Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Devi Liu yang merupakan model seksi Indonesia tersebut berani tampil seksi yang hanya dibalut dengan bikini yang tentu saja membuat lekak-lekuk tubuhnya bisa terlihat jelas.


Model Seksi tersebut terlihat tak ragu dan tak canggung dalam berpose menggoda dengan busana seksi yang ia kenakan dihadapan para fotografer yang siap mengabadikan pesonanya.

Devi Liu yang sempat menggegerkan dunia infotaimen karena foto mesranya bersama Ariel Noah yang sempat tersebar tersebut kembali menggegerkan kaum lelaki dengan foto-foto seksinya.

Mungkin sebagian dari kalian sudah tak sabar melihat pose-pose seksi dari Devi Liu. Oke langsung saja, berikut adalah foto-foto seksi yang kami persembahkan untuk anda. 









Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) yang merupakan salah satu agensi perisikan paling aktif dan berkuasa di dunia mengadakan mesyuarat khas di Beijing hari ini bagi memulakan penyiasatan untuk mengesan perkaitan sama ada rangkaian pengganas Al-Qaeda berkerjasama dengan pemisah Uighur dalam kehilangan pesawat MH370.
Seramai 153 warganegara China dikhuatiri maut jika pesawat berkenaan terhempas.
Sehingga jam 3 petang waktu Beijing, belum ada sebarang maklumat dikeluarkan hasil mesyuarat berkenaan.
MSS merupakan komponen penting kerajaan China yang bertanggungjawab memastikan Parti Komunis China yang menguasai pasukan tentera (People’s Liberation Army) kekal berkuasa.
Agen MSS dikatakan wujud di segenap pelusuk dunia dengan menyamar sebagai warga tempatan di sesebuah negara itu.
Penemuan awal pakar penerbangan China ialah berlaku kejadian yang ‘ganas dan membawa bencana’ yang menyumbang kepada kapal MH370 berkecai.
Kewujudan dua penumpang misteri yang mengembara secara bersama menggunakan pasport palsu menimbulkan syak berlaku serangan pengganas di udara dalam kes kehilangan MH370.
Kedua penumpang berkenaan menggunakan pasport warga Itali dan Austria.

LEBIH 24 jam telah berlalu , namun tiada berita yang betul-betul sahih mengenai pesawat MH370 dijumpai, cuma yang ada petunjuk dan tanda-tanda yang masih samar.


Satu-satu demi satu khabar mengenai penumpang termasuk krew pesawat tersebut.
Yang terbaru gambar wajah sebenarnya ketua pramugari, Goh Sock Lay telah dikongsi oleh rakan-rakan media sosial.

Sama-sama kita berdoa agar akan ada lagi petunjuk yang dapat membantu merungkai misteri kehilangan pesawat MH370


Rozita Che Wan selebriti jelita yang semakin hari semakin jelita, isteri kepada aktor kacak Zain Saidin ini sering menjadi kritikan peminat, tempat yang selalu peminat kritik adalah di laman-laman sosial Che Ta.


Berbagai kritikan di lemparkan di wall instargam Che Ta, konon nya sebagai nasihat dari mereka untuk selebriti jelita itu ,mereka rasa cara ini mereka dapat menasihati selebriti jelita itu berubah ke cara lebih baik, mungkin sudah lumarah jadi orang di kenali sentiasa di kritik.
Che Ta dan Suami nya Zain kini bercuti di Krabi mereka masih dalam mood bulan madu, beberapa gambar yang di muat naik oleh Che Ta di laman sosial ternyata Che Ta amat gembira dengan kehidupan nya kini bersama suami tersayang,  jom tengok gambar- gambar romantis mereka di Krabi.





Pada peminat-peminat Che Ta dan Zain elok lah kira nya kita medoakan kebahagian mereka, dari kita sentiasa kritik apa yang mereka buat, mereka tahu apa yang mereka buat, hormati lah keperbadian diaorang, Admin berharap Che Ta dan Zain terus bahagian selamanya, pedulikan kritikan yang baik di ambil pengajaran yang tidak baik di lupakan.

Sydney – Sepasang kembar yang lahir selang seminit, berkongsi segala-galanya dalam kehidupan mereka. Bukan sahaja pekerjaan, kereta dan akaun Facebook malah teman lelaki juga dikongsi kedua-duanya.
Perkongsian itu juga nampaknya tidak cukup, hinggakan Anna dan Lucy DeCinque, 28, sanggup berbelanja wang untuk melakukan pembedahan komestik bagi memadamkan perbezaan antara mereka.
Mereka menanam implan di bibir, payu dara dan kening palsu dengan anggaran kos pembedahan sebanyak £130,000.
Wanita terbabit yang berasal dari Perth menghabiskan masa setiap hari bersama dan turut berkongsi bilik tidur.
Anna dan Lucy menetap di rumah ibu mereka dan kedua-duanya percaya dengan berkongsi teman lelaki, Ben Byme, hubungan cinta mereka sudah sempurna.
“Kami menjalin hubungan dengan seorang lelaki dan kami berkongsi. Bagi lelaki, memiliki dua teman wanita adalah sesuatu yang mereka impikan,’’ katanya.
Kedua-dua beradik itu memberitahu, mereka tidak dapat dipisahkan sejak kecil lagi hinggakan ibu bapa mereka berasa runsing terutama mendiang bapa mereka, Luigi yang meninggal dunia pada 2010.
“Kami gembira bersama malah ketika remaja kami akan bertukar –tukar teman lelaki,’’ katanya Anna yang memberitahu bahawa mereka tidak pernah berasa jemu antara satu sama lain.


SEPANG – Macam-macam cerita yang kedengaran tentang penemuan tumpahan minyak di perairan Vietnam. Ada yang kata hanya rekaan dan tidak wujud pun tumpahan minyak tersebut. Ada yang kata mungkin bukan minyak tetapi kelihatan seperti minyak.
“MInyak dikesan di Vietnam. Memang ada minyak tetapi tidak ada serpihan (pesawat). Beberapa pesawat dari Vietnam telah pun ke lokasi tumpahan minyak tersebut untuk membuat siasatan.
“Jadi kita tunggu apa hasil siasatan mereka,” kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Jelas Hishammuddin, pihaknya amat terharu dengan sokongan yang diterima dari negara luar seperti Vietnam yang sedia membantu mencari pesawat Boeing, B777-200 milik Malaysia Airline System Berhad ( MAS) yang hilang sejak awal pagi semalam.
“Kita amat hargai semua pertolongan yang diberi. Ini belum lagi bantuan dari negara China dan Amerika yang telah pun tampil untuk membantu.
“Tumpuan kita sekarang adalah untuk mencari pesawat MH370 sampai dapat secepat mungkin,” katanya. – MG



Penduduk sebuah kampung di kawasan gunung terpencil di Hubei Province Tengah China telah bergantung pada kabel panjang untuk menyeberangi lembah selama 16 tahun. 

Kampung terpencil Yushan, yang terletak di Enshi Tujia dan Miao, Wilayah di Hubei, adalah 150 kilometer dari daerah pekan yang terdekat. Dikelilingi oleh tebing dan lembah yang dalam, kampung tanpa jalan-jalan ke dunia luar. 

Dibina pada tahun 1997, kabel panjang dan sangkar keluli yang digantung 480 meter di udara bagi membantu penduduk kampung tempatan bukan sahaja perjalanan, tetapi untuk membawa masuk bekalan. 












SEDANG mata dunia beralih pada tumpuan misteri kehilangan pesawat MH370 ada juga pihak yang mengeji apabila kebanyakan media memainkan berita tersebut.
Seorang perempuan yang dirahsiakan namanya telah memuat naik status Facebooknya dengan menghina insiden berkenaan.
Kata-kata kesat dan maki hamun perempuan tersebut seperti tidak menghiraukan kejadian yang meyedihkan banyak pihak malah seluruh dunia.
Perkara ini sepatutnya tidak harus terjadi, sedangkan tidak kira agama, bangsa dan negara mendoakan yang terbaik mengapa ada pihak tidak berakal boleh berbuat demikian


London – Wang tidak boleh membeli kebahagian. Mungkin ramai yang tidak setuju namun ia adalah punca seorang lelaki, menceraikan isterinya iaitu seorang wanita paling kaya di Britain.
Lelaki itu, Tony Hawken, 57, yang juga bekas guru matematik, menceraikan isterinya, Xiu Li, 51, kerana dia sudah bosan dengan kehidupan mewah.
Li merupakan seorang jutawan wanita yang mempunyai 22 pusat beli belah di China dan dianggarkan mempunyai harta bernilai £1.2 bilion.
Pasangan itu menetap di sebuah rumah bernilai £1.5 juta di Surrey.
Meskipun mereka hidup dalam kemewahan namun Hawken tidak berasa selesa kerana lebih menggemari kehidupan sederhana.
Malah dia meneruskan tabiatnya membeli buku di kedai jualan murah dan tidak memakai pakaian berjenama.
“Saya tidak selesa dan tidak suka membelanjakan wang yang banyak. Saya dibesarkan dengan kehidupan sederhana,’’ katanya.
Selepas berpisah, Hawken memperolehi wang sebanyak £1 juta .
“Saya mendapat harta penyelesaian dan ia bukan sesuatu yang hebat tapi cukup untuk saya kerana saya tidak suka berjoli,’’ katanya.
Hawken bertemu dengan Li dalam satu janji temu dan ketika itu dia masih seorang guru manakala wanita itu pula mempelajari bahasa Inggeris.
Selepas berkahwin, mereka sering berjauhan kerana Li sibuk dengan perniagaannya. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, William yang berusia 17 tahun.

Nairobi: Dua pembantu rumah di kawasan perumahan mewah di Nairobi didakwa memotong zakar, menyiat kulit kemaluan dan mengelar badan, peha, kaki dan punggung anak lelaki majikan mereka.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyiat kulit kepala budak terbabit sebelum dicampak ke luar untuk dijadikan makanan anjing. Dalam kejadian jenayah dianggap paling kejam di Kenya itu, pembantu rumah, Concepta Achitsa Mwanje, 27, dan tukang kebun, Vincent Odhiambo Owino, dituduh melakukan rompakan dan penculikan serta mendatangkan kecederaan parah pada budak berkenaan.
Dokumen mahkamah menyatakan, mereka menyangka budak terbabit sudah mati ketika mangsa diberikan kepada anjing.

Mereka melakukan perbuatan itu dengan harapan jenayah mereka dapat disembunyikan.
Dr Joseph Kathuri yang memeriksa budak berusia tiga setengah tahun itu berkata, 75 peratus kulit kepala mangsa hilang dalam kejadian pada 31 Disember 2008 itu.

Bulan lalu Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 30 tahun ke atas Mwanje dan Owino selepas menolak rayuan mereka.

Menyingkap kembali kes itu, bapa mangsa mendapat panggilan daripada pembantu rumahnya mendakwa kononnya budak terbabit dibaham anjing. Ketika bapanya pulang ke rumah, Owino sudah melarikan diri.
Bagaimanapun, keesokannya dia menghubungi majikannya itu untuk memberitahu apa yang terjadi.
Sementara itu ketika dikejarkan ke hospital, mangsa berada dalam keadaan tidak sedar dan hampir mati. Selepas menjalani beberapa pembedahan kanak-kanak itu berjaya diselamatkan.

Ibu mangsa berkata, walaupun suaminya seorang panas baran, tetapi dia tidak pernah dilihat memukul pembantu rumah terbabit. Seperti kebanyakan ibu bapa lain, bapa mangsa mendapatkan khidmat Mwanje daripada agensi pembekal pekerja tempatan yang kini popular di kebanyakan pusat bandar.




Ia dikatakan mengambil pekerja tanpa mengenali mereka dan hanya mempunyai salinan kad pengenalan mereka. Keajaiban berlaku apabila kanak-kanak itu sembuh dan dapat mengenal pasti pembantu rumah dan tukang kebun yang mencederakannya. - Agensi


PETALING JAYA: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menghantar Biro Siasatan Pusat (FBI) untuk membantu siasatan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, selepas mengambil kira tiga rakyat negara itu turut tersenarai antara penumpang yang menaiki pesawat tersebut, lapor LA Times pada Ahad.
Seorang pegawai kanan penguatkuasa undang-undang di Washington berkata, penumpang keempat yang digambarkan sebagai seorang bayi yang turut berada di dalam pesawat itu dijangka warga negara AS.
“Ia membolehkan kami terlibat dalam kes ini. Namun buat masa ini apa yang berlaku merupakan satu yang misteri,” kata pegawai itu.
Pada awal pagi Sabtu, pesawat yang membawa seramai 239 penumpang termasuk 12 anak kapal menuju ke Beijing hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi, kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsan Kuala Lumpur (KLIA).
Pesawat tersebut tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan dan lokasi terakhir dikesan di 120 batu nautika di timur Kota Bharu di perairan Laut China Selatan.
Pesawat itu dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.


PETALING JAYA: Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30, enggan berkongsi detik manis perkenalannya dengan isteri iaitu aktres Puteri Sarah Liyana, 29, bagi mengelakkan daripada berlaku fitnah.
Syamsul berkata, dia lebih selesa untuk merahsiakan semua hal peribadi termasuk kisah percintaanya bersama isteri berbanding mendedahkannya kepada umum.
“Biarlah kisah pertemuan dan percintaan kami menjadi hak peribadi dan hanya kami sahaja yang tahu.
“Saya tidak mahu bila ia diceritakan nanti akan timbul cerita-cerita tidak benar yang jatuh kepada fitnah,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas selesai majlis ijab kabul di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara, di sini, Sabtu.

Syamsul yang hadir dalam keadaan kurang sihat akibat demam denggi masih lagi mendapat rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles.
Pasangan ini selamat dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu dengan sekali lafaz.
Sementara itu, Syamsul menzahirkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar.
Katanya, dia tetap mahu meneruskan majlis tersebut biarpun dalam keadaan kurang sihat kerana tidak mahu menyusahkan banyak pihak.
“Saya pun tidak sangka dapat meneruskan majlis ini kerana ia bergantung keadaan saya dan Alhamdulillah pagi tadi saya rasa sihat untuk datang.
“Saya tidak mahu menangguhkan majlis ini kerana semua sudah diaturkan dan kalau tunda ia akan menimbulkan banyak masalah pada semua pihak,” katanya yang kembali semula ke mendapatkan rawatan di pusat perubatan tersebut.
Sementara itu, ditanya tentang keistimewaan Puteri Sarah, dia berkata, wanita itu mempunyai ciri-ciri seorang isteri solehah yang boleh dibimbing.
Dia juga mengakui sentiasa belajar lebih banyak ilmu agama bagi menjadi seorang suami dan ketua keluarga yang baik.
Dalam pada itu, Syamsul berkata, mereka masih belum berbincang dan menentukan kerjaya lakonan Puteri Sarah selepas berkahwin.
“Setakat ini kita belum bincang lagi, namun saya lebih suka kerjaya dia sekarang iaitu mengendalikan butik,” katanya.
Dalam pada itu, bapanya, Datuk Yusof Haslam, turut menzahirkan rasa gembira kerana majlis yang dirancang berjalan lancar.
Dia turut mendoakan agar Syamsul dapat menjadi seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab.
“Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti dirancang dan kami sebagai ibu bapa sentiasa mendoakan dia bahagia dan menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab,” ujarnya.
Majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan keadaan kesihatan Syamsul.
Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 18 April depan, serentak dengan majlis resepsi adiknya, Syafiq Yusof.-Ms

PUCHONG: Empat remaja warga asing bawah umur berjaya diselamatkan daripada aktiviti pemerdagangan manusia dalam serbuan terhadap dua pusat hiburan, Jalan Puchong Mesra 1, di sini kelmarin.
Dalam serbuan jam 7.10 malam itu, empat remaja berusia 16 dan 17 tahun itu ditemui bersama 89 lagi pelayan pelanggan (GRO) warga asing di dalam bilik khas dipercayai sedang menunggu dilanggan lelaki hidung belang yang mengunjungi pusat berkenaan.
Ketua Operasi Deputi Superintendan Mohd Ishak Yaakob berkata, operasi dilakukan Bahagian Kongsi Gelap/ Perjudian/ Maksiat (D7) Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dengan kekuatan tujuh pegawai dan 28 anggota berdasarkan kepada maklumat risikan polis.
Katanya, keempat-empat remaja itu dipercayai diperdaya oleh satu sindiket pemerdagangan manusia yang membawa masuk gadis daripada negara jiran untuk aktiviti tidak bermoral di negara ini.
“Selain daripada empat gadis bawah umur ini, kita juga berjaya menahan 89 GRO membabitkan 71 warga Vietnam, 17 warga China dan tiga warga Kemboja serta dua daripada Thailand berusia lingkungan 16 sehingga 30 tahun.-HM


KUALA LUMPUR – Insiden melibatkan kehilangan pesawat MH370 mengundang satu lagi misteri apabila dilaporkan terdapat sekurang-kurangnya dua penumpang menggunakan passport palsu untuk menaiki penerbangan tersebut.
Akhbar Itali, The Repubblica melaporkan seorang penumpang Luigi Maraldi, 37, disenaraikan sebagai penumpang penerbangan sebenarnya tidak berada dalam pesawat itu.
Maraldi dikatakan membuat laporan kehilangan pasportnya di Thailand Ogos lepas.
“Mereka (pihak berkuasa Malaysia) mempunyainya (maklumat) tetapi ia masih dalam (semakan),” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi kepada pemberita lewat petang ini di sebuah hotel di KLIA.
Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman Penerbangan, pihak berkuasa telah meneliti semua rakaman CCTV penumpang serta bagasi.
“Setakat ini kita puas hati,” katanya, sambil menambah maklumat lanjut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.
Satu lagi akhbar Itali, Corriere Della Serra melaporkan bahawa ibu bapa Maraldi telah dihubungi oleh MAS tetapi mengatakan anak mereka tidak dalam pesawat yang hilang pada jam 1.30 pagi ini.
Ini diketahui ketika CNN melaporkan bahawa para pegawai Austria mengesahkan bahawa seorang warga Austria yang tersenarai sebagai penumpang, Christian Kozel, tidak menaiki pesawat MH370 dan pasportnya telah dicuri.
“Seorang warga Austria disenaraikan sebagai penumpang pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu tidak ada dalam pesawat itu, dan pasportnya telah dicuri dua tahun lalu, pegawai itu memberitahu CNN,” demikian menurut ringkasan berita di lamanweb CNN.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya, bagaimanapun, memberi amaran terhadap spekulasi yang berterusan.
“Bagi kami, ia hanya satu laporan.
“Kami sedang bekerjasama dengan kedutaan asing untuk memastikan kita boleh mengesahkan laporan itu…
“Spekulasi bermula sejak pagi ini dan setiap spekulasi telah didapati tidak benar,” katanya.
Ditanya jika ini boleh menunjukkan kemungkinan berlaku rampasan, beliau berkata MAS dan pihak berkuasa ” tidak menolak semua kemungkinan”.
Akhbar harian London, Mirror pula melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua yang berada di dalam penerbangan itu turut menggunakan pasport yang dicuri.
Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel “selamat dan berada dalam keadaan baik. ”
Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika berkunjung ke Thailand dua tahun lalu.
Pengawal trafik udara terputus hubungan radar dengan Boeing 777-200 di sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam kira-kira 200 batu nautika di luar pantai Kota Baru ketika ia dalam perjalanan ke Beijing.
Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 152 warga China dan 38 rakyat Malaysia