Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Semalam menjadi perbualan ramai di laman perkongsian Facebook mengatakan seorang pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran bukit besi yang berjaya menangkap gambar penumpang misteri ini.


Perkara ini nampaknya telah meresahkan orang ramai yang hari-hari munggunakan jalan tersebut.
SK akhirnya mengambil jalan untuk memastikan cerita ini sahih atau tidak kerana maklumlah zaman sekarang macam-macam boleh dibuat.

Akhirnya sumber sebenar kami perolehi dimana orang yang mula-mula memuat naik gambar ini adalah pada 17 Februari lepas lagi dan gambar yang disiarkan mengatakan di LPT2 adalah tidak benar,


Menurut beliau jadian berlaku di Bintulu Sarawak dimana gambar tersebut diambil oleh kawannya.
Jadi dalam lokasi mungkin timbul percanggahan, tetapi entiti apakah yang menumpang dibelakang sebuah lori itu? Apapun yang pasti dia tetap makhluk ciptaanNya. Entiti apakah hanya tuhan yang tahu.

LELAKI berasal dari Pakistan ini didakwa melakukan nikah palsu untuk mendapatkan visa di United Kingdom, lelaki berusia 28 tahun berbangsa Pakistan ini akan berkahwin Beata Szilagyi warga negaraHungary yang berumur 33 tahun hanya untuk mendapatkan pasport UK.
Rancangan lelaki malang ini sebelumnya telah berjalan lancar hingga memasuki pejabat  pentadbiran Hull City UK, namun hanya kesalahan kecil yang ia lakukan dalam rancangannya menjadi tanda tanya, Zubair Khan lupa menyebutkan nama isterinya saat hendak melangsungkan perkahwinannya dengan Beata Szilagyi.
Kecurigaan mulai dirasakan petugas saat Zubair Khan lupa nama panjang calon pasangannya itu dan yang lebih mencurigakan adalah ia bertanya – tanya kepada orang – orang yang ada di sekitarnya siapa nama panjang calon pengantinnya itu.
Kerana curiga akhirnya petugas membawa calon pasangan pengantin ke pejabat polis tempatan dan akhirnya keduanya pun mendapatkan hukuman Zubair Khan mendapatkan hukuman penjara selama 20 bulan sedangkan  isterinya yang  berbohong mendapatkan hukuman 17 bulan berada di penjara.

Beata Szilagyi ini hanya berniat membantu Zubair Khan kerana Zubair Khan menawarkan ganjaran untuknya jika perkahwinan telah lulus dan pasport telah di tangan.Namun rancangan ini akhirnya terbongkar pihak polis UK pun mengesyaki adanya tindakan yang tidak baik untuk sistem imigresen UK  yang akan di lakukan oleh Zubair Khan ini.


JOHOR BAHRU  - Video pertunjukan tarian gelek yang didakwa diadakan di bazar karat, di sini, Ahad lalu, mendapat kecaman pelbagai pihak kerana berpakaian menjolok mata.

Tarian berdurasi 1.23 minit itu ditonton lebih 49,857 pelayar sehingga jam 5 petang semalam, menjadi viral menerusi Facebook.

Menurut jurucakap Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), pihaknya maklum mengenai penganjuran persembahan yang diadakan di Jalan Tan Hiok Nee, di sini.

Jelasnya tarian itu bukan diadakan di bazar karat, sebaliknya berdekatan dengan laluan di situ malah perniagaan di situ tidak terlibat secara langsung dengan penganjuran persembahan tersebut.

“Setiap hujung minggu, sebuah persatuan di sini menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan sejak setahun setengah yang lalu.

“Pelbagai persembahan diadakan antaranya persembahan kipas dan zumba yang bertukar setiap minggu. Kebetulan minggu lalu mereka mempersembahkan tarian yang dimaksudkan, dan pihak kami telah memberi notis secara lisan,” katanya.

Menurutnya, permit hiburan juga dikeluarkan secara sah oleh pihak bertanggungjawab bagi penganjuran aktiviti kebudayaan tersebut dan mendapat sokongan daripada badan pelancongan.

Beliau berkata, pihaknya akan memantau perkara tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan ia kali pertama berlaku sepanjang aktiviti kebudayaan itu diadakan sejak 2013.

Sinar Harian turut mendapatkan maklum balas Persatuan Tiong Hua yang dipertanggungjawab mengenai aktiviti persembahan kebudayaan yang diadakan di situ.

Presidennya, Datuk Seri Tey Kim Chai berkata, beliau mengakui telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan kesal dengan kejadian itu.

“Saya telah diberitahu, kita memang bertanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti di kawasan tersebut, di mana kita membuka ruang dan peluang buat mana-mana persatuan membuat persembahan  di situ.

“Bagaimanapun, kita tidak menyangka, persembahan sebegitu diadakan dan kami akan lebih berhati-hati dan membuat tapisan mengenai penyertaan yang memohon  membuat persembahan di situ,” katanya.

Tegasnya, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana persembahan yang menjolok mata dan tidak menghormati sensitiviti kaum lain di negara ini.



Sumber: Sinar Harian


Gambar dari satelit NASA, Terra, menunjukkan sebahagian besar kawasan Amerika telah berubah menjadi putih akibat dilitupi salji. Salji yang memutih ini membuatkan AS seolah-olah telah bertukar menjadi Kutub Utara.

Seperti yang dilaporkan oleh Gizmodo (21/02), cuaca sejuk ekstrem tersebut disebabkan oleh hembusan udara beku dari kawasan Artik atau Kutub Utara dan Siberia di Eropah.

Akibat cuaca ekstrem ini, beberapa rekod suhu paling sejuk dicatatkan di Amerika. Bandar Richmond di Kentucky tercatat sebagai bandar paling sejuk dengan suhu minus 35 darjah Celsius!

Di bandar-bandar lain di Amerika, salji telah menguburkan banyak rumah dan mencapai ketinggian berbahaya, iaitu 5 meter!

Bukan sekali dua kita mendengar isu pemandu normal meletakkan kenderaan mereka diparking yang dikhaskan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU).
Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Marina Suwendy memuatnaik gambar situasi yang sama yang melibatkan pemandu sebuah kereta mewah Porsche di Hospital Veterinar Gasing, Petaling Jaya.
Menurut Marina, dia telah meminta agar pemandu lelaki tersebut mengalihkan kenderaannya dari parking tersebut agar dia dapat meletakkan kenderaannya di situ bagi memudahkan dia menurunkan ibunya yang juga seorang OKU.


Bagaimanapun, lelaki bertubuh besar itu dilihat cuba menakutkannya sebelum mengarahkannya supaya mencari parking lain dan mengatakan dia tidak sepatutnya membawa ibunya keluar.
Berang dengan kesombongannya, Marina kemudian menempelak pemandu itu dengan memberitahu kesalahannya meletak kereta di kawasan itu selain tidak mempunyai hak untuk menentukan di mana dia patut membawa ibunya.
Mungkin malu dengan pandangan orang ramai yang melihat kekecohan itu, pemandu itu akhirnya mengalihkan kenderaannya.

PASANGAN yang disyaki berkhalwat ditahan di Simpang Ampat

ALOR GAJAH – Sepasang kekasih dicekup penduduk selepas dikesan bermadu asmara di dalam bilik mandi di rumah sewa di Simpang Ampat, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, perbuatan terkutuk pasangan kekasih berusia 19 dan 17 tahun itu turut disertai seorang rakan lelaki yang tinggal serumah.
Difahamkan, perbuatan jijik itu disedari penduduk taman perumahan yang memeriksa selepas terdengar bunyi aneh dari arah bilik air di belakang rumah sewa itu.
Menurut sumber, jiran mereka mengesyaki sesuatu tidak kena selepas terdengar bunyi pelik sebelum memaklumkan kepada penduduk lain.
“Ketika meninjau luar rumah, jiran ternampak kelibat remaja perempuan dari tingkap hadapan memasuki bilik mandi bersama seorang lelaki.
“Tidak lama kemudian seorang lelaki mengetuk pintu bilik mandi itu lalu masuk menyebabkan jiran maklumkan kejadian kepada penduduk taman untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, kelmarin.
Sumber berkata, sekumpulan penduduk meminta bantuan anggota polis serta imam masjid untuk melakukan pemeriksaan.
“Beberapa minit kemudian dua lelaki dan seorang wanita membuka pintu dengan berpakaian lengkap,” katanya.
Difahamkan, serbuan itu diketuai Pegawai Syarak merangkap Imam (2) Masjid Simpang Ampat Zainal Ketot bersama dua anggota polis dan ahli jawatankuasa penduduk taman perumahan berkenaan.
Sumber berkata, pasangan terbabit difahamkan bekerja di pekan Alor Gajah.
Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Rahimin Bani berkata, mereka ditangkap kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah.
“Pasangan terbabit bersama rakannya dipercayai bersekedudukan hingga mendatangkan syak dan boleh didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka atau denda jika sabit kesalahan,” katanya. – Harian Metro

Normal kalau kita pergi melancong, ada kemungkinan orang akan meminta tolong pada kita untuk ambilkan gambar mereka.
Kadang-kala kita pun akan minta kepada orang lain berbuat benda yang sama.
Kerap kali kita main serkap jarang aje sesiapa yang ada dekat-dekat dan yang jadi mangsa pastinya orang yang kelihatan mesra.
Mungkin itu yang berlaku kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang siang tadi berada di pusat pelancongan terkemuka Kemboja yakni kompleks kuil Angkor Wat.
Beliau berjalan bersama beberapa rakan dan pegawai Kemboja untuk melihat keunikkan kuil berkenaan.
Tidak semena-mena, satu pasangan Jerman meminta beliau agar tolong tangkap gambar mereka.
Seorang yang terkenal sebagai rajin tersenyum dan sentiasa membantu, Hishammuddin pun menolong pasangan berkenaan tanpa banyak soal.
Tindakan spontan beliau itu berjaya dirakam kamera lain, mungkin salah seorang pegawainya dan kemudian ia dimuat naik ke media sosial beliau seperti Twitter dan Facebook.
Ramai yang memuji sikap merendah diri beliau itu walaupun ketika itu beliau diringi pegawai-pegawai kanan Kemboja.
Mungkin pasangan Jerman berkenaan tidak perasan ketika meminta tolong.
Agaknya apa perasaan pelancong Jerman berkenaan andai mereka tahu yang diminta ambil gambar tu adalah tetamu VIP kerajaan Kemboja dan juga Menteri Pertahanan Malaysia?
Sudah tentu siapa yang mengambil gambar itu akan lebih bernilai dari gambar itu sendiri nanti.

Mynewshub.cc


TEMERLOH: Seorang bayi perempuan Orang Asli berusia setahun tiga bulan maut akibat dipatuk seekor ular tedung senduk ketika sedang tidur bersama ibunya di rumah di Kampung Paya Badak, Seberang Temerloh pada Ahad.  

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supritendan Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian 8.30 pagi itu, Puteri Mia Mazila a/p Ramesh dilaporkan tidur bersama ibunya berusia 34 tahun di ruang depan rumah tanpa nombor.  

"Ibu mangsa tersedar sebaik sahaja mendengar anaknya menangis kuat dan melihat ada kesan lebam di kakinya dipercayai akibat dipatuk ular.  

"Dalam masa yang sama ia ternampak seekor ular tedung senduk berwarna hitam sedang menjalar keluar dari rumah," kata Zundin ketika dihubungi di sini.   

Ibu mangsa, katanya, segera mengejar untuk menangkap ular berkenaan, tetapi gagal.  

Ibu itu berpatah balik ke rumah, dan terkejut bila mendapati bayinya sudah tidak bernyawa.   

Kejadian itu kemudian dilaporkan di Balai Polis Temerloh.

LONDON - Seorang pemilik rumah di sini bagaikan mendapat mimpi ngeri apabila rumah yang disewa kepada orang lain ditinggalkan dalam keadaan kotor dan tidak terurus dalam satu insiden yang dilaporkan baru-baru ini.
Kelakuan buruk penyewa itu terbongkar apabila seorang juruteknik tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah tersebut untuk membaiki pemanas api yang rosak walaupun notis telah diberikan kepadanya.

Apabila diperiksa, pemilik rumah itu mendapati rumahnya dipenuhi dengan timbunan botol kosong, manakala puntung rokok dan sisa makanan bersepah di merata tempat.
Namun, penyewa tersebut bertindak melarikan diri selepas perangai buruknya yang malas membersihkan rumah sejak sekian lama itu diketahui pemiliknya.
Pengarah ejen hartanah syarikat Nock Deighton, Dawn Clarke menjelaskan, rumah tersebut merupakan rumah yang paling kotor pernah dilihatnya sejak lebih 30 tahun menceburi bidang hartanah.
"Ia benar-benar menjijikkan dan saya tidak tahu bagaimana seseorang boleh tinggal di rumah seperti ini," kata Clarke. – AGENSI


CAPE ADERA, Antartika – Seorang lelaki memecahkan rekod dunia selepas berjaya berenang di bahagian paling selatan Laut Antartika dengan suhu mencecah -1.7 darjah Celcius di sini baru-baru ini.
Lelaki tersebut, Lewis Pugh yang berasal dari Plymouth, England mengakui misi tersebut amat sukar dan meletihkan lantaran perlu mengharungi air laut yang sejuk.
"Saya tidak pernah berasa sakit seperti ini dan terpaksa mandi air panas selama hampir 50 minit untuk meredakan kesejukan yang dialami selepas berenang," katanya.
Pugh yang juga penaung bagi program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) teruja dengan kejayaannya dan berharap dapat memecahkan rekod lain dengan berenang di Capes Evans yang lebih dikenali sebagai Teluk Ikan Paus dan Pulau Peter I.
Misi itu dilaksanakan di pesisir pantai Cape Adera dengan harapan untuk memujuk para pemimpin dunia supaya mengekalkan keindahan semula jadi kawasan tersebut.
Antartika merupakan benua paling selatan di dunia dan paling berangin. Sebelum ini, angin selaju sehingga 300 kilometer sejam pernah direkodkan di rantau berkenaan. – AGENSI



San Juan (Puerto Rico): Seorang lelaki pelik yang dikenali kerana kostum adiwira Green Lantern berakhir dengan memakai kostum berkenaan walaupun selepas mati.
Mayat Renato Garcia, 55, diawet sebelum dipakaikan kostum itu untuk menyambut kedatangan tetamu di majlis pengebumiannya.

Garcia dikenali penduduk di bandar ini kerana gemar memakai kostum itu yang ditemuinya dalam kotak berhampiran tong sampah beberapa bulan lalu.
Dia meninggal dunia akibat penyakit lelah dan keluarganya memutuskan mengebumikannya dengan memakai kostum berkenaan.

Mayatnya diletakkan dalam keadaan berdiri di satu penjuru di kediaman adiknya dikelilingi jambakan bunga dan jarinya turut dipakaikan cincin yang kononnya menjadi punca kuasa watak Green Lantern.



Yan: Pengguna jalan raya yang melalui pekan Guar Chempedak, dekat sini, gempar menyaksikan gelagat seorang lelaki yang berlegar-legar di tepi jalan raya secara tiba-tiba melompat ke arah sebuah kereta yang kebetulan lalu di hadapannya sebelum berbaring di atas jalan raya, di situ.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, pengguna jalan raya terpaksa memberhentikan kenderaan mereka hampir 30 minit selepas perjalanan mereka terhalang akibat tindakan lelaki terbabit

Menurut saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Hanim, 34, sebelum kejadian, dia melihat lelaki itu berlegar-legar di tepi jalan raya sebelum melompat ke arah sebuah kereta yang kebetulan melepasi lampu isyarat dari Alor Setar menghala ke Sungai Petani.
Katanya, pemandu kereta terbabit yang juga seorang wanita sempat mengelak daripada melanggar lelaki itu, namun lelaki itu dilihat berpura-pura pengsan dan terus berbaring di atas jalan raya terbabit tanpa bergerak.

“Pada mulanya, saya lihat lelaki itu bangun semula dan berjalan ke tepi jalan, namun selepas dia melihat kereta itu berhenti, dia segera kembali ke tengah jalan dan berbaring semula.


Kuala Lumpur: Bukan saja tidak membayar makanan yang dipesan, sekumpulan lelaki bertindak samseng apabila merosakkan pelbagai peralatan di sebuah restoran di Taman Danau Kota, Setapak di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang, kumpulan suspek membabitkan lima orang berusia 20-an termasuk dua wanita.
Menurut pengurus restoran, Jowhar Ali Mk Mohamed Ishack, 48, sebelum kejadian pekerjanya sudah menunaikan tiga kali permintaan seorang suspek supaya menyediakan mi tidak pedas.

“Namun, dia masih lagi tidak berpuas hati dan mengatakan semua mi itu pedas sebelum meminta lagi buat kali keempat, menyebabkan pekerja saya enggan memenuhi permintaan itu,” katanya.
Menurutnya, semua suspek datang ke restoran itu sejak dari jam 11 pagi dan duduk di meja paling hadapan. Hmetro ONline