Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Sri Aman: Seorang pesakit lelaki warga emas yang dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching maut apabila ambulans dinaiki terbabas di Kilometer 66 Aping, Jalan Sri Aman-Kuching, jam 12 tengah hari tadi.

Mangsa Bernard Lium Barandang, 65, parah di kepala dan dada, manakala anak lelakinya, jururawat dan pemandu hanya cedera ringan. 

Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pantu untuk mendapatkan rawatan selepas parah dalam kemalangan itu.
Katanya, mangsa menaiki ambulans dari Hospital Betong untuk mendapatkan rawatan penyakit kekurangan darah merah di Hospital Kuching.  
Bagaimanapun, sebaik tiba di selekoh jalan berkenaan ambulans terbabas ke kawasan semak di tepi jalan.
"Mayat dihantar ke Hospital Sri Aman sebelum dibawa ke Hospital Betong untuk tindakan susulan.

"Siasatan awal mendapati jalan di lokasi kejadian licin selepas hujan dan dalam penyelenggaraan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987


Johor Bahru: Hampir 30 babi berkeliaran di atas jalan selepas terjatuh daripada lori muatan yang terbalik di persimpangan bertingkat Jalan Pontian-Skudai di sini.

Dalam kemalangan jam 11 pagi tadi, lori terbabit dalam perjalanan ke pusat penyembelihan babi yang terletak di Taman Bukit Kempas di sini. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abd Rahman berkata, badan lori yang menempatkan haiwan berkenaan terbalik secara tiba-tiba ketika tiba di selekoh persimpangan bertingkat itu.
"Apabila sampai di selekoh, badan lori itu terbalik menyebabkan semua babi ini jatuh sebelum berkeliaran di atas jalan raya," katanya.
Bagaimanapun, katanya pemandu lori dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu.


New York: Setiap kisah janggut yang cantik, sudah tentu ada seorang wanita hebat di sebaliknya.
Isaiah Webb, pekerja di syarikat Sony di San Fransisco, kini menjadi terkenal kerana janggutnya yang menakjubkan.
Setiap Isnin, Webb akan menyiarkan gambar janggutnya yang digubah menjadi bentuk luar biasa.



“Isteri saya meminati fesyen, dan dia menyukai janggut,” katanya kepada Huffington Post.
Antara gambar yang disiarkan Webb yang paling mendapat perhatian adalah janggutnya yang berbentuk mangkuk.

Dengan cita rasa hebat isteri Webb dalam fesyen, ia menjadikan minat luar biasa suaminya berbaloi sehingga mereka berdua terpilih menjadi satu karektor dalam buku terbaru Ripley's Believe It Or Not!, ‘Reality Shock!’ yang akan diterbitkan pada 9 September depan. Webb mula berjanggut ketika dia berusia 11 tahun.

Empat tahun lalu, janggutnya itu sudah cukup panjang untuk dijadikan pelbagai bentuk.
“Kami tidak sangka ia akan menarik perhatian orang ramai. “Ia amat menyeronokkan dan kami mengambil keputusan membentuknya sekerap mungkin,” kata Webb.

Tetapi akhirnya mereka kehabisan idea untuk mencipta rekaan baru dan mula meminta pendapat peminat.
Kini, Webb mula menceburkan diri dalam perniagaan penjagaan rambut. Dia bakal mengeluarkan sikat khas yang diciptanya untuk mereka yang berjanggut panjang.

“Ia mempunyai berus khusus yang boleh menguraikan janggut yang bergulung. Anda boleh menyikat janggut anda walaupun ia basah,” katanya.

Menurutnya, ini bukan satu-satunya impiannya.

Webb berkata, dia benar-benar mahu membawa pendedahan meluas terhadap pertandingan janggut di Amerika Syarikat. - Agensi







SEORANG paderi Poland yang menjalankan ritual menghalau hantu pada seorang remaja perempuan mendakwa dia dihubungi oleh syaitan melalui teks pesanan ringkas (SMS).
Paderi Marian Rajchel dari Jaroslaw, tenggara Poland berkata dia mula mendapat SMS berunsur kebencian selepas gagal mengusir syaitan itu daripada remaja terbabit.
Rajchel percaya makhluk itu menggunakan tubuh badan remaja berkenaan sebagai perantaraan untuk melepaskan geram menerusi telefon bimbit.

“Biasanya pemilik telefon tidak sedar mereka dipergunakan seperti ini. Bagaimanapun dalam kes seperti ini ia jelas berlaku,” katanya.
Rajchel mendakwa syaitan dan pengikutnya tidak takut menggunakan teknologi moden. Antara mesej itu, menurut akhbar Austrian Times berbunyi: “Dia tidak akan keluar dari neraka ini, dia milik aku. Sesiapa yang membantunya akan mati.” Paderi berkenaan menjawab SMS itu dan menerima satu lagi jawapan berbunyi: “Baik kamu diam, paderi. Kamu tidak boleh menyelamatkan diri kamu sendiri. Bodoh. Paderi tua yang bodoh.” Menurut Rajchel, kejadian itu jelas menunjukkan remaja itu dirasuk dan memerlukan bantuan. – Agensi



Seremban: Polis sudah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun dan 19 tahun disyaki terbabit pembunuhan seorang kakitangan Kompleks Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi, 18, yang ditemui tertiarap di sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 3, Jalan Labu di sini, semalam.
Sumber polis berkata, pihaknya menahan suspek lelaki berusia 21 tahun yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bersama kekasihnya berusia 19 tahun di Ampangan di sini, kira-kira jam 6 petang semalam. 
Katanya, kedua dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir Fazli yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipercayai dipukul hingga terbunuh di lokasi kejadian. 

Katanya, pihaknya akan memohon reman kedua dua suspek jam 2 petang ini di Mahkamah Seremban selain memburu tiga lagi suspek yang masih menghilangkan diri.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.
"Akhirnya mangsa terjatuh daripada motosikal dan dipercayai dipukul hingga terbunuh," katanya. 
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh