SEBENARNYA, tidak susah pun untuk memahami kaedah ‘boikot’ produk yang menyumbang kepada dana kewangan kepada Israel.
Hanya perlu berhenti membeli, itu sahaja.
Tetapi, ada rakyat Malaysia yang menggunakan peluang ini untuk
menunjukkan kebiadapan mereka terhadap para pekerja restoran segera
sehingga sanggup menghina mereka.
Menerusi status Shazwan Sazali yang dikongsikan di Facebook Friends of BN – Barisan Nasional,
dia menegur perbuatan individu yang bertindak meludah pekerja Starbucks
hanya kerana mahu menunjukkan protes terhadap restoran itu.
Setahu kami, Islam langsung tidak mengajar umatnya untuk menzalimi orang
lain, apatah lagi orang yang langsung tidak berdosa terhadap kita.
Kalau beginilah gayanya, nampaknya kempen menjatuhkan Israel mungkin
akan bertukar menjadi kempen menjatuhkan nama baik umat Islam…
No comments
Post a Comment