Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Suami Lebih Manja Selepas Berkahwin -Misha Omar
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


WALAUPUN sudah lebihsebulan bergelar isteri, seri pengantin masih terpancar di wajah Misha Omar. Mungkin dek kerana terlalu bahagia menjalani kehidupan bergelar seorang isteri kepada Firos Ezzwan Rossly yang selamat diijabkabul awal Mei lalu.
Jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya, Misha Omar berkata dia rasa sedikit rugi kerana kahwin di usia yang agak lewat namun kekal percaya soal jodoh dan rezeki anak adalah kurniaan dari Allah. Sebagai manusia, walau sejauh mana rancangan, tanpa izin dari-NYA, mungkin sehingga kehari ini, dia masih belum berkahwin.
”Bukanlah saya menyesal kahwin lambat. Tapi saya percaya ada hikmahnya. Ini di luar kuasa kita. Jodoh bukanlah keputusan kita sama juga macam anak, cepat atau lambat, seronok kahwin, ada kawan. Kadang-kadang rasa macam ada abang, ada ayah,” ujarnya ketawa.
Menjawab soal cahaya mata, dia tidak meletakkan sebarang target kerana dia berkahwin di usia agak lewat bagi seorang wanita. Ditambah dengan suami yang bertugas sebagai seorang juruterbang yang tidak punya masa lapang yang banyak seperti orang lain.
”Jika Allah kata cepat, cepat. Kalau lambat pun saya terima. Saya taknak stresskan diri sendiri & bebankan suami. Dia kerja yang tak selalu ada dengan saya & tak boleh nak expect more”
Bermula dengan proses perkenalan, percintaan, melalui proses putus cinta, kemudian bertunang dan kini selamat sebagai suami isteri. Dalam jangka masa tersebut, pasangan ini lebih banyak memberi ruang kebebasan kepada diri masing-masing.
Keluar Rumah Lupa Minta Izin Suami
Dan setelah berumahtangga, maka ini lah proses dimana masing-masing belajar untuk satu fasa baru. Perkahwinan ini mendorong Misha untuk lebih kerap ke dapur. Sebulan berkahwin masakan palingextreme setakat ini dimasak untuk suaminya ialah Nasi Lemak.
Misha membongkar rahsia sejurus selepas majlis resepsi dari hotel, dia pulang ke rumah ibunya dan meninggalkan suami, anak dan anak buah lain tanpa memaklumkan kepada suami terlebih dahulu. Setelah dihubungi baru dia sedar bahawa dia tidak memberitahu suaminya untuk keluar.
”Sebelum ni kita buat semua benda pun bersendiri. Dah terbiasa berdikari tetapi sekarang dah tak boleh la. Nak kemana, saya akan inform suami dulu. Begitu juga dengan dia. Bulan pertama ni sebagai bulan adaptation untuk kami.” jelas Misha lagi.
Tambahnya semenjak berkahwin Firos jadi terlebih manja. Setiap kali, Misha harus menghantar dan menjemputnya di lapangan terbang. Dan perkara manis bagi Misha dari Firos adalah apabila sedang bekerja dia akan menghantar mesej memberitahu kesunyian kerana perlu makan berseorangan tanpa ditemani isterinya.
Dan semalam Misha bergegas pulang selepas ditemuramah kerana perlu menyediakan makanan untuk suaminya. Awww sweet! Semoga kekal bahagia pasangan ini hendaknya-Rotikaya

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments