Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KEJAM! Itulah yang tergambar dalam fikiran penulis saat melihat gambar yang dikongsikan seorang pengguna Twitter ini.
Tergamak individu yang tidak bertanggungjawab membuang kucing yang dah mati dalam plastik sampah dan dilonggokkan dengan sampah-sampah lain di sebatang jalan.
Kalau ikutkan, binatang pun perlu dikebumikan dengan baik sekiranya sudah mati.
Mereka pun makhluk Tuhan juga.. hai manalah perginya sivik masyarakat kita ni kan..

New Delhi: Dengan hanya bersenjatakan kayu pencuci pakaian, seorang ibu nekad bergelut selama 10 minit dengan buaya sepanjang empat meter untuk menyelamatkan anak perempuannya dari mulut buaya.

Diwalinen Vankar, 58, bersama anaknya Kanta, 19, sedang mencuci pakaian di Sungai Vishwamitri, 40 kilometer dari Vadodara di barat India apabila buaya itu menyambar kaki kanan remaja berkenaan dan cuba mengheretnya ke dalam sungai.
Diwalinen mencapai tangan anaknya untuk menyelamatkannya tetapi cengkaman reptilia itu amat kuat.

Diwalinen berkata: “Saya mengerah seluruh kekuatan menarik Kanta, tetapi buaya itu terlalu kuat. Saya dapat rasakan Kanta akan ditarik masuk ke sungai.”
Dia bagaimanapun tidak berputus asa dan nekad melawan buaya itu dengan menggunakan kayu pencuci pakaiannya.”

Untuk beberapa minit Diwalinen cuba menarik anaknya dan apabila dapat mencapai kayu itu dia mengetuk sekuat hati kepala haiwan berkenaan.

“Pada masa sama Kanta meraung kesakitan. Dia cuba berpaut pada tebing sungai tetapi tidak terdaya.
“Saya mengambil masa 10 minit memaksa buaya itu melepaskan anak saya,” kata Diwalinen. - Agensi