Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
HUJUNG minggu lalu, sebuah akhbar melaporkan satu kejadian di mana seorang penyanyi rock terkenal Malaysia telah memukul isterinya di sebuah bank di Ampang akibat salah faham terjadi di antara mereka berdua yang khabarnya bermula di rumah.
Spekulasi mula timbul mengatakan yang penyanyi rock dimaksudkan dalam laporan itu adalah Awieyang merupakan vokalis kumpulan Wings. Namun, penyanyi itu pantas menganggap semua yang diperkatakan orang ramai tentang isu ini hanya fitnah.
“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu. Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan”
“Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini dan buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah,“ jelas Awie kepada mStar Online.
Awie turut mengatakan yang laporan akhbar itu tidak ada menyebut dirinya sebagai individu yang dimaksudkan dan mungkin ditujukan kepada penyanyi lain.
“Apa yang saya mahu katakan di sini, sebagai manusia kita semestinya tidak terlepas melakukan kesilapan,” tambah Awie lagi.-Rotikaya
Hiburan
Jom buat lawatan sambil belajar ke kilang mee hoon cap masjid!
Mee Hoon, semua orang pernah makan mee hoon. Sarapan pagi, makan mee hoon. Lepas meeting, makan mee hoon. Makan malam pula, mee hoon goreng.
Pendek kata mee hoon menjadi salah satu makanan pilihan yang terakhir bilamana seseorang itu dah tak tahu nak makan apa.
Pastinya anda pernah melihat Mee Hoon cap Masjid dijual di pasaran. Tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana proses pembuatan mee hoon tersebut?
Sebagai pengguna, kita hanya mengetahui logo dan tarikh luput sesebuah produk. Bonus tambahan jika anda rajin membaca maklumat yang dipamerkan di packaging produk.
Tetapi tidak untuk mee hoon cap masjid ini. Lihat gambar di bawah:
Dengan pekerjanya yang tidak berpakaian,. Tempat kerja yang tidak bersih. Jelas sekali menunjukkan bahawa Mee Hoon ini tidak layak mengguna 'gambar masjid' untuk produknya apatah lagi mendapat sijil halal?!
Langsung tiada ciri-ciri kebersihan dan penjagaan kualiti produk. Tidakkah anda terfikir, makanan kotor seperti ini boleh memudaratkan kesihatan anda?
Mohon pihak KKM dan JAKIM ambil tindakan terhadap pengusaha Mee Hoon ini segera dan tarik semula Sijil Halal dan lesen perniagaan mereka sekali gus (lesen tv pun jangan lupa tarik!) - My Media Hub
Isu Panas
KOTA BHARU- Seorang warga Nepal parah di kepala akibat dipukul rakannya yang dipercayai mabuk menggunakan penukul besi dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa, dekat sini, semalam.
Kejadian itu disedari jiran mangsa selepas terdengar sesuatu yang pelik sebelum bertindak menghubungi pihak polis pada jam 10.30 pagi.
Akibat pukulan itu, mangsa berusia 20-an dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, oleh majikannya sementara rakannya yang juga berumur 20-an ditahan bagi membantu siasatan.
Difahamkan, dua sahabat itu menghuni rumah sewa berkenaan dan bekerja di sebuah kilang sarung tangan di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, dekat sini, sejak dua tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua sahabat berkenaan berada dalam keadaan mabuk, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Suspek ditahan di rumah berkenaan sebaik saja polis menerima laporan yang dibuat oleh jiran mereka.
“Dia kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata atau alat berbahaya,” katanya.-HM
Isu Semasa
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif TuneTalk, Jason Lo menyelar pihak yang menuduhnya anti Islam selepas mencadangkan supaya status agama dikeluarkan daripada Mykad.
Mengakui beliau juga beragama Islam, Lo berkata beliau membuat kenyataan seumpama itu kerana status agama dalam MyKad menyebabkan berlakunya polarisasi di kalangan rakyat Malasia.
Kenyataannya itu merujuk kepada perkahwinan Hindu yang diserbu pihak berkuasa agama Islam baru-baru ini.
“Sudah tiba masanya untuk #removeislamfromIC. Siapa setuju?” tulis Lo di Twitter pada Ahad.
Cadangannya itu menerima pelbagai maklum balas termasuk yang mempersoalkan niat sebenar beliau.
“Saya tertanya-tanya siapa sebenarnya di belakang anda kerana secara berterusan mengeluarkan kenyataan anti Islam? Anda tidak peribadi, anda membenci orang Islam,” kata seorang pengguna Twitter @irwanminhat.
Lo bagaimanapaun menjawab kenyataan itu dengan berkata: “Wahai @irwanminhat, kenyataan anda lebih bersifat perkauman dan naif serta menunjukkan rasa tidak selamat. Adakah anda tahu mengapa? Saya seorang Muslim. Terkejut?”
Ditanya mengapa beliau mencadangkan pengguguran status agama di MyKad, Lo berkata: “Kerana agama sepatutnya menjadi pilihan. Sebuah perkahwinan Hindu diserbu kerana perkara ini.”
Lo malah mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kepada pengikutnya di Twitter bahawa beliau tidak memerlukan pihak berkuasa untuk memberitahunya mengenai hubungan beliau dengan tuhan.
Cadangan Lo bagaimanapun turut menerima sokongan apabila ada diantaranya yang bersetuju supaya semua bentuk status agama dan bangsa perlu digugurkan daripada kad pengenalan diri.-Mstar
Hiburan
KUANTAN: “Saya diperlakukan seperti amah apabila disuruh melakukan kerja seperti membawa minuman, membeli nasi serta menyanyi sebelum lagu dendangan saya itu akan direkod untuk dijadikan bahan jenaka mereka.
“Lebih teruk lagi, hampir setiap malam mereka akan mengetuk pintu bilik beberapa kali dengan kuat kononnya ada ‘hantu’ datang mengusik dan mengganggu,” kata seorang penuntut orang kelainan upaya (OKU) di sebuah kolej di sini, Nurmayam Zainal Abidin, 19, yang mendakwa dibuli penuntut senior sehingga menjejaskan mental dan pelajarannya ketika ditemui, semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku sejak awal Januari lalu apabila penuntut senior lebih daripada 10 orang bersilih-ganti membuli mangsa dengan mengarahkannya melakukan pelbagai kerja termasuk diminta menjadi artis sambilan.
Nurmayam berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan dirinya berasa tertekan serta takut untuk meneruskan pelajaran di kolej berkenaan sebelum memaklumkan kepada ibunya, Hamizah Mohd Johor, 54, untuk meminta bantuan.
Katanya, dia terpaksa mengikut setiap arahan yang diberikan oleh penuntut senior kerana bimbang dicederakan jika gagal melaksanakan tugas itu.
“Mereka akan mengusik saya dengan cara mengetuk serta menendang pintu beberapa kali dengan kuat dan apabila pintu dibuka, saya dapati mereka sudah hilang kononnya ada hantu datang mengusik.-HM
Isu Semasa
BILA masuk musim Piala Dunia pasti ramai peminat bola membeli jersi mengikut negara yang disukai mereka.
Malah ada yang sanggup menghabiskan beratus ringgit, asalkan jersi yang dipakai original dan berkualiti menandakan mereka peminat tegar bola sepak.
Tapi mungkin penjual jersi Piala Dunia mengunakan pendekatan yang menarik untuk menarik hati pelanggan dengan mengunakan modeling seksi dan cantik untuk promosi iklan mereka.
Kadang-kadang keliru, sama ada mereka ingin mempromosi jersi atau sebaliknya.
Walaubagaimanapun, bahang Piala Dunia semakin tiba dan bolehlah mencari jersi negara pilihan yang anda rasa layak bergelar juara pada kali ini.
Sakit Mata
KUALA LUMPUR: Satu kempen bagi memungut dana telah dilancarkan bagi menggalakkan pihak swasta membantu dalam usaha pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Menurut laporan NBC News, kempen yang dilancarkan sehingga kini telah berjaya meraih enam ribu dolar (RM 19.2 ribu), hanya sehari selepas ia dilancarkan dengan sasaran untuk meraih lima juta dolar (RM 16 juta) menjelang 8 Julai ini, atau empat bulan selepas pesawat MH370 bersama 239 anak kapal dan penumpangnya hilang.
Salah seorang pengasas tabung terbabit, Sarah Bajc berkata pihaknya yakin dapat mencapai sasaran terbabit, malah mampu melepasi sasaran itu.
Teman lelaki Bajc, Philip Wood adalah salah seorang dari penumpang pesawat terbabit.
Bajc melancarkan tabung itu bersama empat ahli keluarga penumpang lain yang berkata mereka tekad mencari punca sebenar pesawat terbabit hilang.
Mereka adalah Ghislain Wattrelos, dimana anak dan isterinya adalah penumpang pesawat, Peter Weeks dimana saudara lelakinya adalah penumpang pesawat, serta K. S. Narendran dan Pralhad Shirseth dimana isteri mereka turut berada di dalam pesawat semasa ia hilang.
“Ketika pegawai mengedarkan data Inmarsat dan kemudiannya mengumumkan isyarat ping yang dikesan adalah tidak betul, maka kami merasakan tiba masanya untuk kami bertindak,” kata Bajc.
Sehingga hari ini dimanakah pesawat MH370 berada masih belum diketahui meskipun misi pencarian besar-besaran telah dilancarkan oleh pasukan dari Malaysia dan Australia.
Bergantung kepada data dari Inmarsat, pihak menyiasat merumuskan pesawat telah hilang di Lautan Hindi ke barat Australia.
Pihak penganjur tabung terbabit juga berharap dengan tercapainya tujuan asal penubuhan tabung ini, ia dapat memberikan penjelasan kepada semua pihak dan mengharapkan kejadian yang sama tidak akan berulang.
Sebuah video turut dimuat naik di Indiegogo.com oleh pengasas projek terbabit yang turut mendakwa wujud teori konspirasi dalam kehilangan pesawat itu.
Pemimpin projek, Ethan Hunt turut dilihat memegang pemidang dengan tertera perkataan “Kebenaran ada di luar sana, seseorang pastinya tahu perkara sebenar!”
Menurut laman web terbabit juga, satu imbuhan lumayan turut akan diberikan kepada mereka yang memberikan maklumat. Satu laman web untuk penyiasat dan pemberi maklumat yang bersifat lebih selamat dan rahsia juga akan dilancarkan 15 Jun ini menurut salah seorang ahli keluarga penumpang yang terbabit. – Awani
Global
WALAUPUN sudah lebihsebulan bergelar isteri, seri pengantin masih terpancar di wajah Misha Omar. Mungkin dek kerana terlalu bahagia menjalani kehidupan bergelar seorang isteri kepada Firos Ezzwan Rossly yang selamat diijabkabul awal Mei lalu.
Jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya, Misha Omar berkata dia rasa sedikit rugi kerana kahwin di usia yang agak lewat namun kekal percaya soal jodoh dan rezeki anak adalah kurniaan dari Allah. Sebagai manusia, walau sejauh mana rancangan, tanpa izin dari-NYA, mungkin sehingga kehari ini, dia masih belum berkahwin.
”Bukanlah saya menyesal kahwin lambat. Tapi saya percaya ada hikmahnya. Ini di luar kuasa kita. Jodoh bukanlah keputusan kita sama juga macam anak, cepat atau lambat, seronok kahwin, ada kawan. Kadang-kadang rasa macam ada abang, ada ayah,” ujarnya ketawa.
Menjawab soal cahaya mata, dia tidak meletakkan sebarang target kerana dia berkahwin di usia agak lewat bagi seorang wanita. Ditambah dengan suami yang bertugas sebagai seorang juruterbang yang tidak punya masa lapang yang banyak seperti orang lain.
”Jika Allah kata cepat, cepat. Kalau lambat pun saya terima. Saya taknak stresskan diri sendiri & bebankan suami. Dia kerja yang tak selalu ada dengan saya & tak boleh nak expect more”
Bermula dengan proses perkenalan, percintaan, melalui proses putus cinta, kemudian bertunang dan kini selamat sebagai suami isteri. Dalam jangka masa tersebut, pasangan ini lebih banyak memberi ruang kebebasan kepada diri masing-masing.
Keluar Rumah Lupa Minta Izin Suami
Dan setelah berumahtangga, maka ini lah proses dimana masing-masing belajar untuk satu fasa baru. Perkahwinan ini mendorong Misha untuk lebih kerap ke dapur. Sebulan berkahwin masakan palingextreme setakat ini dimasak untuk suaminya ialah Nasi Lemak.
Misha membongkar rahsia sejurus selepas majlis resepsi dari hotel, dia pulang ke rumah ibunya dan meninggalkan suami, anak dan anak buah lain tanpa memaklumkan kepada suami terlebih dahulu. Setelah dihubungi baru dia sedar bahawa dia tidak memberitahu suaminya untuk keluar.
”Sebelum ni kita buat semua benda pun bersendiri. Dah terbiasa berdikari tetapi sekarang dah tak boleh la. Nak kemana, saya akan inform suami dulu. Begitu juga dengan dia. Bulan pertama ni sebagai bulan adaptation untuk kami.” jelas Misha lagi.
Tambahnya semenjak berkahwin Firos jadi terlebih manja. Setiap kali, Misha harus menghantar dan menjemputnya di lapangan terbang. Dan perkara manis bagi Misha dari Firos adalah apabila sedang bekerja dia akan menghantar mesej memberitahu kesunyian kerana perlu makan berseorangan tanpa ditemani isterinya.
Dan semalam Misha bergegas pulang selepas ditemuramah kerana perlu menyediakan makanan untuk suaminya. Awww sweet! Semoga kekal bahagia pasangan ini hendaknya-Rotikaya
Hiburan
Gara-gara gosip Zaquan Adha bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang didakwa sebagai gadis sorak untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT), isteri Zaquan, Ayu Raudhah menganggap ia cubaan pihak tertentu yang mahu merosakkan rumah tangga mereka.
"Gosip suami saya bermain kayu tiga selepas satu paparan skrin perbualan cinta tersebar telah memburukkan reputasi kami sebagai suami-isteri.
"Saya juga sedih apabila ada pihak menghina saya menerusi laman Instagram mempersendakan kontroversi yang berlaku. Antara komen tersebut ialah 'kesian, muka cantik pun suami cari lain'.
"Gosip ini adalah fitnah. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Untuk makluman, semalam satu paparan skrin perbualan seorang wanita dengan Zaquan Adha, 26, menerusi mesej aplikasi sosial WeChat telah tersebar sekaligus menimbulkan gosip panas adakah pemain bola sepak pasukan JDT itu bermain kayu tiga?
Paling teruk apabila satu paparan skrin video perbualan telefon mereka turut disebarkan hingga membuat ramai pihak menggeleng kepala.
Bagaimanapun, semakan media menerusi akaun WeChat atas nama 'Zaqone' semalam mendapati akaun berkenaan sudah 'ghaib' (tak wujud).
Menurut Ayu, akaun berkenaan sebenarnya dimiliki oleh orang lain yang menggunakan identiti Zaquan. Tambahnya, semakan telah dibuat dan dia mendapati akaun sosial berkenaan adalah palsu.
"Selepas membaca gosip dan screenshot kononnya suami berbual cinta dengan seorang wanita di WeChat, saya dapati ia bukan akaun milik suami.
"Mungkin wanita itu melakukan screenshot ketika membuat panggilan berkenaan. Atas dasar apa? Saya tak pasti dan tidak tahu apakah tujuan wanita itu melakukan demikian," soalnya.
Selain itu, Ayu turut memberitahu yang Zaquan juga terkejut apabila gosip berkenaan timbul... namun kata Ayu, suaminya tidak cepat melenting.
"Suami saya pun terkejut bila keluar cerita macam ni. Walaupun dia dalam bidang sukan, tapi mujurlah dia dah biasa dengan cerita gosip dalam dunia hiburan, macam ni", tambahnya.
Untuk rekod, Ayu dan Zaquan bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir baru-baru ini.
Hiburan
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 828,000 orang.
Pemantauan rambang mStar Online pada Isnin sehingga pukul 4 petang mencatatkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menduduki tempat kedua dengan memperoleh 622,000 pengikut.
Pelakon Lisa Surihani pula mempunyai 601,000 pengikut yang melayakkannya menduduki tempat ketiga.
Satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai antara lima teratas ialah pelawak Zizan Razak yang mempunyai pengikut seramai 589,000 orang.
Manakala tempat kelima diikuti oleh kekasih Zizan iaitu Emma Maembong dengan 588,000 pengikut.
Berdasarkan tiga artis yang tersenarai pilihan tertinggi, Nora banyak memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara.
Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama.
Siti Nurhaliza pula banyak mengabadikan aktiviti harian dengan memuat naik rakaman video ketika membuat persembahan, rakaman di studio, aktiviti riadah dan juga ketika di dapur.
Malah Siti turut berkongsi cerita masakannya dengan peminat dan juga makanan yang dipilih ketika sarapan.
Secara purata Siti mendapat lebih 15,000 like dan setakat ini telah memuat naik sebanyak 2,388 status.
Secara purata, setiap gambar yang dimuat naik Nora itu mendapat jumlah like daripada 15,000 hingga 30,000 orang.
Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 5,563.
Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami, dan juga gambar bersama rakan-rakan artis.
Tidak ketinggalan gambar di set penggambaran untuk dikongsi dengan peminat.
Lisa turut mengunakan Instagram miliknya dengan memasukkan rakaman video aktiviti-aktiviti terpilih.
Lisa berjaya mendapat jumlah like teritinggi melebihi 55,000 menerusi rakaman videonya. Pelakon ini telah memuat naik staus sebanyak 2,718.
Bagaimanapun jika dibuat perbandingan menerusi laman Twitter pula, Lisa antara artis paling popular dengan meraih 2.1 juta pengikut, Siti Nurhaliza (1.4 juta) dan Nora Danish (1.2 juta).
Berikut ini 15 senarai artis paling ramai pengikut di Instagram.
1. Nora Danish – 828,000
2. Datuk Siti Nurhaliza – 622,000
3. Lisa Surihani – 601,000
4. Zizan Razak – 589,000
5. Emma Maembong – 588,000
6. Shila Amzah – 558,000
7. Scha Al-Yahya – 525,000
8. Fazura – 500,000
9. Elfira Loy – 493,094
10. Fasha Sandha – 438,000
11. Aaron Aziz – 419,000
12. Neelofa – 409,000
13. Nelydia Senrose – 403,000
14. Erra Fazira – 364,000
15. Nabila Huda – 357,000
Hiburan
Amman: Seorang lelaki membunuh anak lelakinya yang memaksa kakaknya meminum racun hingga mati.
Menurut jurucakap polis, bapa berkenaan mengaku menikam anak lelakinya selepas dia memaksa kakaknya meminum racun kerana disyaki mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Akhbar di Jordan memetik jurucakap polis sebagai berkata, keluarga itu tinggal di Taj di Amman, tetapi tidak menyebut nama keluarga atau umur mereka. - Agensi
Global
New York: Lelaki yang dinobatkan sebagai paling tua di dunia, meninggal dunia di kediamannya di Upper West Side di sini, semalam.
Alexander Imich menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.03 pagi, menurut rakan yang juga penjaganya Michael Mannion dan Trish Corbett.
Menurut data Kumpulan Penyelidikan Gerontology, Imich diiktiraf sebagai lelaki paling tua di dunia yang hidup oleh Buku Rekod Dunia Guinness selepas Arturo Licata dari Itali mati sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-112.
Ketika diwawancara tidak lama dulu, Imich berkata, usianya yang panjang itu disebabkan ‘gen yang baik.’ Imich dilahirkan di Poland pada 4 Februari, 1903.
Dia berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1951 bersama-sama isterinya, Wella.
Mereka menetap di Connecticut dan dia berpindah ke New York selepas kematian Wella pada 1986.
Imich dalam wawancara dengan majalah Times berkata, antara alasan yang mungkin menyebabkan usianya yang panjang ialah tidak mempunyai anak, aktif bersukan dan tidak minum arak.
Global
Kuantan: “Menggigil lutut saya apabila melihat sepasukan anggota penyelamat mengusung mayat anak selepas ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang,” kata Suparman Senan, 46, bapa kepada murid tahun enam, Mohamad Osama Syah Suparman, 12, yang ditemui lemas ketika mandi bersama lima anggota keluarganya di tapak perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing, di sini, pagi semalam.
Mangsa yang menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman, Kemaman, Terengganu, ditemui oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.35 pagi dalam keadaan hanya memakai seluar pendek dan timbul di permukaan air.
Suparman berkata, malam kelmarin, dia bersama isteri, Khairatul Salmiah Ahmad Sabri, 35, tidak putus memohon doa dan petunjuk supaya mayat anaknya ditemui secepat mungkin dan tidak sangka doanya dimakbulkan Allah.
Menurutnya, ketika melihat anggota penyelamat mengusung mayat anaknya naik ke darat, dia bersama isteri terpaksa mengawal emosi serta menenangkan diri sebelum dipanggil untuk membuat pengecaman mayat anaknya.
Katanya, dia reda dan menerima hakikat kejadian itu selain menganggap ia adalah ujian Allah.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments