Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


BEBERAPA minggu lalu, pelakon yang sudah berhijab, Rabecca Nur Islam dikecam peminat kerana memakai baju merah melekat di tubuh yang menyerupai Te­letubbies ketika meraihkan ulangtahun kelahiran rakannya.
Apabila kontroversi itu reda dan Rabecca sudah pun memohon maaf, ramai menyangka beliau sudah insaf dan belajar dari kesilapannya dengan lebih berhati-hati mengenakan pakaian bersesuaian dengan imejnya bertudung. Ternyata Rabecca masih belum serik.
Baru-baru ini, aktres berusia 28 tahun itu kembali mengejutkan dunia hiburan apabila sebuah video Instagram yang dikongsikan seorang kenalan Rebecca jelas memaparkan beliau dengan berani memakai baju berwarna tanah yang melekap tubuh dan singkat paras betis di sebuah majlis.
Perkara tersebut mendapat perhatian wartawan Harian Metro, Cik Pang yang kemudian berkongsi sebuah artikel di ruangan selebriti, Metro Ahad. Pada penulis, Rabecca mungkin sekadar berfesyen ketika nekad mengambil keputusan untuk berhijab tahun lalu.

HANYA topup RM10, itulah bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.
Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang
Hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai aliya
Berkata,dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.
“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.
Aliya berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.
“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an. “Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.
Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.
“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.
Aliya berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja semata mata untuk memperoleh topup free.
“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.
“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.
“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah.
Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.

VIETNAM - Berita AP melaporkan lima anggota polis diturunkan pangkat selepas didapati merakam video dua orang pelacur dalam keadaan telanjang bulat ketika melakukan soal siasat dalam suatu operasi membanteras kegiatan pelacuran. Klip video itu kemudiannya tersebar di internet.
Kelima-lima anggota polis Vietnam yang bertugas di daerah Quang Ninh yang letaknya di utara negara itu dikena kan tindakan diturunkan pangkat kerana didapati menyalahi etika dan disiplin pasukan tersebut.
Menurut sumber, seorang daripada enam anggota polis itu merakam kedua-dua pelacur itu bersama-sama dengan pelangan masing-masing untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada bukti kes tersebut.
Klip itu menunjukkan wanita-wanita itu dalam keadaan tanpa pakaian di bilik hotel sementara beberapa orang polis berpakaian biasa kelihatan sedang menulis sesuatu. Kedua-dua wanita itu cuba menutup tubuh bogel mereka namun dihalang oleh polis-polis tersebut sementara salah seorang daripada mereka merakam proses tersebut.
Klip itu walau bagaimanapun tersebar di internet. Kejadian itu membangkitkan kemarahan masyarakat kerana perbuatan itu jelas membuktikan bahawa polis-polis itu telah menyalahgunakan kuasa mereka.
Pihak polis Vietnam juga sedang menyiasat bagaimana video itu boleh tersebar di internet.
PUTRAJAYA: Sebuah laman ‘fanpages’ Facebook (FB) dikenali SMO-Seks Melayu Official boleh dianggap pusat pelacuran alam maya apabila menawarkan wanita untuk dijadikan teman tidur digelar ‘cheong’ atau FL (freelancer).
Bukan sekadar gadis bergetah, laman sosial itu turut menawarkan janda serta isteri orang, mahu pun pelajar institut pengajian tinggi.
Carian Harian Metro di enjin FB secara langsung tidak menemui sebarang page SMO, tetapi perlu membuka pentadbir kumpulan SMO yang dikenali sebagai Chester Melvin seterusnya baru boleh mendapat akses kepada laman berkenaan.


Bagaimanapun, bagi mendapatkan maklumat mengenai ‘cheong’ bukan mudah sebaliknya hanya individu tertentu bergelar ejen yang boleh memberi akses kepada pemilik akaun FB yang berminat, sebelum boleh dibimbing ke peringkat seterusnya termasuk proses pendaftaran dan bayaran yuran keahlian.
Sebaik menyelesaikan bayaran menerusi akaun bank diberikan, ahli berdaftar akan dijemput ke satu ‘fanpages’ rahsia bagi menikmati pelbagai maklumat sulit mengenai pelbagai jenis ‘cheong’ yang ingin dilanggani.
Lelaki yang ingin menjadi ahli diberi panduan oleh seorang ejen menerusi mesej peribadi apabila yuran dikenakan sekitar RM720 hingga RM1,200 bagi perkhidmatan setahun.
Sejurus mendaftar dan membuat bayaran, ahli menikmati faedah keahlian selama setahun termasuk mendapat akses kepada maklumat sulit ‘cheong’ termasuk nombor telefon.
Pada masa sama, ahli juga berpeluang berborak mengenai seks menerusi FB dan medium sosial lain secara peribadi dengan gadis berkenaan selain boleh mengatur pertemuan lebih rahsia termasuk penganjuran parti seks.
Harian Metro turut difahamkan, terdapat juga pelanggan yang menjadi ahli ‘fanpages’ ini terdiri daripada orang kenamaan.
Ahli juga dibekalkan dengan maklumat lengkap tanpa batas mengenai gadis yang ditawarkan di ‘fanpages’ berkenaan termasuk gambar; nombor telefon dan lokasi tepat kedudukan gadis yang bersedia untuk dilanggani di seluruh negara.
Jangan terkejut kerana pelbagai varian ‘cheong’ ditawarkan termasuk dari gadis berusia belasan tahun seawal 18 tahun sehinggalah berstatus isteri dan janda berusia sekitar 40-an yang mempunyai pelbagai latar belakang termasuk pelajar kolej; pekerja swasta; suri rumah dan pelayan kelab (GRO).
Harga ditawarkan bagi setiap langganan bermula dari serendah RM200 bagi satu sesi sehinggalah kepada RM1,200 bergantung jenis perkhidmatan yang mahu dinikmati ketika melanggan.
Difahamkan, ada juga ‘cheong’ yang membuat tetapan sendiri kepada ahli terutama dari segi pilihan lokasi untuk tidur bersama sama ada di hotel, pangsapuri peribadi dan rumah kawan selain masa ditetapkan.
Bagaimanapun, apa yang lebih menyedihkan, kebanyakannya ‘cheong’ adalah gadis Melayu berdasarkan gambar dipaparkan dalam senarai langganan malah, ada sebahagiannya lengkap bertudung dan berbaju kurung.
Laman rahsia itu turut memberi ruang kepada ahli untuk berkongsi apa juga topik termasuk hubungan, perkahwinan, cinta, seks, kesihatan, prestasi dan apa saja berkaitan ‘cheong’.
Difahamkan, portal itu mula beroperasi sejak tahun 1998 dengan menggunakan medium sosial seperti internet relay chat (IRC), myspace, tagged, yahoo private group, forum dan kini Facebook.
Admin yang mengendalikan portal arif dalam bidang teknologi maklumat (ICT) selain berkongsi pelbagai maklumat mengenai ‘cheong’ hampir setiap jam tanpa henti sepanjang hari dan tujuh hari seminggu.
Lebih licik, mereka turut berkongsi pengakuan ahli yang pernah melanggan ‘cheong’ berkenaan, yang dipercayai untuk menarik lebih ramai ahli ke fanpages berkenaan.-HM

DEMI mempertahankan mahligai cinta yang dibina lebih 20 tahun lalu seorang isteri sanggup menanggung dosa dan memendam rasa sekian lama walaupun mengetahui suami ‘makan luar’ dengan melanggan pelacur untuk memuaskan nafsu.
Bebanan perasaan itu mula ditanggung wanita dikenali sebagai Zalina, 40-an sejak mereka berkahwin kerana suaminya seorang kaki perempuan, tetapi tidak terlalu serius kecuali setahun kebelakangan ini apabila dia mula berani melanggan pelacur dan menjadi ahli VIP sebuah kelab pelacuran atas talian.

