Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Segamat: Seekor babi hutan telah berjaya ditembak mati oleh pihak polis selepas haiwan liar itu dikatakan telah menyerang sepasang suami isteri hingga mati di sebuah kawasan kebun getah di Kampung Kuala Paya, Segamat, Johor tengah hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari tadi mengorbankan Loo See Siang, 66, dan isteri Liau Mei Lan, 65, yang sedang menoreh.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihak polis yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi kejadian.
Berdasarkan kesan kecederaan memang disahkan mangsa mati disebabkan serangan babi hutan berkenaan.
"Haiwan liar itu berjaya ditembak mati ketika cuba menyerang anggota polis yang tiba untuk melakukan siasatan di tempat kejadian.
"Berdasarkan kesan darah kering pada haiwan itu, kita yakin ia adalah milik kedua-dua mangsa," katanya kes disiasat sebagai mati mengejut.
Isu Semasa
ALOR SETAR – Satu mayat wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui di kawasan premis pusat mencuci kereta, Jalan Pondok Labu, Kulim tengahari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya berkata, Ibu Pejabat Polis Kulim menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita itu menerusi panggilan 999 pada 12.15 tengah hari.
“Mayat wanita yang tidak diketahui bangsa itu dijumpai dalam keadaan separuh bogel (hanya memakai coli). Terdapat kesan cedera pada muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, mayat sudah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – BERNAMA
Isu Semasa
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri terkejut apabila lemang yang dibelinya sebagai juadah sahur mengandungi katak mati.
Gambar lemang tersebut yang telah dimuat naik oleh pengguna Facebook, Farah Adila, telah menjadi viral di media sosial.
Menurut apa yang ditulis di ruangan kapsyen gambar terbabit, Farah berkata dia dan suami terpaksa 'membatalkan' niatnya untuk bersahur kerana lemang katak itu.
“Terbantut sahur si suami…Gara2 makhluk ni y elok parking dlm lemang y dibeli kat bazaar smlm…Kecut perut laki bini..terus loya nk mkn pe pon..", kata Farah.
Memetik laporan dari The Rakyat Post, Farah berkata dia dan suami membeli lemang tersebut di bazar Ramadan di Jalan Kuching.
"Bazar itu bazar yang sangat besar dan suami saya sukakan lemang. Kami dapati hanya satu gerai di bazar itu yang menjual lemang jadi kami membeli tiga."
"Disebabkan kami sudah berbuka puasa dengan makanan lain, kami bercadang untuk memakan lemang itu ketika sahur. Lemang yang mempunyai katak adalah yang pertama kami buka"
"Pada mulanya suami saya sangka ianya daun pisang yang terbakar, tetapi setelah kami galinya keluar kami sedar ia sebenarnya adalah katak yang telah mati", katanya. -Siakapkeli.my
Isu Panas
Mexico CIty: Datuk Bandar San Pedro Huamelula Joel Vazquez Rojas melangsungkan perkahwinan dengan seekor ‘puteri buaya’ yang dinamakan Maria Isabel dalam majlis tradisi yang disaksikan ratusan penduduk, kelmarin.
Acara tahunan itu dipercayai dapat membanyakkan ikan, udang dan haiwan laut lain untuk nelayan yang tinggal di bandar pantai Pasifik berkenaan.
Ia hari yang sibuk bagi buaya bertuah itu. Dengan pakaian serba putih dan pita dililit pada muncungnya, pengantin perempuan itu dibaptis sebelum majlis berlangsung.
Seperti majlis perkahwinan lain, acara itu juga disusuli dengan pesta besar-besaran dengan isteri baru Rojas itu dipakaikan dengan pakaian lebih berwarna-warni.
Global
Madinah: Seorang remaja di Arab Saudi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dia memuat naik selfie dengan mayat datuknya.
Dengan kapsyen bermaksud ‘Selamat Tinggal Datuk,’ remaja itu memuat naik gambar itu ke media sosial, menyebabkan orang ramai terkejut dengan sikap kurang sopannya.
Pihak berkuasa Saudi melancarkan siasatan berhubung tindakan remaja berkenaan selepas menerima aduan orang ramai.
Tindakan dan gayanya dianggap tidak bermoral.
Gambar itu yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbitnya menunjukkan dia menjelir lidahnya dengan mayat datuknya di sebelah.
Ketua Perhubungan Awam dan Media Madinah mengesahkan pihaknya sudah mula menyiasat kes itu. - AFP
Global
Georgetown: Mahu halau nyamuk, namun dihalang lelaki amuk. Itu yang berlaku terhadap beberapa kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut apabila nyaris ditetak seorang lelaki di sebuah flat di Ayer Itam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, lelaki berusia 31 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan kerja semburan nyamuk (fogging) yang dilakukan kakitangan pejabat kesihatan terbabit sebelum dia mengambil parang dan mengacukan kepada mereka.
Aksi lelaki terbabit yang mengamuk memegang parang dan mengugut mahu menetak seorang inspektor kesihatan berjaya dirakam dan menjadi viral di media sosial.
Dalam video berdurasi 37 saat itu, dia yang dilihat bersinglet serta berseluar hitam memegang parang sambil menjerit memarahi kakitangan kesihatan kerana mendakwa mereka melakukan semburan asap tanpa memberikan notis.
Dia turut mempersoalkan tindakan itu dengan mengatakan semburan terbabit akan membahayakan nyawa mereka sekeluarga terutama anaknya.
Isu Semasa
SUBANG JAYA: Seorang guru maut serta-merta dalam usahanya mengelak daripada merempuh sebuah lori, menyebabkan Perodua Kancil yang dipandunya merempuh tiang di Plaza Tol Seafield di Lebuhraya Elite.
Guru berkenaan, dikenal pasti sebagai Norazwa Abd Raman, sedang memandu ke arah Kolej Kejururawatan Assunta di Petaling Jaya dari Bandar Saujana Putra apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 12.15 tengahari Khamis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, guru berusia 40 tahun itu cuba mengelak daripada melanggar sebuah lori menyebabkan keretanya tidak dapat dikawal dan terbabas merempuh tiang di plaza tol.
"Dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. Kami telah memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai kemalangan itu.
"Mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya.
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kira-kira lapan anggota bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
"Pengendali plaza tol tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun berada dekat dengan perlanggaran," katanya, sambil menambah ahli bomba telah mengeluarkan mayat daripada kereta Kancil.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu.
Mstar Online
Isu Semasa
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menganggap gelaran Datuk tidak menentukan taraf kejayaan seseorang individu, sebaliknya ia sekadar penghargaan duniawi.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, ukuran kejayaan seseorang hanya dapat dilihat daripada hasil usaha yang diperoleh dan ia dapat memberi manfaat kepada orang lain.
"Dalam perniagaan memang ramai yang mengejar gelaran Datuk untuk taraf yang lebih tinggi, namun pada saya bukan gelaran yang menunjukkan taraf kejayaan seseorang tetapi hasil usaha yang dilakukan.
"Pada saya, apa yang kita usahakan dapat memberi manfaat kepada orang lain itu lebih menentukan kejayaan bukan memandang pada status sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Jelas Fizo, dia lebih mengutamakan usaha untuk memajukan perniagaan dan menggalakkan lebih banyak usahawan muda agar mengikut jejak langkahnya.
Fizo kini sudah memiliki lebih 100 premis produk Hot Burger di Semenanjung dan kini dalam usaha mengembangkan cabang perniagaannya di bawah jenama FOC (Fizo Omar Company) antaranya khidmat perunding dan membuka kafe pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Fizo berkata, dia bakal menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang perniagaan mulai September depan di Universiti Utara Malaysia (UUM), kampus Kuala Lumpur.
"Saya ditawarkan untuk sambung belajar selepas menerima anugerah Pembangunan Usahawan Muda Selangor 2014 pada akhir tahun lalu.
"Saya akan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam tempoh dua tahun di UUM bermula September ini, Insya-Allah selepas itu saya ingin teruskan pengajian di peringkat doktor falasafah (PhD)," katanya.
Hiburan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments