Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


IKA hari tu kita tengok foto Eina Azman dan suami bercium, kemudian foto kakak Dafi dan suami pulakiss dalam air, hari ini kita pergi ke international level pula!
Siapa lagi kalau tak lain tak bukan pasangan sensasi, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Tapi, memang sekarang ni babak kissing kena upload di Instagram ye?
Rupa-rupanya ciuman manja Bunga Citra Lestari kepada Ashraf Sinclair ini adalah untuk meraikan kemenangan mereka dalam kategori ‘Most Fashionable Couple‘ dalam Insert Fashion Awards (IFA).
Tahniah kami ucapkan buat mereka! Cuma, agaknya lepas ni siapa pula nak kissing-kissing dalam Instagram.


Nazirah Ayub isteri kepada Nabil Ahmad, 31, telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka. 

Bayi seberat 3.2 kilogram itu diberi nama Layla Damita merupakan anak kedua mereka setelah Naera Milayla. 

"Layla Damita.. Welcome to the new world of life! Happy Born Day..," ujar pengurus Nabil di laman IGnya. 

Tahniah diucapkan! 

Sumber: Myartis.com







VICTORIA, Australia – Seorang pemburu hantu, Allen Tiller menemui imej seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan melutut ketika melakukan penggambaran rancangan televisyen Haunting: Australia di sini baru-baru ini.
Rakaman video tersebut diambil ketika Tiller bersama rakannya, Rayleen Kable berada di Rumah Sakit Jiwa Beechworth yang terkenal sebagai salah satu destinasi berhantu di negara tersebut.
“Kami juga sempat merakamkan hentakan pintu dan bunyi orang berjalan ketika berada di bahagian yang dikenali sebagai bull pen, ujar Tiller.
Tiller menambah, menerusi rakaman ‘Fenomena Suara Elektronik’, jelas kedengaran suara orang ramai menjerit meminta mereka untuk keluar.
Sejak Januari lepas, pasangan itu mengetuai kumpulan pemburu hantu untuk mengambil gambar, bacaan elektromagnet dan rakaman suara di tempat-tempat misteri di sekitar Austalia. – AGENSI

INILAH aksi remaja melayu zaman sekarang yang bukan main lagi terang-terang atas motor pun boleh dijadikan tapak ‘projek’.
Apa yang ada dalam fikiran si perempuan ini agaknya sehingga sanggup beraksi seakan ‘sarkas’ ni.

Jika dikutkan, masalah sosial ini sebenarnya berpunca daripada kurangnya didikan agama dan nilai kasih sayang daripada keluarga.
Namun, agak hebat jugaklah ‘skill’ yang ditayangkan, si lelaki buka separuh, si perempuan buka separauh, lalu terus di dayung sahaja.
Hendak disalahkan kepada siapa jika perkara sebegini terjadi pada anak sendiri?
Renung-renungkan…
-MYNEWSHUB.cc

NEW JERSEY, Amerika Syarikat – Seorang wanita di sini melalui situasi genting apabila terpaksa melahirkan anak di sebuah hospital di sini tanpa bantuan doktor di sisinya.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Rivera dari Newark bagaimanapun berjaya dalam proses itu hasil kecanggihan teknologi yang membolehkan seorang doktor wanita memberi arahan kepadanya melalui panggilan video FaceTime menggunakan telefon iPhone milik suaminya.
“Kami tidak dapat menunggu doktor kerana kepala bayi sudah terkeluar. Mujur, suami saya sempat menelefon doktor, Meena Devalla dan dia memberikan arahan menerusi FaceTime,” ujarnya yang selamat melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Raphael.
Pada awalnya, Rivera berkunjung ke hospital tersebut untuk membuat pemeriksaan biasa dan diselia oleh pembantu perubatan yang tidak mempunyai pengalaman di dalam bilik bersalin.
“Devalla memberikan arahan kepada kami dengan tenang dan jelas sehingga bayi selamat dilahirkan 20 minit kemudian,” ujar salah seorang pembantu perubatan, Oswaida Torres. – Agensi



PETALING JAYA: Kereta Ferrari yang dipandu Zizan Razak hanya mengalami kerosakan kecil selepas melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama di Putrajaya, pada petang Selasa.

Pembantu peribadinya, Izwan mengesahkan perkara itu dan memberitahu Zizan, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya masih belum membuat laporan polis berhubung insiden itu.

"Dia hanya terlanggar pembahagi jalan sedikit sahaja di bahagian depan kereta tersebut.

"Bagaimanapun tidak ada kerosakkan teruk dan Zizan juga berada dalam keadaan baik. Buat masa ini saya belum pasti sama ada Zizan mahu buat laporan polis atau tidak," ujarnya kepadamStar Online, ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Dalam pada itu Izwan menafikan gambar kemalangan kereta Ferrari seperti yang tersebar di laman-laman sosial adalah milik pelawak tersebut.

"Gambar-gambar yang tersebar tentang Ferrari kuning itu bukan milik Zizan. Selepas kecoh cerita kemalangan itu, banyak berita dan gambar palsu yang dikeluarkan," katanya.

Sementara itu, Zizan turut memuat naik gambarnya pada petang Rabu dengan kapsyen memberitahu dia berada dalam keadaan baik.

Zizan dalam proses penggambaran drama Angin Cinta bersama pelakon Ummi Nazeera terbitan syarikat milik aktres Liyana Jasmay.
ANGGOTA bomba membawa turun mayat lelaki yang mempunyai berat 160kg di rumahnya di Jalan Terasek 3, Bangsar. 
Kuala Lumpur: Mayat seorang pemandu teksi yang meninggal dunia di rumahnya di Jalan Terasik 3, Bangsar di sini, terpaksa dibawa keluar dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Pantai berikutan berat badannya yang mencecah 160 kilogram.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa R Sanjeevan, 30, dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Mangsa yang masih bujang tinggal bersama keluarganya dan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 3.15 pagi tadi (semalam).
“Keluarga mangsa kemudian memaklumkan kepada polis sebelum kita meminta bantuan bomba,” katanya.
Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Hmetro Online