Untuk Lionel Messi, apa yang berlaku di Vegas tidak tinggal di Vegas. Superstar Barcelona ini telah dikantoikan oleh paparazzi dimana gambarnya yang sedang mendukung penari berambut perang di sebuah parti di Las Vegas telah ditangkap. Identiti wanita berkenaan tidak didedahkan
Gambar-gambar itu telah disiarkan oleh majalah gosip Argentina Pronto. Majalah itu melaporkan Messi ke Las Vegas pada awal bulan Julai untuk menjadi tetamu kehormat untuk majlis yang dianjurkan oleh Ronaldo di Wynn Hotel.
Menurut beberapa sumber, hubungan pemain dengan isterinya, kini berada di dalam krisis, kerana gambar-gambar tersebut. Menurut rakan terdekat juga, isterinya berasa sangat kecewa dengan Leo. Messi dan isteri yang berusia 22 tahun mengalu-alukan anak pertama mereka pada November lalu.
Tahun 2013 menjadi tahun yang sukar bagi Messi. Bulan lepas dia telah mendedahkan kepada pihak media bahawa pihak berkuasa tempatan di Barcelona sedang menyiasat Messi dan bapanya, Jorge Horacio, yang bekerja sebagai pengurus, bagi kes pengelakan cukai berjumlah 3.4 juta euro dalam tempoh tiga tahun dengan memfailkan pulangan cukai palsu. – Wanista
No comments
Post a Comment