Bukan sekali dua kita mendengar isu pemandu normal meletakkan kenderaan mereka diparking yang dikhaskan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU).
Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Marina Suwendy memuatnaik gambar situasi yang sama yang melibatkan pemandu sebuah kereta mewah Porsche di Hospital Veterinar Gasing, Petaling Jaya.
Menurut Marina, dia telah meminta agar pemandu lelaki tersebut mengalihkan kenderaannya dari parking tersebut agar dia dapat meletakkan kenderaannya di situ bagi memudahkan dia menurunkan ibunya yang juga seorang OKU.
Bagaimanapun, lelaki bertubuh besar itu dilihat cuba menakutkannya sebelum mengarahkannya supaya mencari parking lain dan mengatakan dia tidak sepatutnya membawa ibunya keluar.
Berang dengan kesombongannya, Marina kemudian menempelak pemandu itu dengan memberitahu kesalahannya meletak kereta di kawasan itu selain tidak mempunyai hak untuk menentukan di mana dia patut membawa ibunya.
Mungkin malu dengan pandangan orang ramai yang melihat kekecohan itu, pemandu itu akhirnya mengalihkan kenderaannya.
No comments
Post a Comment