Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Sebuah kereta Ferrari Dino 246 GTS berwarna hijau metalik telah ditemui di belakang sebuah rumah sekitar Los Angeles pada tahun 1978 selepas beberapa orang budak bermain di kawasan itu. Pada masa itu, harga kereta itu pada lingkungan RM54,000 dan penyiasat telah menemui dokumen kereta ini. Kereta itu adalah milik Rosendo Cruz dari Alhambra, California dan telah dilaporkan hilang. Kereta itu ditemui setahun kemudian.

Tetapi selepas itu, pemilik kereta itu telah membayar beberapa orang pencuri untuk mencuri lagi kereta itu agar pemilik itu dapat tuntutan insurans. Pemilik itu minta agar keretanya dibuang ke dalam laut tetapi sebaliknya pencuri itu menanam kereta itu agar mereka dapat kembali untuk menuntut kereta itu pada masa depan. Nasib baik, kereta itu ditanam di dalam tanah liat yang kering dan itu membantu untuk memastikan kereta itu sentiasa keadaan yang elok. Selepas dikeluarkan dari tanah, kereta itu telah dibeli oleh seorang mekanik dengan harga RM20,000. Dia berjaya membaiki kerosakkan kereta itu dan kembalikan nostalgia kereta itu. 





KUALA LUMPUR: Penyanyi Soo Wincci mengakui kini berkawan rapat dengan pelakon Iqram Dinzly dan sering keluar bersama jika mempunyai kelapangan.

Bagaimanapun, Wincci, 28, berkata, dia belum bersedia melangkah ke alam percintaan sebelum impiannya untuk mencipta nama di Hollywood belum tercapai.

"Kami kawan baik dan memang sering keluar bersama jika ada masa terluang kerana rumah dia berhampiran dengan saya tapi saya tidak tahu dia akan datang pada majlis ini untuk buat kejutan.

"Dia juga seorang kawan yang baik dan kami selalu bertukar pendapat tentang sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan industri," katanya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Wincci berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gimik lamaran dan pemberian cincin daripada pelakon tersebut pada majlis pelancaran album pertamanya berjudul Su Win Si by Soo Wincci, di M Suit, dekat sini, Jumaat.

Soo Wincci menunjukkan albumnya dalam bahasa Malaysia.
 
Tambah Wincci, dia tidak pernah merancang atau menetapkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang sebelum berjaya dalam kerjayanya.

Sementara itu, album pertama dalam bahasa Melayu ini memuatkan empat buah lagu baharu ciptaan komposer Ajai iaitu Terus Teranglah, Musim Asmara, Jangan Risau, dab Nombor 1.

Wincci berkata, cabaran utama dalam penghasilan album tersebut adalah mengatasi masalah pelat dalam menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Melayu.

"Cabaran utama ialah saya terpaksa mengambil masa panjang untuk proses rakaman kerana ada beberapa lirik dan perkataan yang sukar untuk disebut.
"Oleh itu, Ajai terpaksa menukar lirik ketika itu kepada perkataan yang lebih mudah untuk disebut," ujarnya.

Katanya, penggunaan bahasa Mandarin ketika menetap di Taiwan turut menjejaskan penggunaan bahasa Malaysianya.

Album yang mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan ini bakal berada di pasaran pada minggu depan.


SHAH ALAM: Majlis resepsi persandingan pasangan selebriti Zain Saidin, 29, dan Rozita Che Wan, 40, berlangsung penuh meriah dengan tema "taman Inggeris" yang diadakan di Setia City Convention Centre, di sini, Jumaat malam.

Kedua-dua pasangan itu melangkah masuk ke dalam dewan kira-kira pukul 9 malam diiringi dengan lagu Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadh.

Acara dimulakan dengan bacaan doa daripada Imam Muda Asyraf Redzuan dan tayangan video majlis merisik, berinai dan akad nikah.

Rozita yang anggun mengayakan busana daripada pereka fesyen terkenal Qudyn Kuala Lumpur dan Rizalman turut memperagakan barang kemas bernilai RM11.2 juta. Seramai 500 tetamu termasuklah keluarga terdekat, rakan-rakan artis dan media menghadiri majlis tersebut.


Majlis dimeriahkan dengan nyanyian daripada Fazli Zainal, Ayu Damit dan Dafi.
Sementara itu, antara rakan artis yang hadir ialah Ziana Zain, Sherry Ibrahim, Tasha Shilla, Azza Elite, Micheal Ang, Rizal Jaafar, dan Azhan Rani.

Zain dan Rozita selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang turut diadakan di sini pada malam Rabu lalu.



Aktres tersebut turut menerima sembilan dulang hantaran yang diisi di dalam peti termasuk mas kahwin berjumlah RM9,300, sebentuk cincin bernilai RM93,000 dan wang hantaran sebanyak RM23,000.

Gambar Qi Razali yang menerima rawatan. Gambar dimuat naik di akaun Instagram Nellydia Senrose.

PETALING JAYA: Pelakon Qi Razali telah dimasukkan ke Pusat Pakar Ortopedik Quill Taman Tun Dr Ismail di sini pada tengah hari Khamis lalu akibat mengalami sakit leher dan tulang belakang kronik.

Kekasihnya pelakon Nelydia Senrose berkata, Qi sering mengadu sakit leher dan tulang belakang sejak terlibat dengan kemalangan sebulan lalu namun selepas penyakit itu semakin serius, Qi membuat keputusan untuk melakukan rawatan di hospital dengan segera.

"Sebelum ini Qi menganggap ia hanyalah sakit-sakit biasa selepas kemalangan lebih-lebih lagi dia telah membuat ujian sinar-X di sebuah klinik dan doktor tersebut berkata, tiada yang serius.

Nelydia Senrose

"Tetapi sejak akhir-akhir ini sakitnya makin menjadi-jadi dan kerana itu dia terus mendapatkan rawatan di hospital dan dia terus ditahan untuk memudahkan doktor membuat rawatan secara terperinci," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Jumaat.

Tambah Nelydia, dia berharap keadaan Qi tidaklah terlalu serius memandangkan aktor tersebut akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada minggu hadapan.

Sementara itu, Nelydia turut berharap agar isu kononnya Qi berasa cemburu selepas dia digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik.

"Sebenarnya kami okey. Biasalah kami kan masih lagi dalam tempoh perkenalan.
"Ada masanya sikap cemburu pasti keluar. Tapi Alhamdulillah kami masih lagi sayang antara satu sama lain," ujarnya.

Walaupun semalam Adi Putra sudah tampil menjelaskan bahawa kes skandalnya telah diklasifikasikan sebagai no further action (NFA) atau dalam bahasa lain digugurkan, namun nampaknya pihak wanita yang dikaitkan dengan pelakon itu tetap berkeras untuk meneruskan kes ini.

Wanita berkenaan, Nooraida Abdul Mutalib yang ditemani suaminya, Amiruddin Othman dan peguam sewaktu menghadiri sidang media khas di ibu kota petang tadi menyatakan akan tetap menegakkan keadilan untuk membela dirinya.
Bercakap mewakili isterinya, Amiruddin menyatakan beberapa sebab mengapa pihaknya ingin membuka semula kes ini berdasarkan kepada keputusan NFA yang dipercayai tidak telus dan berat sebelah.
Menurut ahli perniagaan tersebut, tahap professional pegawai penyiasat yang terlibat di dalam kes ini dipercayai meragukan sebaik tersebarnya sekeping foto Adi bersama pegawai penyiasat berkenaan. Selain daripada itu, Amiruddin turut mendedahkan isterinya telah diajukan soalan yang tidak relevan berkenaan kesudiannya untuk berkahwin dengan Adi Putra.
Saya tidak pasti individu mana yang mengarahkan mereka untuk bertanya soalan begitu kepada isteri saya sewaktu disoal siasat. Tetapi mereka sepatutnya tahu bahawa Nooraida itu masih isteri saya dan soalan itu langsung tidak relevan.
Atas nasihat peguam yang dilantik, Amiruddin dan isterinya telah membuat laporan polis di Bukit Aman bertujuan untuk  memohon siasatan semula ke atas kes kontroversi ini.
Kami percaya keputusan ini tidak telus dan tidak profesional apabila siasatan yang dijalankan nampak begitu ringkas sekali. Kami hanya mahu siasatan dijalankan semula dan berharap pegawai penyiasat lain dapat mengambil alih kes ini.
Saya dan isteri telah membuat laporan tatatertib di Ibu Pejabat Bukit Aman pagi tadi. Kami juga akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes ini.
Ditanya apakah tujuan utama untuk kembali membangkitkan isu ini, Amiruddin menjawab dia mahu orang luar mengetahui perkara sebenar walaupun menyedari hakikat bahawa isterinya juga bersalah di dalam hal ini.
Sekurang-kurangnya dia mengaku apa yang dia buat, kalau kami senyap orang akan cakap kami yang salah. Kami tak kisah dengan cacian orang luar tetapi biarlah kebenaran tu didedahkan.
Dalam masa yang sama, Nooraida yang ditemubual menyatakan rasa kesal dengan apa yang terjadi dan mengakui kontroversi telah memberi pengajaran yang besar kepada dirinya.