Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SEBUT sahaja MILO, pasti ramai sudah membayangkan keenakan rasa coklat yang pekat dan sedap.

Daripada budak kecil hinggalah orang dewasa, minuman MILO sudah menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia.

Buktinya, minuman ini merupakan juadah wajib yang dijual di setiap kedai makan di Malaysia.

Tapi, tak ramai yang mengetahui sebenarnya selain daripada dijadikan minuman, MILO boleh dinikmati dengan pelbagai cara lain yang unik lagi enak.


Nah, ini 10 cara yang boleh anda menikmati MILO sepuas-puasnya…

1. Campurkan MILO dengan susu segar, selain dari susu pekat yang biasa kita guna.

2. Hasilkan coklat Bar MILO 3 in 1 dengan menggunakan iron..

3. Agar-agar MILO yang sangat yummyyy.

4. MILO “Dinasour”.

5. Aiskrim MILO, campuran ais krim vanilla dengan serbuk MILO.

6. Roti MILO, sapukan MILO dan susu pekat pada roti..

7. Maggi MILO..

8. Kek MILO dengan serbuk MILO yang melimpah ruah..

9. Poached egg campur MILO..

10. Makan MILO cam gitu je.. siapa tak pernah makan memang rugi besar!

PACKAGING syampu ini memang nampak sebijik dengan jenama syampu terkenal. Hingga kita yang melihat jadi keliru dan tidak dapat membezakan produk yang asli dan tiruan dengan hanya sekali pandang.


Lagi-lagi harga yang ditawarkan serendah RM2 ini memang boleh membuat orang ramai kabur mata mahu memilikinya. Paling sadis, jenama syampu ini tersangat sama dengan jenama produk yang asli.



Haihhh.. ingatkan beg dan kasut sahaja memonopoli dunia tiruan…rupanya syampu pun ada yang hendak meniru!

Pun begitu, perlu diingatkan takut-takut syampu tiruan boleh memberi kesan sampingan kepada rambut dan kulit kepala anda.

Bukan apa kalau dah namanya pun meniru, nampak sangat pihak berkenaan bukan jenis yang bertanggung jawab termasuk dari segi memikirkan kesan negatif pada pengguna
JIJIK lagi menjelekkan! Itulah yang kami rasai tatkala membaca screen shoot perbualan lucah pasangan yang sedang ‘sangap’ ini.
Mana tidaknya, perbualan mereka penuhi dengan fantasi seks yang melampau-lampau lagi ‘menghairahkan’.
Apa yang lebih mengejutkan, berdasarkan perbualan mereka dapat diduga bahawa pasangan ini barangkali mempunyai ikatan ibu dan anak.
Ini kerana lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Rie’ ini, memanggil wanita itu sebagai mama, manakala suami lelaki itu sebagai papa.
Malah, wanita tersebut turut membahasakan lelaki tersebut sebagai anaknya.
Barangkali dunia sudah mahu kiamat, seorang ibu ini tergamak merancang melakukan maksiat bersama anaknya sendiri di sebuah resort secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan suaminya.
Lebih parah, si anak nampaknya tanpa segan silu turut menyatakan sudah menantikan saat-saat untuk meratah tubuh badan ibunya. - Mynewsub







MACAM-macam perangai manusia yang tidak terfikir dek akal kita. Lelaki ini, misalnya, mengahwini pizza kerana baginya pizza tidak akan mengkhianatinya, berbanding manusia.
Lelaki yang tidak dinamakan dan berasal dari Rusia serta berumur 22 tahun ini memutuskan untuk menjadikan pizza, yang merupakan makanan kegemarannya sebagai satu komitmen untuk dirinya.
Pihak berkuasa Rusia bagaimanapun menolak pendaftaran perkahwinan berkenaan dan gereja juga enggan menerimanya.
Akhirnya perkahwinan diadakan di restoran pizza dengan chef dan pengurus restoran sebagai saksi.
Restoran pizza itu juga memberikan sijil kahwin.
Butiran lanjut mengenai apa yang berlaku pada malam perkahwinan itu bagaimanapun tidak didedahkan.

JOHOR- Seorang bayi maut manakala seorang lelaki dipercayai bapanya cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di hadapan Flat Sri Stulang, pagi tadi.
Kejadian pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila seorang lelaki yang dikatakan bapa kepada bayi yang berumur dalam lingkungan setahun itu ingin melintas jalan yang sibuk ketika itu, tanpa menggunakan jejantas.
Dua beranak itu kemudiannya dilanggar oleh sebuah kenderaan yang masih belum dikenalpasti jenisnya, menyebabkan bayi itu tercampak dan mati di tempat kejadian.

Kenderaan terbabit dipercayai meninggal tempat kejadian tanpa berhenti untuk memberikan sebarang bantuan.
Impak daripada perlanggaran tersebut, bapa bayi itu turut mengalami cedera parah di bahagian kepala.
Identiti mangsa belum dikenalpasti setakat ini, tetapi disahkan bahawa mereka adalah berketurunan Melayu.
Maklumat mengenai insiden ini diperolehi daripada seorang pengguna Twitter yang enggan namanya disiarkan. -MYNEWSHUB.CC