Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Dua petugas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) maut dan dua lagi cedera parah apabila dua kenderaan rasmi pacuan empat PLKN bertembung sesama sendiri.
Menurut laman web Harian Metro, kemalangan itu berlaku di Jalan Tanjung Resang – Air Papan berhampiran simpang ke Mersing.
Ia berlaku, kira-kira pukul 9.30 pagi menyebabkan Ismail Muhamad, 57 dan Raden Benni, 53, maut di tempat kejadian.
Dua orang yang cedera parah ialah Abdul Aziz Wahab, 59 dan Mohd Yusuf Ishak, 45,.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.58 pagi.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Endau dikerahkan ke tempat kejadian.

Demikianlah reaksi peminat hiburan yang nyata terkejut dan hairan melihat gambar  dimuat naik oleh aktres jelita Fazura dalam laman Instagramnya.
Aksi Fazura dan Zizan yang nampak mesra dan mampu bergelak ketawa bersama sekaligus menjawab segala persoalan ramai pihak selama ini menyangkakan mereka saling bermasam muka.
Memetik laporan Murai.com.my Fazura berkata, gambar tersebut sememangnya dikongsi untuk ditujukan kepada para keyboard warrior yang suka melihatnya dan Zizan bermasam muka.

“Iya, memang gambar itu saya kongsikan untuk tatapan umum, baik peminat saya atau pun kepada penyokong kuat Zizan dan juga Virus. Memang ada mesej yang ingin saya tujukan kepada para keyboard warrior mahupun individu yang seronok melihat artis mereka bermasam muka.” kata Fazura.
Teraju utama Manisnya Cinta di Cappadocia mengakui terpanggil untuk menghubungi Zizan untuk sama-sama mencari punca situasi ini hingga mereka merancang untuk bertemu.
“Akhirnya ia membawa kepada pertemuan singkat malam tadi setelah Zizan pun turut merasakan perkara tersebut hanya isu yang dibesarkan oleh para haters dan keyboard warrior yang tidak senang melihat saya(Fazura) mahupun dirinya yang kali ini bergerak bersama kumpulan Virus.”
Sementara itu, Fazura turut meluahkan kesyukuran kehadrat Ilahi ekoran isu panasnya bersama Zizan sudah reda dan selasai. 

Mynewshub

KUCHING 5 Feb. - Umat Islam diingatkan bahawa ulat sago yang juga dikenali ulat mulong adalah haram dimakan.

Mufti negeri, Datuk Kipli Yassin berkata, keputusan fatwa bagi melarang umat Islam memakannya telah lama dibuat, namun mungkin ada yang tidak mengetahui perkara tersebut.

“Apabila kita berpegang kepada hukum dan membuat kajian, binatang ini telah ditetapkan sebagai jenis ulat dan dalam hukum fiqah, semua ulat tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.

“Namun, ingin ditegaskan bahawa kita bukan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya, malah tidak mengganggu budaya mereka. Kita ada hukum agama masing-masing dan itu yang perlu diambil perhatian,” katanya selepas majlis perasmian Bengkel Penyelidikan Fatwa dan Hukum 2015 di sini semalam. ─ Utusan

MPUMALANGA, Afrika Selatan – Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya menyebarkan video seks mereka telah bertindak nekad mencurah asid ke atas zakar lelaki tersebut.
Mangsa, Humphrey Khoza, 25, dikatakan menggunakan komputer ribanya untuk merakam aksi hubungan seks mereka sebelum video tersebut tersebar di laman sosial dan menjadi viral di internet.
Gadis berusia 17 tahun itu kemudian menemui Khoza di sebuah pub dan membaling asid bateri ke di celah paha lelaki berkenaan.
“Semuanya berlaku dalam sekelip mata kerana semasa dia datang saya nampak dia memegang sebiji botol, namun tidak menjangka botol tersebut berisi asid,” kata Khoza.
Ujarnya, dia tidak tahu bagaimana video tersebut boleh tersebar dalam laman sosial dan kini zakarnya tidak akan berfungsi lagi selain perlu membuang air kecil melalui tiub.
“Jika saya mendakwa dia di mahkamah sekalipun, ia tidak membawa apa-apa makna kerana tidak mungkin boleh mengembalikan kejantanan saya. Jika dia dipenjara, itu akan memusnahkan masa depannya dan saya juga tidak berupaya untuk berulang-alik ke mahkamah,” katanya. – Agensi

SEORANG pelanggan yang terdesak dengan bertindak mencuri piza untuk memberi makan kepada anaknya membuat bayaran balik kepada restoran tersebut selepas 13 tahun insiden itu berlaku.
Tindakannya membuat bayaran bagi piza yang dicuri lebih sedekad itu selepas lelaki tersebut menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Lelaki berkenaan berkongsi sepucuk surat yang dihantar kepada restoran berkenaan di laman sosial Reddit, dengan meluahkan rasa bersalahnya kerana menggunakan cek tendang untuk ‘membayar’ makanan itu.
Hidangan piza yang dicuri itu berharga AS$20 (RM71.59) tetapi dia menebus kesalahannya itu dengan membuat bayaran beserta faedah sebanyak AS$54.39 (RM194.69).
Antara yang dinyatakan di dalam surat itu: “Pada 2002, saya menggunakan cek tendang untuk mendapatkan piza di kedai anda. Saya menempuh waktu yang amat sukar ketika itu dengan bebanan masalah kewangan dan tidak dapat menyelesaikannya.
“Saya tidak mempunyai wang dan mempunyai anak yang lapar di rumah.”
Permohonan maafnya diteruskan dengan kenyataan: “Saya telah bekerja keras dan membangunkan sebuah perniagaan sejak lebih sedekad lalu dan meraakan ia adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk menangani keadaan yang saya hadapi. Saya harap tiada yang terasa hati.
Pemilik kedai piza itu memberikan reaksi positif apabila membaca beberapa komen berhubung kenyataan di Reddit, mengenai tindakan lelaki itu.
“Lelaki itu tidak berbuat apa-apa, tetapi jelasnya telah menunjukkan keperibadiannya. Ini termasuk kemurahan hatinya untuk memasukkan sekali faedah dalam bayaran itu,” menurut salah satu komen. – metro.co.uk

Venezuela – Seorang peminat komik sanggup mengambil risiko dengan melakukan aksi melampau iaitu menukar dirinya untuk menjadi seperti watak dalam komik yang diminatinya iaitu Red Skull tanpa mempedulikan wajahnya kini menjadi buruk dan hodoh selain menakutkan.
Bagi tujuan itu, Henry Damon sanggup memotong separuh hidungnya, mencacah anak mata supaya kelihatan hitam, menanam implan di dahi dan bakal mencacah wajahnya menjadi merah tidak lama lagi.
Damon yang berusia 37 tahun dan bapa kepada dua anak itu mengubah wajahnya selepas bertemu rakannya Emilio Gonzalez yang merupakan bekas pelajar perubatan yang tercicir dalam pelajaran.
Selepas bertemu Gonzales yang turut mengkhusus dalam mencacah tatu dan pembedahan badan, Damon mengetahui itu adalah peluangnya untuk menjadi Red Skull.
Sebelum menjalani pembedahan itu, Damon menjalani beberapa ujian psikologi dan fizikal yang ditetapkan oleh Gonzales.
“Ramai pelanggan saya mengetahui bahawa pengubahsuaian badan merupakan satu seni badan kebanyakannya mengambil masa bertahun-tahun untuk menjadikan impian mereka sebagai satu realiti,” kata Gonzales.
Menurutnya, selepas ini Daman akan menjalani pembedahan memasukkan implan silikon di bahagian tulang pipi, dagu dan pipi.


“Selepas itu seluruh wajahnya akan dicacah bewarna merah dan kemudian dia akan menjadi Red Skull,” katanya.

KINABATANGAN – Dua beranak maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori tangki minyak di Kilometer 103 Jalan Sandakan-Lahad Datu, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A.Sahak Rahmat berkata kedua-dua mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, Lim Gek Liang, 58, dan anak perempuannya, Lim Sar Yun, 19.
Katanya dalam kejadian 5.05 petang itu, Lim memandu dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu dan sebaik tiba di kawasan Kampung Perpaduan di sini, kenderaan yang dipandu Lim dipercayai masuk ke lorong kanan lalu bertembung dengan lori minyak dari arah bertentangan.
“Mayat kedua-dua beranak yang tersepit di dalam kenderaan dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan,” katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.
Menurutnya, pemandu lori minyak itu yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dan dirawat di Hospital Kinabatangan manakala mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat. – BERNAMA