Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Ramai terkedu seketika apabila pemenang Oscar yang juga pelawak terkenal Robin Williams, 63, diumumkan meninggal dunia 11 Ogos lalu.

Paling mengejutkan adalah cara kematian Robin yang memilih untuk mengakhiri riwayat hidupnya dengan membunuh diri.

Pelakon Good Will Hunting, Mrs Doubtfire dan Good Morning Vietnam ini didapati menjerut leher sendiri menggunakan tali pinggang ketika ditemui di kediaman mewahnya di Tiburon, California.

Dalam pada keputusan penuh autopsi belum diumumkan, gambar sijil kematian Robin yang dikeluarkan semalam (20 Ogos) telah disebarkan di internet.



Tak hanya gambar sijil tersebut, turut dikongsikan di media-media sosial terutama Twitter adalah gambar mayat mendiang dengan leher mempunyai kesan dijerut tali pinggang yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.



Walau pun gambar ini mungkin tak kisah ditatap oleh sesetengah orang namun ia tentu mengganggu emosi keluarga dan peminatnya yang tidak mahu mengenang Robin dalam keadaan begini. - MYNEWSHUB.MY


Sejak kebelakangan ini, nama Datin Sri Linda tiba-tiba hangat diperkatakan.

Semuanya kerana satu akaun Facebook menggunakan nama ini yang memuat naik gambar-gambar seorang wanita beraksi seksi.

Sungguh pun individu dalam Facebook tersebut digambarkan kononnya dia seseorang yang bergelar datin sri, kesahihannya amat diragui.

Maklumlah secara logiknya takkanlah seorang wanita tergamak membuka aib dirinya hingga begini sekali.







Sekiranya ini kerja seeorang untuk menganiaya pihak tertentu, diharapkan individu yang diaibkan ini segera bertindak dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Pada masa sama jadikanlah pengajaran, jangan sesuka hati muat naik dan tangkap gambar ghairah kerana sudah banyak kes gambar begini akhirnya memakan diri. - MYNEWSHUB.MY



PELAKON Johnny Depp bakal bergandingan dengan anak perempuannya dalam sebuah filem seram berjudul Yoga Hosers.
Dalam garapan pengarah Kevin Smith ini, Depp akan berlakon bersama anaknya iaitu Lily-Rose Depp.

Kedua-dua mereka akan membintangi filem seram kesinambungan daripada filem Tusk.

Anak pengarah filem tersebut iaitu Harley Quinn Smith turut berlakon.

Dalam pada itu, bintang filem Tusk seperti Michael Parks, Justin Long, Haley Joel Osment, Genesis Rodriguez, Ralph Garman dan Harley Morenstein masih terus dikekalkan.

Kata pengarahnya, filem seram ini akan mengangkat watak kanak-kanak sebagai pelakon utama.
Foto: Reuters


ZURICH - Bilangan warga asing mengunjungi Switzerland untuk membunuh diri meningkat sekali ganda sejak empat tahun lalu, menurut satu kajian yang disiarkan dalam Journal of Medical Ethics semalam.

Kajian tersebut menyatakan, sebanyak 172 rakyat asing membunuh diri di Switzerland menerusi undang-undang eutanasianya yang lebih liberal pada tahun 2012.
Jumlah itu meningkat daripada 86 orang pada 2009 dengan hampir satu pertiga daripada mereka terdiri daripada warga Jerman dan Britain.

Eutanasia merujuk kepada perbuatan menamatkan hidup seseorang oleh doktor melalui kaedah tidak menyakitkan atas persetujuan pesakit.

Amalan tersebut sah di Switzerland sejak tahun 1940-an jika ia dilakukan oleh seseorang yang tiada kepentingan dalam pembunuhan tersebut.

Perbuatan itu juga sah di Belanda, Luxembourg, Belgium, dan beberapa negeri di Amerika Syarikat, namun diharamkan di banyak negara sekali gus mendorong ramai pesakit yang tiada harapan untuk sembuh berkunjung ke luar negara untuk mati tanpa perlu memikirkan doktor atau waris mereka dihadapkan ke mahkamah. - Reuters




LONDON - Militan Negara Islam (IS) yang memenggal kepala wartawan Amerika Syarikat (AS), James Foley di Iraq dipercayai merupakan antara pejuang jihad Britain yang dikenali sebagai The Beatles, lapor akhbar MailOnline semalam.

Ketika pihak berkuasa Britian melancarkan operasi untuk memburu militan tersebut, seorang bekas tebusan kumpulan IS berkata, dia percaya lelaki itu merupakan warga kota raya ini yang dikenali sebagai John.

Agensi perisikan Britain kini semakin hampir untuk mengenal pasti identiti pembunuh yang memotong leher Foley dalam satu klip video yang tersebar di internet.
Militan tersebut yang dipercayai seorang anggota kanan IS, terlibat dalam sebuah operasi pertukaran tebusan pada awal tahun ini.

Setakat ini, agensi perisikan Britain menggunakan teknik pengecaman suara canggih untuk mengenal pasti militan IS dalam klip video IS tersebut.

Rakaman selama lima minit itu telah ditonton oleh beribu-ribu orang di internet.
Militan IS warga Britain yang menggunakan tangan kirinya dan memakai but Timberland itu bercakap menggunakan loghat London Timur.
Dalam klip video tersebut, dia membuat beberapa ugutan terhadap Presiden AS, Barack Obama dan Barat.

Pada Selasa lalu, seorang lelaki yang ditahan di bandar Raqqa, Syria mendakwa militan tersebut merupakan seorang yang bijak dan berpendidikan.
Menurutnya, beberapa tebusan antarabangsa menggelarkan John dan militan Inggeris yang lain sebagai The Beatles kerana mereka berasal dari United Kingdom. - Agensi




PETALING JAYA – Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan dari Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dekat sini menuju ke Kota Damansara bimbang dengan keadaan landasan konkrit projek Transit Aliran Massa (MRT) yang ‘tergantung’.

Rata-rata pengguna mendakwa, keadaan itu boleh mengancam nyawa mereka jika sebahagian landasan konkrit tersebut tiba-tiba terjatuh lalu menghempap kenderaan yang melalui laluan di bawahnya.

Landasan tersebut direka khas bagi kegunaan sistem rel kereta api.

Tinjauan Kosmo! di lokasi itu semalam mendapati, laluan MRT dari TTDI menuju ke Kota Damansara itu membahayakan pengguna jalan raya kerana pada penghujung landasan yang sedang dalam kerja-kerja pembinaan tidak dipasang alat sokongan untuk menampung beratnya.

Seorang pekerja swasta, Adi Fitri Abdul Aillah, 30, berkata, dia melihat tiada alat sokongan dipasang di bawah landasan konkrit tersebut bagi menjamin keselamatan orang ramai.
“Jika dilihat dengan mata kasar, landasan ini kelihatan amat bahaya kerana ia berada betul-betul di atas jalan raya yang dilalui oleh ramai pengguna,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, seorang kerani yang hanya mahu dikenali sebagai Salmiah, 29, berkata, kawasan projek pembinaan MRT tersebut seperti tidak dapat menjamin keselamatan pengguna.


Kosmo


MIRI - Akibat terpedaya taktik licik tiga wanita termasuk seorang bomoh, seorang warga emas kerugian RM83,000 apabila menyerahkan sejumlah wang tunai dan barangan kemas miliknya konon untuk membuang sial di Pasar Krokop, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8 pagi mangsa, Voon Phet Choo, 57, telah diperdaya oleh dua orang wanita yang tidak dikenali selepas dia bertanya kepada salah seorang wanita itu mengenai khidmat bomoh Cina di Pasar Besar Krokop di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, kedua-dua wanita itu kemudian mempelawa dan membawa mangsa untuk berjumpa bomoh yang merupakan rakan mereka.

"Mangsa seorang wanita yang bersetuju atas pelawaan suspek telah dibawa ke satu lokasi sebelum dia arah mengeluarkan sejumlah wang dan barang berharga untuk tujuan perubatan tradisional membuang sial.
"Suspek masing-masing berusia 40-an turut memberitahu kepada mangsa, suaminya akan mati jika dia tidak berbuat demikian," katanya di sini semalam.

Ujarnya, bimbang akan keselamatan suaminya, mangsa menuruti arahan suspek dengan mengeluar sejumlah wang dan menyerahkan barang kemas miliknya bernilai RM83,000 untuk dijampi sebelum barangan itu diserah kembali kepadanya dalam satu bungkusan.

Katanya, apabila mangsa pulang dan membuka membuka bungkusan itu dia mendapati wang tunai dan barang kemas berkenaan lesap dan diganti dengan garam dan minuman.
"Mangsa yang curiga dengan perbuatan ketiga-tiga suspek kemudian membuat laporan polis pada hari kejadia," katanya. Kosmo



Montana (Amerika Syarikat): Seorang lelaki, William McDaniel, 53, ditangkap kelmarin selepas didakwa memanggil polis untuk mengadu berkenaan seorang pelacur enggan mengadakan seks dengannya.
Menurut polis, McDaniel mengunjungi pusat pelacuran di Butte, Montana dan memberikan seorang wanita wang AS$350 (RM1,120) supaya menari untuknya.
Bagaimanapun, tarian itu dihentikan tiba-tiba apabila McDaniel menjadi agresif cuba memeluk wanita itu.

Marah kerana penari itu menolak kehendaknya, lelaki berkenaan menelefon 911 untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa wanita itu tidak mahu mengadakan seks dengannya.

Polis yang tiba di tempat kejadian menahan McDaniel atas tuduhan melanggan pelacur. - Agensi


Monaco: Sebuah apartmen berharga £240 juta (RM1.3 bilion) yang paling mahal di dunia kini dalam pembinaan, di sini.

Aparment berkenaan mempunyai lima tingkat, terletak di tingkat atas Tour Odéon, bangunan pencakar langit baru setinggi 171 meter itu yang akan siap tahun depan. 

Apartmen mewah itu mempunyai pemandangan menakjubkan menghadap Laut Meditteranean.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan gelongsor persendirian bagi pemiliknya untuk meluncur ke kolam renang besar di atas bangunan berkenaan.  
Bangunan itu yang turut menempatkan 70 apartmen lain akan mempunyai pusat kesihatan, katerer dalaman di samping perkhidmatan penyelenggaraan 24 jam.

Tour Odéon ialah bangunan pencakar langit pertama dibina di tepi pantai Monaco dalam masa 30 tahun selepas Putera Rainier, pemerintah negara itu mengambil keputusan menghentikan pembinaan bangunan tinggi kerana bimbang ia akan memusnahkan pantainya pada 1980-an.

Keputusan itu dibatalkan anak yang juga penggantinya, Putera Albert.

Kediaman mewah itu disasarkan kepada pelanggan Eropah yang kaya.- Agensi

Kuala Terengganu: Pecah rahim, sakit pinggul serta pendarahan teruk pada kemaluan antara risiko ditanggung individu yang sanggup membeli ubat terlarang untuk menggugurkan kandungan di sebuah premis di Bandar Permaisuri, Setiu yang beroperasi sejak setahun lalu.
Premis yang berselindung di sebalik jualan pakaian dan aksesori itu sebelum ini menjadi buruan golongan tertentu untuk menggugurkan kandungan secara haram bagi menutup keaiban diri. 

Bagaimanapun, kelicikan tauke wanita terbabit untuk mengaut keuntungan mudah dengan menjual ‘ubat gugur’ itu tidak bertahan lama selepas anggota Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berjaya menghidu penjualan bahan terlarang itu Ahad lalu.
Pengarah JKNT Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata, hasil risikan pihaknya berjaya menahan wanita berkenaan dan merampas baki ‘ubat gugur’ bernilai kira-kira RM1,000.  

“Berdasarkan bukti pembelian dijumpai, aktiviti wanita ini didapati beroperasi sejak setahun lalu dan berjaya memperoleh keuntungan berlipat ganda daripada jualan ‘ubat gugur’.
“Wanita berkenaan mendapat ‘ubat gugur’ daripada pembekal dengan harga sekitar RM8 hingga RM10 sebiji dan menjualnya kepada pelanggan dengan harga sekitar RM50 sebiji.


Kuala Lumpur: Ruang maya hangat apabila seorang lelaki yang menggunakan nama samaran, Orkid Anggerik di dalam akaun Twitter miliknya mengisytiharkan dirinya murtad.
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu dengan penuh bangga membuat beberapa status mengakui secara terang-terangan tidak lagi mengamalkan ajaran Islam kerana tidak mempercayainya.

Perkara itu membuatkan ramai pengguna Twitter menyelar perlakuannya dan ada juga yang menyatakan simpati terhadap nasibnya yang jauh tersasar daripada Islam selain mendoakan dia kembali ke pangkal jalan.

Bagaimanapun, akaun Twitter lelaki berkenaan sudah ditutup dan segala kandungan yang dimuat naik sebelum ini tidak boleh lagi diakses sejak kelmarin.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, sebagai seorang Islam setiap individu wajib bertanggungjawab ke atas apa sahaja yang mereka lakukan termasuk perkataan dan tulisan.
“Ada beberapa perkara yang tidak boleh dibuat sebagai gurauan iaitu dalam masalah nikah, talak dan memerdekakan hamba.