Tidak kiralah apa pun kesalahan mangsa buli di atas dia tidak sepatutnya diperlakukan begitu.
Tak cukup dengan mencederakan, pembulinya bertindak memasukkan pula gambar aib mangsa di laman sosial.
Begitu pun pemilik Facebook ini didapati sudah pun memadam akaunnya
dipercayai selepas menyedari tindakannya ini mendapat kecaman ramai.
Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat seterusnya memberi hukuman
setimpal terhadap pembuli muda ini kerana meskipun usianya masih mentah
namun jika perbuatan sebegini tidak dikawal ia akan kembali melahirkan
budaya buli di asrama.
Sepatutnya adik-adik yang suka membuli di luar sana ambil pengajaran
daripada banyak kes buli yang berakhir dengan kematian mangsa seterusnya
membawa mereka ke dalam jeriji besi sekali gus merosakkan masa depan
sendiri.
No comments
Post a Comment