Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Majlis Perkahwinan Di McDonald’s!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

McDonald's
BRISTOL – Sepasang kekasih yang meminati makanan segera mengadakan majlis resepsi di sebuah restoran McDonalds di Cribbs Causeway di sini semalam.
Pasangan tersebut, Stephen Asher dan isterinya, Emily Marshall memilih restoran tersebut ekoran mereka banyak mengadakan temujanji di premis itu.
Pasangan pengantin baharu itu yang tiba di restoran berkenaan dengan menaiki sebuah kereta limousin menjamu selera bersama 33 orang tetamu di restoran berkenaan.
Stephen yang bekerja di sebuah gudang syarikat makanan sejuk beku amat gembira dapat mengadakan majlis keraian tersebut di McDonald’s.

“Apabila saya melihat Emily menyarung pakaian pengantin buat pertama kali, saya tidak menyangka dia kelihatan sangat cantik.
“Kami berdua berasa sangat gementar,” katanya yang membelanjakan £150 (RM745) untuk acara resepsi di restoran berkenaan. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments