Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

zizan dan emma maembong

Gosip paling hangat di antara artis-artis bujang kini kembali menjadi panas. Admin sangat kagum dengan hasil risikan serta kajian yang dilakukan oleh peminat-peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang mahukan 2 selebriti ini bercinta dan bahagia. Menerusi akaun Instagram ZizanEmmaLoveStory, banyak bukti-bukti yang dikongsikan memperkuatkan lagi khabar angin yang mereka berdua ini sedang dilamun angin cinta.

Antara “hint” yang terbaru ialah apabila konsert akhir AF2013 berlangsung, Emma telah pun memberikan kata-kata perangsang kepada Zizan yang mengacarakan program realiti tersebut. Kedua-duanya menggunakan simbol “love” ketika berbalas mesej di Twitter. Sweet bukan?

zizan dan emma maembong
Malah Zizan juga pernah menulis “Miss you sayang” menerusi akaun Twitternya. Tidak lama selepas itu, Emma Maembong turut sama menulis status yang sama. Perkara-perkara kecil seperti ini telah berjaya dikesan oleh para peminat mereka menguatkan lagi anggapan ramai yang mereka berdua benar-benar bercinta.

zizan dan emma maembong
 Pasti ramai yang gembira dan terharu sekiranya Zizan atau Emma membuat pengakuan mengenai status masing-masing. Zizan sudah tentu antara jejaka yang dikejar ramai sementara Emma pula antara “hot girl” di dalam dunia hiburan. Memang padan, memang sama cantik sama kacak dan memang sama comel.

zizan dan emma maembong
Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada pengakuan daripada mereka berdua dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, layankan lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Fuhyooo ! Romantik giler.. Kalau di Eropah sebelum ini , hanya Rozita Che Wan seorang sahaja yang bergaya untuk gambar pra perkahwinannya, tapi kali ini Zain Saidin turut hadir untuk merakamkan detik istimewa mereka berdua di Bali. 

Seperti biasa jurugambar yang membidik kenangan ini ialah Annas Easkey.

che ta zain di bali

Pastinya banyak pihak yang tidak sabar untuk melihat gambar mesra bakal pengantin ini di Bali. Tidak sabar rasanya untuk menunggu sidang media pengumuman tarikh Zain dan Che Ta bakal bersatu menjadi suami isteri. Kot-kot jadi Wedding of the year.. Hehe

che ta zain di bali

che ta zain di bali

che ta zain di bali
che ta zain di bali
che ta zain di bali

Bakat seorang anak muda dari Malaysia berjaya menambat hari juri Britain's Got Talent apabila berjaya ke pusingan ke-2 ujibakat pertandingan program itu. Beliau merupakan rakyat Malaysia dan Penduduk Asia Tenggara yang pertama berjaya melepasi ujibakat program yang terkenal di seluruh dunia itu.

Raja Syahiran, 20 pemuda yang berasal daripada Subang Jaya yang mempunyai bakay dan kebolehan unik mampu meniru suara komputer 'Chipmunk' dan juga turut mampu melakukan 'beatbox'. Sebelum ini, bakat Raja Syahiran telah terserlah pada tahun lepas apabila beliau berjaya memenangi pertandingan bakat JOHARA di Erafm.


Program 'Britain's Got Talent' adalah sebuah program pencarian bakat-bakat semulajadi yang lain daripada yang lain dimana mereka akan ditapis oleh juri-juri terkenal iaitu Simon Cowell, Alesha Dixon, Amanda Holden Dan David Williams.

Bukan calang-calang peserta yang mampu ke peringkta seterusnya kerana hanya yang terbaik daripada yang terbaik sahaja akan dipilih. Semoga Syahiran dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. SEMOGA BERJAYA!!




PASANGAN kontroversi Hollywood, Kanye West dan tunangnya, Kim Kardashian sekali lagi menghangatkan dunia hiburan apabila muncul dengan video muzik terbaru, Bound 2.
Video yang pertama kali ditayangkan melalui program ‘The Ellen DeGeneres Show’ semalam menimbulkan pelbagai pandangan daripada orang ramai yang menontonnya.

Ada yang menyifatkannya sebagai indah, namun ada juga yang mengecam video berkenaan kerana menampilkan Kim dalam keadaan separuh bogel dan sedang menaiki motosikal berkuasa besar bersama Kanye.

Ini kerana kedua-duanya sudah mempunyai seorang bayi perempuan, North dan video yang diarahkan oleh Nick Knight ini dikatakan tidak sesuai dengan status mereka sebagai ibu dan bapa.

Bagaimanapun, Kanye membidas elemen lucah atau bogel yang ditampilkan melalui video itu, sebaliknya mengganggap ia mempunyai mesej tersendiri.

Kami rasa mungkin orang yang amat ‘berseni’ sahaja yang dapat melihat mesej lain yang cuba disampaikan melalui lagu itu.

Namun, tidak menghairankan jika selepas ini pasangan ini akan terus mencetuskan kontroversi hangat bagi menaikkan nama mereka selepas ini.



Sebuah liputan berita di saluran SCTV, Indonesia mendakwa Malaysia merekrut rakyat negara itu bagi dijadikan askar wataniah di negara ini.

Dalam laporan yang dikatakan dibuat oleh wartawan mereka yang pergi sendiri ke perbatasan sempadan Malaysia-Indonesia, terdapat ratusan malah mungkin ribuan rakyat negara seberang diserap oleh Kerajaan Malaysia ke dalam askar wataniah di bawah Tentera DiRaja Malaysia.

Kebanyakannya rakyat asal Indonesia yang lahir atau sudah lama menetap di sini, tetapi ada juga didakwa masih memiliki dokumen warga Indonesia.

Ada antara mereka dikatakan kini terlibat menjaga 17 pos keamanan bersama di perbatasan Kalimantan Barat sepanjang 870km yang menempatkan askar kedua-dua negara.
Laporan SCTV tersebut menyuarakan kekhuatiran tentang perkara ini kerana jika terjadi konflik, askar yang berasal dari negara mereka akan saling berhadapan dengan rakan senegara di medan pertempuran.

Wartawan stesen tersebut turut menemuramah Panglima Tentera Negara Indonesia, General TNI Djoko Santoso untuk meminta ulasan namun beliau menyatakan akan menyiasat terlebih dahulu dakwaan ini.

Meskipun sudah dimaklumkan perkara masih dalam siasatan, stesen berkenaan kelihatan memainkan isu ini hingga ada pihak yang diwawancara termasuk pengamal politik sana meluahkan kecaman terhadap Malaysia dengan menyifatkan negara kita sebagai tidak beretika kerana mempergunakan warga negara mereka.

Apa pun, ini adalah satu tuduhan berat dan pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan ini dengan segera dan telus.

Sekiranya benar, bukan Indonesia sahaja yang bimbang rakyatnya dipergunakan, kita sendiri semestinya risau sejauh mana kesetiaan individu yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam negara yang menjadi benteng pertahanan kita.


China – Ia sepatutnya menjadi satu acara yang akan dikenang oleh lima pasangan suami isteri yang baru berkahwin.
Namun ia menjadi mimpi ngeri apabila 100 ekor burung merpati yang dilepaskan ke udara sebagai melambangkan simbolik cinta mereka, telah ditangkap oleh penduduk tempatan untuk dimasak.
Tindakan penduduk kampung di Anhui itu nyata mengejutkan pengantin tersebut yang membawa burung-burung merpati putih itu untuk sesi penggambaran.
Penduduk yang kelaparan itu, berebut-rebut menangkap burung tersebut dan insiden berkenaan telah dirakamkan dalam kamera.
Dalam pada itu, salah seorang tetamu yang hadir berkata, penduduk menangkap burung-burung itu dengan jala dan tangan mereka.
“Selepas burung itu ditangkap, mereka mengetuk kepalanya dengan kuat dan dibawa ke rumah untuk dimasak.
“Ia merupakan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak menghormati majlis orang lain,’’ katanya yang nyata kesal dengan tindakan penduduk setempat.

Penyanyi country terkenal, Taylor Swift menafikan semua lagu yang dihasilkannya sebelum ini berkait rapat dengan sejarah dalam hubungan cintanya.
Sebaliknya, Taylor menyatakan itu adalah suatu perasaan yang normal dialami sekiranya tengah berpatah hati dengan seseorang.
“Mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahukan. Tapi itu semua merupakan perasaan normal yang akan dilalui oleh setiap manusia yang melalui kegagalan dalam percintaan,” katanya yang dipetik menerusi New York Magazine.
Taylor sebelum ini pernah berpacaran dengan John Mayer, Harry Styles, Jake Gyllenhaal, Joe Jonas dan Taylor Lautner.
Kedua-dua bekas teman lelakinya, Mayer dan Jonas pernah menghasilkan lagu khas yang ditujukan buat Taylor selepas hubungan mereka kecundang di tengah jalan.

India –Baru berusia lapan tahun tapi sudah menjadi janda. Semuanya kerana perkahwinan yang diatur oleh keluarga.
Kanak-kanak itu, Fatima Mangre dikahwinkan dengan Arjun Bakridi ketika dia hanya berusia empat tahun.
Sementara Arjun pula ketika itu baru berusia 10 tahun.
Perceraian ini menjadikan Fatima sebagai mangsa cerai paling muda di India.
Insiden perceraian ini berlaku minggu lepas di kampung Nakhi, di Uttar Pradesh.
Fatima diceraikan selepas Arjun, datang menuntut isterinya itu untuk dibawa pergi ke rumah keluarganya selepas empat tahun dikahwinkan.
Ketika itu, barulah bapa Fatima iaitu Anil menyedari bahawa anak perempuannya itu masih muda.
Justeru dia memohon kepada bapa Arjun iaitu Dipak supaya mereka datang semula untuk menuntut Fatima apabila dia berusia 18 tahun kelak.
Keadaan ini menyebabkan berlaku pertengkaran antara Anil dengan Dipak yang nyata tidak berpuas hati dengan keputusan Anil itu lalu memfailkan perceraian.
“Saya akhirnya menyedari bahawa amalan mengahwinkan anak pada usia yang muda adalah salah kerana mereka sepatutnya menikmati zaman kanak-kanak,’’ kata Anil.
Susulan perkahwinan ini, pihak berkuasa telah memanggil Anil untuk inkuiri manakala Suruhanjaya Wanita Kebangsaan (NWC) juga mendesak Anil memberikan penjelasan.
NCW turut mengancam untuk mengambil tindakan ke atas ibu bapa Fatima dan Arjun.
“Ia merupakan satu skandal yang memerlukan tindakan keras. Bapa budak perempuan itu perlu memberikan penjelasan kenapa dia mengahwinkan anaknya yang hanya berusia empat tahun.
“Manakala bapa budak lelaki itu juga perlu menjawab kenapa dia menuntut pengantin perempuan yang hanya berusia lapan tahun,’’ kata jurucakap NCW.
Anil bagaimanapun telah menulis kepada NCW dan meminta supaya dia dimaafkan kerana berjaya menghalang anak perempuannya daripada dibawa ke rumah mertua.
Sementara Dipak pula dilaporkan sudah menghilangkan diri.
FASHAA1
Memang jelas terserlah ciri-ciri keibuan yang ada dalam diri pelakon Fasha Sandha ketika dia bercuti di Singapura bersama suaminya, Rizal Ashram Ramli dan anaknya, Putra Rayfal Ramli, baru-baru ini.
Percutian mereka sekeluarga turut dilengkapi dengan kehadiran anak tiri Fasha, Putra Rayqal Ramli yang merupakan anak kepada pelakon comel, Nora Danish.
Daripada gambar-gambar yang dikongsikan Fasha menerusi laman Instagramnya, dapat dilihat kemesraan yang wujud di antara mereka.
Baguslah begitu, walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai pelakon dan ahli perniagaan, Fasha tidak sesekali melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri.
Malah, kebanyakan peminat mula menyukai aktres ini yang kelihatan lebih ‘low profile’ semenjak bergelar ibu pada April lalu.
Apa-apa pun layan dulu gambar percutian mereka sekeluarga ini ya!
FASHAA  FASHAA2

Jepun – Satu program televisyen yang bersifat pengembaraan dan cabaran diperkenalkan di Jepun melibatkan selebriti wanita, Ayako Imoto, telah mengejutkan penduduk di negara matahari terbit itu.
Apa tidaknya, dalam rancangan itu, Imoto yang memakai kimono, telah mengikat daging di belakangnya, sambil menayangkan daging tersebut kepada seekor komodo yang seberat 100 kilogram.
Apabila komodo tersebut cuba menghampiri daging itu, Imoto akan berlari menyebabkan binatang liar itu mengejarnya.
Komodo yang lapar itu mengejar dengan Imoto hingga memaksa wanita tersebut terpaksa berlari dengan pantas dan dia hanya diselamatkan oleh kru televisyen yang menggunakan kayu untuk menghalau binatang berkenaan.
Tidak diketahui sama ada kaedah tersebut dapat menyelamatkan Imoto jika komodo yang lapar itu terus menyerangnya.
Namun itulah debaran yang disaksikan oleh penonton dalam rancangan terbaru yang penuh aksi oleh Imoto, iaitu selebriti yang terkenal dengan aksi mendebarkan itu.
Imoto yang telah mengembara ke seluruh dunia, pernah bergusti dengan buaya dan berlumba lari dengan harimau bintang di seluruh dunia.
Bagaimanapun dalam aksi terbaru ini, Komodo bukan calang-calang binatang kerana ia mempunyai kekuatan tersendiri dan akan mencucuk racun di badan mangsa sebelum melapah dan memakan daging mangsa.

Belgium – Kerana terlalu sayangkan suaminya, seorang wanita sanggup mengenepikan bau busuk untuk tidur di sebelah rangka suaminya, yang sudah meninggal dunia hampir setahun lalu.
Mayat berkenaan dikenali sebagai Marcel H yang berusia 79 tahun dan meninggal dunia akibat serangan asma pada bulan November tahun lepas.
Namun selepas kematianya, isterinya yang berusia 69 tahun tidak membuat laporan dan terus tidur di sebelah mayat berkenaan, di sebalik bau mayat mereput.
Jiran-jirannya juga tidak menyedari bau busuk tersebut dan keadaan sebenar hanya terbongkar apabila tuan rumah memasuki apartmen tersebut.
Dia berbuat demikian kerana curiga selepas pasangan itu tidak membayar sewa rumah sejak 2012 lalu.
Menurut seorang ahli , pathologist, Philippe Boxho, mayat berkenaan telah reput di atas katil dan organ dalamannya juga sudah reput serta mengeluarkan bendair dalam masa seminggu.
Bendalir itu, katanya telah mengalir di atas katil dan menyebabkan dihurungi serangga serta ulat selain mengeluarkan bau yang amat busuk.
“Meskipun ia mengeluarkan bau yang busuk, namun bagi orang ramai, ia umpama bau sampah dan apabila mayat sudah reput, bau tersebut semakin berkurang.
“Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan kes seperti ini malah saya pernah menghadapi dua hingga tiga kes melibatkan orang yang terus tidur dengan pasangan mereka yang sudah meninggal dunia,’’ katanya.

Spesis hantu dipercayai penunggu di Villa Nabila akan memfailkan saman malu ke atas individu yang menyebarkan fitnah bahawa mereka yang menculik dan menyorokkan remaja Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun, di dalam rumah kosong itu.
Untuk pengetahuan anda, itu hanyalah intro berasaskan kepada gambar parodi yang dihasilkan oleh pakar grafik di negara ini kononnya bagi menggambarkan perasaan tidak puas hati spesis makhluk halus apabila dituduh menyembunyikan Mohd Izzat.
Pada zaman ini, atas nama perhatian dan populariti spesis ghaib pun boleh dijadikan bahan untuk disebarkan seterusnya menjadi kejutan seluruh negara sampai kecoh.
Bagaimanapun, gambar yang dihasilkan diambil dari rekabentuk muka depan sebuah akhbar tempatan memang menarik dan lucu.
Itupun tujuan parodi untuk berlawak tetapi mengambil perkembangan isu semasa.
Bukan sahaja gambar itu, gambar Izzat turut diparodikan dengan meletakkan dialog ‘I’m sorryy,” berkali termasuk memasukkan bait-bait lirik lagu ‘Cinta Untuk Nabila’ kononnya seperti meminta maaf kepada penunggu Villa Nabila. 
Ramai orang di dalam weibo tak percaya yang sebenarnya tomboy ini seorang gadis yang cantik, cun, dan hot.. Tapi kini dia sudah berubah dan menjadi tomboy. Mungkin sebab dikecewakan teman lelaki atau mungkin hormon sudah berubah. 
Jadi si tomboy ini telah muat naik gambarnya. 







Bogota, Colombia: Seorang bayi ditemui masih hidup 10 jam selepas dihantar ke rumah mayat.
Jenny Hurtado melahirkan anaknya selepas hamil hanya 27 minggu dan pegawai perubatan mengesahkan bayi perempuan itu sudah meninggal dunia. 
Namun bila kotak mengandungi ‘mayat’ bayi itu diserahkan kepada bapanya, seorang nelayan di Choco, Colombia, dia mendengar tangisan anaknya. 

Bayi perempuan itu yang diberi nama Milagros (Keajaiban) dikejarkan ke Bogota dan kini dirawat di unit rawatan rapi.

Ibunya masih berada di Quibdo dan kini semakin pulih daripada kejadian itu.

“Ada ketikanya degupan jantung bayi tidak dapat dikesan meskipun mereka sebenarnya masih hidup dan sebab itulah dia diisytihar meninggal dunia. 


“Apabila bayi berkenaan diselimutkan, haba diperolehnya menyebabkan dia kembali aktif,” kata Dr Javier Zagarra kepada ibu Milagros.
Los Angeles: Seorang bekas guru mengaku menutup mata dan memberi anak muridnya makan biskut disalut air maninya.
Mark Berndt, 62, mengaku bersalah terhadap 23 tuduhan yang dilakukan terhadap 30 anak muridnya di Sekolah Rendah Miramonte, Los Angeles. 
Dia mungkin dihukum penjara 25 tahun. Berndt dilapor menggelar tindakannya itu permainan merasa dan menawarkan biskut disalut air maninya kepada pelajar yang ditutup mata mereka. Sebelum membuat pengakuan, ibu mangsa membuat kenyataan di mahkamah mendakwa hidup anak perempuan mereka kini musnah.
Menurut laporan, ada pelajar yang kini mengalami masalah pemakanan. 

Berndt akhirnya ditahan selepas juruteknik gambar kedai menjual ubat melihat gambar pelajar berusia lapan tahun ditutup mata. 


Polis kemudian menemui sudu plastik yang mengandungi air mani di kelas itu. 

Dia turut disyaki meletakkan lipas di muka pelajar yang ditutup mulutnya. 

Peguambela Manny Medrano memaklumkan kepada stesen televisyen KTLA 5, Berndt amat kesal dengan perbuatannya itu. 

Tertuduh mengajar di sekolah itu selama 30 tahun dan dipecat pada 2011 selepas dakwaan terhadapnya dibuat. Berndt ditahan pada Januari 2012. - Agensi

Bagan Serai: “Saya sanggup serahkan semua wang tunai, komputer riba dan telefon bimbit asalkan anak perempuan saya tidak dirogol perompak,” kata Siti Aishah Abdullah @ Hun Ban, 44, yang menjadi mangsa samun empat lelaki di Kampung Matang Merbau, di sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, dia dan suaminya, Mohd Ishak Din, 55, ditumbuk dan dipukul beramai-ramai oleh penjenayah menggunakan sebatang kayu. 
Aishah berkata, kejadian berlaku ketika dia dan ahli keluarganya sedang tidur sebaik pulang dari berniaga di pasar malam berhampiran. 

Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran sekurang-kurangnya empat penyamun menceroboh rumahnya selepas dikejutkan daripada tidur oleh seorang daripada suspek yang mengacukan pisau ke lehernya.

“Terkejut dengan tindakan itu, saya menjerit sekuat hati meminta tolong daripada jiran berhampiran.

Hmetro


LONDON: 'Selfie' adalah perkataan terbaik bagi 2013, kata pegawai di sini semalam. 


Ini berikutan penggunaan perkataan itu mencapai lebih 17,000 peratuis sejak 12 bulan lalu, kata Oxford Dictionaries yang menyiarkan ‘Oxford English Dictionary[‘ (OED). 

Selfie adalah satu gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon bimbit atau webcam dan dimuatnaik ke dalam laman web. 



Pada 2013, perkataan mendapat perhatian selepas banyak digunakan pengguna media sosial. 

Pengarah Editorial Oxford Dictionaries, Judy Pearsall, berkata program penyelidikan bahasa mereka mengumpul 150 juta perkataan yang digunakan setiap bulan. 


“Kita boleh lihat penggunaan meningkat selfie pada tahun ini dan membantunya menjadi perkataan terpilih tahun 2013,” katanya. 

Penyelidiknya mendapati, kekerapan penggunaan selfie meningkat 17,000 peratus sejak tahun lalu. 
Penggunaan terawal perkataan itu dikesan pada pos forum Australia pada September 2002. 

Pearsall berkata: “Laman media sosial membantu mempopularkan perkataan itu dengan ‘hashtag selfie’ muncul di Flickr seawal 2004 tetapi ia hanya meluas pada 2012 apabila media semakin meluas menggunakannya. 

Perkataan lain dalam senarai perkataan tahun ini ialah ‘bedroom tax’ (merujuk kepada perubahan dasar kebajikan Britain); ‘binge-watch’ (bermaksud menonton beberapa episod televisyen sekali gus); bitcoin (mata wang digital); olinguito (memalia dalam bahasa Amerika Selatan; schmeat (daging sintetik) dan showrooming (menonton tarikan di kedai online) dan twerk. 

“Twerk mula disebut awal 1990-an iaitu merujuk kepada adegan muzik di New Orleans,” kata Oxford Dictionaries. - AFP







LIVERPOOL, Britain - Sebuah rumah milik keluarga Walsh yang terletak di Crosby Street dekat sini menarik perhatian ramai kerana sarat dengan perhiasan.
Namun, keluarga berkenaan menyatakan, kediaman unik itu telah diiklan untuk dijual sejak beberapa bulan lalu.
Rumah enam bilik itu hampir tidak mempunyai ruang kosong termasuk di dalam tandas kerana setiap sudut kediaman tersebut dipenuhi pelbagai barang perhiasan seperti tembikar China, bingkai gambar dan pasu bunga.
Menurut seorang ejen hartanah, selepas 13 bulan rumah itu diiklan untuk dijual, masih belum ada sesiapa yang berani membeli kediaman tersebut.
"Sehingga kini, kami masih menunggu pembeli yang benar-benar berminat untuk membeli kediaman luar biasa ini," kata ejen hartanah itu.
Rumah berkembar tersebut dimiliki oleh Gillian Walsh, 56, bersama suami keduanya, David, 58, sejak tahun 1986. Dekorasi rumah tersebut berlatarbelakangkan kehidupan Gillian dan tiga orang anak daripada hasil perkahwinan pertamanya.
Pada Oktober tahun lepas, rumah tersebut telah ditawarkan pada harga £350,000 (RM1.7 juta) tetapi jumlah itu dikurangkan sebanyak £50,000 (RM256,703), menjadikan ia sebagai hartanah panas.
"Mereka sayangkan rumah itu tetapi kediaman tersebut terlalu besar untuk mereka berdua," kata seorang jiran pasangan berkenaan. - Agensi



NEW YORK - Hasrat seorang pemuda ingin menaiki penerbangan untuk pulang ke Perancis akhirnya tercapai selepas beberapa kali terhalang.
Kevin Chais akhirnya mendapat tiket penerbangan menuju ke London selepas beberapa syarikat penerbangan mendakwa dia terlalu gemuk untuk menaiki pesawat.
Chenais dan keluarganya ingin pulang ke negara asalnya selepas berada di Amerika Syarikat (AS) sejak Mei tahun lalu untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah hormon tidak seimbang.
Sebelum ini, syarikat penerbangan British Airways menyatakan, lelaki berusia 22 tahun dengan berat badan 230 kilogram (kg) itu terlalu gemuk untuk terbang.
Mereka pada mulanya ini menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Chicago tetapi gagal untuk mendapatkan tiket penerbangan.
Keluarga itu kemudian menghabiskan masa selama seminggu tinggal di hotel sehingga mereka kehabisan wang sebelum membuat keputusan untuk menaiki kapal pelayaran Queen Mary sebagai pilihan alternatif pulang ke Perancis.
Namun menurut abangnya, pihak pengurusan Queen Mary juga tidak membenarkan Chenais menaiki kapal mereka kerana faktor keselamatan. - AFP


ISU teguran penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pernah menjadi panas minggu lalu.
Ada yang mengkritik hebat penyanyi tersebut dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan Siti kerana dianggap sebagai berani menegur.
Bagaimanapun, selang beberapa hari selepas itu, akui Siti sendiri, setelah membuat kenyataan kepada akhbar dan dan beberapa program hiburan, isu tersebut kembali reda.
“Apa-apapun, tidak perlu panjangkan cerita tentang isu tersebut. Ini kerana masyarakat sudah faham apabila saya telah terangkan dalam program Melodi serta di akhbar apakah tujuan saya tulis begitu.
“Jadi, cukuplah rasanya, ada yang boleh faham. Diharap perkara ini tidak usah diungkit lagi,” jelas Siti ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Festival Muzik Asia-Jepun yang bertempat di Kediaman Duta Jepun, Kuala Lumpur.
Selain itu, ketika ditebak persoalan mengenai teguran Roslan Aziz tentang isu jangan terlalu banyak (klon) Siti Nurhaliza kepada peserta Akademi Fantasia 2013 baru-baru ini, jawab Siti, dia faham dengan kenyataan Roslan itu.
“Saya tiada masalah, mungkin mereka gemar dan mahu jadi seperti saya. Namun, dari sudut keunikan menjadi artis, memang perlu ada trademark sendiri.
“Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Roslan. Tiada masalah kerana sebelum ini juga saya pernah bekerjasama dengan dia,” jawab Siti.
Wakil Malaysia ke Jepun
Sementara itu, berbicara mengenai Festival Muzik Asia-Jepun, tutur Siti, dia berbangga dijemput oleh pihak kedutaan Jepun bagi mewakili Malaysia selain perasaan teruja.
Siti merupakan antara 12 penyanyi terkenal yang mewakili negara Asia seperti Filipina, Laos, Myanmar, Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei, Kemboja dan Indo- nesia, selain Jepun sebagai tuan rumah.
“Ini merupakan jemputan yang dinanti-nantikan setelah sekian lama tidak pergi ke Jepun. Ini kali kelima saya ke Jepun yang mana pertama kali pada tahun 1998.
“Saya pernah pergi ke Saga, Osaka, Yokohama dan terakhir di Tokyo untuk mengadakan persembahan.
“Saya akan cuba untuk membuat persembahan yang terbaik dan melihat ia sebagai salah satu tanggungjawab untuk membantu mereka yang dilanda musibah, melalui muzik.
“Itu satu kebaikan muzik yang mana ia menyatupadukan dan saling membantu walaupun berbeza agama, bangsa dan negara.
“Itu merupakan keistimewaan muzik,” tuturnya yang bakal menyampai tiga buah lagu secara medley iaitu Nirmala, Biarlah Rahsia dan lagu terkenal Jepun, Koibito Yo.
Turut hadir pada majlis sidang akhbar tersebut, Duta Jepun sendiri iaitu Shigeru Nakamura yang berbesar hati dengan kehadiran Siti untuk membuat persembahan di festival tersebut kelak.
“Festival ini merupakan antara acara terbesar yang diadakan di Jepun. Sebelum ini hanya artis Jepun sahaja membuat persembahan.
“Namun kali ini, atas permintaan, buat julung-julung kalinya kami menggabungkan artis terkenal negara Asia untuk membuat persembahan atas satu pentas.
“Selama dua setengah tahun menjadi duta di Malaysia memberi saya peluang untuk mendengar muzik di sini.
“Dari situ, saya mengenali Datuk Siti dan menjemputnya sebagai wakil Malaysia untuk ke sana,” tutur Nakamura tentang pemilihan Siti.
Konsert Festival Muzik Asia-Jepun ini merupakan festival yang diadakan sempena mengutip dana bagi mangsa tanah runtuh yang berlaku di Jepun.
Ia bakal diadakan di Dewan NHK, Tokyo, Jepun pada 28 November ini.
Siaran rakamannya akan disiarkan di Jepun pada 15 Disember melalui stesen NHK World Premium.
Antara artis yang hadir ialah Datuk Siti Nurhaliza, Agnes Monica, Exile, AKB48, W-inds, Christian Bautista, Bird Thongchai McIntyre dan ramai lagi