Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [WOw] Shila Sertai Chinese Idol Sebelum Pulang Raya!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Shila Amzah
Setelah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang telah pun berlangsung di Shanghai, China pada September tahun lalu, Murai Batu dapat tahu penyanyi tersohor Negara, Shila Amzah yang sedang meluaskan kerjaya seninya di sana, telah menyertai pertandingan Chinese Idol pula.
Shila Amzah telah berkongsi gambar dan berita mengenai dirinya di Instragram dan Twitter yang dia baru sahaja menyertai Chinese Idol di sana semalam. Bangga Murai Batu kerana anak Malaysia ini tidak gentar dan begitu kuat semangat untuk meluaskan bakat nyanyiannya di satu pertandingan nyanyian sebesar itu di negara asing.
Dengarnya, bukan mudah untuk Shila Amzah untuk menyertai pertandiangn itu. Dia perlu melalui proses interview dahulu bersama dengan juri berbangsa Cina di sana. Amboi nampaknya Shila sudah mula menguasai bahasa Cina, jika tidak mana mungkin dia berani melangkah ke sesi interview dan audition di sanakan?
Murai Batu bangga dengan semangat dan kekuatan yang ada pada Shila, yelah dia di sana hanya bersama pembantu peribadinya dari Malaysia sahaja dan sudah lagi tidak ditemani oleh ibunya untuk mengatur kerjaya seninya seperti di Malaysia sebelum ini.
Murai Batu memang selalu ikut perkembangan Shila Amzah di Twitter, Keek dan Instagram, yelah penyanyi ni kan nun jauh di sana. Jadi Murai Batu sebagai peminatnya ni memang mengikutilah laman sosialnya yang memang sangat aktif itu.
Hari ini, Shila Amzah telah berkogsi gambar di Instagram dan memberitahu sedang meninggu fligt untuk pulang ke Malaysia dan beraya di sini. Wah nampkanya sesibuk mana pun Shila di sana dia tetap mahu pulang beraya bersama keluarga. Baguslah begitu. – Murai

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments