Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Gadis 19 Tahun Sudah Ketagih Menonton Video Lucah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Saya gadis berumur 19 tahun dan mengalami masalah ketagihan pornografi. Saya mula terjebak ketika usia 14 tahun. Mulanya saya menonton kerana abang yang ketika itu berusia 20 tahun memiliki cakera padat (CD) lucah.

Saya pernah mengintai abang yang asyik menonton bersama rakannya. Saya kemudian mencuri satu CD dan menontonnya di bilik.
Saya rasa teruja dan asyik sewaktu menontonnya. Ia menyebabkan saya terus mencari bahan itu di kedai cetak rompak.

Biarpun ketagihan terhadap bahan ini, saya tidak pernah membiarkan diri hanyut dalam dosa zina. Di sekolah mahupun kini kolej, saya gadis baik tetapi ada hobi pelik.

Saya malu dengan dosa ini tetapi sukar meninggalkannya. Apabila saya tidak melayan video lucah, saya jadi gelisah sehingga sukar tidur.


ANNIE
Johor Bahru


Penyelesaian


Dang Setia bersyukur saudari tidak pernah terjebak dengan zina meskipun ketagihan pornografi. Cara terbaik ialah berusaha mengubati hati yang sebati menonton bahan lucah.

Hati serta nafsu adalah ancaman akal serta akhlak. Dalam erti kata lain, terlalu mengikut kehendak hati serta desakan nafsu, contohnya menonton pornografi, mampu membawa kerosakan pada diri andai terus mengulanginya.

Rujuk dengan mereka yang arif, umpamanya pakar psikologi, untuk mengubati masalah penagihan bahan pornografi. Mereka ada cara lebih sistematik serta berkesan untuk merawat ketagihan.

Sebagai inisiatif sendiri, saudari perlu membuang semua bahan pornografi dalam simpanan. Malah, luangkan masa dengan keluarga serta rakan untuk melakukan aktiviti lebih sihat. Ia dapat membantu melupakan hobi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments