Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Meski kurang tau berapa "Ukuran Bra" payudara Nadia Ervina atau Bibie Julius namun yang pasti dia adalah model cantik dan salah satu wanita terseksi di Indonesia.

Bibie Julius atau yang juga sering dipanggil Nadia Ervina mempunyai tubuh yang begitu seksi sehingga dia dikenal sebagai cewek Terpaling hot indonesia. Dia model cantik yang masih belajar di salah sebuah universiti di jakarta. Ketika sebagai model,beberapa foto hotnya pernah mengisi  majalah pria dewasa yang cukup terkenal di negera ini seperti majalah POPULAR atau yang lainya.
Nadia Ervina atau Bibie Julius menjadi sangat popular kerana memiliki Payudara yang begitu besar, dengan tubuh yang sangat sexy membuat para lelaki begitu senang memandang..

Biodata / Profil:
Nama Asli : Nadia Ervina
Nama Panggilan : Bibie Julius
Tarikh Lahir : Bandung 18 Juli 1994
Tinggi Badan : 165 cm
Berat Badan : 50 Kg
Pendidikan : SMA Negeri 1 Bandung,Th angkatan 2005,Universitas Atma Jaya
Profesi : Model,FDj,Sexy Dancer
Hobi : Hang Out,Travelling,Shopping


Bibie Julius sebagai foto model tergolong berani dalam urusan berbusana, hal ini di karenakan karena dia adalah seorang Model di majalah pria dewasa.
















Perkembangan teknologi sangat sukar untuk dijangkakan.  Masyarakat pada zaman kini terlalu bergantung pada teknologi,  sehingga menjadikan teknologi  berkembang dengan sangat pesat dan tidak terduga.
Ketika  ini, kita  mudah mendapatkan nformasi di seluruh dunia hanya dengan bermodalkan apa-apa gajet atau peranti yang dihubungkan dengan internet. Berbeza dengan zaman dahulu, gajet atau alat elektronik tidak secanggih pada zaman kini serta telefon bimbit hanya digunakan untuk membuat panggilan dan sms sahaja.
Berikut adalah senarai  beberapa perkembangan teknologi yang sangat berbeza jika dibandingkan pada tahun 90-an dengan teknologi pada masa kini yang kami ambil dari laman web Mashable.

1. Dari telefon bimbit ke smartphone.

Pada tahun 90-an, telefon bimbit masih memiliki bentuk yang besar dan skrin yang sangat kecil. Animasi dan tulisan yang ada di telefon bimbit juga terlalu membosankan. Dengan skrin monokrom, pengguna hanya boleh menggunakan telefon untuk membuat panggilan dan sms saja.
Rata-rata, pengecas telefon bimbit pada zaman dahulu mempunyai kepala charger yang amat besar dan sukar untuk di bawa ke mana-mana.
Telefon bimbit mengalami pelbagai perubahan teknologi dan memiliki ciri-ciri yang canggih serta reka bentuk yang elegan.
2. Dari Kaset ke Mp3 Player

Dahulu, jika anda ingin mendengarkan muzik, anda harus membeli kaset terlebih dahulu dan memainkannya menggunakan tape recorder. Kaset tersebut mempunyai 2 sisi yang memainkan lagu yang berbeza. Untuk memainkan lagu yang telah didengar, ianya mengambil  waktu yang sangat lama.
Berbeza dengan zaman ini, pengguna yang ingin mendengarkan muzik hanya perlu mendapatkan format MP3  lagu tersebut yang boleh di muat turun dengan mudah melalui internet.
3. Dari Komputer ke Tablet

Komputer sudah wujud sebelum zaman 90-an lagi, tetapi bentuknya sangat besar dan spesifikasinya yang sangat terhad. Selain itu ianya terlalu lambat hingga menyukarkan pekerjaan kita.
Namun    seiring dengan perkembangan teknolog , komputer telah mengalami perubahan secara drastik. Komputer digantikan dengan laptop yang sangat mudah di bawa ke mana-mana sahaja dan memiliki spesifikasi yang tinggi.
Selain laptop,  tablet juga menggantikan fungsi komputer. Hanya dengan membawa tablet, pengguna dapat menggunakannya untuk berbagai kegiatan dan senang di bawa ke mana-mana sahaja.
4. Dari Disket ke Flashdrive

Dahulu, disket menjadi alat yang paling canggih untuk memindahkan data. Bentuk disket yang nipis dan memiliki pelbagai warna menjadi alternatif untuk membawa data penting ke mana-mana sahaja.
Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, disket ini telah digantikan dengan flashdrive. Bentuk flashdisk yang sangat kecil dan ramping ini boleh menyimpan data dengan kapasiti yang besar. Berbeda dengan disket yang hanya boleh menyimpan data tidak sampai 1 Gigabyte pun.
Villa yang diberi nama Dunbar Rock ini memiliki 8 buah bilik yang mampu menampung sehingga  18 orang untuk menginap. Jika anda ingin lari dari kesibukan kerja dan  kesesakan bandar, kami cadangkan anda untuk berlibur di villa ini. Selain menawarkan pemandangan yang sangat indah, tempat ini juga menawarkan privasi tersendiri kerana berada di tengah-tengah laut dan tiada apapun gangguan.

Villa ini terletak sekitar 70 kilometer dari  pantai utara Honduras, Amerika Tengah. Ada dua cara untuk sampai ke tempat ini sama ada dengan cara menaiki bot ataupun helikopter. Di aras bumbung Villa ini turut disediakan landasan untuk helikopter mendarat.

Salah satu fasiliti menarik yang ditawarkan oleh pengusaha Villa Dunbar Rock ini adalah pengunjung  bebas menyelam ke dalam laut untuk melihat keindahan laut dan segala hidupan yang terdapat di dalamnya. Jika anda tidak mahu menyelam, para tetamu juga boleh berjemur di balkoni villa untuk menikmati suasana seperti di pulau persendirian.

Chef berpengalaman juga turut disediakan untuk menyajikan makanan laut perairan Carribean kepada para tetamu. Namun untuk menginap di Villa tersebut, harga penginapan serendah dari 10 ribu ringgit Malaysia.
Tertarik untuk bercuti di sini.

Dunia perubatan di Amerika dihebohkan dengan individu bernama Martin Shkreli, 32  yang merupakan pengasas kepada syarikat Turing Pharmaceuticals. Syarikat miliknya baru sahaja membeli sebuah perusahaan yang menghasilkan ubat Daraprim sebanyak USD$55 juta (sekitar RM240 juta).
Daraprim  memang sudah dikenali sejak sekian lama sebagai ubat untuk penderita Toxoplasma, jangkitan akibat parasit, ubat malaria dan kebanyakan ubat ini digunakan sebagai antibiotik untuk penderita pesakit AIDS.
Jumlah penderita pesakit AIDS bukannya sedikit apatahlagi mereka terpaksa bergantung dengan ubat ini bagi meneruskan kelangsungan hidup. Ramai penderita AIDS dan juga masyarakat amat bimbang dengan kenaikan harga ubat ini dan menentang sekeras-kerasnya tindakan Martin yang dianggap hanya ingin mengaut kentungan dengan cara yang cepat.
Sejak dari dulu lagi, ubat Daraprim ini dijual sebiji pada harga USD13.50  (sekitar RM59). Namun, setelah dibeli oleh jutawan muda ini harganya terus naik mendadak.
Masyarakat dan berbagai pihak tidak akan menyuarakan protes mereka jika pemilik  baru ini menaikkan harga dengan sewajarnya. Tetapi, bila dinaikkan kepada harga USD750  (sekitar RM3300) untuk sebiji pil, tentu ianya tidak masuk akal kan? Malah kos produksi untuk setiap biji pil diketahui hanya berharga USD1 (sekitar RM4.30) sahaja.
Menurut Martin, banyak pesakit yang menggunakan ubat ini hanya dalam masa  setahun. Harga baru ubat ini dianggap setara dengan kaedah rawatan lain yang terlalu mahal.  Sebahagian keuntungan juga akan digunakan untuk membuat R&D bagi mempertingkatkan mutu dan kualiti ubat ini.
Tidak hairanlah Netizen sekeras-kerasnya mengutuk perbuatan lelaki ini.


Ibu adalah seorang yang sangat istimewa dan memiliki kasih sayang yang amat luar biasa terhadap  anak-anaknya. Meskipun begitu, rupanya masih ada lagi beberapa orang anak yang tidak mengenang jasa ibu.
Baru-baru ini, media sosial di China dikejutkan dengan sebuah gambar yang amat menyentuh  hati sekaligus membuat siapapun yang melihatnya akan tertanya-tanya, apakah salah ibu tersebut sehingga sanggup diperlakukan sedemikian rupa?
Gambar tersebut memaparkan seorang ibu yang sedang duduk di bonet atau tempat simpan barang kenderaan.

Dari laporan shanghaiist.com,  para pengguna media sosial di China berasa kecewa, sedih dan marah terhadap kelakuan anak itu terhadap ibunya. Anak yang bernama Liu tersebut amat tidak sopan,  dan berperilaku tidak terpuji terhadap  ibu yang telah melahirkannya.
Anak  tersebut telah mengarahkan ibunya duduk di bonet kereta kerana dia ingin anaknya dapat beristirahat dengan nyaman di kerusi bahagian belakang penumpang kenderaan.
Kelakuan tidak sopan ini diketahui oleh pihak polis tempatan yang sedang melakukan operasi di jalan yang menghubungkan antara Wilayah Jiangxi ke  Hubei.  Liu mengatakan kepada pihak polis tersebut bahawa dia sengaja menyuruh ibunya duduk di bonet kenderaan agar anaknya boleh tidur dengan tidur nyenyak dan selesa.
Kerana kasihan melihat wajah ibu itu, pihak polis pun meminta warga emas tersebut keluar dari bonet kenderaan dan duduk di bahagian tempat duduk penumpang. Kemarahan netizen tidak hanya sampai di situ sahaja, kemarahan itu semakin membuak apabila mengetahui bahawa kenderaan Liu tersebut dibeli menggunakan wang persaraan ibunya.
Salah seorang pengguna media sosial yang berada di Chongqing mengatakan “Apa yang sudah terjadi kepada lelaki ini. Bagaimana dia sanggup melakukan hal ini kepada ibunya?
Sumber dari shanghaiist.com