Foto: Reuters |
Kajian tersebut menyatakan, sebanyak 172 rakyat asing membunuh diri di Switzerland menerusi undang-undang eutanasianya yang lebih liberal pada tahun 2012.
Jumlah itu meningkat daripada 86 orang pada 2009 dengan hampir satu pertiga daripada mereka terdiri daripada warga Jerman dan Britain.
Eutanasia merujuk kepada perbuatan menamatkan hidup seseorang oleh doktor melalui kaedah tidak menyakitkan atas persetujuan pesakit.
Amalan tersebut sah di Switzerland sejak tahun 1940-an jika ia dilakukan oleh seseorang yang tiada kepentingan dalam pembunuhan tersebut.
Perbuatan itu juga sah di Belanda, Luxembourg, Belgium, dan beberapa negeri di Amerika Syarikat, namun diharamkan di banyak negara sekali gus mendorong ramai pesakit yang tiada harapan untuk sembuh berkunjung ke luar negara untuk mati tanpa perlu memikirkan doktor atau waris mereka dihadapkan ke mahkamah. - Reuters
No comments
Post a Comment