Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Dikecam Sanggup Biarkan Ibunya Duduk Dalam Bonet Kenderaan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Ibu adalah seorang yang sangat istimewa dan memiliki kasih sayang yang amat luar biasa terhadap  anak-anaknya. Meskipun begitu, rupanya masih ada lagi beberapa orang anak yang tidak mengenang jasa ibu.
Baru-baru ini, media sosial di China dikejutkan dengan sebuah gambar yang amat menyentuh  hati sekaligus membuat siapapun yang melihatnya akan tertanya-tanya, apakah salah ibu tersebut sehingga sanggup diperlakukan sedemikian rupa?
Gambar tersebut memaparkan seorang ibu yang sedang duduk di bonet atau tempat simpan barang kenderaan.

Dari laporan shanghaiist.com,  para pengguna media sosial di China berasa kecewa, sedih dan marah terhadap kelakuan anak itu terhadap ibunya. Anak yang bernama Liu tersebut amat tidak sopan,  dan berperilaku tidak terpuji terhadap  ibu yang telah melahirkannya.
Anak  tersebut telah mengarahkan ibunya duduk di bonet kereta kerana dia ingin anaknya dapat beristirahat dengan nyaman di kerusi bahagian belakang penumpang kenderaan.
Kelakuan tidak sopan ini diketahui oleh pihak polis tempatan yang sedang melakukan operasi di jalan yang menghubungkan antara Wilayah Jiangxi ke  Hubei.  Liu mengatakan kepada pihak polis tersebut bahawa dia sengaja menyuruh ibunya duduk di bonet kenderaan agar anaknya boleh tidur dengan tidur nyenyak dan selesa.
Kerana kasihan melihat wajah ibu itu, pihak polis pun meminta warga emas tersebut keluar dari bonet kenderaan dan duduk di bahagian tempat duduk penumpang. Kemarahan netizen tidak hanya sampai di situ sahaja, kemarahan itu semakin membuak apabila mengetahui bahawa kenderaan Liu tersebut dibeli menggunakan wang persaraan ibunya.
Salah seorang pengguna media sosial yang berada di Chongqing mengatakan “Apa yang sudah terjadi kepada lelaki ini. Bagaimana dia sanggup melakukan hal ini kepada ibunya?
Sumber dari shanghaiist.com

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments