Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Kendall Jenner mempunyai cara tersendiri untuk meraikan peningkatan jumlah pengikutnya di Instagram (IG), dan ia memang jarang-jarang dilakukan sesiapa pun.

Kini memiliki 40 juta pengikut, model dan personaliti televisyen itu memuat naik gambar "paling digemarinya" - sekeling imej menunjukkan dia menarik baju untuk menayangkan payudara. Gambar hitam putih itu kelihata begitu bangga dan gembira menunjukkan bahagian dadanya.

Bagaimanapun sebahagian kecil bahagian itu 'ditapis' tanda pangkah berwarna merah.

"Gambar kesukaan saya untuk semua anda 40 juta pengikut saya. Kebahagiaan sejati," tulisnya mengiringi gambar berkenaan.

Kendall, 20, adalah salah seorang daripada 10 selebriti AS yang paling ramai memiliki pengikut di Instagram.

Selain Kendall, artis yang menjadi buruan ramai di media sosial ialah Nicki Minaj, Justin Bieber, Ariana Grande, Beyonce, Selena Gomez dan Taylor Swift. 

DALAM era telefon berkamera ini, berhati-hatilah dengan cara pemakaian anda jika tidak mahu menjadi ‘mangsa’ ejekan netizen!

Menerusi satu kiriman pembaca STOMP.sg bernama Tan, dia telah menyertakan beberapa gambar seorang wanita dengan skirt mininya terlondeh sehingga menampakkan seluar dalamnya di Plaza Sing. Menurut Tan, dia terserempak dengan wanita malang itu di kaunter tiket wayang pusat membeli-belah tersebut.

‘Kekurangan kain’ wanita itu turut menjadi tatapan orang ramai yang ternyata pelik dengan gaya pemakaiannya.

Lebih mengharukan lagi, wanita yang sama masih tidak perasan seluar dalamnya terdedah setelah habis menonton wayang. Dan dia juga dikatakan tidak melakukan sebarang usaha untuk menarik skirtnya yang terlondeh.

Tak sejuk ke, dik?

Kata Tan mengenai insiden itu: “Ini bukanlah satu kelakuan yang sesuai dipertontonkan kepada masyarakat.

“Jika kamu tidak malu pada diri sendiri, sekurang-kurangnya hormatlah ahli keluarga kamu.” – 

Sumber: STOMP.sg

Seorang wanita bernama Gianna Peponis menemukan makhluk aneh di halaman rumahnya di California, Amerika Syarikat.

Gianna lantas mengambil gambar makhluk tersebut dan menyiarkannya di beberapa media sosial seperti Facebook dan Reddit.




Memetik laporan Tribunnews.com, Gianna mendakwa mendengar jeritan sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan. Dia keluar dan menemukan makhluk itu yang sudah mati.

Ketika dimuat naik di Reddit, ramai yang cuba mengenal pasti makhluk aneh itu. Seorang pengguna Reddit mengatakan ia adalah makhluk asing.

Ada juga yang menyebutnya sebagai facehugger, nama makhluk asing dalam filem Alien arahan Ridley Scott.

Pengguna lain memberikan pandangannya dengan memuat naik gambar janin kijang.

"Itu janin kijang yang sudah dimakan pemangsa," tulisnya.

NAK menjalankan sesuatu perniagaan itu mestilah jujur dan beretika, barulah perniagaan yang kita buat tu mendapat berkat dan keredaan.
Tapi, kalau dah terang-terang kantoi macam ni, siapa yang malu?
Itulah.. curi lagi gambar orang tanpa meminta izin pemiliknya terlebih dahulu.
Lepas tu suka-suka mendakwa individu itu berjaya menambahkan berat badan dengan menggunakan produk keluarannya.
Memang ‘mendapatlah’ bila pemilik gambar itu bengang, minta gambarnya tidak disalah gunakan. – MYNEWSHUB.CC

SIAPA sangka, imaginasi Stephen Chow yang menggabungkan kung fu dan pemainan bola sepak menerusi filem Hong Kong popular, Shaolin Soccer pada tahun 2001 bakal menjadi realiti dalam kehidupan sebenar.
Ini kerana, sebuah sekolah seni mempertahankan diri di bandar Dengfeng, China telah menubuhkan kelas latihan yang menggabungkan kung fu dan kemahiran bermain bola sepak.


Memetik People’s Daily China, gabungan seni mempertahankan diri dengan bola sepak itu adalah satu pembaharuan dalam sistem bola sepak China.
Ketua Jabatan Budaya Fizikal, Zhang Wenshen berkata, pelajar yang terpilih memasuki kelas latihan itu bakal diajar menggabungkan kemahiran kung fu dalam sukan bola sepak.
“Setakat ini, kami merancang untuk memilih 50 kanak-kanak lelaki dan 50 kanak-kanak perempuan daripada kira-kira 30,000 pelajar kung fu bagi mengikuti kelas bola sepak yang baharu ditubuhkan itu.
“Para pelajar yang terpilih berusia dari 10 tahun hingga 12 tahun,” 
KECANTIKAN alam semula jadi Zhangjiajie, bandar yang terletak di bahagian utara Hunan, China tiba-tiba menjadi sebutan di seluruh dunia.
Semuanya bermula apabila bandar itu menjadi salah satu lokasi pengambaran filemAvatar yang ditayangkan pada tahun 2009.
Keunikan bandar kecil yang dikelilingi gunung-ganang dan pemandangan semula jadi ini sekali gus menarik pelancong di seluruh dunia.
Di bandar ini juga terletaknya Zhangjiajie Natural Forest Park yang merupakan Taman Negara pertama di China dan pernah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 1992.
Dianggarkan sekitar 200,000 hingga 500,000 pelancong terutama dari Korea Selatan, Taiwan dan Thailand mengunjungi bandar ini.
Difahamkan, pihak berkuasa China kini sedang meningkatkan usaha bagi menarik pelancong Muslim dengan menyediakan perkhidmatan sajian makanan halal serta penginapan.