Dengan imej mahu menjadi pesaing kepada kapal mewah milik bilionair Arab Saudi dan Russia, kapal Nirvana berharga RM982.3 juta mencetuskan perang bidaan di antara hartawan dunia.
Setakat ini hanya ada beberapa kapal saja dijual pada harga lebih mahal daripada Nirvana menjadikan ia kapal persiaran paling mewah di dunia.
Dibina syarikat Oceanco dari Afrika Selatan setahun lalu, Nirvana yang sepanjang 88.5 meter itu lahir hasil ilham pereka Australia, Sam Sorgiovanni.
Walaupun kewujudan Nirvana itu menggiurkan ramai orang setakat ini belum ada yang benar-benar bersedia mengumpulkan wang bagi mendapatkannya. Jurucakap syarikat yang menjual Nirvana berkata, kapal itu dianggap satu daripada binaan paling elit dan mengagumkan di dunia.
“Setiap inci badan kapal ini dihasilkan dengan amat teliti dan tidak banyak kapal yang dapat menyamai Nirvana,” katanya.
Seseorang yang menaiki Nirvana bakal melalui pengalaman amat unik.
Sebaik tiba dari kawasan renang, tetamu boleh berehat di dek luas yang dilengkapi kolam sepanjang 7.5 meter serta kawasan berjemur.
Lantai di situ dibina meninggi untuk membentuk dek besar sebagai kawasan berlibur keluarga atau rakan-rakan, atau sekadar untuk menunjuk-nunjuk.
Tidak jauh dari situ ialah ruang utama menempatkan sebuah bar serta taman reptilia eksotik yang memisahkan ia dengan ruang makan.
Semua tetamu kabin ditempatkan di dek utama dengan hiasan dari lantai hingga ke siling dilengkapi tingkap, selain bilik tetamu, selain bilik peribadi termewah. Nirvana juga menyediakan perkhidmatan lif yang dihiasi ukiran perak di setiap tingkat dan boleh membawa tetamu kepada dek pemiliknya yang boleh diubah suai menjadi kawasan tertutup.
Kamar pemilik yang tersendiri menguasai lebih separuh daripada dek atas dengan kawasan berjemur terpisah serta jakuzi.
Ia juga dilengkapi koridor menghadap laut dan kawasan makan malam bertutup. Untuk mengeluarkan peluh Nirvana turut menyediakan ruang gimnasium. Jika kemewahan itu dianggap membosankan, ada tingkat khas untuk tetamu berendam dalam kolam renang, panggung wayang 3D di sebelah garaj berkembar untuk menyimpan kereta mewah, bot ski atau 10 jet ski.
Atau jika pengalaman meluncur ombak tidak cukup menarik pemiliknya boleh menerbangkan helikopter peribadi dari tapak pendaratan di atas Nirvana.
No comments
Post a Comment