Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


IBU bapa mana tak kecewa bila anak disakiti sehingga berbekas bukan?
Tambah sakit hati bila pihak pengurusan tempat jagaan di mana anak mendapat kecederaan tersebut acuh tak acuh sahaja tentang aduan yang dibuat.
Itulah luahan seorang bapa yang berkongsikan perkara ini menerusi satu entri yang disiarkan Facebook Sukan Star TV.
Si bapa tersebut menceritakan:
“Kejadian berlaku pada 31.03.2015 ketika isteri saya nak mengambil anak perempuan di sebuah taska sekitar Kajang.
“Sampai je kat taska tersebut seorang pengasuh memberitahu bahawa anak kami telah digigit sekitar belakang badan, pipi dan perut. Kami rasa sangat marah kerana kesan lebam yang terdapat pada anak kami sangat teruk.
“Pengasuh tersebut memohon maaf dan memberi penjelasan bahawa pada ketika itu mereka sedang membancuh susu. Pada fikiran saya, adakah anak saya tidak menjerit atau melalak ketika digigit sehingga mereka tidak sempat untuk mengambil tindakan?”


Tambah si bapa sudahlah anak mereka diperlaku sedemikian rupa, usaha mendapatkan penjelasan lanjut pengurus taska terbabit tidak dilayan.
“Apa yang membuatkan kami betul-betul tak puas hati apabila saya ingin berjumpa dgn pengurus taska utk membincangkan hal ini dan ingin meminta nombor JKM, dia langsung tidak menjawab panggilan telefon saya pada hari kejadian.
“Keesokan harinya baru dia menjawab telefon dan saya meminta nombor JKM tapi dia tak bagi atas alasan itu hak dia. Yang lebih menyakitkan hati apabila dia menyatakan bahawa anak kami tiada dalam senarai sistem tadika mereka.
Malah dia mencabar saya untuk membuat laporan untuk dibawakan kepada mahkamah. Laporan polis telah kami buat. Akhir kata, sikap acuh tak acuh sebagai seorang pengusaha taska mengecewakan saya. Siapa yang tak sayu hati bila tengok anak kita dalam keadaan begitu kan?”
Isu seperti ini seharusnya membuka mata ibu bapa agar sentiasa berwaspada dan tidak terlalu bergantung kepada pihak ketiga untuk menjaga cahaya mata mereka.
Kes melibatkan taska atau pusat jagaan kanak-kanak yang memandang enteng kejadian sebegini pula, bukanlah pertama kali kita dengar.
Justeru mohon kementerian yang berkaitan, tolonglah pantaulah taska yang begitu banyak pada hari ini agar kejadian si kecil cedera atau meninggal dunia akibat kecuaian tidak lagi kita dengar seperti sebelum-sebelum ini.
- MYNEWSHUB.CC

SEEKOR anjing jalanan terselamat daripada maut walaupun badannya tersepit dalam bumper kereta sejauh 248 batu perjalanan di Fenghuang, China, baru-baru ini.
Pemandu kereta tersebut, Mr. Zhang yang menceritakan kisah itu berkata, “Saya memandu dalam keadaan agak laju ketika terlanggar anjing tersebut. Saya ingatkan anjing itu dah mati ataupun berjaya melarikan diri, sebab itu saya tak keluar dari kereta.”
Namun, selepas beberapa batu perjalanan baru Zhang menyedari ada bunyi salakan anjing dari bawah kenderaannya menyebabkan dia terdetik untuk berhenti memeriksa.
Sebaik menyedari anjing itu tersepit, Zhang terus memandu keretanya ke klinik haiwan berhampiran tanpa mengeluarkan anjing malang itu terlebih dahulu.



Selepas insiden itu, Zhang akhirnya mengambil keputusan untuk memelihara anjing itu kerana mempercayai takdir sudah tertulis untuknya bergelar tuan kepada anjing jalanan tersebut.

India – Jijik….Seorang wanita yang menyediakan hidangan air teh bercampur dengan air kencing kepada ibu bapa mertuanya selama setahun, akhir tertangkap.
Perbuatan itu terbongkar selepas ibu mertuanya melihat sendiri bagaimana Rekha Nagvanshi, 30, sedang kencing di dalam teko yang mengandungi teh untuk dihidangkan kepada mereka.
Wanita itu dikatakan mengambil tindakan tersebut sebagai membalas dendam terhadap ibu bapa mertuanya kerana tidak membenarkan suaminya, Deepak, 34, melakukan kerja rumah.
Rekha juga dikatakan tidak gembira dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga dengan Deepak dan pernah mahu meninggalkan lelaki itu.
Dia bagaimanapun dihalang oleh Deepak demi anak perempuan mereka yang baru berusia empat tahun.
“Rekha tidak gembira dengan perkahwinan itu dan mendakwa suaminya melayannya seperti seorang hamba.
“Dia pernah keluar dari rumah itu tetapi kembali ke situ selepas dirayu oleh suaminya. Mereka juga membuat perjanjian bahawa Deepak perlu membantu Rekha melakukan kerja rumah termasuk memasak, membasuh dan mengurut kakinya,’’ kata rakan Rekha iaitu Alia.
Namun tidak lama selepas itu, ibu bapa mertuanya, Suraj, 60, dan Ajith, 55, mendapat tahu mengenai perjanjian berkenaan dan membantahnya.
Selepas perbuatan Rekha terbongkar, dia ditangkap dan dibawa ke balai polis namun polis tidak dapat berbuat apa-apa.
Ibu bapanya bagaimanapun mengupah seorang peguam untuk mengambil tindakan ke atas Rekha.
Rekha dan suaminya bagaimanapun dilaporkan telah keluar dari rumah berkenaan.

London – Manusia bertelur. Jangan terkejut tetapi itu yang dialami seorang seorang lelaki berusia 62 apabila doktor menemui `telur rebus’ dalam badannya.
`Telur’ berkenaan rupanya selama ini telah menekan pundi kencingnya hingga memaksa lelaki terbabit kerap kencing.
Ia dikesan apabila lelaki itu mendapatkan rawatan di hospital, selepas lebih 20 tahun mengalami masalah itu.
Doktor yang memeriksanya kemudian mengambil sampel dan menghantar ke makmal untuk pemeriksaan, namun tidak menemui sebarang perkara luar biasa mengenai penyakitnya.
Hanya selepas imbasan CT dijalankan barulah mereka menemui objek sepanjang 10cm dan lebar 7.5 cm. Ia seberat 220 gram.
Menurut New England Journal of Medicine, ketumbuhan berkenaan yang kelihatan seperti telur dipercayai terbentuk apabila kantung lemak dalam usus membran telah terpintal dan berubah menjadi ketulan.
Selepas pembedahan dijalankan bagi membuang telur berkenaan, lelaki itu tidak lagi mengalami masalah pundi kencing.

NGERI… angkara takut mendapatkan rawatan, seorang lelaki warga emas hampir kehilangan jari kelingkingnya selepas cincin yang dipakai tersekat pada jari.
Lelaki berusia 89 tahun yang menetap di Kampung Padang Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah itu terpaksa menanggung kesakitan berhari-hari lamanya selepas gagal menanggalkan aksesori tersebut.
Cincin yang tersekat itu telah menyebabkan jari mangsa membengkak dan lebam.
Ekoran itu, pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dihubungi untuk mendapatkan bantuan khidmat khas bagi memujuk warga emas berkenaan.


Mangsa yang berjaya dipujuk oleh pihak Bomba dan Penyelamat kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Nerang dan kerja-kerja pemotongan cincin di lakukan di sana diikuti rawatan pada jarinya.