Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia hari ini meluahkan rasa kekecewaannya kerana
beberapa premisnya telah mengalami vandalisme yang mengancam
keselamatan pekerjanya, ekoran gesaan pelbagai pihak untuk memboikot
syarikat.
McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa ia tidak meyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais untuk menyokong apa-apa sebab politik atau kepada mana-mana bahagian di dunia.
“Nilai-nilai teras kami ialah menjalankan perniagaan kami secara beretika dan dan dengan standard tertinggi. Tidak ada apa-apa kebenaran dalam dakwaan di internet yang mencadangkan sebaliknya.
“Setakat ini, terdapat kesan yang minima kepada perniagaan kami dan kami komited untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dan memberi balik kepada masyarakat sebagaimana yang kami buat untuk 30 tahun yang lepas di Malaysia,” kata syarikat di dalam satu kenyataan media.
McDonald’s Malaysia turut menafikan berita yang tersebar di laman media sosial mengenai pemberian burger dan minuman percuma di beberapa masjid terpilih pada Jumaat.
“Kami menggesa semua pelanggan dan rakyat Malaysia melawat laman Facebook rasmi kami dan laman web korporat kami untuk mengesahkan apa-apa maklumat dan pengumuman rasmi yang dibuat oleh McDonald’s Malaysia.”
Sebelum ini, terdapat gesaan di laman media sosial untuk memboikot McDonald’s kerana dakwaan ia adalah penyokong Israel. – Astro Awani

Ni artis mana ni? Katanya bergelar datin…
Gambar dimuat naik sempena raya katanya…
Punggung, kaki semua nampak jelas… mesti banyak publisiti murahan kan…
Artis yang cipta nama cara murah ni sebenarnya tidak akan kekal lama pun…
Hiburan
Tidak kiralah apa pun kesalahan mangsa buli di atas dia tidak sepatutnya diperlakukan begitu.
Tak cukup dengan mencederakan, pembulinya bertindak memasukkan pula gambar aib mangsa di laman sosial.
Begitu pun pemilik Facebook ini didapati sudah pun memadam akaunnya
dipercayai selepas menyedari tindakannya ini mendapat kecaman ramai.
Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat seterusnya memberi hukuman
setimpal terhadap pembuli muda ini kerana meskipun usianya masih mentah
namun jika perbuatan sebegini tidak dikawal ia akan kembali melahirkan
budaya buli di asrama.
Sepatutnya adik-adik yang suka membuli di luar sana ambil pengajaran
daripada banyak kes buli yang berakhir dengan kematian mangsa seterusnya
membawa mereka ke dalam jeriji besi sekali gus merosakkan masa depan
sendiri.
Isu Panas
AGAK jarang sebenarnya gaya dan pemakaian pengacara dan pelakon Hanis Zalikha dikecam oleh peminat.
Ini kerana, dia tidak terlalu kerap memakai pakaian yang mencolok mata seperti yang dilakukan oleh sesetengah selebriti wanita.
Bagaimanapun, menerusi beberapa portal hiburan, satu gambar Hanis
bersama pelakon Hairul Azreen tiba-tiba menjadi panas gara-gara baju
putih tanpa lengan yang dipakainya.
Gambar yang dimuatkan di Instagram itu juga dilihat menampakkan bentuk pakaian dalam yang dipakainya.
Ia sekaligus mengundang kritikan daripada para peminat yang menyifatkan Hanis semakin seksi sejak popularitinya meningkat.
Menerusi tinjauan kami di akaun Instagramnya, gambar tersebut sudahpun dipadamkan.
Harapnya selepas ini Hanis akan lebih berhati-hati dalam berpakaian
kerana statusnya bukan sahaja sebagai selebriti, tetapi juga blogger
yang diminati ramai dan menjadi contoh kepada remaja di luar sana.
Hiburan
SEBENARNYA, tidak susah pun untuk memahami kaedah ‘boikot’ produk yang menyumbang kepada dana kewangan kepada Israel.
Hanya perlu berhenti membeli, itu sahaja.
Tetapi, ada rakyat Malaysia yang menggunakan peluang ini untuk
menunjukkan kebiadapan mereka terhadap para pekerja restoran segera
sehingga sanggup menghina mereka.
Menerusi status Shazwan Sazali yang dikongsikan di Facebook Friends of BN – Barisan Nasional,
dia menegur perbuatan individu yang bertindak meludah pekerja Starbucks
hanya kerana mahu menunjukkan protes terhadap restoran itu.
Setahu kami, Islam langsung tidak mengajar umatnya untuk menzalimi orang
lain, apatah lagi orang yang langsung tidak berdosa terhadap kita.
Kalau beginilah gayanya, nampaknya kempen menjatuhkan Israel mungkin
akan bertukar menjadi kempen menjatuhkan nama baik umat Islam…
Isu Panas
Semalam, Mynewshub.my menemui satu iklan berkaitan usaha
seorang bapa mencari seorang lelaki dipercayai tunang kepada anaknya
dengan tawaran RM10,000 tunai.
Kisahnya, lelaki itu diburu kerana melarikan diri daripada tanggungjawab untuk berkahwin.
Makluman meminta bantuan orang ramai untuk mencari lelaki berkenaan
dimuatnaik di Facebook dan ia sudah pun tersebar di merata-rata alam
siber.
“Ganjaran RM10,000 tunai jika berjaya mencarinya kerana melarikan diri dari bertanggungjawab untuk berkahwin.
“Bertolong-tolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan
kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan,” bunyi makluman
berkenaan.
Pencari yang mendakwa sebagai bapa kepada anak perempuannya
itu turut mendedahkan alamat tetap, alamat terkini, no plat kenderaan
dan juga no kad pengenalan lelaki berkenaan.
Mynewshub.my tidak mengetahui secara jelas adakah iklan
sebegitu sahih dan kami telah pun menghubungi nombor telefon yang
tertera namun panggilan tidak dijawab.
Sebaliknya, sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada nombor tersebut dibalas dengan kata-kata yang betul-betul jujur dan bunyinya agak menggelikan.
“Ye, kami sanak saudara cari (nama lelaki) yang pancut air maninya
dalam mulut tunangnya tapi tak nak kahwin, pelbagai alasan diberi,”
katanya.
Nah, itu dia sebabnya lelaki yang tinggal di sekitar Kelantan itu
diburu lelaki ini. Jika benar, eloklah si lelaki itu kembali kepada
tunangnya dan menyelesaikan segala-galanya dengan baik, barulah anak
jantan.
Jika perkara ini merupakan satu gurauan melampau, eloklah
diberhentikan kerana ada alamat dan identiti seseorang telah didedahkan
dan mereka boleh mendapat aib yang tidak diundang.
Apapun, pencarian lelaki seperti ini memang unik dan siap ditawarkan
ganjaran untuk diberikan kepada sesiapa yang berjaya menemui lelaki yang
dicari itu.
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments