SEBAGAI anak kepada aktor legenda Anil Kapoor dan melihat kepada statusnya, pasti ada pengarah terpaksa meneliti watak sesuai yang boleh diberikan kepadanya.
Jika itulah jangkaan anda, ia meleset sama sekali kerana Sonam bersedia untuk membawakan apa saja watak.
Contohnya dalam filem Bewakoofiyaan, Sonam perlu memakai bikini dan tiada halangan untuk dia memenuhi kemahuan skrip dan pengarah.
Kata Sonam, bapanya tahu mengenai perkara dan bersikap terbuka mengenainya.
“Dia tahu saya berbikini dalam filem itu dan dia tak kisah. Lagipun dia yang menggalakkan saya menjadi pelakon,” katanya.
Sonam berkata, dia sudah diberitahu ada babak di kolam renang dan dia perlu memakai bikini ketika menandatangani kontrak berlakon filem berkenaan.
“Walaupun saya berbikini, lensa kamera tidak tertumpu terus pada tubuh saya. Mereka ambil dari sudut lain juga.
“Ia perkara biasa. Saya pakai bikini dan terjun ke dalam kolam. Kebanyakan wanita lain juga memang memakai bikini apabila di kolam renang,” katanya
No comments
Post a Comment