan kita lihat beberapa orang tuan dengan jari yang tidak utuh lagi.












WOoowww!Beginilah perjalanan yang perlu dilalui sekiranya anda meninggal dunia di Mekah. Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari.

Perjalanan percuma ke Masjidil Haram,di bayar oleh pakej yang kita datang, dari duit yang kita punya juga.



Jenazah kita akan disusun di bawah tempat Muazzin ( bilal ) di dalam Masjidil Haram sebelum di solatkan.



Saya gadis berumur 19 tahun dan mengalami masalah ketagihan pornografi. Saya mula terjebak ketika usia 14 tahun. Mulanya saya menonton kerana abang yang ketika itu berusia 20 tahun memiliki cakera padat (CD) lucah.

Saya pernah mengintai abang yang asyik menonton bersama rakannya. Saya kemudian mencuri satu CD dan menontonnya di bilik.
Saya rasa teruja dan asyik sewaktu menontonnya. Ia menyebabkan saya terus mencari bahan itu di kedai cetak rompak.

Biarpun ketagihan terhadap bahan ini, saya tidak pernah membiarkan diri hanyut dalam dosa zina. Di sekolah mahupun kini kolej, saya gadis baik tetapi ada hobi pelik.

Saya malu dengan dosa ini tetapi sukar meninggalkannya. Apabila saya tidak melayan video lucah, saya jadi gelisah sehingga sukar tidur.


ANNIE
Johor Bahru


Penyelesaian


Dang Setia bersyukur saudari tidak pernah terjebak dengan zina meskipun ketagihan pornografi. Cara terbaik ialah berusaha mengubati hati yang sebati menonton bahan lucah.

Hati serta nafsu adalah ancaman akal serta akhlak. Dalam erti kata lain, terlalu mengikut kehendak hati serta desakan nafsu, contohnya menonton pornografi, mampu membawa kerosakan pada diri andai terus mengulanginya.

Rujuk dengan mereka yang arif, umpamanya pakar psikologi, untuk mengubati masalah penagihan bahan pornografi. Mereka ada cara lebih sistematik serta berkesan untuk merawat ketagihan.

Sebagai inisiatif sendiri, saudari perlu membuang semua bahan pornografi dalam simpanan. Malah, luangkan masa dengan keluarga serta rakan untuk melakukan aktiviti lebih sihat. Ia dapat membantu melupakan hobi.

Tasik kawah ini adalah tasik yang terhasil daripada bekas-bekas kawah sama ada kawah gunung berapi, meteor ataupun bekas kawah letupan oleh manusia. Kebanyakan air tasik ini berada dalam keadaan yang tidak sihat kerana mempunyai gas dan berasid yang diperoleh daripada gunung berapi.

Berikut merupakan gambar-gambar Tasik Kawah di serata dunia. Adakalanya gunung berapi mempunyai pelbagai rahsia yang kita sendiri tak tahu.








gadis, gambar, berita, bunuh diri, mati
Seperti yang masyarakat sedia maklum, kebelakangan ini banyak sangat berita yang berkaitan dengan bunuh diri tidak kira di mana jua negara. Jika di fikirkan balik, rasa macam sudah menjadi satu 'TREND' dimana apabila mendapat masalah orang tersebut akan mencari jalan penyelesaian yang terlalu singkat iaitu dengan membunuh diri.


Terkini seorang gadis Mexico berusia 22 tahun mengakhiri hidupnya dengan cara gantung diri di biliknya. Tidak diketahui apa latar belakang dari tindakan nekadnya ini, mangsa di dapati sudah mati dengan leher masih terikat tali yang digunakan untuk menjerat lehernya.

AMARAN : GAMBAR ADALAH 18SG SERAM. MOHON KEPADA SESIAPA YANG LEMAH SEMANGAT TIDAK MENERUSKAN MELIHAT GAMBAR BERIKUTNYA.

gadis, gambar, berita, bunuh diri, mati

ngeri, kejam, berita, jenayah, johor, kuil

Gambar ngeri tersebut merupakan satu kepala seorang lelaki yang telah dipenggal untuk digunakan dalam satu upacara pemujaan di sebuah kuil India dalam ladang kelapa sawit Sri Lalang di Kluang, Johor. Kepala lelaki malang tersebut diletakkan diatas sebatang kekaki yang digunakan untuk membakar kapur barus.

Laporan Kosmo :


Polis menemui satu kepala milik lelaki warga emas yang dipercayai dijadikan pemujaan di dalam sebuah kuil di kawasan ladang kelapa sawit, dekat Sri Lalang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kepala lelaki berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation pagi ini sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 7.30 pagi.

“Siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum kepalanya yang dipotong dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan. Usaha sedang digiatkan untuk mengesan anggota badan lelaki itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di sini hari ini

ngeri, kejam, berita, jenayah, johor, kuil
- See more at: http://perihalnegara.blogspot.com/2013/08/kepala-di-temui-di-sebuah-kuil-di-johor.html#sthash.b0t6DEhS.dpuf
Surat cinta tertua di dunia yang dijumpai di lembah Niffer, 150 batu dari Baghdad, Iraq, dikatakan ditulis pada sekitar tahun 2200SM. Penemuan ini berdasarkan kajian arkeologi oleh Noah Kramer Profesor dari Philadelphia University pada tahun 1889.
Pada mulanya ada kira-kira 70 ribu artifak yang berbahasa Sumeria yang tidak dapat diterjemahkan maksudnya. 58 tahun kemudian, dua orang ahli dalam bahasa Sumeria berjaya menterjemahkan maksud yang terkandung di artifakitu.

Artifak tersebut kelihatan seperti kepingan batu yang terukir. Jika melihatnya, memang tidak dapat kita membacanya.

Surat dalam bentuk artifak itu ditulis oleh seorang pendita tinggi (High Priest) bangsa Sumeria bernama Inanna yang ditujukan kepada seorang Raja yang merupakan bakal suaminya. Sudah menjadi tradisi masyarakat Sumeria, si isteri akan menulis puisi cinta kepada suaminya di malam perkahwinannya.

Ini adalah terjemahan yang telah dilakukan oleh ahli bahasa Sumeria tersebut:

Bridegroom, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet,
Lion, dear to my heart,
Goodly is your beauty, honeysweet.
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Bridegroom, I would be taken by you to the bedchamber,
You have captivated me,
Let me stand tremblingly before you.
Lion, I would be taken by you to the bedchamber.
Bridegroom, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey,
In the bedchamber, honey-filled,
Let me enjoy your goodly beauty,
Lion, let me caress you,
My precious caress is more savory than honey.
Bridegroom, you have taken your pleasure of me,
Tell my mother, she will give you delicacies,
My father, he will give you gifts.
Your spirit, I know where to cheer your spirit,
Bridegroom, sleep in our house until dawn,
Your heart, I know where to gladden your heart,
Lion, sleep in our house until dawn.
You, because you love me,
Give me pray of your caresses,
My lord god, my lord protector,
My Shu-Sin, who gladdens Enlil’s heart,
Give my pray of your caresses.
Your place goodly as honey, pray lay your hand on it,
Bring your hand over like a gishban-garment,
Cup your hand over it like a gishban-sikin-garment.
Sebuah syarikat pengeluar minuman ringan terkenal Amerika Syarikat, Joseph Company International mengumumkan telah berjaya menghasilkan sejenis produk berteknologi baru. Produk ini diberi nama Chill Can. Ini kerana minuman yang dimasukkan ke dalam tin akan menjadi sejuk dengan sendirinya tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. 
Mungkin bunyinya seperti satu perkara mustahil untuk dilakukan. Malah, tidak logik langsung apabila memikirkan soal bagaimana minuman ini boleh sejuk sendiri. Tetapi itulah realitinya. Percaya atau tidak, syarikat pengeluar minuman itu mendakwa perubahan suhu sejuk produk minuman baru tersebut boleh mencecah sehingga -15 darjah selsius. 

Soalnya kini, apakah teknologi yang diguna pakai oleh syarikat tersebut mampu menghasilkan minuman ringan seumpama itu? Adakah penghasilannya sama seperti peti sejuk? 

Idea ini tercetus apabila syarikat tersebut menemui satu formula baru teknologi yang dipanggil penyejukan mikro atau Micro Cooling. Difahamkan, syarikat pengeluar produk minuman itu telah menjalankan penyelidikan lebih 18 tahun sebelum berjaya menghasilkan minuman berkenaan. 

Orang yang bertanggungjawab menemui teknologi baru itu adalah seorang pegawai penyelidik di syarikat terbabit yang bernama Profesor Roland Clift. 

Profesor Roland Clift

Menurutnya, penyelidikan ke atas minuman itu meliputi tiga peringkat utama iaitu mencuba, menguji dan menghasilkan produk yang mesra alam. Menurut beliau, minuman ringan Chill Candilengkapi dengan teknologi khusus sehingga membolehkannya menjadi sejuk sekalipun ia diletakkan di kawasan yang bertakat pada suhu bilik. 

Teknologi yang dimaksudkan adalah penggunaan sejenis kapsul karbon. Kapsul karbon tersebut merupakan sejenis bahan yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, kapsul karbon tersebut dimasukkan ke dalam tin minuman berkenaan. 

Menurut beliau, terdapat satu butang khas direka pada bahagian bawah tin minuman berkenaan. Apabila butang itu ditekan, secara automatik kapsul karbon yang berisi gas karbon dioksida akan bertindak balas dengan cecair minuman ringan lalu mengubah suhu menjadi sejuk. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengeluar minuman tersebut, Mitchell Joseph, penciptaan produk minuman baru ini, bukan sahaja memiliki teknologi canggih malah turut menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Tambah menarik, tempoh masa untuk mendapatkan minuman sejuk dilihat lebih cepat dengan hanya beberapa minit sahaja berbanding cara lama seperti memasukkan minuman ke dalam peti ais atau bekas yang berisi ais. Ini bermakna dengan Chill Can, pengguna boleh membawa minuman ini ke mana-mana sahaja.

Melihat pada teknologi baru ini sudah pasti akan menjadi lebih cepat dan menjimatkan masa. Malah cara menggunakannya juga sangat ringkas.

Ia juga sangat berguna terutamanya bagi aktiviti luar seperti berkelah, memancing atau bersukan. nampaknya selepas ini kemungkinan industri pengeluaran peti sejuk dan ais ketul pasti akan gulung tikar.

Pun begitu, minuman ringan berteknologi baru ini tidak direka untuk menghentikan industri tersebut. Sebaliknya, tujuan sebenar produk itu dipatenkan adalah untuk mengurangkan kesan rumah hijau.

Apa yang menariknya lagi, minuman baru ini sesuai diminum oleh semua orang. Tidak seperti produk minuman ringan lain, Chill Can tidak mengandungi kandungan gula, kafein, pewarna tiruan.

Tambahnya lagi, produk baru keluaran tersebut sudah memasuki pasaran dan dijual dengan harga $3.95 dolar satu tin.

Difahamkan, syarikat pengeluaran minuman terkenal di Amerika Syarikat itu telah membelanjakan sekitar USD$8 juta untuk produk baru tersebut.
Unik! Lebuhraya Padang Pasir Tarim Terpanjang Di Dunia
Lebuhraya merupakan laluan jaringan pengangkutan yang paling utama di seluruh dunia..Namun, di China, terdapat sebuah lebuhraya yang terletak di padang pasir telah diiktiraf menjadi lebuh raya terpanjang di dunia.

Lebuhraya padang pasir Tarim merupakan laluan yang terletak di Taklamakan, China dan menghubungkan bandar-bandar Lantau Minfen. Panjang penuh lebuhraya ini ialah 552km dengan kira-kira 446km dibina merentasi kawasan yang tidak didiami manusia dengan bukit-bukit sehingga 20 meter tinggi melindungi lebuhraya berkenaan.

Dalam usaha untuk menangani masalah pencerobohan pasir bukit, barisan tumbuh-tumbuhan telah ditanam di kedua-dua belah jalan. Sistem pengairan secara besar-besaran telah dibina untuk membekalkan sumber air dari tangki simpanan bawah tanah untuk tumbuhan ekosistem tiruan tersebut.

Beratus-ratus orang pekerja telah diupah dan mereka diletakkan disetiap empat kilometer di sepanjang jalan untuk menjaga tumbuh-tumbuhan agar berada dalam keadaan baik. Sumber air di padang pasir itu datang dari sebuah telaga, iaitu akuifer pada kedalaman 100 meter. Walaupun terdapat kandungan garam yang tinggi di dalam air itu, tumbuhan di sepanjang jalan raya itu masih dapat terus hidup.

Dalam tempoh lima tahun, kerajaan telah melakukan eksperimen dengan pelbagai jenis tumbuhan yang boleh hidup dalam keadaan ekstrem padang pasir. Pada tahun 1999, sebuah projek permulaan zon tumbuhan di sepanjang bahagian 6.3 kilometer lebuh raya telah selesai dilaksanakan. Pada tahun 2001, projek ini telah dilanjutkan sehingga 30.8 kilometer di sepanjang lebuh raya berkenaan.

Projek ini akhirnya diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2003. Hari ini, hampir empat per lima lebuh raya tersebut dikelilingi oleh penanaman tumbuhan pada keluasan 72 meter lebar, yang meliputi kawasan seluas lebih 3,000 hektar.

Lebuh raya ini dibina pada tahun 1995 sebagai perkhidmatan kepada saluran paip minyak, yang berada di bawah padang pasir Taklamakan itu. Di bawah pasir ini terdapat sumber minyak dan gas terbesar di China.

Lebuh raya bukan sahaja membolehkan akses secara langsung kepada sumber-sumber yang terletak di bawah Lembangan Tarim, tetapi juga boleh dijadikan jaringan pengangkutan bagi barang-barang dan sumber-sumber dari medan minyak tersebut. Oleh kerana kawasan ini tidak didiami manusia, stesen minyak dan beberapa restoran telah dibina pada titik perantaraan di sepanjang lebuh raya untuk perkhidmatan kepada pengguna. 
Polis mengusung mayat mangsa ke dalam lori.
Seorang lelaki mati ditikam oleh seorang lelaki lain ketika mengutip hutang di lorong belakang Jalan Dua Pusat Bandar, petang Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Gan Boon Yong, 31, disahkan mati di tempat kejadian akibat tikaman di bahagian badan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang sedang berjalan di lorong belakang jalan itu telah terserempak dengan suspek.

Mangsa kemudiannya bercakap dengan suspek bagi meminta pembayaran balik wang yang dipinjam oleh suspek. Bagaimanapun, suspek memberitahu yang kononnya dia tidak berhutang dengan mangsa.

Mangsa kemudiannya bertindak memukul suspek sebelum suspek bertindak balas dengan menikam mangsa.


Suspek kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian sebelum menyerah diri di balai polis tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah, Aisisten Komisioner Rowell Marong mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Pihak polis telah menghantar mayat mangsa ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat,” katanya.

Rowell berkata, suspek berumur 32 tahun yang kini ditahan oleh pihaknya akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
7 Gambar Hotel Mewah Dalam Helikopter - Terbakor
Hotelikopter adalah hotel terbang berstatus 5 bintang pertama di dunia. Cuba lihat semua gambar gambar ni. Cantik tak? Cool tak? Hotel lengkap serba mewah ini digelar Hotelikopter.
7 Gambar Hotel Mewah Dalam Helikopter - Terbakor
7 Gambar Hotel Mewah Dalam Helikopter - Terbakor
7 Gambar Hotel Mewah Dalam Helikopter - Terbakor
7 Gambar Hotel Mewah Dalam Helikopter - Terbakor
7 Gambar Hotel Mewah Dalam Helikopter - Terbakor
Walau bagaimanapun, sebenarnya hotelikopter ni tak wujud sama sekali! Ia adalah satu prank April Fool sahaja. Tapi cerita ini menjadi viral menyebabkan satu dunia percaya.

Maradona menendang Enrique Garcia Medina yang cuba 
mengambil gambarnya dalam kejadian di Buenos Aires.

Seorang jurugambar majalah selebriti mendakwa, Diego Maradona telah menendang kemaluannya mendorong dia membuat laporan polis terhadap legenda bola sepak Argentina itu.

Jurugambar majalah Gente, Enrique Medina berkata, serangan tersebut berlaku di luar rumah bapa kepada bekas bintang penyerang itu pada Ahad malam ketika dia sedang menunggu untuk mengambil gambar pemain yang telah membawa Argentina menjulang Piala Dunia 1986 itu.

Medina memberitahu agensi berita antarabangsa, The Associated Press semalam bahawa Maradona berlari ke arahnya seperti mahu mengambil sepakan percuma dan melepaskan tendangan kuat di bahagian kemaluannya menyebabkan dia mengalami kesakitan yang teramat sangat.

"Ia bukan tendangan daripada orang biasa, ia adalah tendangan daripada seorang yang memang biasa menendang.

"Dia kelihatan sangat, sangat marah dan seperti hilang akal. Seperti sesuatu telah berlaku di rumah bapanya," cerita Medina.

Maradona selalu merungut mengenai media yang suka mengekori setiap gerak gerinya.

Pada 1994, dia pernah melepaskan tembakan ke udara untuk mengusir sekumpulan wartawan dan digantung dua tahun setengah daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak.

Pada Mei lalu, dia memberhentikan keretanya di lebuh raya dan membaling batu ke arah jurukamera yang mengekorinya pulang ke rumah dari lapangan terbang.

Maradona sedang pulang bercuti di Argentina kerana dia kini bekerja di Dubai sebagai duta sukan global di ibu negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu.

Bekas legenda berusia 52 tahun itu sering mencetus kontroversi kerana sikap panas barannya.

Dia juga pernah dikritik hebat ketika menjadi pengendali skuad bola sepak Argentina gara-gara tidak mempunyai pengalaman taktikal yang cukup bagus untuk menjadi seorang jurulatih antarabangsa.

Maradona disingkir selepas Argentina dibelasah 4-0 oleh Jerman pada suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Di luar padang, kehidupan peribadi Maradona sering menjadi sasaran media tempatan.

-AGENSI
Pernahkah anda nampak widgets seperti di bawah ini? Atau mungkin anda sendiri ada pasang widgets itu di blog? Kalau anda ada memasangnya, cepat-cepat padam widget tersebut kerana ia sangat bahaya untuk blog anda!

Widget di atas selalu kita sebut sebagai auto-backlink atau link-farming. Website penyedia backlink itu biasanya mendakwa akan memasang link blog/website kita di beribu-ribu website.

Auto back link.

Dengan berbuat demikian, page rank blog kita akan meningkat dengan cepat.

Tetapi benarkah begitu? IANYA TIDAK BENAR SAMA SEKALI!

Auto backlink bukan sahaja scam/penipu malah pembunuh blog. Dengan memasang link/banner auto backlink provider, bukan saja ia tidak memberi kesan apa-apa pada page rank blog malah boleh menyebabkan blog anda dikeluarkan dari search index Google (selalu disebut sebagai sandbox).

Auto backlink adalah illegal (haram) bagi Google.

Kebanyakan blog-blog yang memasang widget auto backlink biasanya page rank blog mereka adalah 0/10. Padahal blog itu penuh widget auto backlink.

Kadang-kadang banner auto backlink juga mempunyai malware dan ianya dapat dikesan apabila anda men-scan komputer anda dengan anti virus.


Sejak Jumaat lalu, bertebaran berita menyatakan Ariel Sharon, 85, telah mati setelah 7 tahun hidup dalam koma. Dipercayai berita ini mula tersebar daripada laman Facebook ‘R.I.P Ariel Sharon’ yang mendapat lebih sejuta like dalam masa singkat.



Status kematian Ariel ditulis:

“At about 11 a.m. ET on Friday (August 02, 2013), our beloved politician Ariel Sharon passed away. Ariel Sharon was born on February 26, 1928 in Kfar Malal. He will be missed but not forgotten. Please show your sympathy and condolences by commenting on and liking this page.”

Sebaik status ini dimuatnaik, ia mula merebak disebarkan di laman sosial lain termasuk Twitter.

Bagaimanapun kelmarin (3 Ogos), jurucakap Sharon telah menafikan berita ini.

Sambil memohon masyarakat tidak mudah percaya pada berita di internet, dia menyatakan bekas ahli politik berkenaan menjadi satu lagi mangsa berita palsu kematian melibatkan selebriti yang sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Ariel Sharon dibenci masyarakat Islam sedunia kerana peranannya membunuh lebih 9,000 warga Palestin antara 2000 hingga 2002 ketika bergelar Perdana Menteri Israel.

Dia juga bertanggungjawab merosakkan Masjid Al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat buat umat Islam sebelum Kaabah. -Mynewshub
Pondan
Woowwww!! Kenakalan kanak-kanak dan remaja bermain mercun menjelang Syawal tidak dapat dipisahkan.
Mana tidaknya, ketika di usia muda inilah mereka mempunyai keinginan untuk mencuba yang tinggi.
Kali ini MyNewsHub ingin berkongsi sebuah video amatur yang merakamkan kenakalan remaja bermain mercun.
Video tersebut dipercayai dirakamkan di Jalan Yang Kalsom, Ipoh berhampiran Bulatan Jalan Bendahara.
Kawasan tersebut telah lama menjadi kawasan tumpuan golongan pondan.
Kumpulan remaja itu dipercayai menaiki kereta dan secara tiba-tiba menghidupkan mercun.
Mereka bertindak untuk mencampakkan mercun tersebut ke pondan yang duduk dihadapan pintu sebuah rumah kedai.
Menyedari dibaling mercun, pondan itu bertindak untuk menutup pintu rumah kedai tersebut.
Malangnya mercun tersebut tepat masuk ke dalam rumah kedai itu.
Pastinya ramai yang menonton video tersebut akan gelak besar, tetapi ingat, perlakuan tersebut mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang terkena serpihan mercun itu.
Saksikan video tersebut.. 
Mynewshub
Iklan
Dalam bidang penerbitan dan komunikasi korporat, Pesanan Khidmat Masyarakat atau di panggil ‘Public Service Announcement (PSA) merupakan salah satu medium sesebuah syarikat itu mendekati hati pelanggannya.
Fungsi utama PSA bukan sahaja memberi penerangan atau informasi, tetapi ia berobjektif untuk memupuk kesedaran, mengubah sikap orang awam serta sikap terhadap isu-isu sosial.
Menjelang Aidilfitri, pelbagai iklan syarikat-syarikat korporat dikeluarkan untuk memberi kesedaran pemanduan berhemah serta nilai maaf bermaafan sepanjang Syawal.
Antara iklan yang menarik perhatian menjelang Syawal tahun ini seperti iklan Petronas, TM, Samsung dan pelbagai lagi.
takaful1
takaful2
takaful3
Namun, apabila kami melayari laman video Youtube, sebuah iklan Aidilfitri yang ditrerbitkan oleh Takaful Ikhlas telah menarik perhatian kami.
Sekali pandang, wah… Fahrin Ahmad.
Dua kali pandang, konsep iklan berlainan.
Jika selalu kita melihat iklan raya berkenaan kesedaran kepada mereka yang menyambut Syawal, tetapi Takaful Ikhlas memberi kesedaran kepada orang untuk membeli insurans mereka.
Dalam pada itu, ramai komentator yang mengkritik iklan tersebut.
Yang jelas, video tersebut boleh dikatakan bukan iklan Aidilfitri, sebaliknya lebih kepada iklan mempromosi insurans Takaful Ikhlas.
P/s: Tak pernah pula tengok iklan Petronas, digalakkan orang pulang beraya mengisi minyak di Pteronas. Tak pernah pula Bernas suruh orang beli beras Bernas dalam iklan Aidilfitri. Tetapi Takaful Ikhlas… Eh..
Oleh: Mynewshub