Walaupun perkahwinan mereka dibina atas pilihan keluarga, namun suri rumah itu menyayangi suaminya sepenuh hati dan tidak sanggup berpisah, sedangkan mengetahui dia melakukan perbuatan tidak bermoral dengan wanita lain.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia mengetahui suami mula terjebak dengan kegiatan tidak bermoral sejak setahun lalu selepas mendapati dia sering memberi alasan menghadiri mesyuarat dan makan malam syarikat untuk keluar dari rumah walaupun di hujung minggu.
“Saya pernah bertanya kepadanya mengapa sanggup berbuat demikian, tetapi saya hanya mendapat amukan dan maki hamun daripadanya.
Sejak itu saya tidak berani bertanya dan banyak memendam perasaan sehingga memudaratkan kesihatan.
“Semua saya lakukan untuk menjaga maruah suami, diri sendiri selain mengelakkan anak mendapat kesan negatif daripada perbuatan bapa mereka, tetapi saya mula berfikir sampai bila saya perlu menanggung dosa diatas perbuatannya,” katanya.
Zalina berkata, perubahan drastik oleh suaminya menimbulkan pelbagai persoalan, sedangkan sebelum ini dia sering ‘melekat’ di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan kerja atau mesyuarat.
Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak dia memeriksa telefon bimbit suaminya secara diam, untuk mendapatkan kepastian.
Katanya, alangkah terkejut apabila menemui pelbagai SMS dan WhatApps temu janji dengan wanita di hotel bajet sekitar Lembah Klang yang dihantar individu tertentu termasuk wanita.
“Selepas menyiasat saya dapati suami melanggan ‘cheong’ atau gadis pengiring dari sebuah laman sosial Facebook (FB) dikenali SMO (Seks Melayu Official), malah dia menjadi ahli VIP kelab berkenaan untuk menikmati pelbagai keistimewaan.
“Saya tidak sangka suami terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu sedangkan selama ini hidup kami amat bahagia.
Malah, saya geli geleman apabila membaca beberapa SMS berbaur lucah yang dihantar wanita yang pernah dilanggannya,” katanya.
Zalina berkata, walaupun dia boleh dikategorikan sebagai individu yang buta teknologi, tetapi cuba menyiasat dengan membuat kajian di Internet dan FB mengenai maksud gadis pengiring atau ‘cheong’ dan menganggap ia satu kegiatan pelacuran kelas atasan.
Apa tidaknya, dia berkata, bayaran yang dikenakan untuk menjadi ahli mencecah ribuan ringgit, malah bayaran keahlian lebih tinggi jika ingin menikmati kemudahan lebih istimewa.
Tetapi yang menyedihkan, katanya kebanyakan wanita yang diperdagangkan dalam pusat pelacuran maya itu adalah wanita Melayu, dan lebih mengejutkan ada antara mereka gadis bertudung dan isteri orang.
Selepas mengetahui perbuatan suami, Zalina berkata, dia hanya mampu mengadu kepada Allah dengan memperbanyakkan solat hajat dan berdoa supaya suaminya yang berusia lebih 50 tahun itu diberikan hidayah untuk berubah satu hari kelak.
Malah, dia juga mengambil keputusan memaklumkan kepada ahli keluarga dan meminta mereka melakukan perkara sama supaya suami menyedari perbuatannya.
“Saya terlalu menyayanginya dan tidak sanggup berpisah, pada masa sama saya memikirkan nasib anak yang bersekolah.
“Jadi, sekarang saya perbanyakkan doa dan sering mengadakan sembahyang hajat supaya suami dilembutkan hati dan sedar kesilapannya, serta bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, saya rasa ini usaha terbaik yang saya boleh lakukan supaya suami insaf,” katanya.
Sambil mengakui suaminya seorang yang berpendidikan tinggi, Zalina cuma berharap suatu hari kelak doanya dimakbulkan Allah dan kerukunan rumah tangga mereka berkekalan hingga akhir hayat.
“Dia seorang yang terpelajar dan mempunyai pekerjaan bagus.
Malah, sebagai isteri saya juga percaya dia boleh berubah…
Kini saya berdoa dan berserah kepada Allah semoga satu hari kelak ada perubahan dan penyesalan dalam dirinya,” katanya.

“Saya sedar saya tidak mempunyai pendidikan tinggi dan hanya bergantung sepenuhnya kepada suami, tetapi sebagai isteri sayaberharap ada sinar baru dalam kehidupan kami sekeluarga,” katanya.
Zalina berkata, dia dijodohkan dengan suami ketika berusia 18 tahun manakala suami 28 tahun, dan sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak.

ADAKAH mereka hilang pertimbangan dan kewarasan, tak padan dengan umur secara selamber tanpa rasa malu melakukan aksi tak senonoh di tempat awam.
Zaman sekarang memang mencabar,apatah lagi menjadi ibubapa.Saban hari keluar pagi balik malam cari rezeki.Anak ? Dengan siapa ? Dengan pembantu rumah?

Sibuk mana pun kita mencari rezeki perhati dan kawal lah anak anda.Dengan siapa dia berkawan ? Kemana dia pergi ? Apa dia buat buat ? Bukan mengongkong tapi jadi kawan biar dia selesa bercerita dengan kita.



Dan kita sebagai ibubapa tidak semestinya mahu anak kita menjadi seperti gambar dibawah ni kan, walaupun tidak tahu di mana, siapa dan berapa sebenar umur mereka ia tetap nampak tidak senonoh.

Tetapi adakah kita meletakan sepenuhnya tanggungjawab kepada ibu bapa?
Mana pergi nilai moral masyarakat, yang membiarkan mereka boleh tergamak melakukan aksi sebegini.

Tepuk dada tanya selera, tingkah laku semakin runtuh, bukan bangsa, tempat persoalannya, tetapi nilai moral mereka

TERDAPAT cubaan untuk memfitnah pengacara dan penerbit program999 terkenal, Mazidul Akmal Sidik apabila sebuah akaun Facebook palsu menggunakan namanya digunakan untuk menaikkan kemarahan orang Sarawak.
Status Facebook Mazidul Akmal Sidek :

‘Orang Serawak masih mengguna cawat dan tinggal di atas pokok di bahagian pembangkang. Alhamdulillah di tompok pimpinan BN hidup mereka berubah.’
Status ini menaikkan kemarahan rakyat Sarawak yang menyangka ia ditulis oleh Mazidul hingga ada yang meminta permohonan maaf dibuat dalam masa 24 jam.
Perkara ini bagaimanapun dinafikan oleh Mazidul menerusinya blognya, www.mazidulakmal.com.
Mazidul menerangkan, selain pemilik akaun palsu itu menggunakan bahasa yang tidak betul ia juga terang-terangan bukan tulisannya memandangkan akaun Facebook sebenarnya adalah Mazidul Akmal dan Mazidul Akmal Sidik.

BANYAK cara unik untuk mempopularkan perniagaan. Seperti lelaki dari Sao Paulo, Brazil, Francisco Elder Braga, ini mempopularkan barnya dengan berpenampilan gaya Osama Bin Laden.
Kerana gayanya tersebut, Francisco menjadi terkenal di negaranya. Ramai pengunjung yang datang ke barnya untuk bergambar bersamanya. Lelaki berusia 54 tahun ini tidak hanya mengubah gaya beliau menjadi Osama Bin Laden, tetapi juga menukar nama barnya “Barbas” menjadi “Bar do Bin Laden”.
Francisco mengatakan bahawa ideanya ini sangat bagus untuk perniagaan. “Kesannya sangat baik untuk bisnesku, sekarang tidak ada lagi yang memanggilku Francisco, tapi Osama Bin Laden,” kata Francisco seperti yang dilaporkan oleh Vocativ.

Idea Francisco rupanya berjaya kerana ribuan pengunjung datang ke barnya selain untuk membeli minuman, tapi juga untuk berfoto selfie bersamanya. Bahkan stesen televisyen terkenal Al Jazeera, pernah membuat liputan ke atasnya dan bar yang dikelolanya. Francisco pun pernah diundang di beberapa stesen televisyen di acara variety show.
Walaupun berpenampilan seperti Osama, Francisco mempunyai personaliti yang jauh berbeza dengan Osama Bin Laden. “Saya adalah orang baik-baik, saya juga menentang keganasan,” kata Francisco.

MUAR: “Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam.
Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis.
Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya.

Bagaimanapun, wanita bersenjatakan sebilah pisau itu beberapa kali meminta suaminya datang ke tempat kejadian.
Katanya, jika permintaan itu tidak dipenuhi, dia akan terjun dari jambatan selain mengelar lehernya menggunakan pisau di tangannya.

Difahamkan, wanita terbabit bertindak sedemikian selepas mengetahui hubungan sulit suaminya bersama seorang wanita lain.
Berikutan itu, dia yang tidak berpuas hati melarikan diri dari rumahnya di Tanjong Agas dekat sini, sebelum menuju ke jambatan berkenaan.
Kakaknya, yang dipanggil polis bagi memujuknya terlebih dulu tiba di lokasi, bagaimanapun wanita itu gagal ditenteramkan, malah tetap mahu suaminya datang untuk menyelesaikan masalah.
Selepas beberapa kali mengugut mahu membunuh diri, akhirnya polis akur dengan permintaan Suriani dan mencari suaminya.
Kira-kira 10 minit kemudian, suaminya berusia sekitar 30-an tiba di lokasi dan berjaya memujuk isterinya bertenang serta menyelesaikan masalah melalui perbincangan.
“Kita selesaikan perkara ini cara baik,” teriak lelaki itu dengan jarak kira-kira 50 meter dari isterinya.
Suriani yang berpuas hati dengan pujukan suaminya, kelihatan tenang sebelum turun dari palang jambatan dan menyerah diri kepada polis.
Suami isteri berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar mengapa wanita terbabit mahu membunuh diri.
Pada masa sama, katanya, polis merampas sebilah pisau digunakan wanita itu.
“Kami percaya kejadian berpunca masalah peribadi dirinya dan suami,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh diri di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

LOS ANGELES – Seorang penari mengemukakan tuntutan saman ke atas penyanyi Britney Spears kerana menyebabkan hidungnya patah dan gagal membayar bil perubatan ketika dia terlibat dalam pembikinan video muzik `Work Bitch’ pada Ogos tahun lepas.
Penari berkenaan, Dawn Noel berkata, pada hari kejadian, Spears muncul di studio di Woodlan Hills dalam keadaan kusut masai dan wajah seperti keliru.
Spears yang tiba beberapa jam selepas penari tersebut memulakan latihan, dilaporkan mengalami kesukaran untuk mengikut langkah mereka, meskipun pergerakan asas.
Menurut Dawn, dia berdiri di tepi Spears apabila penyanyi berkenaan gagal mengimbangkan badannya menyebabkan tangannya terkena di bahagian muka penari itu.
“Kesannya amat kuat hinggakan semua orang dalam studio boleh mendengar bunyi patah. Ketika saya berada dalam kesakitan yang amat sangat, Britney  hanya berpaling dan meminta maaf, sebelum meneruskan latihan.
“Dia tidak mempedulikan apa yang berlaku dan tidak berhati perut.
“Selepas setengah jam, saya tidak dapat menahan kesakitan dan telah menemui doktor, sebelum dimaklumkan bahawa hidung saya patah dan perlu menjalani pembedahan,’’ katanya.
Dawn mendakwa pembantu Spears berjanji untuk membayar bil perubatan, namun selepas beberapa bulan menunggu, mereka gagal membuat bayaran berkenaan.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Spears tidak memberikan sebarang komen berhubung isu ini.

Kota Bharu: Mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui orang awam dekat tali air di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, jam 7 malam semalam.
Bayi terbabit ditemui berbalut dengan tuala dan ditinggalkan dalam beg kain sebelum ditemui oleh penduduk kampung.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. – HARIAN METRO

SEMALAM, menerusi ruangan ‘Nota Neelofa’ dalam Harian Metro, pelakon dan pengacara Neelofa telah berkongsi pandangannya melalui artikel bertajuk ‘Padah Jika Terlalu Lantang’.
Ia menyentuh mengenai keterbukaan sesetengah individu termasuklah selebriti untuk berkongsi hal peribadi yang sepatutnya tidak perlu diperbesar-besarkan kepada umum termasuklah perihal rumahtangga.
Neelofa juga turut menegur sikap artis yang dianggapnya hipokrit termasuklah menggunakan kata-kata positif atau nama Allah bagi menggambarkan kebaikan mereka.
“Menggunakan kata-kata positif berkaitan agama atau nama Allah untuk sesuatu perkara dan pada masa yang betul, memang Lofa sangat sokong, tetapi jika tiap kali menggunakan taktik sama untuk menunjukkan imej yang kononnya baik, bagi Lofa itu psiko.
“Merendah-rendahkan atau memalukan individu lain melalui laman sosial menunjukkan betapa rendahnya IQ seseorang itu.
“Bagi Lofa senang saja, kalau betul kita sebagai artis tersilap langkah, jangan perbesarkan isu atau mencambahkan isu itu. Malah, yang harus dibuat adalah mohon maaf dan ‘move on’ atau Lofa lebih selesa berdiam diri.
“Terlalu banyak lagi perkara yang jauh lebih penting dalam hidup ini yang Lofa perlu beri perhatian daripada menjawab atau memberi reaksi kurang matang terhadap mereka yang ingin menjatuhkan kita,” tulisnya.

Biar pun kata-katanya itu tidak menyentuh secara spesifik nama individu tertentu, kelihatan seperti ada yang terasa dengan tulisannya itu.
Artis jelita, Nur Fazura menerusi akaun Twitternya mengemaskini statusnya seolah-olah merujuk kepada apa yang ditulis oleh Neelofa itu.
Kalau benar, tak tahulah mengapa Fazura perlu terasa kerana artikel tersebut lebih bersifat umum.
Apa pun, hanya tuan empunya diri saja yang lebih mengerti maksud yang tersirat di sebalik ‘tweet’nya itu.

Selepas Diana Danielle memuat naik gambar mesra bersama suaminya, Farid Kamil minggu lalu, terbaharu trend bergambar mesra di antara suami isteri semakin menjadi trend pula apabila pelakon bergetah, Rozita Che Wan juga memuat naik gambar mesra bersama suami.
Dengan berlatar belakangkan katil bersama kelopak bunga mawar, pasangan romantis ini bergambar mesra dengan Zain tidak berbaju sementara Che Ta hanya bersinglet putih.
Pasangan yang dinikahkan pada 11 Disember tahun lalu itu kini sedang bercuti di Koh Samui, Thailand.
Ada peminat yang suka melihat keromantikan pasangan ini namun tak kurang juga yang menasihati agar perkara dalam kain tidak perlu dikongsikan bersama orang luar.
Mungkin ada yang beranggapan perkongsian gambar-gambar sebegini tidak sesuai dengan orang Timur yang terkenal dengan adat sopannya.
Apa pula pandangan anda terhadap trend perkongsian gambar terlampau mesra di media sosial? 

TIDAK dapat dipastikan kesahihan cerita ini, namun ia mula menjadi bahan bualan hangat di alam maya. Beberapa blog berita termasuk mynewshub turut menyiarkan kisah ini.
Ia mengenai cerita seorang wanita disebut sebagai setiausaha sebuah syarikat yang bertindak di luar jangka dengan memerah susu badan sendiri untuk dijadikan bahan penyedap minuman bosnya.
Aksi wanita itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat berkenaan dan berdasarkan kupasan blogger berkenaan, wanita tersebut telah dipecat oleh majikannya susulan kejadian itu.
Pihak yang memuatnaik video berkenaan di youTube bagaimanapun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai lokasi dan kisah sebenar yang berlaku terhada wanita berkenaan.