Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Mumia Hitam Berusia 300 Tahun! Biar Betul?!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Mumia di Kampung Sempaima, Wamena, Papua ,dipercayai sebagai pembawa kesejahteraan dan kebahagiaan bagi masyarakatnya. Mumia ini berusia lebih dari 300 tahun dan berwarna hitam.

Kampung Sempaima lebih dikenali dengan nama Kampung Mumia. terletak tidak terlalu jauh dari Kampung obia, hanya kira-kira 15 minit. Kampung ini lebih ramai penduduk, namun lebih tandus dan kering dibanding Kampung Obia.

Di sana, anda akan disambut oleh keketua Kampung Sempaima. Ia akan bercerita tentang sejarah Mumia yang di katakan ketua suku dan panglima perang bernama Wim motok Mabel.
Disini anda dapat lihat Tubuh mumi yang hitam dan kurus. Kakinya ditekuk dan mulutnya menganga seakan berteriak kesakitan. memerlukan dan dua orang untuk memegangnya kerana kulit mumia ini sudah sangat rapuh. Wim motok Mabel dikhabarkan meninggal kerana sakit. Konon, sebelum meninggal ia berpesan kepada kerabatnya untuk dimumikan.

"Beliau minta untuk dimumikan supaya penduduk disini boleh hidup sejahtera dan selalu bahagia," ujar Ketua Kampung Sempaima.

Akhirnya, seorang kerabat membawa tubuh Wim motok Mabel yang sudah meninggal ke atas sebuah gunung. Di sanalah panglima perang itu di jadikan mumia dengan cara tradisional yakni diasap. Semasa dalam proses untuk dia jadika Wim motok mumia, ia dilarang untuk minum air dan makan makanan yang dicuci dengan air. Dia hanya mengunyah tebu dan makan ubi bakar yang tidak dicuci. Proses pemumiaan ini dijangka memakan masa hampir satu bulan.

"Setelah diasapi dan sudah menjadi mumia, ia dibawa balik ke kampung ini kemudian dirawat di honai laki-laki," jelas ketua kampung.

Seiring berjalannya waktu, wasiat itu pun terbukti. Dengan dimumikannya Wim motok Mabel, banyak pelancong yang tertarik untuk datang ke kampung ini. Kesejahteraan masyarakat pun meningkat kerana setiap tetamu yang datang untuk melihat mumia dikenakan bayaran sebanyak Rp 200-300 ribu.

Selain itu, penduduk Kampung Sempaima juga boleh menambah pendapatan dengan menjual kopi dan cenderamata khas Wamena kepada setiap tetamu yang datang. Berkat keberadaan mumia, Kampung Sempaima sempat menjadi kampung paling ramai di Daerah Kurulu ini.

Tertarik untuk melihat mumia? anda boleh datang ke kampung ini di Daerah Kurulu, Wamena. Selain Mumia Wim motok Mabel, masih ada empat mumia lain yang tersimpan di Daerah Kurulu dan Daerah Asolagaima. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments