Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Jepun – Nagoro kini menjadi bandar berhantu. Apa tidaknya daripada lebih beratus-ratus penduduk yang menghuni bandar itu sebelum ini, kini hanya tinggal 35 orang sahaja yang menetap di situ.
Nagoro merupakan salah satu daripada 10,000 bandar dan kampung di Jepun yang semakin kosong akibat penghijrahan dan kematian.
Justeru bagi mengisi kekosongan berkenaan, salah seorang penduduk Nagoro, Tsukimi, membuat patung daripada kain untuk menggantikan jiran-jirannya yang telah meninggal dunia.
Meskipun dia sudah berusia 65 tahun namun Tsukimi merupakan penduduk paling muda di Nagoro.
Dia yang menetap di Osaka sebelum ini, telah kembali semula ke kampungnya itu bagi menjaga bapa. Namun lelaki itu meninggal dunia kira-kira sedekad lalu.
“Bagi mengembalikan semula memori terhadap jiran-jiran saya yang telah meninggal dunia, saya menghasilkan patung ini.
“Setiap patung mempunyai cerita tersendiri dan mereka mengingatkan saya kepada masa lalu,’’ katanya.
Memandangkan tiada lagi kanak-kanak untuk dibesarkan di Nagoro, maka sebuah sekolah terpaksa ditutup manakala rumah-rumah, kedai dan jalan di situ turut ditutup.
Kini terdapat 100 anak patung yang dihasilkan oleh Tsukimi yang diletakkan di sekitar Nagoro. Malah dia turut meletakkan satu anak patung di sebelahnya ketika dia memandu, untuk dijadikan sebagai peneman.


Hari ini, satu posting di media sosial tentang perlakuan biadap seorang kakitangan wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terhadap seorang warga emas mula bertebaran.
Mengikut individu yang menyebarkannya, kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak yang disaman sudah menerangkan bahawa dia tidak tahu di mana hendak membeli tiket memandangkan sistem sekarang tidak lagi menggunakan mesin tiket seperti dahulu, apatah lagi dia sendiri berasal dari negeri luar.
Malangnya, kakitangan wanita tersebut bukan sahaja tidak ada budi bicara malah menengking dengan kuat hingga didengar oleh pelanggan di sebuah kedai makan termasuk pengadu.
Jika benar insiden ini, maka kami berasakan ia amat tidak patut.
Apakah demi pertahan undang-undang dunia maka adab sopan harus diketepikan? Sungguh memalukan jika begini sikap seorang wanita.
Apa pun, ikuti luahan rakyat Shah Alam di bawah untuk mengetahui lebih jelas apa telah berlaku.. - MYNEWSHUB.CC

Baru-baru ini, saya dan kawan-kawan makan di sebuah restoran yang terletak di Shah Alam pada waktu 1.00 tengah hari.
Ketika saya dan kawan-kawan serta pelanggan yang berada di dalam restoran sedang menjamu selera, tiba-tiba sekumpulan pegawai MBSA (wanita) menjalankan tugas memberikan saman pada kereta yang tidak mempunyai tiket parking.
Kereta kawan saya memang ada pelekat parking bulanan. Duduk je la tengok gelagat pelanggan yang masing-masing berlari ke kereta bagi mengelakkan kereta disaman.
Ada yang tengah makan berhenti sekejap, ada yang tengah beratur panjang di kaunter, berlari ke kereta. Dalam khayal melihat gelagat pelanggan di restoran itu, saya ternampak seorang pakcik tua dalam lingkungan 70 tahun berlari-lari anak ke arah keretanya.
Saya tengok nombor pendaftaran keretanya bukan berasal dari Selangor, tetapi dari Kelantan, berdasarkan permulan plat “D”. Mungkin dia datang untuk tengok anaknya konvo di UiTM Shah Alam, berdasarkan ada sejambak bunga dan patung bear di bahagian belakang kereta.
Saya dan kawan-kawan nampak pakcik itu bercakap sesuatu dengan pegawai MBSA. Tiba-tiba pelanggan yang berada di restoran itu terkejut bilamana pegawai wanita MBSA itu meninggikan suara pada pakcik itu sampai boleh didengari dari dalam restoran. Jadi saya dan kawan-kawan pergi mendapatkan pakcik untuk melihat keadaan sebenar.
Rupa-rupanya pakcik itu merayu agar tidak dikenakan saman kerana dia tidak tahu parking kena bayar tiket sebab dia berasal dari Gua Musang, Kelantan. Tambahan pula, dia tidak tahu nak beli tiket parking di mana sebab Shah Alam dah tiada mesin tiket macam dulu. Lagipun tidak sangka pada waktu makan tengahari, ada pegawai MBSA saman bertugas.
Dengan muka berlagak, pegawai wanita itu dengan nada yang kasar, dia cakap pada lelaki itu,
“Lain kali sebelum makan pergi cari tiket dulu!!!”
Pakcik itu hanya terkebil-kebil apabila dimarah oleh wanita berkenaan. Ye la, orang tua kan, faham-faham je la reaksi bila kena marah.
Saya dan kawan-kawan tidak puas hati dengan cara wanita itu dan tanya kenapa perlu bercakap kasar dengan orang tua sedangkan pakcik tu sudah bagi alasan yang dia berasal dari Kelantan dan tidak tahu sistem bayaran parking di Selangor kena guna tiket. Dengan nada biadab, pegawai wanita itu sekali lagi berkata,
“Kalau tak puas hati, suka hati kamu la. Saya cuma jalankan tugas,” katanya sambil terus menggenakan saman dan merakam gambar kereta pakcik itu.
Lepas itu saya dan kawan-kawan pergi masuk ke dalam restoran dan memimpin pakcik itu tadi masuk ke restoran semula. Sambil pimpin itu, tiba-tiba saya rasa sedih dan membayangkan bagaimana jika kejadian itu berlaku pada emak atau datuk saya kalau pergi ke negeri luar yang ada pegawai wanita MBSA yang kurang ajar seperti ini?
Selepas kejadian itu, saya buat aduan pada MBSA mengenai kelakuan biadab pegawai wanita tersebut. Namun menurut kakitangannya, MBSA memang mengambil pegawai-pegawai yang mukanya bengis dan muka tembok. Kalau ambil muka yang baik, cakap lembut-lembut, orang takkan takut.
HELLO MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM, tak salah ambil pegawai wanita MBSA yang mukanya bengis dan tak tahu malu kalau itulah alasan kamu. Tetapi perlu ke pegawai yang bersikap biadap terhadap orang tua? Kalau dengan orang tua pun boleh bersikap biadab dan tak ada rasa hormat, apatah lagi dengan orang muda seperti saya? Saya rasa, saya yang kena maki dengan pegawai MBSA kalau tiada tiket parking. Apalah salahnya cakap baik-baik dengan pakcik itu sebab pakcik itu pun sudah cuba merayu. Ini tidak, terus saman dan buat muka macam minta penampar, terajang dan diludah.
Kepada pihak berwajib MBSA!! Tolong nasihatkan pegawai anda supaya jaga mulut ketika bercakap. Wanita melayu kena jaga adab bercakap. Jangan malukan nama wanita melayu pada bangsa lain dengan kurang ajar.
Saya rasa, polis pun ada sifat budi bahasa kalau nak mengenakan saman pada pengguna jalan raya yang buat kesalahan. Ini tidak, berlagak macam kerja bagus sangat dan perlu ke datang saman dekat restoran waktu lunch hour?
Dan pihak MBSA perlu wujud semula mesin tiket parking, sebab bukan semua orang yang parking kereta berasal dari Shah Alam. Lagipun bukan semua kedai ada jual parking tiket. Cuma sesetengah kedai sahaja. Itu pun cuma yang menjadi ejen sahaja. Jadi bila ada mesin tiket, senang pada orang yang tiada kupon tiket beli tiket di mesin.
Kepada penduduk Shah Alam, diharap dapat menyampaikan hasrat ini pada MBSA supaya sikap biadap pegawai mereka tidak keterlaluan. Hari ini, berlaku pada pakcik itu, esok lusa mana tahu kena pada ahli keluarga anda pula.

Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam sebentar tadi dengan memaparkan tulisan berbahasa Vietnam.

Bagaimanapun, penggodam itu hanya menggodam interface hadapan dan tidak melibatkan database web tersebut.

Ini kemungkinan keran rasa tidak puas hati mereka dengan kejadian semalam yang berlaku di Stadium Shah Alam Yang dicemari insiden keganasan.

Penggodam memasukkan ayat dalam bahasa Vietnam yang sebahagiannya bermaksud "mereka bermain sangat teruk ... semua penggodam serentak di laman web Malaysia ... "

Selain, satu ayat dalam bahasa Inggeris 'bad play fans Malaysia'.

Namun, ikon-ikon lain termasuk logo FAM di laman web tersebut tidak disentuh penggodam.

Bagaimanapun pihak FAM telah menutup sementara laman web tersebut untuk mengubah kembali ke interface asal

AMPANG JAYA: Seorang bayi perempuan berusia sehari telah dibuang dalam tong sampah berhampiran Hospital Ampang di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Komisioner Khairuldin Saad berkata mayat bayi itu ditemui dibalut dengan baju kurung biru di dalam tong sampah di sebuah perhentian bas di luar Hospital Ampang kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin.

"Tukang cuci pada masa itu sedang ini menggantikan beg plastik sampah. Dia terkejut apabila melihat mayat bayi itu," katanya kepada The Star.

Khairuldin berkata wanita itu memaklumkan kepada pihak keselamatan Hospital Ampang yang kemudian menghubungi polis.

Beliau berkata mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

Khairuldin berkata polis masih menyiasat punca kematian dan menambah bahawa tidak ada saksi pada masa kejadian.

Tambahnya, menurut bedah siasat, polis percaya bayi itu, yang ditimbang mempunyai berat 3.25kg, dilahirkan dan hidup normal, kurang dari 24 jam sebelum dia ditinggalkan.

Beliau menambah bahawa tidak ada bukti bahawa dia dilahirkan di Hospital Ampang.

"Kami percaya bahawa bayi itu tidak dilahirkan di mana-mana hospital sebagai tali pusat telah dikeluarkan sepenuhnya dan bayi itu tidak mempunyai apa-apa tanda suntikan," katanya sambil menambah bedah siasat juga menunjukkan bahawa tidak ada tanda-tanda kecederaan luaran atau dalaman.

Khairuldin berkata kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.