Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Hukuman mati dikenakan kepada penjenayah yang terlibat dalam jenayah pembunuhan, pengedaran dadah, pengkhianatan dan melancarkan perang terhadap pemerintah.

Hukuman mati biasanya akan membawa kepada kematian kepada pesalah. Namun, ada beberapa orang di dunia ini yang pernah terselamat daripada hukuman maut. 

Wenseslao Moguel
1880


Moguel dijatuhi hukuman mati dengan cara ditembak oleh pasukan penembak polis. Dia ditembak 9 kali, termasuk 1 peluru terakhir yang ditembakkan ke kepalanya oleh komander pasukan dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.

Entah bagaimana, Moguel dapat bertahan dan masih hidup. Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat berharga tersebut.

Gambar di atas diambil pada tahun 1937 di acara Ripley’s Believe It or Not. Dimana Moguel memperlihatkan tanda bekas peluru yang menembus kepalanya dari jarak dekat.

Joseph Samuel
1780


Joseph mati dengan cara digantung setelah dituduh merompak rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut telah terbunuh.

Joseph memang mengakui melakukan rompakan tersebut. Namun, dia menafikan terlibat dalam pembunuhan tersebut. Joseph merompak rumah tersebut bersama gengnya. Ketua geng dilepaskan kerana kekurangan bahan bukti.

Pada 1803, Joseph dibawa bersama penjenayah lain ke Parramatta, di mana ratusan orang datang untuk melihat hukuman gantung ini. Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerobak dan di lehernya dikalungkan tali. Setelah siap, gerobak tersebut ditarik.

Bukannya menggantung tubuh Joseph, tali tersebut malah putus. Algojo mencuba lagi, tetapi kali ini tali tersebut mengalami masalah sehingga kaki Joseph menyentuh tanah. Di tengah keriuhan penonton, algojo mencuba lagi untuk kali ketiga. Tali tersebut juga putus!

Kali ini petugas melaporkan kepada gabenor tentang peristiwa ini. Akhirnya gabenor mengubah hukuman Joseph kepada penjara seumur hidup. Gabenor dan petugas lain yakin bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk dari Tuhan, bahawa Joseph tidak seharusnya menjalani hukuman tersebut.

William Duell
1724


Ketika berusia 16 tahun, William dijatuhi hukuman gantung atas tuduhan merogol dan membunuh terhadap seorang gadis di Village of Tyburn, London.

Mayat William akan dimanfaatkan untuk pelajar di medical training, sesuai dengan prosedur biasa pada waktu itu jasadnya akan dibawa ke universiti.

Kemudian, setelah pakaiannya dilucut dan diletakkan di atas papan, seorang petugas makmal yg menyedari bahawa mayat William masih bernafas. Makin lama, William bernafas semakin cepat. Dan dalam 2 jam, dia sudah boleh duduk. Malam itu juga, pemerintah memutuskan untuk mengantikan hukumannya menjadi hukuman penjara.

John Henry George Lee
1884


John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma. Suatu hari, Miss Emma ditemui dengan leher dikelar pisau dan rumahnya terbakar. John kemudian dinyatakan bersalah dan dikenakan hukuman gantung. Menurut jadual, John akan di gantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison.

Ketika John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat pergantungan. Namun, perangkap pintu (pintu penyekat antara zon penjara) terlepas. Bukan hanya sekali, dua kali, tapi tiga kali.

Di tengah kebingungan pihak penjara dan tukang hukum, John dikembalikan ke sel nya. Dan beberapa hari kemudian, hukumannya diubah menjadi hukuman penjara seumur hidup.

Anne Green
1630


Anne Green, seorang pembantu rumah abad pertengahan di Oxfordshire telah menjalinkan hubungan sulit dengan cucu majikannya. Bayi yang dilahirkan mati dan dia kemudiannya dituduh sebagai pembunuh. 

Dia dihukum gantung ketika berusia 22 tahun. Pada masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara pesalah disuruh menaiki tangga dan mengalungkan sendiri tali ke lehernya.

Setelah tergantung slama 1/2 jam, tubuh Anne diturunkan dan diserahkan kepada pihak universiti sebagai bahan rujukan anatomi. Namun, setelah peti dibuka doktor mendengar suara pernafasan dari lehernya.

Mereka segera memberinya minum. Dua belas jam selepas itu, Anne sudah boleh bercakap beberapa perkataan. Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak. Dia hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa gantung yang membuatkannya terkenal.

Berada di tepi Tasik Turkana atau lebih dikenali sebagai Tasik Rudolf mungkin anda rasa bagaikan berada di tepi pantai, sempurna dengan keadaan pantai yang berpasir, angin kencang dan bot-bot nelayan berada berdekatan.  Namun, ia sebenarnya merupakan tasik alkali padang pasir terbesar di dunia yang meliputi kawasan seluas lebih 6000 kilometer persegi. 



Penduduk tempatan menggelarnya tasik ini sebagai "Laut Jade" kerana airnya yang berwarna biru kehijauan.
Dia hanyalah seorang gadis cantik yang kelihatan normal ketika melihatnya kali pertama. Namun, jika dia membuka mulut dan menjelirkan lidahnya, anda pasti akan ternganga kerana lidahnya sangatlah panjang persis seekor ular sawa. Malah, dia mampu menyentuh hidung sendiri menggunakan lidahnya. Lihatlah gambar-gambar dibawah yang akan membuatkan anda agak geli dan mungkin juga teruja..


Anjing bernama Tegon punya kemampuan bersinar dalam gelap. Tegon adalah anjing klon yang dihasilkan saintis Korea Selatan untuk kajian penyakit manusia, seperti alzheimer dan parkinson. "Tegon boleh bersinar di bawah sinar ultraviolet jika diberi antibiotik doxycycline," ungkap Lee byeong-chun, ketua pasukan penyelidik dari Seoul National University (SNU).

Tegon yang lahir pada 2009 memang bukan anjing hasil pengklonan pertama yang dihasilkan SNU. Pada 2005 ada Snuppy, yang lahir dari uji coba 2.000 sel telur yang kemudian tumbuh menjadi 1.000 embrio. Dari jumlah itu, hanya satu ekor Snuppy yang dihasilkan.

Proses yang sama kemudian dilaksanakan untuk membuat Tegon, seekor anjing betina jenis beagle (anjing pemburu kecil). Bezanya, Tegon adalah anjing hasil pengklonan pertama yang boleh bersinar dalam gelap dengan sinar berwarna hijau. Uniknya lagi, sinarnya boleh dihidupmatikan jika Tegon diberi antibiotik tertentu melalui makanannya.



Kemampuan menghidupkan dan mematikan gen warna ini penting ertinya dalam kajian. Saintis boleh memantau kesan suatu zat yang ditambah pada gen tersebut. Sebagai contoh, gen beta-amyloid diketahui sebagai penyebab kerosakan fungsi saraf dalam penyakit alzheimer. Dengan menghidupkan gen tersebut lalu memantau fungsi saraf selepas itu, dapat menghasilkan petunjuk tentang perkembangan alzheimer.

"Pembuatan Tegon membuka wawasan baru mengingat suntikan gen yang boleh membuat anjing ini bersinar boleh digantikan dengan gen-gen penyebab penyakit-penyakit fatal pada manusia," kata byeong-chun. Kajian ini sengaja menggunakan anjing sebagai haiwan percubaan kerana terdapat sekitar 268 penyakit yang sama-sama boleh dihidapi oleh manusia dan anjing.

Hasil kajian ini diterbitkan di jurnal antarabangsa Genesis. Saintis menghabiskan masa selama lima tahun dan kos penyelidikan sebanyak 3.2 bilion won untuk membuat anjing dan melakukan pelbagai uji cuba yang diperlukan untuk keperluan pengesahan.
Gambar hiasan

Setelah seminggu ayam jantan yang disembelih untuk dijadikan lauk kepada petugas sempena majlis perkahwinan di Kampung Permatang Langsat, Simpor dekat Tikam Batu di sini, akhirnya haiwan terbabit mati setelah disembelih sekali lagi oleh seorang penduduk, Abdullah Omar, 60.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan kampung itu, Saidon Rejab berkata, melihat keadaan ayam itu masih bergerak cergas walaupun terputus urat halkum dan marih, penduduk bersetuju untuk menyembelihnya sekali lagi.

"Keadaan ayam ini amat luar biasa kerana selepas disembelih bagi kali kedua, ia masih belum mati dan berjalan seperti biasa," katanya.
Seorang suri rumah di sini mendedahkan pengalamannya menjadi 'gadis Tarzan' ketika kecil selepas diculik daripada keluarganya dan dibuang ke dalam hutan Colombia.

Marina Chapman, dalam buku nukilannya, The Girl With No Name: The Incredible True Story of the Girl Raised by Monkeys, yang disiarkan secara bersiri oleh akhbar The Mail, menceritakan bagaimana sekumpulan monyet jenis capuchin menjaganya di dalam hutan selama lima tahun selepas dia ditinggalkan di hutan itu ketika berusia empat tahun.

Menurutnya, kumpulan monyet itu mengajarnya kelangsungan hidup dalam hutan termasuk mencari makanan, berkomunikasi, memanjat dari satu dahan ke satu dahan dan tidur di atas pokok.

"Semuanya berlaku dengan pantas sekitar tahun 1950-an. Saya melihat lelaki berkulit hitam memegang kain putih dan kemudian saya terbau bahan kimia yang sangat kuat. Selepas itu saya tidak lagi sedar apa yang berlaku," katanya.

Selepas terjaga, Chapman mendapati dirinya berada di dalam sebuah trak bersama beberapa kanak-kanak lain sebelum dibuang ke dalam hutan oleh lelaki yang tidak dikenali.

Pagi kedua berada di dalam hutan, dia terjaga dan berasa sangat lapar, namun berasa terkejut selepas mendapati sekumpulan monyet mengelilinginya.

Pada mulanya kumpulan monyet itu melihatnya dalam keadaan pelik, namun haiwan itu tidak menyerang, tetapi mendekati dirinya.

Disebabkan monyet tersebut memiliki makanan, Chapman sedar dia perlu mengikuti cara haiwan itu untuk terus hidup atau dia akan mati kerana kelaparan.

"Hari demi hari saya menunggu ibu bapa saya datang untuk menyelamatkan saya, namun mereka tidak muncul. Harapan saya semakin lama semakin hilang, malah saya berasa selesa bersama kumpulan monyet itu," katanya.

Selepas beberapa tahun di dalam hutan, dia mula berani meneroka kawasan lebih jauh daripada kebiasaannya sehingga bertemu dengan kumpulan manusia yang menghuni pinggir hutan dan akhirnya tinggal bersama keluarga tersebut.

Chapman mengakui dia mempelajari banyak perkara di dalam hutan, terutama sekali mengenai kehidupan berkeluarga, kasih sayang dan perhatian.

Wowww!!! korang percaya atau tidak..Perang ini luar biasa lamanya, berlaku sepanjang 335 tahun (1651-1986). Peperangan ini berlaku antara Belanda dan Kepulauan Scilly (southwest coast of the United Kingdom).

Yang lagi menakjubkan, Walaupun berperang selama itu, tiada seorang pun tentera yang dilaporkan terkorban! Menakjubkan!! 

Peristiwa yang dikatakan luar biasa ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah. Setelah beratus-ratus tahun, akhirnya perjanjian damai ditandatangani pada 1986.
Seorang bayi ditemui dalam sebuah lubang yang berlumpur ketika banjir melanda di kawasan tersebut. Apa yang luar biasanya, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan oleh ibunya, namun tiada siapa yang tahu siapa yang menyambut kelahiran itu.

Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.

Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan gambar-gambar bayi tersebut semasa dijumpai.

masa diangkat

dan dicuci

ternyata masih hidup

Sukar dikatakan bagaimana bayi sekecil ini mampu hidup di dalam lumpur walau seketika. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana bayi ini disambut. Jika ibunya masih hidup lagi, sudah pasti dia akan gembira bahawa anaknya masih lagi hidup dalam keadaan normal.
James Harisson, 74, terbaring diatas katil hospital. Di pelipat sikunya tercucuk jarum yang bersambung dengan tiub kecil. Di dalam tiub kecil itu pula mengalir cecair darah pekat memenuhi satu pek plastik lut sinar.

Hari itu, Harisson sedang menderma darah. Situasi begitu sudah biasa baginya ketika berusia 18 tahun lagi. Sehingga sekarang hampir 984 kali Harisson menderma darahnya. Mengapakah James Harisson suka menderma darahnya?

Kerana lelaki tua ini mempunyai darah paling istimewa di dunia. Darah Harisson dikatakan boleh menyelamatkan bayi yang menghidap penyakit Rhesus iaitu salah satu penyebab penyakit hemolitik yakni anemia yang parah kepada bayi yang baru lahir.

