Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tumpahan Minyak Ditemui Di Perairan Vietnam Bukan Rekaan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



SEPANG – Macam-macam cerita yang kedengaran tentang penemuan tumpahan minyak di perairan Vietnam. Ada yang kata hanya rekaan dan tidak wujud pun tumpahan minyak tersebut. Ada yang kata mungkin bukan minyak tetapi kelihatan seperti minyak.
“MInyak dikesan di Vietnam. Memang ada minyak tetapi tidak ada serpihan (pesawat). Beberapa pesawat dari Vietnam telah pun ke lokasi tumpahan minyak tersebut untuk membuat siasatan.
“Jadi kita tunggu apa hasil siasatan mereka,” kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Jelas Hishammuddin, pihaknya amat terharu dengan sokongan yang diterima dari negara luar seperti Vietnam yang sedia membantu mencari pesawat Boeing, B777-200 milik Malaysia Airline System Berhad ( MAS) yang hilang sejak awal pagi semalam.
“Kita amat hargai semua pertolongan yang diberi. Ini belum lagi bantuan dari negara China dan Amerika yang telah pun tampil untuk membantu.
“Tumpuan kita sekarang adalah untuk mencari pesawat MH370 sampai dapat secepat mungkin,” katanya. – MG

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments