Pelakon cantik, Izara Aishah menyatakan pendirian mahu membina jurang di antara dirinya dengan pihak media serta peminat ekoran mahu membezakan di antara kehidupan glamor dan peribadi miliknya.
Tindakannya itu dilihat sebagai salah satu cara profesionalisme yang mahu diterapkannya agar kerjayanya selepas ini tidak lagi dihimpit dengan cerita-cerita kontroversi yang hangat.
“Saya mahu masyarakat tahu kerjaya dan peribadi saya adalah dua perkara berasingan yang tidak boleh dicampur-adukkan.
“Sebelum ini, mungkin kerana saya bersikap terbuka dan banyak berkongsi cerita dengan orang ramai sehingga akhirnya memakan diri sendiri. Cukup-cukuplah dengan apa yang sudah berlaku. Bagi saya, hubungan baik artis dengan media dan peminat perlu ada batasnya,” katanya memetik kenyataan Harian Metro.
Anak jati kelahiran Johor Bahru ini turut menegaskan bahawa langkah yang diambilnya itu bukanlah bermaksud sudah merasakan dirinya gah atau hebat namun mahu semua pihak enggan mengambil kesempatan di atas sikap berlembut dan terbukanya seperti sebelum-sebelum ini.
Tahun lalu, nama Izara pernah dikaitkan dengan kontroversi tarian mengghairahkan yang mendapat kritikan hebat di kalangan peminatnya sekali gus mencalarkan imej baik pelakon ini suatu ketika dahulu.
No comments
Post a Comment