Penyakit rhesus mencipta ketidaksamaan antara darah ibu dan bayi sewaktu dalam kandungan. Keadaan ini disebabkan salah satu dari mereka (bayi dan ibu) memiliki Rh-positif (memiliki antigen D) dan yang lainnya Rh-negatif (tidak memiliki antigen D).

Akibatnya, ribuan bayi di Australia meninggal dunia setiap tahun kerana penyakit rhesus. Bagi bayi yang berjaya lahir biasanya mereka akan menderita kerosakan otak kekal kerana keadaan tersebut. Kematian bayi sering berlaku akibat sukarnya mendapatkan darah istimewa seperti dimiliki Harisson.

Darah Harisson memiliki antibodi dalam plasmanya yang mampu menghentikan kematian bayi akibat penyakit rhesus. Darah Harisson akan mengarah pada pengembangan vaksin yang disebut anti-D.

Harisson sendiri tidak tahu dia memiliki darah istimewa, sehinggalah dia menjalani pembedahan dada tahap major pada usia 14 tahun.

Selepas menjalani pembedahan, lelaki itu ditahan selama tiga bulan di wad. Selama itu, hampir setiap hari dia menerima sumbangan hampir 13 liter. Ketika itu, Harisson hidup ihsan darah yang didermakan orang kepadanya. Sejak itulah Harisson berazam apabila mencapai usia 18 tahun dia mahu menjadi penderma darah pula. Setelah menderma darah, pihak hospital mendapati darah Harisson kategori jenis istimewa dan terdapat antibodi penyelamat di dalamnya.

Lalu, Harisson menawarkan diri untuk menjalani ujian saringan. Hasilnya pihak hispital mendapati Harisson memiliki darah Rh-negatif.

Dia kemudiannya diberikan suntikan darah Rh-positif untuk membantu mengembangkan vaksin anti-D yang mampu merawat penyakit rhesus. Sejak itulah Harisson terus menjadi penderma darah. Malah, Harisson turut menginsurankan dirinya bernilai sejuta dolar Australia.

Hasil kebaikan yang dilakukannya itu, Harisson berjaya menyelamatkan lebih dua juta bayi yang menghidap penyakit tersebut ketika masih dalam kandungan lagi.

Malah, paling membanggakannya, kesemua bayi berkenaan lahir dengan selamat dan salah seorang bayi tersebut merupakan cucu Harisson sendiri.
Seorang pelajar wanita di London yang menjalani pembedahan pada satu buah pinggangnya terkejut apabila diberitahu dia sebenarnya memiliki empat organ berkenaan. Jessica Curphey, 20, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan melampau pada bahagian kanan pinggangnya.

Hanya beberapa minggu sebelum ini, doktor mengesan berlaku jangkitan pada air kencingnya dan dia diberi antibiotik.

Bagaimanapun, imbasan di Hospital St Helier di Surrey menunjukkan ada imej ‘gelembung’ sebesar 17 sentimeter pada buah pinggang kanannya.

Sebelas hari kemudian, ujian lanjut menunjukkan gelembung itu sebenarnya adalah buah pinggang kedua di bahagian kanan Jessica.

Namun, ia telah rosak dan mesti dibuang.

Ketika pembedahan membuang buah pinggang rosak itu dijalankan, doktor terkejut apabila mendapati ada satu lagi buah pinggang lain.

Jurucakap hospital berkata, penemuan itu menjadikan Jessica sebenarnya memiliki empat buah pinggang.

“Kejadian begini sangat jarang berlaku,” katanya. Selepas berjaya menjalani pembedahan membuang buah pinggang rosak itu Jun tahun lalu, Jessica kini aktif dalam kegiatan amal bagi mengumpul dana untuk badan kebajikan.

Kata Jessica, sebelum ini dia tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi apabila dimaklumkan memiliki empat buah pinggang. “Kini agak seronok melihat reaksi orang lain apabila saya memberitahu saya ada buah pinggang tambahan,” katanya ketika ditemui. 
Bagi kebanyakan remaja, zaman muda itu biasanya akan dihabiskan untuk belajar dan bersukaria, tetapi berbeza pula dengan seorang pemuda di Britain yang tidak suka duduk diam dan melakukan 11 pekerjaan dalam sehari. Apa yang lebih menarik, daripada 11 pekerjaan yang dilakukan oleh David Day, 21, hanya lima sahaja yang mendapat upah, selebihnya dilakukannya secara sukarela.

Day yang hanya memperolehi pendapatan 500 pound (RM2,403) sebulan akan bekerja selama 50 jam dalam tempoh seminggu. 
“Terdapat persepsi yang menyatakan orang muda tidak mahu melakukan apa-apa, tetapi hakikatnya ada juga remaja yang mahu menolong orang ramai," katanya.

Lima pekerjaan Day yang menerima upah ialah menjadi petugas ketika makan tengah hari di sebuah sekolah rendah, menjadi pelayan di kelab bola sepak Notts County, menjaga kedai Primark, bekerja di pusat komuniti serta di sebuah kelab sebelum dan selepas sekolah.

Namun, pekerjaan itu masih tidak cukup baginya dan dia juga melakukan enam kerja secara sukarela iaitu menjadi sukarelawan di kumpulan pemuda dan St John Ambulans, menjadi jurulatih badminton, bola sepak, penyelamat serta menyertai permainan kumpulan.

“Memiliki wang memang menyeronokkan, tetapi bagi saya itu bukanlah yang paling utama," ujar Day. -AGENSI
Seorang doktor dari Amerika Syarikat (AS) datang ke Vietnam untuk memulangkan tulang tangan kanan milik bekas tentera Viet Cong yang dipotong sejak lebih 40 tahun lalu. Dr. Sam Axelrad, 74, berlepas ke Hanoi pada Sabtu lalu dari Houston. Dia tiba bersama anak lelaki dan dua cucunya semalam untuk bertemu bekas tentera itu, Nguyen Quang Hung.

Selepas Quang Hung ditembak di bahagian lengan oleh tentera AS, Axelrad yang berkhidmat sebagai doktor tentera memotong anggota tubuh itu di sebuah hospital tentera di Phu Cat, wilayah Binh Dinh. Ketika itu, dia berumur 27 tahun.

Beberapa rakan setugasnya kemudian menceraikan daging daripada tulang tersebut sebelum memberikannya kepada Axelrad.
Dia membawa pulang tulang tangan tersebut ke AS sebagai peringatan untuk melakukan kebaikan.

Tulang itu disimpan di dalam almari di rumahnya selama beberapa dekad.

Namun, Axelrad terdetik untut memulangkan tulang tangan bekas anggota tentera tersebut pada tahun 2011.

Sementara itu, Quang Hung, 73, terkejut apabila bersatu kembali dengan tulang lengannya.

Lelaki itu berkata, dia ditembak pada Oktober 1966 dalam satu serangan hendap sekitar 75 kilometer dari kampungnya di An Khe. 
JERUSALEM - Saat perundingan perdamaian Israel-Palestin dijadualkan untuk dilanjutkan lagi setelah terhenti tiga tahun, media Israel, 972 Magazine, melaporkan bahawa seorang anggota kabinet negara itu menyatakan sokongannya untuk membunuh saja para tahanan Palestin berbandinag membawa mereka ke mahkamah.

Ahad (28/7/2013) lalu, Israel mengumumkan akan membebaskan 104 tahanan Palestin, satu  peringatan penting dalam rencana yang ditengahi John Kerry untuk memulakan kembali rundingan damai itu.

Colombo: Spesies baru nyamuk yang hanya menghisap jus buah dan memakan larva nyamuk pembawa penyakit demam denggi ditemui oleh pasukan saintis Institut Penyelidikan Perubatan Sri Lanka (MRI) lapor akhbar Ceylon Today.Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, spesies nyamuk itu dinamakan sebagai Topomiya.

Ia ditemui di Sri Lanka buat kali pertama selepas 124 tahun dan penemuan ini bilangan keseluruhan spesies nyamuk di negara itu meningkat kepada 17. Penyelidikan yang dilakukan MRI mendedahkan nyamuk itu tidak memakan darah manusia tetapi jus.

Topomiya juga didapati memakan larva nyamuk Aedes. Jurucakap MRI menyatakan spesies nyamuk itu boleh digunakan untuk mencegah wabak denggi dan menganggap ia sebagai reaksi semula jadi untuk mengawal penyakit itu, yang sudah meragut banyak nyawa manusia.

Bagaimanapun, MRI akan mengadakan uji kaji lanjut mengenai Topomiya dalam usaha mengenal pasti sama ada ia bahaya kepada manusia.

Berikutan penemuan spesies baru itu, siasatan mengenai kesannya kepada manusia dipertingkatkan untuk mempercepatkan usaha membekalkan Kementerian Kesihatan dengan senjata memerangi denggi. Walaupun menunjukkan tanda pengenalan sama seperti jalur putih, yang ditemui pada nyamuk spesies Aedes Egypti yang boleh menyebarkan wabak denggi, spesies baru ditemui itu dikatakan memakan larva denggi dan jus, berbanding darah manusia.

“Penemuan ini menggembirakan dan kami berharap hasil positif dan menjadi senjata terbaik memerangi denggi. Hakikat ia memakan larva nyamuk Aedes bermakna kita boleh mengurangkan nyamuk pembawa penyakit itu secara semula jadi, berbanding menggunakan racun serangga yang memberi risiko kepada kesihatan,” kata sumber kesihatan. - AGENSI

Scott Peterson dan Laci Peterson

Tidak jauh dari situ, mayat seorang bayi yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat turut ditemui.

Berdasarkan kepada bukti pengenalan diri, mayat wanita tersebut dikenal pasti sebagai Laci Peterson, seorang warga tempatan yang berusia 28 tahun.

Dia telah dilaporkan hilang sejak penghujung tahun 2002 ketika sedang hamil lapan bulan. 

Hasil bedah siasat mendapati, terdapat unsur jenayah di dalam kes kematian ini. Kesan kecederaan fizikal menunjukkan wanita tersebut telah dibunuh menggunakan senjata tajam. Dia dipercayai mati ditempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan dipesisir pantai teluk San Francisco.

Pihak berkuasa tempatan telah menahan seorang suspek lelaki benama Scott Peterson yang juga suami wanita tersebut. Dia dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan ini dan telah dibicarakan atas kesalahan membunuh dengan niat. Motif kejadian adalah disebabkan kecurangan dan kes tersebut telah mendapat liputan meluas daripada pihak media Eropah.


Namun, disebalik kejadian menyayat hati ini, masih terdapat pelbagai persoalan yang membingungkan semua pihak.

Perkara yang terus menjadi tanda tanya ialah bagaimana bayi tersebut dilahirkan dan mengapa kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan terpisah.

Kes ini menjadi bertambah rumit apabila keputusan pembedahan forensik menunjukkan wanita tersebut meninggal dunia terlebih dahulu sebelum melahirkan bayinya.

Justeru, pelbagai spekulasi mula timbul dan cuba dikaitkan dengan misteri yang menyelubungi kelahiran bayi tersebut. Namun pasukan patologi kekal dengan keputusan mereka dengan menyatakan bahawa fenomena coffin birth adalah alasan yang paling mungkin untuk dikaitkan dengan kes ini. Dengan kata lain, bayi berkenaan lahir selepas beberapa hari ibunya meninggal dunia.

Persoalannya, adakah seorang wanita yang meninggal dunia dalam keadaan hamil mampu melahirkan bayi dalam kandungan selepas kematian mereka?

Dalam dunia perubatan, perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku. Ia adalah satu fenomena yang benar-benar wujud dan diistilahkan sebagai Coffin Birth.

Fenomena ini adalah proses kelahiran spontan yang terjadi kepada seorang wanita hamil yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya, kelahiran tersebut berlaku beberpa hari atau minggu selepas mayat dikebumikan.

Kebanyakan kes melibatkan usia kandungan melebihi 30 minggu dan keatas.

Dalam proses perubatan, biasanya bagi seorang wanita hamil yang meninggal dunia, bayi didalam kandungannya tidak akan dikeluarkan sekiranya disahkan sudah tidak bernyawa. Dengan kata lain, mayat akan dikebumikan sebagai seorang wanita hamil dan perkara inilah yang memungkinkan fenomena Coffin Birth berlaku.

Disebabkan itulah, terdapat beberapa kes, mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui terpisah dari ibunya dalam makam yang sama.

Menurut pakar, perkara tersebut boleh terjadi apabila gas terbentuk secara semula jadi didalam perut ketika proses pereputan berlaku. Gas ini akan memberikan tekanan yang cukup kuat bagi mendorong bayi didalam kandungan keluar dari rahim ibunya yang telah meninggal dunia.

Seorang lelaki di Amerika Syarikat bernama Ronald Strong dipenjara selama 1 minggu hanya kerana dia buang air besar di dalam seluar.

Kejadian ini berlaku apabila Ronald Strong sedang berada di dalam bangunan mahkamah tinggi. Ketika itu dia sedang mengalami masalah perut ketika hendak diperiksa oleh pegawai keselamatan.

Pas pemeriksaan keselamatan belum selesai dia sudah tidak tahan lagi untuk buang hajat akibatnya dia terus buang hajat di dalam seluar.

Dengan terburu-buru Ronald Strong menuju ke bilik air mahkamah akibatnya najisnya yang sudah keluar di seluar berciciran di sepanjang lantai

Selama di dalam bilik air Ronald Strong berusaha untuk membersihkan najis miliknya. Namun dia kehabisan tisu sehingga dia menggunakan dinding dan kerusi yang ada dalam bilik air untuk membersihkan kotorannya, nah pasti kau tahu apa yang terjadi dengan bilik air tersebut. Bilik air yang digunakan Ronald Strong menjadi penuh dengan najis yang berserakan yang membuat orang lain jijik jika melihatnya.

Setelah merasa bersih Ronald Strong lalu keluar dari bilik air tersebut tanpa rasa bersalah sedikitpun, masalah timbul ketika ada orang lain yang mahu guna bilik air di mahkamah itu kerana penuh dengan kotoran. Penguna ini pun melapor ke pegawai mahkamah.

Strong terus  ditangkap dengan tuduhan membuat kekacauan di bangunan mahkamah. Dia dipenjara atas sebab tindakannya itu.

Berdasarkan kepada fakta bahawa kitab "Grand Grimoire" wujud atau tidak ia adalah sebuah buku yang dikenali sebagai "The Dragon Red" dan "Injil syaitan". Buku ini dikatakan benar-benar wujud kerana Gereja Roman Katolik secara rasmi mendakwa buku atau Gospel ini hak milik mereka, tetapi tidak pernah dipamerkan untuk tontonan orang ramai.
Hakikat bahawa ia telah ditemui di Jerusalem pada tahun 1750, berdekatan dengan makam Nabi Sulaiman a.s, samada dalam bentuk tulisan Hebrew atau Aramaik. Manuskrip ini tidak bertarikh ketika ditulis, tetapi ketika ditemui semula, ianya bertarikh 1522 Masihi.

Ahli teori mendakwa bahawa ia telah disalin dalam tahun itu daripada manuskrip asal dan menulis tarikh pada tahun 1522 dan fakta sebenarnya ia ditulis mungkin dalam Masihi 1200an atau lebih awal.

Bukti terawal yang diketahui ia datang dari tulisan-tulisan Honorius Thebes, yang kewujudannya tidak terbukti dan tidak dapat dinafikan. Ia mungkin ditulis oleh Paus Honorius III (1148-1227).

Honorius Thebes dipercayai telah menulis sesuatu yang kini dirujuk sebagai 'Sworn Book of Honorius' (Kitab Sumpahan Honorius), dan fakta bahawa dari mana Grand Grimoire diperolehi sebenarnya tidak diketahui.

Sesetengah orang berpendapat bahawa Honorius sama ada mempelajarinya sendiri dari Iblis sendiri atau yang dimiliki oleh Iblis untuk tujuan penulisan buku ini. Ia mengandungi arahan untuk memanggil iblis pada bila-bila masa, di mana-mana tempat di bumi untuk pelbagai tujuan kejahatan.

Perkataan "grimoire" bermaksud buku sihir yang mengandungi ajaran tentang jenis-jenis sihir sama ada baik atau buruk. Banyak salinan buku ini yang kononnya telah diedarkan di seluruh dunia tetapi tidak seorang pun mendakwa teori gospel ini ialah konspirasi yang mengandungi kata-kata sebenar Grimoire. Ia sangat popular dalam budaya ilmu guna-guna dan sihir bagi puak negro di Haiti dan pengamal yang mendakwa menggunakan buku ini sepanjang masa seperti buku masakan mereka untuk mantera dan pemujaan.

Ahli teori mendakwa Grand Grimoire itu sendiri luar biasa kerana ia tahan terbakar, tidak boleh dipotong, ditusuk, ditembusi, koyak, atau dalam apa-apa cara untuk merosak atau memusnahkannya.

Ia adalah satu-satunya buku dengan pengetahuan tentang bagaimana untuk memanggil syaitan (menyeru Ilbis, lain-lain roh atau apa-apa saja) dengan upacara tertentu untuk dilaksanakan dan di samping itu ia boleh memanggil mana-mana syaitan tertentu (Pazuzu daripada "The Exorcist" di kalangan syaitan).

Yang ditulis oleh Iblis ialah butiran bukti pelbagai keajaiban kitab ini, lokasi tepat peninggalan bible dan  mengandungi lakaran peribadi bentuk sebenar Iblis, muka Judas Iscariot dan Nabi Isa (kononnya). Kerana ia disimpan dan menjadi hak milik Gereja Katolik, teori mendakwa bahawa setiap Pope bermula dari manusia biasa dan kemudian menjadi hak milik syaitan dan apabila dia dipilih sebagai Pope tertinggi, secara logiknya Pope bukan menyembah Tuhan, tetapi Iblis.

Pada tahun 1989, filem "Warlock" yang dibintangi oleh Julian Sands sebagai bakal Dajjal menggunakan Grimoire sebagai plot utama berdasarkan fakta-fakta yang boleh dibuktikan dan fakta-fakta dalam Grand Grimoire itu sendiri. Jadi di manakah Grimoire sekarang? Tentu saja tersimpan didalam Arkib Rahsia Vatican (tempat segala rahsia kebenaran dan kecurangan kitab bible).

Kewujudan ilmu-ilmu hitam ini sejak zaman Nabi Sulaiman a.s lagi di mana amalan sihir oleh orang-orang Yahudi berleluasa ketika itu. Mereka boleh berhubung dengan Iblis Azazil dan Dajjal Al-Maseh secara langsung melalui buku-buku sihir ini. Mungkin kitab ini ditemui oleh kumpulan Knight Templar semasa mereka mengawal kota Baitulmuqqadis dulu.

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)".

"Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui". (Al-Baqarah 2:102).
                                             
Si mati telah gantung diri dengan menggunakan tali ampaian dimana tali tersebut di ikat pada besi tingkap nako dan terus ke kipas siling di ruang tamu rumah. Si mati menggunakan kerusi kayu utk memanjat dan mengantungkn diri. Terdapat air kencing si mati di lantai dan lidah si mati sedikit terjelir keluar. Semasa kejadian si mati tidak berbaju dan hanya berkain pelekat hijau.

Hasil temubual bersama isteri si mati Nama Nik Hasnah bt Mohamed semasa kejadian dia bersama dgn anak perempuannya berusia 4 tahun berada di dlm bilik tidur dan semasa itu ada terdengar bunyi kerusi jatuh namun tidak diendahkan..pada jam lebih kurag 2230 semasa keluar dari bilik telah ternampak suaminya iaitu si mati telah mengantungkan diri di ruang tamu rumah dan tidak bernyawa. 


Sebelum kejadian isteri si mati ada memaklumkan yang telah berlaku pertengkaran kecil diantara mereka berdua dan semasa itu juga si mati ada mengugut si isteri yg dia hendak mengantungkan diri. Semasa kejadian juga grill pintu hadapan telah dikunci dari luar oleh si mati dan kunci rumah tersebut disimpan oleh simati di celah lipatan kain pelekat yg di pakai.
Hasil siasatan dapati tiada unsur- unsur jenayah yg berlaku dan ini adalah berpunca dari permasalah keluarga.

Kes telah dimaklumkan kepada Tuan KBSJD Jeli dimana beliau mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Kes disiasat sebagai SDR dan Io kes SM 84667 Hasnulhai B. Hassan ( OCS Ayer Lanas).
Mayat telah dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan. 
                                            
Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.


Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu
                                           
KOTA KINABALU - Perbicaraan kes rogol budak perempuan bawah umur yang kemudian dikahwini lelaki yang didakwa merogolnya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu ujian awal mendapati tiga daripada 19 eksibit yang dianalisis mengandungi kesan air mani.

Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Kota Kinabalu Biling Peter Raig berkata air mani itu dikesan pada satu pelapik tempat duduk dan dua helai sapu tangan.

Bagaimanapun, sampel eksibit itu perlu dihantar ke Jabatan Kimia Kuching bagi menjalani ujian DNA (asid deoksiribonukleik) untuk kepastian, katanya semasa memberikan keterangan di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd Samad.