Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



PETALING JAYA: Pelakon baharu Mia Ahmad berharap khabar angin kononnya terdapat pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya sebagai Yuhanis dalam Hari Perempuan adalah cerita tidak benar. 

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, dia sudah lama mendengar mengenai gosip tersebut tetapi enggan mempercayainya kerana berita tersebut seolah-olah ingin menarik perhatian pembaca.

"Saya tak rasa berita kononnya pasangan suami isteri bercerai kerana Yuhanis adalah cerita betul.

"Apabila saya membuka blog yang menyebarkan berita itu, ia tidak kelihatan benar, sebaliknya ia seperti sengaja direka dengan tujuan untuk meraih perhatian orang ramai," katanya kepada mStar Online pada Rabu.



Minggu lalu, sebuah blog tempatan telah mengeluarkan artikel mengenai seorang isteri telah memfailkan perceraian kerana bengang suaminya sering menyebut nama Yuhanis ketika sedang tidur.

Kata isteri tersebut, sejak menonton drama Hati Perempuan, suaminya mula menunjukkan perubahan sehingga kedua-dua mereka kerap bergaduh.


Sementara itu, Mia berkata, sekiranya benar ada pasangan suami isteri bercerai kerana wataknya itu, dia pasti akan bersedih kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Sekiranya betullah khabar itu, saya sangat sedih kerana tidak sangka watak Yuhanis memberi impak sehingga ke tahap itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Mia mengakui drama tersebut mempunyai impak yang tersendiri apabila ramai memberi komen rata iaitu positif dan negatif.

Bagaimanapun dia bersyukur, namanya mula menjadi perhatian kerana lakonan itu dan sedikit sebanyak menambahkan rezeki dalam kerjayanya.

"Alhamdulillah, sejak dikenali menerusi Hati Perempuan, saya menerima pelbagai tawaran lakonan sehingga membuatkan saya perlu memilih.

"Malah saya turut ditawarkan menjadi model dan duta untuk beberapa produk," tuturnya.

Drama Hati Perempuan sudah pun tamat siarannya di TV3 pada 14 Mei lalu.

Mstar Online

Las Vegas: Seorang wanita mengaku membunuh suaminya sendiri selepas rahsianya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain diketahui mangsa.
Maria Hernandez, 32, dan adik lelakinya Hector Gutierrez, 22, ditahan dan dituduh membunuh suaminya, Enrique Hernandez.
Mayat Hernandez dijumpai di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan kepalanya hampir putus.
Maria dipercayai merancang pembunuhan itu sebulan lalu dengan bantuan Gutierrez yang menyerang mangsa menggunakan kapak.
Wanita itu pada mulanya menghubungi polis berhampiran persimpangan Buffalo Drive pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) dan memberitahu ada lelaki menyerang suaminya.
Selepas disoal siasat Maria akhirnya mengaku dia bersubahat dengan Gutierrez untuk membunuh suaminya itu.
Maria menyembunyikan kapak di tempat duduk belakang kereta yang dipandunya dan menyuruh Gutierrez menggunakan senjata itu untuk menyerang mangsa. - Agensi


London: Kemunculan satu permainan baru yang dipercayai boleh memanggil roh kini menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja.

Permainan yang dikenali sebagai ‘Cabaran Charlie Charlie’ digambarkan sebagai ritual ghaib dan membolehkan pemain berhubung dengan roh.

Cara permainannya hanya menggunakan dua batang pensel yang disilangkan dan diletakkan di atas sehelai kertas yang ditulis dengan perkataan ‘Ya’ dan ‘Tidak’.
Si pemain kemudiannya menyeru roh dengan menyebut ‘Charlie, Charlie boleh kita main?’ sebanyak dua kali dan menunggu pensel itu bergerak.

Sekiranya pensel menunjuk ke arah ‘Ya’, mereka boleh mula bertanyakan soalan.
Untuk menamatkan permainan, mereka perlu meminta kebenaran dengan menyebut ‘Charlie, Charlie bolehkah kita berhenti?’

Mereka perlu menunggu sehingga pensel menunjukkan ke arah ‘Ya’.
Selesai bermain, mereka harus menjatuhkan pensel ke lantai supaya roh itu boleh kembali ke tempat asal dan tidak mengganggu pemain.

Permainan itu menjadi popular selepas ramai remaja memuat naik video pensel yang bergerak sendiri di Internet.
Sekumpulan remaja di sini memberitahu permainan itu sangat menyeramkan walaupun mereka tahu tidak mungkin roh masuk ke dalam pensel berkenaan.
“Kami mahu berseronok dan tahu pensel itu bergerak akibat gerakan kami sendiri.
“Bagaimanapun, melihat pergerakan pensel itu sudah cukup untuk membuat kami berasa seram,” katanya.
-

Johor Bahru: Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah pengalaman hidup dilalui seorang jurujual apabila ‘perkahwinan segera’ bersama jejaka idaman yang dikenali menerusi laman sembang sosial bertahan 10 hari saja.

Kebahagiaan yang diimpikan musnah dalam sekelip mata selepas lelaki yang dinikahi itu didakwa hanya mahu mengikis harta, selain menjadikan dirinya sebagai batu loncatan untuk menebus hutang judi lebih RM300,000.
Menceritakan kisah malangnya, mangsa yang ingin dikenali sebagai Amy, 33, mengakui percintaan mereka berlaku begitu pantas ketika berkenalan menerusi laman sembang sosial pada 4 Jun tahun lalu.

Menurutnya, dalam tempoh hanya tiga hari perkenalan, pemuda yang baru dikenali ketika itu meluahkan keinginan untuk hidup bersama.
“Bayangkan tidak sampai tiga hari bersembang, dia (bekas suami) mengeluarkan ayat-ayat cinta menyebabkan saya cair dengan kata-katanya itu.

Hmetro Online