Villa yang diberi nama Dunbar Rock ini memiliki 8 buah bilik yang mampu menampung sehingga 18 orang untuk menginap. Jika anda ingin lari dari kesibukan kerja dan kesesakan bandar, kami cadangkan anda untuk berlibur di villa ini. Selain menawarkan pemandangan yang sangat indah, tempat ini juga menawarkan privasi tersendiri kerana berada di tengah-tengah laut dan tiada apapun gangguan.
Villa ini terletak sekitar 70 kilometer dari pantai utara Honduras, Amerika Tengah. Ada dua cara untuk sampai ke tempat ini sama ada dengan cara menaiki bot ataupun helikopter. Di aras bumbung Villa ini turut disediakan landasan untuk helikopter mendarat.
Salah satu fasiliti menarik yang ditawarkan oleh pengusaha Villa Dunbar Rock ini adalah pengunjung bebas menyelam ke dalam laut untuk melihat keindahan laut dan segala hidupan yang terdapat di dalamnya. Jika anda tidak mahu menyelam, para tetamu juga boleh berjemur di balkoni villa untuk menikmati suasana seperti di pulau persendirian.
Chef berpengalaman juga turut disediakan untuk menyajikan makanan laut perairan Carribean kepada para tetamu. Namun untuk menginap di Villa tersebut, harga penginapan serendah dari 10 ribu ringgit Malaysia.
Tertarik untuk bercuti di sini.
No comments
Post a Comment