Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



ROM – Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.

Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.
“Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio,” kata Glori.
Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.

Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.
“Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian,” katanya. – Agensi.

NAMPAKNYA nama Nelydia Senrose naik mencanak-canak sepanjang dua tiga minggu ini.
Dengan drama popular lakonannya bersama Sharnaaz Ahmad, Bukan Aku Tak Cinta terus jadi sebutan, cerita di sebalik tabir mengenai hubungan mereka juga tidak kurang hebatnya.
Begitu juga dengan status hubungan Nelydia dengan kekasihnya Qi Razali yang turun naik ekoran cerita-cerita di sebalik tabir berkenaan.
Terbaru, gambar yang dimuatnaik oleh Nelydia bersama mat salleh bernama Mariosalvatori yang merupakan Executive Vice President of LFASIA pula menjadi bahan bualan di alam maya.

Gambar itu mengundang komen negatif dari peminat yang mempersoalkan tindakan over mat Salleh berkenaan yang seperti memeluk Nelydia.
Selain meluahkan rasa tidak senang, ada juga yang melemparkan komen-komen negatif dan berbaur sindiran.
Bagaimanapun, ada juga pengikut Nelydia yang masih menyokong dan meminta supaya perkara itu tidak diperbesar-besarkan.
Namun, itulah lumrah yang perlu difahami dan didepani artis. Bukan mudah hendak menyenangkan hati semua peminat dan tanggungjawab yang digalas untuk menjaga imej dan tatalaku bukan senang.


SYDNEY: Sebuah pesawat penumpang Virgin Australia disahkan dirampas dan pesawat kini berada di hujung landasan Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali. 

Jurucakap tentera Indonesia, Mejar Jeneral Fuad Basya, mengesahkan bahawa pesawat dirampas. 

"Kami kini sedang cuba mengadakan komunikasi dengan pesawat namun kami masih gagal berbuat demikian. 


"Pesawat kini di salah satu hujung landasan," katanya. - Sydney Morning Herald 

Shaanxi – Meskipun jatuh dari tingkap bangunan setinggi 20 kaki dan besi tercucuk hingga tembus di kepala, namun dengan kuasa Tuhan, seorang lelaki terselamat dan akan pulih sepenuhnya.
Lelaki itu Li Dehua, 47, terselamat dari maut dan bernasib baik kerana besi berkenaan hanya beberapa inci dari otaknya.
Biarpun ketika pembedahan diadakan, doktor telah memberitahu keluarganya bahawa dia sukar diselamatkan, namun keadaan sebaliknya berlaku.
Apa tidaknya besi itu tercucuk di bahagian mukanya dan tembus ke bahagian kiri kepalanya.
Dalam kejadian 18 hari lalu itu, Dehua sedang bekerja di sebuah tapak pembinaan ketika dia terjatuh.
“Ia merupakan satu kejadian menakutkan dan saya bernasib baik kerana besi itu tidak terkena otak saya.
“Besi ini menyebabkan luka yang teruk di bahagian muka saya,’’ katanya yang memberitahu ketika kejadian dia tidak berasa sakit disebabkan terkejut.
Menurut Dehua, hanya selepas pembedahan barulah dia menyedari bahawa sesuatu berlaku.

PORT DICKSON – Anggota tentera antara tujuh orang yang ditahan dalam Operasi Khas polis di beberapa pusat urut dan judi Internet di sini, 12 tengah malam tadi.
Anggota tentera dari Kem Senawang mendakwa sudah berkahwin dan datang ke pusat urut itu untuk melepaskan penat berkawat.
Turut ditahan dua wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut dan penjaga pusat urut yang dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menawarkan khidmat pelacuran.
Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Port Dickson untuk siasatan lanjut. – Harian Metro
* Gambar Hiasan

KANGAR – Cahaya hidayah semakin menghampiri model jelita Felixia Yeap, 27, apabila mengesahkan bakal mengucap dua kalimah syahadah pada Ramadan ini, malah sudah tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan,” kata bekas model Playboy itu ketika ditemui Harian Metro, di sini.
Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee berkata, dia bukan sengaja menangguhkan niat murni memeluk Islam, sebaliknya memerlukan lebih masa.
“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.
“Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam,” katanya yang ditemui selepas sesi fotografi baju kurung myjubah.com, di sini, baru-baru ini. –myMetro Online


LEEDS – Seorang doktor yang merakamkan secara rahsia imej teman sekerjanya berbogel didapati bersalah atas tiga tuduhan di mahkamah dan dibatalkan pendaftaran amalannya, lapor media semalam.

Pakar kardiologi, Vivek Baliga, berdepan tuduhan menggunakan kamera video untuk mengintip dua wanita teman sekerjanya.

Menurut pertuduhan, Baliga, 33, mempelawa seorang doktor wanita dan teman lelakinya datang ke rumah ketika itu dia menetap di Leeds. Ketika menggunakan bilik mandi di situ, wanita terbabit berasa curiga apabila melihat beberapa kotak menghadap tingkap yang ada di situ.
Selepas memeriksanya, doktor wanita itu mendapati ada peralatan perakam disembunyikan dalam kotak berkenaan.

Dia kemudian membuat aduan kepada polis dan selepas diperiksa, lebih banyak imej ditemui tersimpan dalam komputer Baliga. Antara imej yang ada, doktor wanita sama mandi di rumahnya sendiri, serta seorang lagi doktor wanita yang sedang menggunakan tandas juga di rumahnya.

Baliga yang ketika itu melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah dalam kajian kardiologi, dihukum menjalani khidmat komuniti selama tiga tahun.

Dia juga diarah mengambil bahagian dalam program rawatan pesalah seks. Hakim Scott Wolstenholme berkata, tingkah laku Baliga sebagai “menjijikkan dan keji.” Panel Perkhidmatan Tribunal Pengamal Perubatan berkata, mereka mendapati perbuatan Baliga tidak melayakkannya terus menjadi doktor.

“Kesalahan yang disabitkan ke atas kamu serius dan dibuat untuk kepuasan seksual sendiri. “Ia dilakukan secara terancang, berulang dan dalam tempoh lama,” katanya. Justeru, kata panel itu, ia tidak dapat diterima sebagai perbuatan seorang pengamal perubatan.

SUININGS – Cinta itu buta atau manusia yang buta? Itu persoalan yang ditanyakan oleh orang ramai di bandar ini selepas seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya, hanya mahu diselamatkan sekiranya isterinya mengesahkan akan terus mencintainya meskipun dia cacat.
Lelaki tersebut, Kong Huang, 35, ketika itu terperangkap dalam traknya yang dipenuhi muatan pasir selepas dia terlanggar sebuah kenderaan lain.
Ketika pasukan penyelamat tiba di situ, mereka memberitahu Huang bahawa sebelah kakinya terpaksa dipotong dalam proses menyelamat tersebut.
Namun Huang enggan dan mahu menghubungi isterinya terlebih dahulu sebelum diselamatkan meskipun ketika itu kecederaannya semakin serius.
“Adakah awak akan mencintai saya meskipun saya hanya ada sebelah kaki,” demikian soalan yang ditanyakan kepada isterinya.
Setelah wanita itu mengesahkan cintanya kepada Huang, barulah dia memanggil pasukan penyelamat “teruskan, saya boleh terus hidup’.
Selepas beberapa jam, Huang berjaya diselamatkan dengan sebelah kakinya terpaksa dipotong.
“Saya bersyukur kerana mendapat cinta yang tidak berbelah bagi terhadap isteri saya. Saya amat bertuah,’’ katanya.

KUALA LUMPUR: Selepas lebih enam minggu kehilangan pesawat MH370, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan Malaysia masih belum bersedia untuk mengisytiharkan kematian 239 penumpang dan kru pesawat berkenaan.
“Saya akan umumkan nanti, namun buat masa ini saya fikir saya mahu mengambil kira perasaan waris mangsa dan sebahagian daripada mereka menyatakan bahawa mereka belum bersedia menerima berita itu sehingga menjumpai bukti yang kukuh,” katanya dalam temubual bersama wartawan CNN, Richard Quest.
Namun, beliau berkata, ia adalah sukar untuk membayangkan sebaliknya. – CNN

DETROIT, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki yang buta akibat satu penyakit mata kini boleh melihat semula selepas menerima 'mata bionik' yang merupakan satu peralatan berteknologi tinggi yang membantu dia melihat semula.
Lelaki tersebut, Roger Pontz, 55, disahkan menghidap penyakit mata yang dikenali sebagai retinitis pigmentosa ketika masih muda yang menyebabkan penglihatannya menyusut sehingga buta.
Bagaimanapun, sebuah syarikat perubatan, Second Sight Medical Products dengan kerjasama Pusat Mata Kellogg di Universiti Michigan, Ann Arbor berjaya menghasilkan satu mata bionik yang mampu membantu Pontz, melihat semula.
Implan tiruan pada mata kiri Pontz adalah sebahagian daripada sistem yang dibangunkan syarikat itu.
Ia mengandungi cermin mata yang mempunyai satu kamera kecil dan pemancar.
Sistem itu berfungsi apabila kamera merakam imej yang kemudiannya ditukar menjadi denyutan elektrik yang dipancarkan secara tanpa wayar kepada beberapa elektrod pada permukaan retina.
Denyutan itu merangsang sel retina yang masih sihat.
Ia menyebabkan sel itu menghantar isyarat ke saraf optik.
Maklumat visual itu kemudiannya dipindahkan ke otak untuk ditukarkan kepada bentuk-bentuk cahaya yang boleh dikenal pasti sekali gus membolehkan pesakit memperoleh sedikit fungsi penglihatan.
Pontz berkata, selepas memakai sistem itu, dia kini boleh melihat bayang isteri, kucing dan cucunya selepas beberapa tahun hidup dalam kegelapan.
Dia yang merupakan bekas pekerja kilang merupakan antara empat orang di AS yang menerima retina tiruan. - AP




Seoul: Mayat budak lelaki yang mula-mula membuat panggilan kecemasan mengenai tragedi kapal Sewol dipercayai ditemui penyelam semalam.
Budak itu yang hanya dikenali sebagai Choi membuat panggilan telefon kepada pihak berkuasa dengan suara yang bergetar ketakutan. 
Media semalam melaporkan, sepasang suami isteri mengesahkan mayat budak terbabit sebagai Choi berdasarkan baju yang dipakai mangsa. Sumber berkata, identiti budak itu hanya akan disahkan selepas ujian DNA dijalankan.

Sementara itu, penyelam juga berdepan detik memilukan apabila terjumpa mayat sepasang pelajar yang berkongsi jaket keselamatan.
Menurut penyelam itu, dia percaya remaja lelaki dan perempuan itu nekad mahu bersama dan enggan menyelamatkan diri sendirian. “Namun, untuk menarik mereka ke permukaan, saya terpaksa memisahkan pasangan itu.

“Saya tidak mampu menarik mereka secara serentak,” katanya. 

Kapal Sewol dalam perjalanan rutin dari Pelabuhan Incheon ke selatan Jeju apabila dilanda musibah pada 16 April lalu.

Daripada 476 orang yang ada di atas kapal berkenaan, 339 adalah kanak-kanak dan guru dari sekolah di Ansan, kawasan pinggir bandar di Seoul yang dalam perjalanan melawat Jeju.

Kerajaan menyatakan jumlah rasmi kematian sehingga petang semalam ialah 171 orang dan lebih 100 yang lain masih hilang. 

Hanya 174 orang berjaya diselamatkan. 

Sementara itu, sesi pembelajaran di sekolah mangsa ditangguhkan semalam bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan kepada mereka.  Sesetengah pelajar meletakkan bunga kekwa putih pada setiap gambar mangsa yang beruniform sebagai tanda ingatan.

Sebahagian yang lain pula menulis pesanan ringkas di atas meja dan papan hitam serta tingkap. Antara pesanan yang menyentuh perasaan ialah: “Jika saya bertemu kamu lagi, saya akan menyatakan betapa saya menyayangi kamu kerana sebelum ini saya tidak memberitahu kamu dengan cukup,” kata seorang pelajar.

Sekolah turut menyediakan sesi terapi untuk pelajar yang pulang dengan selamat. Saya belum menyatakannya dengan cukup sebelum ini.”- Reuters



Kesudahan penghujung siri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun terjawab malam Selasa lalu.
Lebih membanggakan drama bersiri 60 episod adaptasi karya novel nukilan E-Man Sufi yang mula menemui penonton sejak 9 Disember tahun lalu menerusi Mustika HD (Saluran 134), Astro itu mencatat kejayaan sebagai drama dengan ‘rating’ tertinggi setakat ini di saluran berkenaan menewaskan Adam Dan Hawa yang sebelum ini mencetus fenomena. 
Biarpun disulami kontroversi demi kontroversi membabitkan pelakon utamanya Sharnaaz Ahmad berhubung isu pertelingkahan dengan pelakon drama itu, Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi serta kontroversi gambar mesranya bersama Nelydia Senrose yang menjadi bualan hangat sepanjang penayangan siri itu, ia sedikitpun tidak menjejaskan minat penonton. 

Bahkan, kontroversi yang wujud dilihat sebagai penyumbang kejayaan drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd milik produser terkenal, Ziela Jalil dan arahan Jamal Khan itu.

Sharnaaz selaku teraju utama, saat dita­nya berhubung perasaannya menghadapi episod pengakhiran drama berkenaan mengakui sehing­ga kini dia masih belum mampu memisahkan karakter Jebat daripada dirinya.

Kuala Lumpur: “Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya.
“Dia ugut akan musnahkan kerjaya dan masa depan saya dengan sebarkan video itu jika saya tidak mengirimkan wang RM20,000 kepadanya,” kata penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris.
Amin, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada hujung Mac lalu apabila dia menerima pesanan daripada pemilik akaun Facebook (FB) dengan nama Stevan Cruz ketika melayari laman sosial itu di rumahnya.

Menurutnya, Stevan memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik beberapa pengurusan kilang di Filipina dan ingin menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada pekerja kilang.

“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu.

Butterworth: Seorang lelaki terpaksa menahan sakit selama 40 minit akibat tersepit dalam keretanya selepas dilanggar pemandu kereta lain dari arah belakang yang ketika itu sedang mengejar suspek kejadian ragut di simpang masuk ke pekan Permatang Pauh, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.


Sebelum kejadian, dua lelaki menunggang motosikal Yahama 125Z nekad memecahkan cermin tingkap bahagian penumpang sebuah kereta Honda Accord dinaiki seorang lelaki dan ibunya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat tidak jauh dari tempat kejadian.
Suspek kemudian menyambar beg tangan milik wanita berkenaan sebelum melarikan diri dan menyangka mangsa yang masih terkejut tidak akan mengejar mereka. 

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an yang memandu Honda Accord itu berang selepas menyedari beg tangan ibunya dilarikan sebelum memecut kereta terbabit untuk mengejar suspek menghala ke arah pekan Permatang Pauh.

“Selepas mengekori sejauh kira-kira 300 meter, pemandu terbabit menghimpit motosikal suspek dengan harapan penunggangnya akan berhenti bagi membolehkan kedua-duanya ditahan serta mendapatkan semula beg tangan berkenaan. HM