Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Pertama kali admin melihat gambar ini, serious shit admin tergelak and blank. Setakat niih belum pernah lagi admin nampak pencinta binatang menjadikan KOMODO sebagai haiwan kesayangan yang dijaga dalam rumah. Mereka menganggap dan menjaga KOMODO ini seperti kucing atau anjing.. Ishhhh.. inilah kejadian Apabila anda dah boring dengan kucing dan anjing,
[Wow] - Lawak Bah
Perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite sememangnya mendapat perhatian ramai apabila dilangsungkan bulan lalu. Ramai yang memuji kesederhanaan majlis pernikahan mereka. Malah ramai yang menyatakan pasangan ini secocok, umpama pinang dibelah dua dan sejuk mata memandang. Semoga Adam dan Fiza bahagian menjalani kehidupan baru sebagai suami dan isteri. Harap-harap dimurahkan rezeki dan dikurniakan berita gembira mengenai kehadiran cahaya mata dalam masa terdekat. Awal-awal perkahwinan biasalah kalau ada gaduh-gaduh sikit. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Lagi beberapa keping gambar pasangan bahagia ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Hiburan
Ibu penyanyi berbakat besar Yunalis Zarai, Anum Fawzia Che Wahab, 55, berkata anak tunggalnya itu pernah hilang di sebuah pusat membeli belah ketika berusia tiga tahun.
Anum menceritakan pengalaman cemasnya itu kepada Harian Metro, hari ini.
“Yuna hilang di pusat membeli-belah The Mall. Masa itu memang panik, risau dan rasanya seperti separuh nyawa hilang. Ketika kelam-kabut mencari Yuna, tiba-tiba dia berlari keluar dari kawasan ‘glasswares’. Bertambah kecut perut saya masa itu kerana risau dia terlanggar kristal kaca,” katanya.
Selain itu, Anum juga mendedahkan pemilihan nama anaknya itu adalah disebabkan tertarik dengan nama juniornya ketika melanjutkan pengajian di Universiti Malaya iaitu Puteri Yunalis.
“Dia sangat comel dan ayu. Malah, kami sukakannya dan terpikat dengan perwatakannya. Pastinya apabila kami memilih nama itu untuk Yuna, kami mengharapkan ciri-ciri baik dimiliki Puteri Yunalis tidak banyak sedikit ada pada Yuna,” ceritanya lagi.
[Wow] - Kisah Artis
KONSERT solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Lantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.
“Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.
“Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas,” katanya kepada mStar Online.
Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.
Dalam pada itu menurut Mohamed Juhari, Konsert Wings Opera Hidup yang diadakan pada tahun 2011 pula mengungguli persembahan artis berkumpulan dengan jumlah sama.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Juhari berkata, teater Maduku Kalut yang dipentaskan pada 27 September hingga 1 Oktober lalu turut membuat kejutan apabila pementasan itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM90,000 walaupun ia hanya diadakan di Lambang Sari.
Katanya, tiket sepanjang lima hari persembahan itu habis dijual dan pertama kali dalam sejarah Istana Budaya sebuah teater indie mendapat sambutan hangat daripada penonton.
“Ini menunjukkan perkembangan positif apabila penonton mula berminat untuk menonton teater di Istana Budaya dan penerimaan baik terhadap Maduku Kalut adalah bukti yang cukup baik.
“Pihak Istana budaya juga menyasarkan akan memperbanyakkan lagi teater indie dalam kalendar persembahan Istana Budaya pada masa hadapan,” katanya
Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, sehingga Oktober 2013, pihak Istana Budaya telah berjaya mengutip RM6 juta dan menjangkakan angka itu akan meningkat kepada RM10 juta menjelang akhir tahun ini.
Jelas Mohamed Juhari, kutipan itu cukup memberangsangkan memandangkan tahun ini Istana Budaya tidak mementaskan sebarang persembahan daripada produksi luar negara.
“Jumlah itu banyak kerana ia bergantung kepada persembahan tempatan sahaja tetapi pihak kami harap dengan berbaki tiga bulan lagi ia akan mencecah RM10 juta,” jelasnya. – mStar
[Wow] - Hiburan
KAMI andaikan ini antara kisah cinta sejati yang sememangnya sukar untuk ditemui pada masa kini.
Ian dan Larissa Murphy bertemu buat kali pertama di kolej pada tahun 2005 dan bercadang untuk berkahwin selepas menamatkan pengajian pada bulan Disember 2006.
Malangnya, kira-kira tiga bulan sebelum rancangan tersebut dapat dilaksanakan, Ia terlibat dalam kemalangan kereta berhampiran Pittsburgh, memetik artikel Daily Mail.
Akibatnya, dia mengalami kecederaan otak yang serius sekaligus menyebabkannya hilang upaya.
Jika anda fikir Larissa akan meninggalkannya, anda silap kerana selepas kejadian itu, dia membuat keputusan untuk tinggal bersama keluarga Ian bagi menjaga kekasihnya itu.
“Saya tahu walaupun dia tidak dapat bercakap, dia mencintai saya. Memang orang akan melihat dengan pandangan pelik apabila melihat kami keluar bersama. Tapi kami seronok dan saya bercakap sepanjang masa dengannya,” ujar wanita itu.
Apabila keadaan Ian semakin pulih, Larissa membuat permohonan kepada hakim untuk berkahwin dan ia diluluskan.
Akhirnya, mereka disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan yang diraikan secara meriah bersama keluarga dan rakan.
Walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran kerana keadaan suaminya, Larissa berkata:
“Ia sangat mudah, kami mencintai satu sama lain.”
[Wow] - Kisah Hidup
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April 2015 merupakan sistem cukai yang efisyen namun beliau menggesa kerajaan mengambilkira beberapa faktor sebelum melaksanakannya.
“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.
“Justeru, tak perlu kita apologetik, sekarang pun saya setuju dengan GST. GST memang masih efisyen dan ini telah pun diakui oleh professor dan pakar ekonomi tetapi harus ada prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum GST dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Bilik Taklimat Parlimen pada Rabu.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat harus ditingkatkan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan.
Selain itu, beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan infrastruktur percukaian cukup baik sebelum GST diperkenalkan.
“Dua faktor ini sangat penting. Namun hingga sekarang dua perkara ini belum terlaksana dengan baik. Beberapa dasar seperti dasar monopoli perlu dilaksanakan secara telus.
“Tetapi barangan keperluan seperti gula dan beras masih dimonopoli oleh satu pihak. Ini yang menyebabkan harga barang-barang itu naik kerana tidak ada persaingan,” katanya.
Dalam pembentangan Bajet 2014, Jumaat lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan GST akan dilaksanakan dengan kadar 6 peratus berkuatkuasa 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.
GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.
Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.
Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat – Mstar.com.my
[Wow] - Berita Tempatan
BARU-BARU ini panas seketika dengan kisah ‘kebengangan’ pelakon dan pengarah, Ida Nerina yang dikatakan mengecam media berbahasa Melayu yang disifatkannya tidak sensitif dan kolot dengan keadaan dirinya yang berkerusi roda.
Khabarnya, dia cukup pantang jika ada pihak yang menayangkan dirinya dengan imej berkerusi roda dengan alasan tidak mahu meraih simpati, apatah lagi bercerita mengenai perkara itu.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya mengenai dakwaan tersebut, namun kami yakin dengan pepatah, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, betul tak?
Jika benar Ida memang sensitif mengenai hal berkerusi roda itu, memang ternyata keyakinan dirinya masih berada di tahap yang rendah.
Bagi kami, wanita segarang dan setegas Ida tidak patut berasa malu dengan keadaannya.
Lihat sahaja personaliti seperti Ras Adiba Radzi yang begitu yakin untuk tampil di khalayak ramai tanpa perlu ‘merungut’ mengenai kerusi rodanya.
Sekarang minda orang Malaysia sudah makin terbuka ya. Tak kira berkerusi roda atau tidak, semuanya dianggap sama.
Jika Ida terus beranggapan begini, kami anggap pemikirannya itu yang sebenarnya masih kolot.
[Wow] - Kisah Artis
Pelakon yang sering diberi watak sampingan dalam sesebuah penerbitan drama dan filem, Sofi Jikan berkata dia layak menerima bayaran sebanyak enam angka disebabkan pengalamannya dalam bidang belakang tabir.
Memetik kenyataannya dalam portal Ohbulan, Sofi berkata, “saya mesti bersikap demand dan kalau boleh dalam satu projek, saya perlu dibayar dalam enam angka. Sebelum ini hampir semua penerbit di Malaysia, saya pernah bekerjasama.
“Lagipun sebelum ini saya pernah bekerja di belakang tabir. Semua department saya pernah rasa sehingga sampai satu tahap, saya rasa bosan dan ambil keputusan untuk menceburi bidang lakonan pula,” katanya.
Pelakon KL Gangster 2 dan Zombie Kampung Pisang ini juga bercadang untuk bersara dari bidang lakonan pada masa akan datang.
Dia mengambil keputusan sedemikian kerana merasakan sudah tiada masa depan dalam bidang hiburan tanah air.
[Wow] - Kisah Artis
KEBIASAANNYA, Halloween yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun di negara Barat akan dimeriahkan dengan aktiviti mengumpul gula-gula dan memakai kostum yang menakutkan, khususnya di kalangan kanak-kanak.
Selain itu, dekorasi rumah akan bertukar menjadi rumah hantu yang menyeramkan.
Sebuah pasaraya di Norway, Europris telah mengambil inisiatif yang lebih ‘ngeri’ dengan meletakkan potongan tubuh dan organ manusia palsu yang dibuat dari plastik dalam peti sejuk beku mereka dan dinamakan ‘Chop Shop’.
Ia bukan sahaja dibalut dengan plastik, malah turut ditampal dengan maklumat nutrisi, sekaligus menambahkan elemen ngeri padanya.
Meskipun pihak pasaraya beranggapan ia hanya sebagai gurauan, ramai pelanggan tidak setuju kerana dianggap melampau dan menakutkan anak-anak kecil yang melihatnya.
Pelanggan tetap Europris, Mona Urfjell menulis di laman Facebooknya:
“Tidak ada kesangsian lagi. Anak-anak akan berasa takut dengan apa yang mereka saksikan. Memalukan kerana kita membawa budaya Amerika yang sangat kejam.”
Europris bagaimanapun mengeluarkan ‘Chop Shop’ dari peti sejuk tersebut selepas menerima pelbagai kritikan dan aduan dari orang ramai.
Global
Kisahnya berlaku di dalam sebuah lif membabitkan dua orang remaja perempuan, seorang bertudung mana kala seorang lagi tidak.
Perlakuan sumbang mereka ini yang dikatakan berlaku pada sekitar tahun 2007 dikecam hebat oleh warga internet setelah video CCTV ini tersebar di Internet.
Apa yang pasti, ianya bukan berlaku di Malaysia.
Daripada pengamatan, mereka dipercayai dari Timur Tengah…marilah kita sama-sama doakan perkara ini dijauhkan dari anak cucu kita ye…eeeeiiii!!!
Video
KUANTAN – Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang
cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya
mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.
Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu
adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos
dan kicap.
Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine
yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan
untuk memasak masakan Cina.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan
berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan
dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam
kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.
“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius
dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya
ketika dihubungi di sini, semalam.
Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim
dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan
dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang
disajikan.
Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal
kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi
pengunjung bukan Islam.
“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos
yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat
dan prosedur pensijilan halal,” katanya.
Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.
Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan
pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara
keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.
“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran
dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat
suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian
makanan.
“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta
Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak
terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang
boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah
terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di
hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.
Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan
penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang
jelas tidak halal. – Sinar Harian
[Wow] - Berita Tempatan
Kerana terlalu obses dan meminati penyanyi sensasi Miley Cyrus, seorang lelaki sanggup mencacah sebanyak 21 tatu di badannya.
Kesemua tatu tersebut adalah diinspirasikan daripada potret, tajuk
lagu dan apa sahaja yang berkaitan dengan penyanyi berusia 21 tahun itu.
Lelaki yang dikenali sebagai Carl McCoid ini juga mengakui dia sangat
menyukai Miley dan meluahkan rasa bencinya apabila seluruh dunia
mengkritik persembahan Miley di MTVVMA baru-baru ini.
Ini kerana baginya Miley sudah cukup dewasa dan berhak melakukan semua aksi yang diinginninya ketika berada di atas pentas.
Terbaru, lelaki berusia 40 tahun ini mencecah gambar penuh Miley sambil menjelirkan lidah di bahagian perutnya.
Pelbagai
KUALA PILAH – Dua kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
yang ditugaskan mengawal seekor ular sawa, terpaksa terjun dari
kenderaan mereka apabila reptilia yang diikat kepala dan ekornya
tiba-tiba mengganas.
Ular diikat di belakang
Ular sawa rendam sepanjang 6.5 meter(m) dan seberat 120 kilogram(kg) yang ditangkap di FELDA Kepis dekat sini, kelmarin, itu terpaksa diikat dan diletakkan di bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda kerana terlalu besar untuk dimasuk ke dalam guni.
Sebaik saja kenderaan itu bergerak, ular yang sebelum itu ‘diam’
kekenyangan selepas dipercayai menelan seekor babi hutan bertindak
agresif hingga bangku panjang kenderaan itu tercabut.
Dua kakitangan terbabit terpaksa melompat dari kenderaan itu untuk menyelamatkan diri.
Sebaik kenderaan itu berhenti, mereka dibantu dua kakitangan lain
mengikat kepala ular itu dengan tali bagi mengelakkan kejadian sama
berulang.
Tarik sejauh 100m
Ketua operasi JPAM, Sarjan Majeran Lop, 52, berkata empat kakitangan yang tiba di penempatan itu pada jam 12.15 tengah hari, sukar mengangkat ular terbabit.
“Disebabkan kenderaan JPAM tidak boleh dibawa hingga ke tempat ular
itu ditemui, kami dengan bantuan beberapa peneroka terpaksa mengikat
tali pada reptilia itu dan menariknya sejauh 100m,” katanya.
Katanya, ular terbabit akan diserahkan kepada Taman Ular Sawa Ulu Bendul dekat sini.
Sementara itu, seorang peneroka, Leman Jamal, 64, berkata beliau
terkejut menemui ular sawa itu dalam parit ketika membersihkan kebun
untuk tanaman semula kelapa sawit, pada jam 12 tengah hari.
“Saya terperanjat melihat ular sawa itu dalam keadaan bergulung di
paya dekat kebun, lalu segera memanggil penyelia projek tanam semula,
Hafiz Mahmud, yang kemudian menghubungi JPAM,” katanya.
Katanya, pada tahun lalu reptilia sama yang panjangnya hampir 7.4 meter dan berat 140 kilogram, ditangkap di FELDA berkenaan. – Berita Harian
[Wow] - Berita Tempatan
Tingkap merupakan antara ciri-ciri yang paling penting dalam sesebuah pembinaan bangunan.
Tujuannya adalah untuk memberi pengaliran udara yang diperlukan dalam bangunan itu.
Namun, sebaliknya terjadi di China apabila kontraktor pembinaan di
sana telah membina tingkap palsu demi tujuan untuk mengurangkan kos
pembinaan yang ditanggung mereka.
Kalau dilihat dari luar memang tingkap itu seakan-akan benar namun
ianya hanya hiasan sehingga ramai pembeli tertipu dengan rekaan itu.
Ini macam punya kontraktor pun ada ke?
Hai, macam-macam hal..
Global
GEORGETOWN – Kumpulan pengguna mendesak restoran dan kedai makan
meletakkan harga yang berbeza untuk minuman bergula dan tanpa gula.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang S.M. Mohd Idris berkata minuman tanpa gula sepatutnya berharga 10 sen lebih murah.
“Ramai juga orang mahu mengurangkan gula atas sebab-sebab kesihatan dan ini perlu digalakkan,” katanya.
Setiausaha Agung Fomca, Datuk Paul Selvaraj berkata adalah adil
kepada pengguna membayar harga yang kurang jika mereka memesan minuman
yang kurang atau tiada gula.
“Harga yang lebih rendah untuk minuman tanpa gula juga akan menjadi
insentif kewangan untuk mengurangkan penggunaan gula,” katanya.
Bajet 2014 memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen sekilo untuk
mengurangkan penggunaan gula dan mengurangkan kadar penyakit diabetes di
kalangan rakyat Malaysia.
Di Petaling Jaya, pengguna mengatakan bahawa adalah tidak adil
mengenakan bayaran terhadap mereka untuk sesuatu yang mereka tidak
memesannya.
Jurutera Goh Kean Choon, 28, berkata, harga minuman tanpa gula
seharusnya dikurangkan, sekurang-kurangnya 20 sen berbanding minuman
biasa yang manis.
“Jika saya berjimat untuk minuman, saya boleh makan makanan lain atau membelanjakannya untuk petrol,” katanya.
Pelajar universiti Ong Chyi Ann, 20, berkata mengurangkan harga
minuman sebanyak 30 sen bagi setiap minuman akan menampakkan perbezaan
dalam perbelanjaannya, sambil menambah bahawa dia datang dari keluarga
berpendapatan rendah.
Pelajar Chang Kwok Fai, 21, merasakan bahawa sesetengah peniaga telah mengambil kesempatan daripada pemotongan subsidi gula.
Eksekutif IT, Aldrin Kau, 26, tidak berfikir bahawa pengendali makanan akan menurunkan harga untuk minuman tanpa gula.
“Jika mereka tidak perlu berbuat demikian, mereka tidak akan melakukannya,” katanya. – mStar
[Wow] - Berita Tempatan
JAIPUR – Seorang lelaki kelahiran Jaipur di Rajasthan, India kini
berbangga kerana tindakannya menyimpan misai selama 32 tahun – tanpa
pernah sekali pun dipotong – membolehkan dia terkenal di seluruh dunia.
Hasil kesabarannya itu, Ram Singh Chauhan, 58, memiliki misai sepanjang 4.27 meter (14 kaki).
Kini Ram menganggap misainya itu sebagai “harta paling berharga” untuk dirinya.
Sepanjang 32 tahun menyimpan misai itu, Ram biasanya menghabiskan masa selama dua jam sehari untuk proses merapi.
Sepanjang 32 tahun menyimpan misai itu, Ram biasanya menghabiskan masa selama dua jam sehari untuk proses merapi.
Atas kelebihan itu juga membuka peluang kepada Ram muncul dalam satu daripada filem James Bond, Octopussy.
Kata Ram, menyimpan misai panjang sama seperti menjaga seorang bayi yang perlu diberi perhatian penuh pada setiap masa.
“Untuk mendapatkan misai sepanjang ini, saya perlu bersabar dan banyak berkorban.
“Ia bukan tugas yang mudah,” katanya.
Setiap pagi, katanya, tugas pertama yang dilakukan ialah melumur misai dengan minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak almond.
Ram tidak menggunakan syampu atau sabun untuk membersihkan misai itu kerana yakin keberkesanan bahan herba.
“Selepas selesai saya menyisir misal ini sehingga kemas dan menggulungnya,” katanya.
Seminggu sekali, kata Ram, dia membuat ‘rawatan’ lain menggunakan kaedah semula jadi.
“Saya tak pernah menggunakan produk komersial,” katanya.
Ditanya mengenai kegemarannya menyimpan misai, Ram berkata, ia bermula sejak dia berusia belasan tahun.
Sejak 1970, katanya, dia tidak pernah menggunakan pisau cukur atau menggunting misainya.
Ketika itu, kata Ram, dia tidak berniat apa-apa pun, malah tidak terfikir untuk memecahkan sebarang rekod.
Katanya, misai adalah sebahagian tradisi penduduk setempat dan dihargai sejak beberapa abad lalu.
“Misai ini simbol kebanggaan dan penghormatan seorang lelaki.
“Pada zaman silam di India, misai adalah segala-galanya,” katanya.
Selepas mendapat pengiktirafan daripada Buku Rekod Dunia Guinness, kini Ram berdepan masalah sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, dia risau kerana kadar pertumbuhan misainya mula perlahan.- AFP
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments