Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
LAMA kisah cinta vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharom tidak dibicarakan di dada akhbar.
Kali terakhir, Sam hangat digosipkan bercinta dengan pelakon jelita Juliana Evans.
Namun baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar mesranya dengan seorang gadis bercuti di Pulau Tioman.
Siapakah gerangan gadis itu? Adakah itu teman wanita baharu Sam? Atau adakah mereka sekadar kawan?
Gambar-gambar tersebut dipercayai diperoleh dari laman sosial Instagram milik gadis itu.
Selepas diselidik, nama gadis itu ialah Aida Azira Hussin dan dia merupakan seorang wartawan sebuah program hiburan TV.
Ikuti penjelasan Sam mengenai gambar-gambar mesranya bersama gadis itu ketika mereka bercuti di Pulau Tioman beberapa hari lepas.
Selain itu, ada perkembangan terbaharu tentang karier seni Sam yang menarik untuk dikongsi bersama peminatnya.
Kosmo!: Boleh komen mengenai beberapa keping gambar Sam bercuti dengan seorang gadis di sebuah pulau di Malaysia baru-baru ini?
SAM: Itu gambar-gambar saya sedang bercuti di Pulau Tioman.
Siapakah gadis dalam gambar tersebut yang kelihatan mesra di samping Sam itu?
Kami berkawan. Kami masih dalam proses mengenali hati budi.
Adakah Sam bercuti di sana (Pulau Tioman) berdua sahaja?
Tidak. Saya pergi bercuti ke Pulau Tioman dengan kawan-kawan, bukan berdua.
Sudah berapa lamakah Sam mengenali dia (Aida)?
Saya sudah mengenali dia lebih kurang dua tahun. Kami sama-sama dalam industri hiburan.
Apakah kriteria Aida yang menarik minat Sam?
Dia bersahaja dan kami sekepala. Kami mempunyai minat yang sama dalam melakukan aktiviti luar.
Apakah projek Bunkface selepas lagu Rentak Laguku?
Kami (Bunkface) akan mengeluarkan single seterusnya yang berjudul Orang Kita. Lagu itu akan dilancarkan lepas sambutan Aidilfitri nanti.
Ia menceritakan tentang jika melakukan sesuatu seperti bercinta, kita tidak perlu berlebih-lebihan menyalurkan emosi.
Selain itu, ada sebuah syarikat di Singapura meminta saya mencipta lagu raya untuk keluaran di negara tersebut.
Selepas raya pula, Bunkface akan ke Jepun mengadakan persembahan di sana. – Kosmo
Hiburan
MUNGKIN niat gadis hanya untuk mempersendakan bomoh yang tampil untuk mencari pesawat MH370, tetapi jika dibaca seperti semua usaha mencari oleh banyak pihak tidak berhasil.
Gambar gadis yang dipercayai seorang pelakon baru mula tersebar di media sosial, dia dilihat seperti seakan meremehkan tindakan misi mencari MH370 yang sehingga kini menjadi misteri kehilangannya.
Hal seperti ini sepatutnya tidak harus terjadi lagi kerana banyak pengajaran sebelum ini mengenai ada pihak yang cuba memperlekehkan usaha-usaha mencari. – New Malaysian Post
Isu Panas
Biodata Ibrahim Mat Zin Raja Bomoh Sedunia penjejak pesawat MH370 yang hilang. Nama Ibrahim Mat Zin kini semakin melonjak naik apabila individu tersebut mendakwa dirinya sebagai raja bomoh dan tiba di KLIA dalam usaha menjejaki pesawat MH370 menggunakan upacara ritual. Namun tindakannya mengadakan upacara seperti itu adalah bertentangan dengan ajaran agama islam dan menerima pelbagai pandangan negatif.
Biodata Raja Bomoh Pesawat MH370
Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin
Umur: 80 Tahun
Warganegara: Malaysia
Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin/ Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP
Pengalaman Bomoh: 50 Tahun
Pekerjaan: Bomoh/ Dukun dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM)
Kejayaan Kareer Bomoh: Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
Fatwa JAKIM: Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam
Kronologi Kareer Bomoh:
2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.
2013 – Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13)
2014 – Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat tergantung antara tiga buah negara.
Pelbagai
SEBAGAI anak kepada aktor legenda Anil Kapoor dan melihat kepada statusnya, pasti ada pengarah terpaksa meneliti watak sesuai yang boleh diberikan kepadanya.
Jika itulah jangkaan anda, ia meleset sama sekali kerana Sonam bersedia untuk membawakan apa saja watak.
Contohnya dalam filem Bewakoofiyaan, Sonam perlu memakai bikini dan tiada halangan untuk dia memenuhi kemahuan skrip dan pengarah.
Kata Sonam, bapanya tahu mengenai perkara dan bersikap terbuka mengenainya.
“Dia tahu saya berbikini dalam filem itu dan dia tak kisah. Lagipun dia yang menggalakkan saya menjadi pelakon,” katanya.
Sonam berkata, dia sudah diberitahu ada babak di kolam renang dan dia perlu memakai bikini ketika menandatangani kontrak berlakon filem berkenaan.
“Walaupun saya berbikini, lensa kamera tidak tertumpu terus pada tubuh saya. Mereka ambil dari sudut lain juga.
“Ia perkara biasa. Saya pakai bikini dan terjun ke dalam kolam. Kebanyakan wanita lain juga memang memakai bikini apabila di kolam renang,” katanya
Hiburan
DIKALA seluruh dunia tertumpu pada Malaysia berikutan dengan insiden pesawat #MH370 hilang sabtu lalu, sekumpulan Raja Bomoh Sedunia VIP datang ke KLIA tanpa dijemput oleh mana-mana pihak dan ini amat memalukan Malaysia.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri memuatnaik satu gambar liputan berita mengenai Raja Bomoh oleh media Arab yang jelas amat memalukan negara Malaysia di Facebook miliknya.
Perbuatan bodoh, tahyul dan memalukan yang dilakukan sekumpulan bomoh tak diundang telah memberikan imej buruk kepada masyarakat negara ini. Pelbagai media antarabangsa melaporkan cerita bomoh di KLIA seakan-akan masyarakat Malaysia menerima sihir sebagai jalan terakhir untuk mencari dan menyelamat #MH370.
Media Arab menerbitkan laporan berita berkenaan dengan tajuk:
“Sihir, usaha terakhir rakyat Malaysia Untuk selesaikan misteri kehilangan kapal terbang.”
Untuk pengetahuan semua, kedatangan Raja Bomoh ini tidak dijemput oleh mana-mana pihak. Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zain dan kumpulannya datang ke KLIA sendiri dan mencari publisiti murahan.
JAKIM juga telah mengeluarkan kenyataan media mengenai Raja Bomoh itu mengamalkan rawatan syirik, khurafat yang bercanggahan dengan agama Islam.
JAKIM juga telah meletakkan pegawainya di KLIA bagi memantau dan menghalang kumpulan ajaran sesat itu kembali ke KLIA.
Liputan Media antarabangsa mengenai bomoh ini secara tidak langsung memperlekehkan usaha pasukan Search and Rescue (SAR) Malaysia dan negara-negara lain. -MMH
Global
Kickboxing atau muay Thai sememang nya begitu sinonim dengan masyarakat pantai timur khususnya Kelantan..seni bela diri ini bukan saja untuk memjadi sebagai senaman malahan juga telah di iktiraf diperingkat dunia.
Pengacara cantik dari negeri Pantai Timur, Neelofa mula mempelajari seni mempertahankan diri kickboxing sebagai senaman rutin dan juga secara tidak langsung untuk menjaga keselamatan dirinya.
Bukan mudah sebenarnya untuk bergelar selebriti, lebih-lebih lagi wanita, walaupun berat badan hanya bertambah sekilo-dua, namun ‘pembesaran’ yang kecil itu nampak begitu ketara di kaca televisyen.
Jom tengok gambar-gambar selebriti jelita ini yang telah dimuat naik dilaman sosial nya.
Selain berdiet, para selebriti juga dilihat telah mula giat mengamalkan gaya hidup sihat untuk kekal menawan di khalayak ramai, selamat maju jaya untuk Neelofa
Hiburan
KUALA LUMPUR : Kalau ikutkan hati Murai Batu nak kongsikan banyak lagi gambar perkahwinan Vince Chong dengan pramugari MAS, Fiona Edward yang telah berlangsung di Janda Baik, Pahang pada 8 Mac lalu.
Namun, Murai Batu tak dapat nak berbuat yang demikian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun sebagai mengotakan janji Murai Batu pada korang semua, Murai Batu nak cerita sikit tentang perkembangan terbaru Vince Chong.
Walaupun masih terikat dengan jadual kerjaya yang padat, Murai Batu dapat tahu, Vince Chong tetap berusaha untuk mencari waktu yang sesuai untuk membawa isterinya, Fiona menikmati cuti bulan madu mereka di Bali.
Mungkin ada yang bertanya kenapa Bali? Kedengaran macam klise, namun Bali sememangnya menjadi destinasi percutian yang cukup digemari Vince Chong sekeluarga.
Malah, waktu kakaknya, Vanessa Chong mengahwini vokalis Pop Shuvit, Moot, majlis kahwin mereka turut diadakan di pulau yang disifatkan penuh romantis itu.
Murai Batu dapat tahu, Vince dan Fiona akan menikmati cuti bulan madu mereka itu selama 5 hari dan akan kembali ke tanah air pada 17 Mac nanti.
Wah! Seronoknya. Murai Batu harap Vince dan Fiona akan menikmati percutian bulan madu yang cukup menyeronokkan di Bali dan semoga ianya akan menjadi kenangan terindah buat mereka berdua.
Hiburan
KL, 12 MAC 2014: Biarpun Murai Batu terasa sedih memikirkan nasib juruterbang, anak-anak kapal serta penumpang-penumpang pesawat #MH370 yang masih lagu belum ditemui hingga sekarang, namun ianya sedikit terubat apabila mengetahui tentang perkembangan terbaru tentang Vince Chong.
Daripada sumber yang boleh dipercayai, Vince Chong yang juga juara Akademi Fantasia Musim pertama ini sudah pun berkahwin dengan seorang pramugari MAS kelahiran Sabah bernama Fiona pada Sabtu lalu bersamaan dengan 8 Mac 2014.
Majlis perkahwinan yang berlangsung pada hari yang sama dengan kehilangan pesawat #MH370 itu telah dilakukan di sebuah rumah berbentuk kabin Janda Baik, Pahang.
Khabarnya, majlsi kahwin tersebut telah dilakukan secara kecil-kecilan sahaja yang mana ia turut diraikan kira-kira 130 orang yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Bagi pihak portal Murai, Murai Batu ingin mengucapkan tahniah buat Vince Chong dan pasangannya. Semoga, mereka akan hidup bahagia hingga ke hujung nyawa.
Murai.com
Hiburan
Nora Danish Tidak Sambut Hari Lahir Di Kelab Haram, Cuma Bangunan Sama - Media kini sedang kecoh memperkatakan tentang isu pelakon cantik ini yang didakwa menyambut ulangtahun kelahirannya di sebuah kelab malam haram.
Menurut sumber tersebut lagi, ibu kepada seorang anak ini sempat meloloskan dirinya daripada serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
Tampil memberi penjelasan menerusi MIG Online, Nora Danish menyangkal dakwaan itu dan memaklumkan bahawa kad jemputan hari lahirnya yang ditemui dalam kelab malam haram itu telah diambil daripada sebuah restoran yang merupakan lokasi sambutan tersebut diadakan.
“Saya sendiri telah mengedarkan gambar-gambar saya menyambut hari lahir saya di sebuah restoran dalam laman Instagram di mana kad invitation yang saya letak di atas meja restoran telah diambil oleh pihak berkuasa sebuah stesyen televisyen dan mengatakan saya menyambut hari lahir berada di kelab yang tiada permit.Ada kek yang dipaparkan dimana kek itu sudah terang lagi bersuluh bukan kek saya dimana mereka menyambut hari lahir ke 18 tetapi saya sudah 32 tahun.”
Bagaimanapun, pelakon itu juga memaklumkan bahawa dia sendiri tidak tahu bagaimana kad yang pada asalnya diletakkan di luar restoran berkenaan berada dalam kelab malam yang didakwa beroperasi tanpa permit itu.
Dengan penjelasan yang diberikan, Nora Danish berharap agar spekulasi mengenai isu sambutan hari lahirnya di kelab malam haram itu dapat diselesaikan.“Tempat itu adalah sebuah bangunan. Bangunan tu atas sekali dia helipad, buat restoran makan juga yang dipanggi The Roof, di bawah itu pula ada restoran bernama Signature, sebelah itu ada kantin dan kelab malam itu pula terletak di pintu lain. Ingin saya terangkan bahawa saya bukan celebrate birthday saya di dalam kelab malam tersebut.”
Hiburan
BEIJING – China berkata satelit miliknya mengesan tiga objek besar terapung di kawasan terakhir pesawat MAS 370 dilaporkan terputus hubungan.
Pentadbiran Sains dan Teknologi China pada lewat semalam berkata, satelitnya melihat objek yang disyaki kawasan di mana pesawat hilang’ di Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dengan imej satelit sedang dianalisis.
Objek yang disyaki dari pesawat itu dikesan di 105.63 darjah longitude Timur dan 6.7 darjah latitude Utara, demikian menurut pusat pentadbiran itu dalam laman webnya.
Ia menambah objek itu bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometre dengan bersaiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter. – AFP
Global
China – Inilah yang terjadi jika enggan mendengar cakap ibu dan bapa. Akhirnya diri sendiri yang menanggung padah. Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun hampir kehilangan sebelah mata selepas gunting tertusuk beberapa milimeter dari matanya, selama lima jam.
Ketika kejadian, Xiao Wen bermain dengan gunting di tempat kerja ibu bapanya di sebuah kilang..
Namun dia terjatuh menyebabkan gunting itu tertusuk ke mukanya. Hanya selepas lima jam barulah gunting itu dapat dikeluarkan. Imbasan x ray menunjukkan gunting itu hampir mencederakan anak matanya. Xiao bagaimanapun dijangka pulih sepenuhnya.
Global
Kisah Yang Menyentap Jiwaku: Pramugari Boeing 777
Dikala ramai yang bersoal jawab mengenai kehilangan MH370, izinkan saya berkongsi sebuah dialog yang berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010;
Seperti biasa saya dapat jemputan untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Mas Airlines, biasanya naik economy class je, kadang-kadang drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat.
Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kepada penumpang ” Welcome a board sir, have a pleasant trip” atau apa-apa ucapan selamat datang yang sewaktu dengannya, tapi berlainan dengan Pramugari yang sambut saya pada ketika itu, “Assalamu alaikum Ustaz“, saya jawab “Wa alaikum salam”.
Agak terkejut, berkata dalam hati “mak ai akak tu kenal aku la…” Sebabnya begini, prasangka yang ada dalam hati bila melihat orang yang tidak bertudung ialah, jauh dari agama, sesat, tak sempurna iman… dan macam-macam lagi.
Sebetulnya masa mula-mula mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dalam hati berkata “Ya Allah berilah hidayah kepada mereka ni“… Setelah masuk dalam dan dah dapat tempat duduk saya diberi minuman ringan… pastinya “Guava Juice ” pilihan ku dulu kini dan selamanya. Bila dah take of, ” Teh Tarik”… kena pulak duduk di window seat… sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesar Allah swt. Sedang kapal dah terbang dalam 20 minit, Ketua Pramugari yg mula-mula sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum…saya pun balas senyum, dialognya begini;
Pramugari: Assalamu alaikum Ustaz,
Saya: Wa alaikum salam, yea.
Pramugari: Saya dan seisi famili suka dengan rancangan mengaji al-quran ustaz…
Saya: Tilawah Interaktif ka?
Pramugari: Yea Ustaz.
Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.
Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak-anak pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru-guru tahfiz, kalau ada anak-anak murid ustaz di tempat ustaz mengajar pun boleh.
Saya: (Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar)
Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan.
Pramugari: Ini no saya ustaz… tolong yea Ustaz. (jelas penuh harapan)
Selepas Pramugari itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini.
Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew telah berubah, bukan sekadar itu, kadang-kadang dlm perjalanan yg agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan-soalan agama kepada saya untuk kepastian dan penjelasan.
Moral of story “JANGAN BERSANGKA BURUK DENGAN ORANG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORANG DARI ZAHIRNYA”.
-oleh Ustaz Farid Ravi
Rencana
SHAH ALAM – Belum pun habis kontroversi upacara ritual ‘buluh bubu’, masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan aksi ‘tikar terbang’ oleh Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu pihak berkuasa mencari pesawat MH370.
Parodi ‘tikar terbang’ yang sudah tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak petang semalam menjadi trending seluruh masyarakat termasuk golongan pemimpin politik dan anak-anak muda.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam turut memuat turun gambar tiga jururawat hospital swasta sedang duduk di atas tikar dan berpura-pura ‘berlepas’ ke udara untuk memperkasakan lagi usaha mencari pesawat MH370.
“Harap-harap tidak ada pesakit yang akan bertambah sakit,” memetik kenyataannya dari laman Twitter rasminya kira-kira jam 10 malam.
Terbaru, Ibrahim Mat Zim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP bersama dua lelaki lain memakai sut lengkap duduk di atas tikar sambil memegang bakul mengkuang dan dua biji kelapa, melakukan ritual untuk berlepas ke ruang angkasa bagi meninjau lokasi pesawat MH370 yang hilang.
Pengguna media sosial rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan aksi “Zam-Zam Alakazam” seperti filem Laksamana Do Re Mi itu.
Selain menyifatkan ia perbuatan syirik, memalukan negara, mereka juga meminta pihak berkuasa agama supaya segera bertindak.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga semalam menggesa pihak Jakim mengambil tindakan ke atas Raja Bomoh ini yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati.
Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini gempar menerima kehadiran Bomoh VIP yang mendakwa dirinya mampu ‘menyeru’ pesawat terbabit.
Beliau yang kononnya berkebolehan meramal keadaan pesawat MH370 itu menjalankan upacara selama 30 minit dan mendakwa pesawat tersebut ‘tergantung’ di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti namun beliau mengesahkan MH370 itu berada dalam keadaan selamat. – SH
Isu Panas
Lama-kelamaan enjin kecil dipasang bagi membolehkan Norries meluncur pada kelajuan 40 kilometer sejam. Di Kemboja hanya terdapat sistem keretapi satu landasan dan apabila dua Norries bergerak pada haluan bertentangan salah sebuah daripanya perlu ditanggalkan dan diletak di tepi bagi memberi laluan. Sistem Norries kini semakin pupus kerana kerajaan ini memodenkan sistem pengangkutan yang sudah berdekad terabai. Jika anda ke Kemboja jangan lepaskan peluang untuk menaiki kenderaan unik ini sebelum ianya pupus!
Pelbagai
Manila: Walaupun diharamkan sejak 1998, kegiatan laga kuda di Filipina masih dilakukan.
Dengan dua ekor kuda jantan yang bertempur dalam gelanggang yang disediakan, ratusan penduduk tempatan akan bersorak seolah-olah sedang menyaksikan perlawanan gusti.
Gambar yang dirakamkan di T’boli, selatan Filipina itu menunjukkan penduduk kampung menyaksikan ‘pertumpahan darah’ itu dalam acara Seslong yang diraikan penduduk tempatan setiap tahun.
Bukan sahaja diadakan di hadapan ratusan penonton, aktiviti laga kuda yang diharamkan ini turut dipromosikan melalui laman web pelancongan tempatan.
Aktiviti laga kuda ini membabitkan dua kuda jantan yang bertarung sehingga satu daripadanya mengalah atau mati untuk merebut seekor kuda betina yang diikat di tengah gelanggang.
Penduduk kampung yang menyaksikan perlawanan itu bertaruh bagi menentukan kuda mana yang menang.
Global
SEORANG peminat tegar penyanyi Miley Cyrus dilaporkan menyelinap masuk ke dalam bilik persalinan sehari sebelum konsertnya dengan meninggalkan sekeping nota.
Menurut polis, peminat berusia 18 tahun itu memasuki kawasan larangan CenturyLink Center dan kemudian meninggalkan mesej di lama twitter agar penyanyi itu membaca nota tersebut.
Seperti dilapor Fox News, peminat yang bernama Salvesen itu ditahan di kawasan awam kerana didakwa menceroboh.
Hiburan
Ipoh: Sekumpulan pelacur warga asing serta beberapa pelanggannya melarikan diri dalam keadaan bogel sebaik melihat kehadiran anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan C M Yusuff, di sini.
Dalam operasi yang dijalankan 13 anggota imigresen kira-kira jam 2.15 petang itu seramai 24 orang terdiri wanita iaitu tiga warga Indonesia, Thailand (sembilan) dan seorang lagi dari Vietnam ditahan.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Negeri Perak Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, semua wanita itu yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran berusia 20 hingga 34 tahun.
Menurutnya, semua mereka didapati melanggar syarat pas lawatan sosial iaitu di bawah Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.
“Semua mereka didapati masuk dan tinggal di negara ini atas pas lawatan sosial bagi tujuan melancong.
-HM-
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments