Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



KUALA LUMPUR: Selepas ketibaan pasangan panda gergasi dari Chegdu, China, Fu Wa dan Feng Yi kelmarin, Malaysia dijangka akan meminjamkan haiwan tapir atau nama saintifiknya tapirus indicus kepada negara China.

Di negara ini tapir turut dikenali sebagai tenuk.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata langkah itu dilakukan sebagai balasan dan juga penghargaan kepada negara tersebut yang telah sudi meminjamkan haiwan ikonik negara China itu kepada negara Malaysia.

"Perkara ini telah disampaikan kepada Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang dalam perbincangan bersama kami baru-baru ini dan selain tapir, ada beberapa haiwan lain yang mungkin akan dipinjamkan ke China,"

Namun masih belum ada sebarang perbincangan konkrit yang dijalankan termasuk tarikh penghantarannya.

"China ada sampaikan kepada saya mengenai perkara ini dan kita memang sudah melakukan perbincangan persahabatan untuk menghantar tapir ke China dan ianya akan diputuskan nanti," katanya.

Palanivel ditemui selepas merasmikan Pameran Herba Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini pagi tadi.


Astroawani
Gambar Hiasan

ROMA - Seorang hakim di Itali memerintahkan agar sidang yang berlangsung dihentikan kerana dua kakitangan mahkamah dicekup lakukan seks semasa perbicaraan.

Kejadian ini berlaku di bandar Genoa , Itali . Saksi mata mengatakan , saat itu pendakwa Sabrina Monteverde baru saja mulai membacakan dakwaan atas seorang lelaki kelahiran Maghribi , Yassin Mahmod , yang dituduh membunuh seorang gelandangan tahun lalu .

" Pembacaan dakwaan baru bermula ketika hakim mendengar suara - suara aneh . Dia kemudian mencari sumber suara itu dan mendapati dua kakitangan mahkamah tengah melakukan seks , " kata seorang sumber di mahkamah .

Kedua kakitangan mahkamah itu mengadakan hubungan intim di bilik bersebelahan yang hanya di pisahkan dengan dinding berkaca gelap.Kedua mereka itu mengira kaca gelap itu cukup untuk melindungi perbuatan mereka .

" Akibatnya , hakim Anna Ivaldi memerintahkan agar sidang ditunda dan memerintahkan kedua orang tersebut meninggalkan bangunan mahkamah , " ujar sumber itu .

Kedua orang itu adalah kakitangan pentadbiran mahkamah , tetapi pihak mahkamah tidak menyebutkan nama kedua orang tersebut .

Jurucakap mahkamah bandar Genoa berkata , masalah ini sudah ditangani dan disiasat. Komen tidak akan diberikan sehingga siasatan berakhir .

Sumber: kompas.com

DUA keping foto tersebar di laman Facebook wajah seorang lelaki yang berdarah di bahagian mulut dan bajunya serta seorang pelajar sekolah sedang berdiri berdekatan dengan pintu sebuah bilik.
Lelaki itu merupakan seorang guru (mengikut dari posting asal) yang dikatakan telah cedera dibahagian mulut hingga berdarah akibat ditumbuk oleh pelajarnya sendiri.
Kejadian tersebut berpunca dari tindakan guru tersebut yang menegur muridnya kerana tidak ke surau untuk bersolat.


Menurut individu yang berkongsi foto ini, kejadian berlaku di SMK Kota Kulai, Johor
Betul ataupun tidak penulis masih belum ada pengesahan dari pihak berkuasa atau sekolah mengenai kejadian ini.

NAMA Qila Wan Hisham mungkin asing bagi anda yang tidak menonton rancangan pelakon ini, tapi tidak bagi penggemar cerita Awan Dania. Meskipun hanya membawakan watak tempelan atau sebagai pembantu sahaja, aktress ini boleh dikatakan sebaris dengan Scha AlYahya dan Nasha Aziz dalam cerita Awan Dania itu.
Aktress ini dikatakan agak ‘sosial’ juga. Jika selepas ini tersebar dan keluar ke media-media lain, atau mungkin juga segmen panas ‘Melodi’ atau segmen ‘Terjah’, apakah anda semua dapat mengagak jawapan yang akan keluar dari mulut artis ini?




Riyadh – Seorang pembantu rumah warga Filipina mengalami kecederan melecur yang teruk selepas dicurah dengan air panas yang sedang menggelegak oleh ibu kepada majikannya, kerana lambat membancuh kopi.
Wanita berusia 23 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Fatma, hanya dibawa ke hospital selepas enam jam kejadian itu berlaku.
Dia yang mengalami kecederaan lecur di bahagian belakang dan kaki, kemudiannya menyerahkan numbor telefon sepupunya kepada kakitangan hospital dan meminta mereka menghubunginya.
Sekembalinya ke rumah majikannya, sepupunya telah mengambilnya di rumah tersebut dan dia kini berada dalam jagaan kedutaan Filipina.
Sepupunya kemudian telah memuat naik gambar Fatma dengan kecederaan parah di dalam Facebook.
Menurut sepupunya itu, Fatma hanya berada di Riyadh dalam masa dua bulan dan telah melalui pengalaman menakutkan itu.
Jelasnya, di sebalik kecederaan parah itu,dia dipaksa bekerja dan sering dipukul serta tidak diberikan makanan.

Chin adalah salah satu kawasan penduduk yang paling miskin dan terpencil daerah di Burma. 
Hampir 75% daripada penduduk 500,000 yang hidup kemiskinan dan sebahagian besar terppisah dari rejim Burma lebih berjaya di Rangoon atau Naypyidaw. 

Ada laporan hingga 12 suku Chin yang mengamalkan seni tatu wajah, bahkan setelah kerajaan Burma secara rasmi melarangnya pada tahun 1960. 

Pemahaman tempatan adalah bahawa suku Chin mulai menato wajah perempuan sebagai cara untuk  menghilangkan rupa paras kecantikan mereka.

Ada satu legenda lama seorang raja Burma yang menculik seorang gadis cantik Chin dan menjadikan dia isterinya. 

Gadis itu melarikan diri, dan dalam usaha untuk tidak tertangkap lagi dia menyamar dirinya membuat incisions di mukanya dengan pisau. Di sinilah dikatakan mulanya mereka mula mentato muka mereka supaya kelihatan tidak cantik.










TIDAK dinafikan kejadian membuli di sekolah khususnya sekolah menengah satu kejadian biasa biarpun ia sepatutnya tidak berlaku di pusat mempelajari ilmu.
Laman siber hari ini digemparkan dengan penyebaran tiga keping foto seorang pelajar perempuan dibuli oleh pelajar lain dengan cara yang cukup mengaibkan!
Malah perbuatan itu turut dirakam dan disebarkan.
Mynewshub.my bagaimanapun tidak mengetahui lokasi kejadian berkenaan dan juga punca ia berlaku.
Perlakuan itu jelas tidak bertamadun dan sudah pasti mangsa akan diselubungi trauma dan kemungkinan besar dilanda sindrom kemurungan selepas kejadian itu.




KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip terkejut apabila beberapa peminatnya melahirkan kemarahan selepas mendapat tahu dia sudah berpunya apabila foto kekasihnya di keluarkan di laman Instagram minggu lalu.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, berkata, dia tidak menyangka peminatnya akan memberikan respons sedemikian tetapi berasa lega kerana tidak lagi perlu menyembunyikan rahsia perihal pasangan cintanya yang dikenali sebagai Fy itu.

"Ini merupakan kali pertama saya memuat naik foto kekasih di Instagram sekadar mahu memberitahu yang kini saya sudah berpunya.

"Tidak sangka pula apabila ada beberapa peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana foto itu. Bagaimanapun, saya percaya mereka akan faham. Takkanlah saya tidak boleh ada kekasih semata-mata ingin menjaga hati orang," selorohnya.

Hafiz ditemui pada majlis pelancaran showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe di sini pada Khamis.

Minggu lalu, teka-teki mengenai siapakah kekasih Hafiz terjawab dia  berkongsi fotonya bersama wanita itu dengan kapsyen ‘happy birthday to my love’ bagi mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran wanita berkenaan.


Dalam pada itu Hafiz berkata, tujuan dia mendedahkan foto tersebut kerana merasakan sudah tiba masanya untuk dia berkongsi rasa bahagia perhubungan cintanya yang sudah terjalin selama lima bulan itu.

"Dulu saya terfikir, jika mendedahkan hal percintaan saya, mungkin ia akan menggugat karier dan peminat tidak akan suka saya lagi.

"Tetapi bila fikir balik, buat apa perlu sorok benda baik. Tetapi saya tidak akan memberitahu secara terperinci mengenai Fy.

"Apa yang saya boleh katakan, Fy merupakan pelajar jurusan akaun di sebuah institusi pengajian tinggi. Dia juga merupakan saudara jauh saya," ujarnya.

Sementara itu, mengenai showcase Hafiz & Friends, penyanyi Hazama dan Akim Ahmad turut terlibat menjayakan persembahan tersebut yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe Melaka pada 22 Jun depan.

"Kalau nak tahu, membuat persembahan di Hard Rock Cafe merupakan impian kami kerana ia sebuah kafe yang popular berkaitan persembahan-persembahan muzik selain memiliki sistem bunyi yang bagus.

"Secara keseluruhan, sebanyak 12 lagu yang akan dipersembahankan. Tidak sabar pula saya mahu bertemu dengan peminat," ujarnya.


Tiket persembahan berharga RM60 dan RM70 boleh dibeli dengan menghubungi 06-2925188 atau enquiries@hardrockcafe-melaka.com 

Houston: Seorang pakar teknologi maklumat memfail saman ke atas bekas teman wanitanya kerana enggan memulangkan cakera video digital (DVD) ‘Harry Potter’ selepas mereka berpisah.
Robert Wallace, 32, mendakwa dia meminjamkan DVD berkenaan kepada Nomi Mims seorang penari bogel dan sebuah komputer riba ketika mereka mula berkenalan.
Selepas berpisah pada 3 Mei lalu, Wallace meminta Nomi memulangkan wang dan barangannya, namun penari bogel terbabit enggan bekerjasama.
Kecewa dengan kedegilan Nomi, Wallace memfailkan saman di mahkamah untuk mendapatkan semula ‘haknya’ itu.
Nomi bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan mereka tidak pernah berpacaran.
“Kami cuma kawan biasa dan barangan berkenaan adalah hadiah yang diberikan Wallace untuk saya,” katanya. Berang dengan saman dikemukakan Wallace, kini Nomi bertekad untuk melawannya di mahkamah. “Ia perkara paling mengarut peran saya dengar. “Tidakkah Wallace tahu setiap bayaran dihulur kepada penari bogel tidak boleh dipulangkan semula?” katanya.

New York: Siasatan aktiviti pengedaran bahan lucah membabitkan kanak-kanak bukan saja membongkar rangkaian yang meluas, malah ada antara 71 yang ditahan itu adalah individu yang tidak disangka terbabit dalam kegiatan berkenaan.
Dalam kalangan suspek, penyiasat mendapati mereka adalah pegawai polis New York, Ketua Polis Daerah Westchester, rahib Yahudi di Brooklyn, anggota paramedik dan pengasuh.
Seorang lelaki dari High Bridge, New Jersey, Lori Bauer, 38, pula ditahan kerana menghasil dan mengedarkan imej lucah membabitkan anaknya sendiri.

Pengarah Jabatan Siasatan Keselamatan Dalam Negeri New York, James Hayes Jr berkata, jumlah bahan bukti aktiviti eksploitasi seks dalam kalangan kanak-kanak di New York menunjukkan ia sudah menjadi ‘wabak’ di bandar raya itu.
Dalam operasi mereka, katanya, pihak berkuasa menemui ribuan imej lucah kanak-kanak disimpan di dalam komputer, telefon pintar dan bahan elektronik lain.

“Ada antara kanak-kanak terbabit baru berusia tiga tahun,” katanya. Kata Hayes Jr, jenayah dilakukan suspek sangat menjijikkan dan tidak dapat diterima akal waras.

“Kami menemui puluhan ribu imej menakutkan dan kanak-kanak terbabit digambarkan dalam keadaan yang tidak sepatutnya,” katanya.
Suspek terbabit, Hayes Jr, ditahan di lima lokasi berbeza di sekitar Brooklyn dan Queens.

Sementara itu, Hakim Daerah Brooklyn, Kenneth Thompson berkata, kanak-kanak terbabit adalah mangsa penderaan seksual.
“Aksi mereka dirakam untuk menjadi sebagai hiburan manusia tanpa sifat kemanusiaan,” katanya.

Suspek Yuriy Eydelnant, 50, dituduh memasang kamera di dalam tandas rumahnya di Pulau Staten untuk merakamkan video ahli keluarganya seorang wanita berbogel sejak mangsa berusia 14 tahun.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan ekoran penahanan Ketua Polis Mount Pleasant, Brian Fanelli di Valhalla, daerah Westchester 23 Januari lalu.

Kurang dua bulan selepas Fanelli ditahan atas tuduhan kegiatan pornografi kanak-kanak, seorang rahib di Brooklyn, Samuel Waldman, 52, yang bertugas sebagai tenaga pengajar pengajian Yahudi ditahan atas tuduhan memiliki bahan lucah kanak-kanak.

Siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua ‘syaitan bertopengkan manusia’ itu membongkar dalang di sebalik transaksi video dan gambar kanak-kanak melakukan seks atau dicabul oleh orang dewasa. - Agensi

Kuala Lumpur: Seorang murid perempuan sebuah sekolah rendah di Sentul di sini, menempuh detik cemas apabila kaki kirinya tersepit pada besi penutup longkang di hadapan kelasnya.
Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sentul terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan kaki kiri mangsa berusia 12 tahun itu.
Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku apabila mangsa terpijak besi itu hingga menyebabkan lututnya tersangkut dan gagal keluar daripada longkang kecil berkenaan. 

Menurutnya, pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.12 pagi kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Sepasukan lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera diketuai Pegawai Bomba Abdul Halim Hassan tiba di sekolah itu pada jam 11.20 pagi.

“Pemeriksaan kemudian mendapati lutut mangsa tersepit pada besi penutup longkang. Kami terpaksa meletakkan minyak sebelum cuba memusingkan tubuh mangsa. Keseluruhan kaki kiri mangsa akhirnya dapat dikeluarkan dalam masa kurang tiga minit,” katanya di sini, semalam,

Menurutnya, kanak-kanak terbabit tidak mengalami kecederaan atau bengkak teruk. HM

Serdang: “Saya tergamam apabila tiba-tiba ditampar seseorang. Bukan sekali, tetapi dua kali dilempang di pipi kanan dan kiri,” kata seorang lelaki buta yang dituduh mencabul isteri orang di sebuah pangsapuri di Serdang, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nik, 32, menaiki tangga menuju ke kediamannya di tingkat empat pangsapuri. 
“Ketika itu, saya baru baru pulang dari tempat kerja. Seperti biasa, saya berjalan sambil berpaut pada besi di tepi tangga itu. 

“Tangan kanan saya memegang tongkat, manakala tangan kiri meraba besi di tepi tangga itu. Bagaimanapun, saya rasa seperti tersentuh seseorang. Saya mahu meminta maaf, namun saya tidak mendengar suara sesiapa ketika itu,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai juru urut di Kompleks Kejiranan Putrajaya terus pulang ke rumahnya.