Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SATELIT milik Facebook musnah ketika menjalni ujian pemeriksaan di tapak pelancaran di Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Roket SpaceX Falcon 9 yang digunakan meletup secara tiba-tiba pada pukul 9 pagi waktu tempatan.
Tambah laman itu lagi, satelit milik rangkaian media sosial terkenal Facebook itu bernilai AS$200 juta (RM814 juta) dan di namakan sebagai Amos-6 dijadual dilancarkan pada Sabtu ini.
Rakaman video pendek kejadian itu menunjukkan letupan bermula pada bahagian kedua roket tersebut sebelum keseluruhan roket musnah sepenuhnya dalam letupan yang lebih besar.

Asap tebal berwarna hitam berkepul-kepul memenuhi ruang kawasan pelancaran roket tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk, tiada kemalangan jiwa dilaporkan semasa kejadian dan punca sebenar kejadian masih belum diketahui.
Pemilik dan pengasas rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg mengesahkan satelit milik syarikatnya musnah dalam kejadian berkenaan dan berasa kecewa dengan insiden yang berlaku.
Jelas Zuckerberg, satelit yang bakal dilancarkan itu akan digunakan kepada lebih 14 buah negara di benua Afrika untuk menyediakan rangkaian Internet secara percuma.
“Kami tetap komited dengan misi kami untuk menghubungkan semua orang, dan akan terus berusaha sehingga semua orang mampu merasai peluang itu,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC


RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah merafak ucapan tahniah kepada ayahandanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pernikahan baginda pada 31 Ogos lalu.

“Beta amat mengagumi lelaki yang dipanggil Ayahanda ini,” tulis Tengku Amir di dalam sebuah gambar yang dimuat naik di menerusi akaun Instagram peribadinya.

“Beta akan sentiasa menyokong dan berdiri di belakang ayahanda sebagai pahlawan, beta akan sentiasa berbangga menjadi putera ayahanda.
“Alhamdulillah, dan tahniah Ayahanda! Beta amat bersukacita dengan keputusan ayahanda.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bernikah dengan pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, Tengku Amir, 25; yang dilahirkan di Amerika Syarikat berkata hubungannya dengan ayahandanya sama seperti “ayah dan anak lelaki yang lain.”

“Baginda telah memberikan kehidupan kepada beta, berkorban untuk beta, membesarkan beta menjadi seorang lelaki, membimbing beta semasa beta berduka dan menjadi contoh terbaik untuk beta dalam menjadi seorang pemimpin yang baik.
“Seorang lelaki yang tegas, seorang pejuang yang berani, Sultan yang arif dan baik hati serta dikasihi oleh rakyat jelata,” tambah Tengku Amir lagi.
Pasangan ini dinikahkan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Seri Haji Mohd. Tamyes di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Menurut Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad Munir dalam satu kenyataan, majlis pernikahan Diraja ini diadakan secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Norashikin sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang juruterbang Etihad Airlines bernama Mustapha Kamal dan mempunyai dua orang zuriat, iaitu sepasang lelaki dan perempuan. – MYNEWSHUB.CC


Amerika Syarikat, 2 Sept - Seorang pelajar kolej yang dilaporkan hilang di China 12 tahun lalu dipercayai ditemui masih hidup dan sebenarnya diculik untuk menjadi tutor bahasa Inggeris peribadi Kim Jong Un, lapor The Sun memetik Yahoo Japan.

David Sneddon hilang ketika dia berusia 24 tahun pada 2004 di China dan ketika itu, polis China percaya Sneddon terlibat dalam insiden ketika mendaki bukit.

Namun, mayatnya tidak ditemui sehingga sekarang.

Baru-baru ini, portal Yahoo Japan melaporkan bahawa Sneddon diculik untuk menjadi tutor bahasa inggeris kepada bakal pemimpin di Korea Utara itu (Kim Jong Un kecil).

Sneddon kini dipercayai mempunyai seorang isteri dan dua anak dan tinggal di Pyongyang, dakwa Yahoo Japan.

Ketua Persatuan Keluarga Diculik Korea Selatan, Choi Sung-yong, mendakwa Sneddon masih lagi hidup dan kini berusia 30-an.

Amerika Syarikat kini telah melancarkan operasi mencari Sneddon.

Ibu Sneddon, Kathleen Sneddon berkata "Kami tahu yang dia masih hidup, jadi kami perlu terus berjuang".

Menurut keluarga itu, mereka mengambil keputusan untuk berjuang mendapatkan jawapan disebabkan mayat anaknya tidak pernah ditemui biarpun diishytiharkan mati oleh polis China. -Siakapkeli.my

Sumber : The SunIndependent


KOTA BHARU, 2 Sept: Pihak polis pada Khamis menafikan satu video viral yang kononnya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di ruang angkasa Kuala Krai yang viral di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Abdullah Roning, pihaknya tidak menerima sebarang laporan dari penduduk kawasan itu berhubung kejadian.

"Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya," kata beliau sebagaimana lapor Bernama.

Difahamkan juga, video itu turut mengaitkan maklumat itu kononnya dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan meletakkan perkataan "BERNAMA".